Death to 2020

Death to 2020

Download Malay undertekster

Udgivelsesinfo

Death to 2020 (2020) NF WEB-DL
En kommentar af Ridz
sub Retail Netflix

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Udgivet den: 2021-12-27
Downloads: 22
Hørehæmmede: No

Forhåndsvisning af Malay undertekster

De første 200 linjer.

SEBUAH KOMEDI ISTIMEWA NETFLIX

Tennyson, bagaimanakah nama awak patut disarikatakan?

Ini dia.

Pasti awak nak tahu nama panggilan yang saya suka.

Saya tiada nama panggilan kesukaan.

Tak ada. Saya bukan macam orang lain.

Ikut suka awak nak panggil apa.

Saya nak tanya kalau kami patut letak OBE selepas nama awak.

Awak perlu letak OBE selepas nama saya.

Tahun 2021, tahun yang membuatkan tahun 2020 nampak macam prekuel.

MEREKA TIPU AWAK

Dengan peristiwa yang lebih dahsyat, lebih sukar diramalkan

dan lebih aneh daripada mana-mana tahun sebelumnya dalam sejarah.

Saya di sini. Ini bukan… Saya bukan kucing.

- Apa khabar? - Dengan akses kepada ahli akademik…

Saya nampak kacak?

Wartawan…

Berapa jumlah jejak karbon lampu itu?

Pemberi pendapat berita kabel…

Tolonglah! Lelaki bison itu seksi.

Dia seksi.

Taikun teknologi jutawan.

- Ini air Bumi? - Ya.

Ahli sains.

Saya nak suntik Pfizer dulu sebelum kita mula.

Pempengaruh.

Boleh saya buka TikTok semasa temu bual?

- Pengulas budaya. - Apa yang saya fikir?

Awak nak saya jadi orang pertama dikecam pada tahun 2022?

Serta rakyat biasa.

Pertama sekali, saya seorang ibu dan rakyat Amerika.

Mengikut urutan itu.

Sakit betul.

Saya guna hujung yang salah.

Inilah kisah tahun 2021,

diberitahu oleh orang yang berada di sana. Kepada penonton yang turut berada di sana.

Inilah, "Death To 2021".

KEKALKAN KEHEBATAN AMERIKA!

JANGAN SUNTIK ANAK KAMI VAKSIN MEMBUNUH

1 JANUARI

Pada mulanya, tahun 2021 kelihatan positif.

Banyak vaksin baru dihasilkan,

menjanjikan untuk mengubah pandemik COVID daripada krisis berterusan…

kepada memori terpendam yang memberikan trauma.

Ahli politik berjiwa muda, Joe Biden,

bersedia untuk memasuki Rumah Putih dan menyatukan Amerika yang berpecah.

Bersama-sama, kita boleh lakukannya.

Namun, keadaan positif itu tidak berkekalan.

AS! AS!

Perusuh berkumpul di Washington, DC,

dipengaruhi dakwaan palsu Trump berkenaan penipuan pilihan raya.

HENTIKAN PENCURIAN

Tak mungkin kita kehilangan Georgia.

Ada penipuan dalam pilihan raya ini.

Dakwaannya disokong oleh kroni medianya.

Donald Trump tewaskan Joe Biden.

Tujuh puluh lima juta orang,

mengundi semula Donald J. Trump pada 3 November.

Ia telah dimanipulasi agar Donald Trump kalah.

MADISON MADISON CUMA NAK TANYA

Salah seorang yang memperkatakan penipuan Trump, penyiar, Madison Madison.

Adakah pengganas Antifa menyusup masuk ke dalam pusat pengiraan undi Arizona

dengan menyamar sebagai mesin mengundi?

BOLEH HENTIKAN PENCURIAN?

Cuma nak tanya.

Kembalikan Trump! Kembalikan Trump!

Nampaknya, satu rusuhan besar bakal berlaku.

BIDEN IALAH VIRUS

Pertempuran yang terdekat ialah Pertempuran Hogwarts.

TENNYSON FOSS OBE SEJARAWAN

Lord Voldemort arahkan Death Eater serang sekolah itu

- dan pertahankan Horcrux terakhirnya… - Bukankah itu Harry Po…

- Teruskan. - Terima kasih.

Sudah tentu, penyokong Trump

percaya satu-satunya cara untuk halang "negara dalam negara" musnahkan demokrasi

adalah dengan musnahkan demokrasi sendiri.

Kita perlu lawan.

Kita perlu lawan bersungguh-sungguh. Kalau tidak,

kita takkan ada negara lagi.

Sementara pihak media melaporkan setiap pergerakan mereka,

perusuh menyerbu Capitol untuk menghalang Naib Presiden

daripada meluluskan undian Badan Perwakilan Pemilih.

Salah satu tugas upacara

yang Mike Pence cekap lakukan.

Pada hari itu di Washington,

wartawan Washington veteran, Snook Austin.

WARTAWAN RASMI SNOOK AUSTIN

Saya belum pernah nampak

peristiwa sedahsyat kejadian pada 6 Januari di D.C.

Dah lama saya jadi wartawan di D.C. Saya saksikan Watergate.

Saya saksikan ejakulasi Clinton.

Saya saksikan Bush melutut di depan Zod. Namun, peristiwa ini paling dahsyat.

Ia bagaikan gabungan pemberontakan ganas dan parti teh cimpanzi.

Menakutkan dan bodoh.

Macam filem Muppet tentang Perang Vietnam.

Revolusi itu disiarkan dalam TV

dan distrimkan secara langsung melalui banyak rakaman telefon.

Bagi saya, 6 Januari ialah hari yang indah.

Saya bangga melihat ramai orang mempertahankan demokrasi mereka.

