De første 200 linjer.
SEBUAH SIRI NETFLIX
SIRI INI IALAH VISI ARTISTIK PENCIPTA, INSPIRASI DARIPADA KEJADIAN SEBENAR.
SEMUA WATAK TELAH DICIPTA UNTUK TUJUAN KISAH INI.
WROCLAW, 25 MEI 1997
Bandar tempat saya menjadi Datuk Bandar akan dilawati oleh Paus John Paul II,
dan itu buat saya rasa sangat bangga.
Saya setuju.
Tuan, adakah kita tahu jadual sebenar lawatan itu?
Kami mahu mengalu-alukan Paus dengan cara paling unik.
Saya harap cuaca akan baik
dan semuanya akan berjalan lancar.
Kami merancang jadualnya sejak lebih setahun.
Jadi, pendek kata, saya menjangkakan keraian besar untuk bandar kita.
Harapnya begitulah, Datuk Bandar.
Terima kasih.
ANALISIS BANJIR UNTUK BANDAR WROCŁAW DAN BARAT DAYA POLAND
BERDASARKAN KAJIAN METEOROLOGI OLEH J. TREMER, M.SC.
…kenderaan paus akan lalu jalan ini.
Tuan-tuan, 1200 anggota polis, tentera, pertahanan awam…
saya rasa itu cukup untuk Paus.
Juga…
Maaf, boleh saya teruskan?
Sila teruskan, kolonel.
Terima kasih, gabenor. Kita lakukan cara klasik, kita kepung kawasan itu.
Petugas khas berpakaian biasa akan sertai orang awam.
- Betul, Tuan Talarek? - Betul. Kami akan hantar yang terbaik.
Hanya ada satu kawasan lemah.
Jalannya sempit di sini, dekat Bendung Szczytnicki.
Ada pembinaan di tebing sungai.
Kita perlu tutup bahagian ini untuk orang awam.
Jadi kita akan buat begitu.
Bercakap tentang bendung, adakah kita dah bersedia untuk banjir?
Banjir apa?
Hari tak hujan. Hanya cuaca kering.
Siapa tulis ini?
Tremer?
Siapa lelaki ini?
ENAM MINGGU KEMUDIAN
SELASA, 8 JULAI 1997, TANAH PAYA ŻUŁAWY
Moja!
Tak guna!
Berundur…
Berundur.
Penglihatan yang bagus!
Tempat yang cantik, ya?
Kenapa cik sangat sedih? Rusa ini perlu ditembak.
Tembak zakar awak sendiri.
Apa awak cakap?
- Rusa ini bersama anaknya. Awak salah. - Awak gila! Tak guna…
Saya sangat marah. Beri dokumen awak!
- Dokumen apa? - Kad memburu awaklah.
Kad apa?
- Jangan sentuh saya… - Kad ini!
Mari! Moja, Rascal!
Rascal!
Hei! Saya dah bawa surat khabarnya.
Saya meluat dengan motosikal ini…
Tak guna.
Apa yang berlaku?
Kita perlu ke bandar hari ini.
Saya kehabisan metadon.
Kenapa awak masih mengambilnya?
POLAND BERDEPAN BANJIR ALAF INI?
Awak tak perlukannya lagi.
Sudahlah, okey?
Awak tak patut ajar saya buat benda begini.
Itu perkara terbaik saya pernah buat.
Lagipun, awak tak nak saya
jadi perempuan tak guna seperti ibu saya.
Jika dia lebih tak guna daripada awak,
saya bernasib baik sebab tak pernah jumpa dia.
Kepada awak juga!
Banyaknya asap.
Bagaimana dengan tempat salai awak? Seluruh Żuławy busuk!
Siapa ini?
Si bodoh yang tembak seekor rusa betina.
Rusa itu ada bersama anaknya.
- Sebab itu awak begitu marah? - Ya.
Apa kata kita buat anak kita hari ini?
Saya belum mandi lagi.
Sebab itu saya terangsang.
Nama dan nama keluarga!
Nama dan nama keluarga!
Van Hoek. Arjen Van Hoek!
Van Hoek?
Tremer! Saya cari lelaki bernama Tremer!
Sayalah!
Saya Tremer!
- Awak? - Ya!
Jadi awak perlu ikut kami, puan.
- Ikut mereka? - Bertenang, Arjen.
Apa awak lakukan?
Saya perlu bantu mereka.
Van Hoek tak patut marah. Cik ini akan pulang tanpa awak sedar pun.
Mari pergi!
Saya nampak tempat salai Van Hoek.
Di mana dia belajar buat begitu? Bukan di negara dia, ya?
- Kenapa bukan? - Mereka tiada hutan.
Maksud saya… Tiada kayu nak salai ikan.
Awak takut terbang?
Penerbangan itu tak menakutkan.
Pendaratan… Itu paling teruk.
