De første 200 linjer.
Perompak bank itu pakai topeng.
Tiada sesiapa dalam bank nampak muka mereka.
Pistol yang digunakan untuk tembak mangsa pula tak dijumpai.
Tiada serbuk letupan pada awak dan pakaian awak.
Walaupun mereka pukul awak,
pegawai polis yang tahan awak tak boleh buktikan apa-apa
selain awak beri bantuan pernafasan kepada mangsa pada waktu itu.
Mereka tiada bukti awak dalam bank,
awak pegang pistol
atau awak ada wang rompakan.
Siapa namanya?
Polis itu.
Constantine Floris.
Seperti nama orang Yunani.
Connie? Con.
Atau Gus. Kadangkala mereka guna Gus.
Saya patut tulis surat kepada isterinya.
Awak tak waras, Dale?
Mereka cakap awak dah tak ambil heroin.
Saya dah tak ambil.
Buat kali pertama selepas sekian lama saya boleh fikir dengan jelas.
Jadi cuba fahaminya.
Kenapa lelaki tak bersalah mahu hantar surat kepada isteri mangsa?
Kita masih selamat
sebab awak tak tulis apa-apa pengesahan.
Seorang lelaki terbunuh.
Bagaimana saya mahu pura-pura seperti ia tak berlaku?
Dengar.
Emosi awak tak begitu stabil.
Awak ada buat kesilapan.
Awak boleh rasa bersalah
tentang semua kesilapan yang mungkin berlaku.
Berapa ibu saya bayar awak?
Mengikut nilai saya.
Tolong saya untuk tolong awak tak musnahkan kehidupan awak.
Itu yang ibu awak bayar saya.
Dalam perbicaraan Negara lawan Conti,
En. Conti, apa pengakuan awak?
Bersalah.
Saya bersalah.
Lelaki boleh hidup dalam bandar dengan hati terluka dan maruah tercalar.
Namun, untuk bertahan di kawasan sesak, dia perlu tunjukkan semuanya.
Jika saya buat begitu di sini, mungkin saya dapat peluang kedua,
pembalasan dengan takdir saya,
tapi saya tak tahu sebelum itu.
Saya anggapnya sebagai satu lagi hukuman perlu dijalani
dan dalam kealpaan saya,
saya anggap ia tugas saya untuk baiki sesuatu yang mereka tak rasa rosak.
Assalamu alaikum, En. Lin.
Kami buat awak sibuk.
Saya cuba buat yang termampu.
Ini dah cukup untuk kami. Kami bertuah awak ada dengan kami.
Sonam.
PEJABAT KEMENTERIAN PEMBANGUNAN TANAH
RUJUL AADEKAR MENTERI PEMBANGUNAN TANAH
- Apa awak buat di sini? - Menteri Pandey.
Timbalan Menteri.
Tak lama. Rujul dah mati.
Walidbhai sampaikan salam.
Lebih baik awak terima.
Dengar.
Saya tak boleh rawat jika tak tengok.
Saya tak boleh beri awak tengok.
Okey, awak pergi ke hospital?
Kenapa awak tak faham? Saya dah kahwin dan tak boleh buat begini!
Saya perlu tengok.
Jangan sentuh saya! Lelaki kulit putih ini tak waras.
Okey, Sonam, kenapa awak ke sini?
Tolong saya!
Lin perlukan awak cepat.
- Kamu mahu ke mana? - Dia ada kerja!
Parvati, mujurlah. Dia tak benarkan saya periksa dia.
Parvati, tolong beritahu dia.
Dia sentuh saya di semua tempat. Dia suruh saya buka sari!
Lin, apa awak buat? Dia dah berkahwin.
Awak tak boleh suruh dia buka pakaian, berdua-duaan dalam pondok ini.
- Saya dah beritahu sebelum ini. - Jadi kenapa dia kembali?
Jika itu peraturannya, kenapa dia tak ikut?
- Atau bawa suaminya bersama? - Suaminya bekerja.
Dia banyak luangkan masa di tapak pembinaan.
Dia tak boleh tinggalkan kerja dan datang kepada awak.
Kami dah sedia selepas kamu berhenti bergaduh.
Dr. Lin, sekarang tanya.
Tolong tengok lukanya sekali lagi.
Tunjukkan saya, mak cik.
Ia nampak lebih merah dan lebih teruk. Kesan merah itu dah merebak.