Bagi saya, kalau mereka begitu prihatin, mereka patut mentadbir negara ini.

Apa salahnya?

- Kami dalam Capitol. - Kami dalam Capitol.

Perusuh itu rakyat yang baik dan jahat.

Mereka melakukan jenayah, tapi mereka merakam seluruh kejadian itu

agar mereka boleh disabitkan kesalahan.

AKTIVIS DERRICKEVANS/FACEBOOK

Boleh bercakap dengan Pelosi?

Matilah awak!

Mike Pence? Awak juga akan mati, pembelot!

Salah seorang ialah bison yang menyamar menjadi manusia.

Kebebasan!

Mungkin dia memprotes sebab bison masih tak boleh mengundi, bukan?

GEMMA NERRICK RAKYAT BRITISH BIASA

Kalau boleh pun, ia tak boleh pegang pensel dengan telapuk.

Ini rumah kita. Ini negara kita.

Saya saksikan kemusnahannya dan macam setiap rakyat Amerika, saya takut.

Awak betul-betul ada di sana?

KATHY FLOWERS IBU AMERIKA BIASA

- Di Capitol? - Saya ada di sanakah?

Ada rakaman awak yang jelas.

Ya, saya ada di sana.

Namun, saya ke sana cuma untuk beri sokongan secara aman.

Keluar, Pence! Pengecut!

Saya cuma melaksanakan kebebasan berucap saya,

sebagai rakyat Amerika.

Adakah awak berhak melemparkan najis awak ke dinding?

Saya menulis di dinding. Itu juga dikira sebagai berucap.

Keadaan menjadi huru-hara,

tapi saya gembira dapat menyumbang kepada sesuatu yang boleh mengubah dunia.

Saya rasa ia macam Woodstock generasi saya.

Namun, saya tak tahu apa itu Woodstock.

Akhirnya, selepas kematian dan kemusnahan,

Trump menyuruh pengikutnya yang keliru supaya berhenti.

Kita perlu ada keamanan, jadi pulanglah.

Kami sayang kamu. Kamu sangat istimewa.

Dia kata, "Pulanglah."

Donald Trump suruh semua orang pulang.

Kami tak nak balik.

Jadi, tunggulah di sini. Saya tak peduli.

Selepas kejadian itu, apabila didesak oleh pihak media,

ramai yang terlibat tak dapat jelaskan sebab mereka buat begitu.

Saya tiada kaitan dengan rusuhan itu atau apa-apa saja.

LELAKI TEMPATAN DITAHAN DI CAPITOL AS

Saya di tempat dan masa yang salah.

Saya sangat menyesali tindakan saya.

Tindakan saya tak menggambarkan saya sebagai manusia, rakyat Amerika,

ibu atau saya sendiri.

Itulah yang saya beritahu hakim dan yang paling penting,

dia percayakan saya.

Dia beri awak hukuman penahanan rumah.

Saya tak…

Kenapa awak kata saya dalam penahanan rumah?

Tag buku lali awak?

Benda ini? Ini bukan…

Benda ini sangat berguna.

Ia memantau degupan jantung, tekanan darah

dan sedekat mana saya boleh ke kedai senjata api.

Kalau terlalu dekat, ia akan meletup!

Tidak, saya bergurau saja.

Namun, saya akan terus dipenjarakan.

IBU TERBAIK

Kenapa rakyat Amerika menyerang kerajaan mereka sendiri?

Kolumnis Penn Parker telah menulis dengan panjang lebar

dan dalam keadaan mabuk tentang masyarakat Amerika hari ini.

Hari ini, ada dua Amerika.

PENN PARKER PENGULAS BUDAYA

Satu Amerika percayakan pakar, pegawai dan wartawan macam saya

apabila kami kata, "Biden menang."

Satu lagi Amerika percaya yang pakar,

pegawai dan wartawan macam saya ialah sebahagian daripada konspirasi besar.

Saya nak tanya awak, awak rasa CIA ada dail laju nombor telefon saya?

Ada orang lebih baik daripada saya. Itulah harapan saya.

Akhirnya, Trump mengosongkan Rumah Putih dengan dakwaan besar menantinya

dan meninggalkan penyokong Republikannya terkapai-kapai begitu saja.

Pada mulanya, Republikan mengecam Trump.

Kemudian, mereka nafikan yang mereka mengecam dia.

Kemudian, mereka nafikan penafian kecaman itu.

Kemudian, mereka nafikan semuanya.

Kemudian, mereka mengecam sesiapa saja yang mengecam penafian mereka.

Mereka macam lalang ditiup angin.

Selepas semua itu,

Amerika putuskan untuk tak melantik presiden buat seketika.

Mereka suruh seorang penjaga tua untuk uruskan semuanya

sampailah mereka tahu apa nak dibuat.

Tuhan, tolonglah saya.

Tahniah, Tuan Presiden.

20 JANUARI

Perlembagaan negara kembali pulih.

Apabila dalam upacara memanggil hantu,

hantu Joe Biden diseru ke dalam Rumah Putih.

Demokrasi berjaya dikekalkan.

Biden menjanjikan program intensif untuk 100 hari pertama dalam pentadbirannya,

manalah tahu kalau umurnya tak panjang.

Teruk betul Biden.

Dia tak suruh kita bersihkan punggung dengan peluntur,

ejek orang kurang upaya dan berlagak tentang serangan seksual?

Dia seolah-olah tak tahu makna perkataan presiden.

Tugas pertama Biden, mengagihkan vaksin baru Coronavirus

yang memberi orang ramai peluang untuk kembali hidup normal sebanyak 40 peratus.

Namun, bukan semua orang gembira.

Kommentarer

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left