Itu benar.
Lt. Kol. Macioszek, timbalan saya.
- Hai. - Hai.
Sila masuk. Silakan.
Duduk di belakang.
- Mereka ke kawasan banjir? - Tak! Mereka terlibat dalam latihan NATO.
- Beg-beg pasir itu? - Mereka nak guna untuk kuatkan kubu.
Daripada Bapa Suci.
Dia melawat kami pada awal Jun.
Puan takkan percaya betapa sederhananya dia.
Hujan lebat waktu itu, betul tak, Macioszek?
Ya, tuan!
Dia tetap berdiri dengan topinya yang ada rumbai itu,
mendengar pancaragam kami, saya beritahu puan,
bukan nak menyakiti hati sesiapa.
Puan seorang penganut, ya?
Tak juga.
- Awak dah lama jauh daripadanya, ya? - Ya.
Ada perubahan yang besar.
MASA DEPAN CERAH UNTUK POLAND JAKUB MARCZAK
Kenapa lambat? Semua dah tiba.
Saya tunjuk bandar ini kepada Cik Tremer.
Wanita ini bukan nak bersiar-siar.
- Helo. - Hei.
Saya faham ada keperluan keselamatan.
Tapi tingkat 20? Itu ekstrem, ya?
Ibu pejabat awak bersebelahan stesen TV?
Ya. Sebab itu ia di tingkat 20.
Kekal rapat dengan kawan dan lebih rapat dengan musuh.
TELEVISYEN MERKURY
Helo!
Helo, semua!
Ini Cik Tremer.
Biar saya kenalkan semua orang. Dr. Sławomir Góra.
Bertanggungjawab untuk Hospital Pakar Wrocław.
Helo.
Ini Ketua Polis Andrzej Talarek.
- Ini pula… - Oh, maaf.
…pembantu ibu pejabat kami, Maja Kruk.
- Hai. - Sila duduk.
Okey.
Awak dah kenal Kol. Czacki dan Lt. Kol. Macioszek.
Ini ialah pakar-pakar hidrologi kita.
Profesor Jan Nowak.
Saya Ketua Jabatan Hidrogeologi Silesian Hilir.
Ini ialah Dr. Piepka.
Saya tak setuju mereka mengganggu awak.
Kami dapat kawal dengan baik di sini.
- Kami tak perlu sebarang sokongan. - Ya…
Awak pernah dengar tentang kajian terkini Prof. Nowak?
"Kipas aluvium dan kitaran sungai kawalan banjir
di aliran hilir mereka."
Usaha menempa sejarah dalam kaedah kawalan banjir.
Tapi Wrocław terletak di aliran tengah sungai, bukan?
Ketua Bomba Kolski akan sertai kita nanti.
Kita menunggu Datuk Bandar.
- Awak pula, En. Marczak? - Kenapa dengan saya?
Apa peranan awak?
Saya pemangku Gabenor Wilayah.
Di mana gabenor sebenar?
Dia ke Amerika menguruskan kontrak untuk wilayah.
Begitu. Tepat pada masanya.
Awak belajar di Utrecht, bukan?
Doktor falsafah?
Tapi tanpa ijazah pasca kedoktoran?
Sebab awak nampak terlalu muda.
Betul.
Saya lebih suka kerja lapangan daripada penyelidikan teori.
Juga kenapa Belanda?
Apa awak tak suka tentang Poland?
Tiada kedai kopi.
- Apa? - Tiada kedai kopi!
Selamat tengah hari!
Maaf saya terlambat.
" Tiada siapa sempurna."
Datuk Bandar, ini Cik Tremer.
Mesej faks yang awak hantar mengejutkan saya.
Saya hanya simpulkan daripada pelbagai sumber.
En. Marczak bercerita banyak tentang awak.
Dia tak berhenti memuji saya, betul?
Ya, tepat sekali.
Okey, mari mula. Kita kesuntukan masa.
Profesor, kita ada sebarang data baharu?
Kiraan saya mencadangkan Wrocław boleh tidur dengan aman.
Malam tadi, Kłodzko telah banjir.
Banjir melanda Kłodzko sekurang-kurangnya sekali sedekad.
- Tiada yang luar biasa. - Tapi, air mengalir ke Wrocław.
- Kłodzko bukan Wrocław. - Itu lebih teruk.
Kenapa?
Kłodzko dilanda banjir gunung biasa.
Air mengalir deras ke bandar, tapi cepat surut.
Di Wrocław, jika sungai melimpah,
air akan kekal. Takkan mengalir sebab tiada laluan.
Kecuali takkan ada limpahan di Wrocław.
Kita tahu tahap air hari ini?
Ya. Lebih sikit daripada tahap amaran.
Bukan sikit, tapi beberapa sentimeter.
Berapa sebenarnya?
No comments yet. Be the first to leave one.