Ia nampak lebih merah dan lebih teruk.
Saya tak boleh makan atau tidur.
Saya berpeluh sepanjang malam dan perut saya sakit.
Banyak peluh dan sakit perut.
Dia berpeluh dan sakit perut.
Jangkitan itu dah tersebar.
Dia cuma perlu ke hospital untuk dapatkan suntikan.
Awak tak pergi hospital?
Saya pergi ke hospital tiga kali,
tapi awak tahulah keadaannya. Tiada orang periksa saya.
Dia cuba pergi tiga kali, tapi mereka tak terimanya.
Dia pergi tiga kali, tapi tak diterima.
Apa maksud awak, "tak diterima"?
Saya suruh ke sana sebab tak boleh beri rawatan mereka perlukan di sini.
Awak suruh mereka ke sana
dan mereka disuruh kembali kepada awak.
Awak dengar apa saya cakap tadi?
Jika dia tak dapat antibiotik, dia akan mati.
Beginilah. Lupakan saja.
Parvati, beritahu Sonam kita akan bawa dia ke hospital.
- Awak dan Parvati kena ikut saya. - Encik Lin, saya ada kerja.
- Okey, saya ikut. Saya pasti tolong. - Saya akan urus hal ini.
Gembira jumpa awak. Saya Akash Pandey.
Terima kasih sebab jumpa saya dalam masa yang singkat.
Tahniah untuk jawatan baharu awak, Menteri Pandey.
Ia belum ditentukan.
Saya dengar itu satu formaliti.
Saya harap urusan kita juga sama.
Saya mewakili bida pembangunan untuk Sagar Wada
yang telah diluluskan oleh Menteri Aadekar.
Empat pencakar langit menghala ke teluk Cuffe Parade.
Tiga puluh tingkat, empat pangsapuri setiap tingkat, lima crore setiap satu.
Itu hampir 200 juta dolar
dengan rancangan terbaik untuk komuniti dan ekonomi tempatan.
Sudah pasti kami rancang untuk beri Rujul ganjaran yang banyak.
Selepas dia tiada, awak yang akan dapat ganjaran itu.
Kami ialah rakan yang sangat menghargai, Menteri Pandey.
Saya pasti, tapi…
Ada satu masalah kecil.
Apa?
Sagar Wada dah dimiliki orang lain.
Dimiliki siapa?
Namaste.
Saya Walid Shah.
Gembira jumpa awak, En. Shah.
Saya dengar awak cantik.
Namun, awak jauh lebih cantik berbanding khabar angin itu.
Khaderbhai memang suka benda yang cantik dalam kehidupan.
Saya pula seorang yang lebih kasar.
Saya mahu hormati Khaderbhai.
Namun, jika dia cederakan kawan saya, Menteri Pandey, maksudnya perang.
Kecantikan takkan dapat bertahan dalam peperangan.
En. Shah, saya mewakili konsortium…
Jangan. Kita semua tahu diri sendiri.
Kita semua tahu tugas kita.
Tugas awak ialah beritahu Khaderbhai Sagar Wada milik saya.
KLINIK PERUBATAN
- Semuanya okey. - En. Ford.
Sila masuk. Sila duduk.
Saya sangat sibuk hari ini, tapi batalkan semua pesakit untuk awak.
- Kami hargainya. - Sila duduk.
Sonam ada luka yang dijangkiti teruk.
Dia perlukan drip antibiotik.
Dia sudah ke sini tiga kali, tapi sentiasa disuruh pulang.
Saya sangat sibuk, tapi sekarang saya akan periksa dia.
Saya akan periksa dia sebab awak.
Awak mahu rasuah untuk rawat dia?
Ini hospital kerajaan. Sepatutnya percuma.
Awak ada surat rujukan doktor?
- Bagaimana saya mahu dapatkannya? - Daripada doktor di tempat lain.
Doktor itu akan suruh dia bayar.
Saya perlukan rujukan atau duit, atau kamu boleh tunggu di luar.
Ini sistemnya. Dia pun faham.
Jadi awak akan biarkan dia mati?
Awak doktor jenis apa?
Kami merawat 600 pesakit setiap hari.
Saya dan pekerja saya dah berbulan tak dibayar.
Siapa awak untuk beritahu saya tentang jadi doktor?
- Keluar, awak dan kawan tak guna awak. - Baiklah.
- Saya akan panggil pengawal. - Dengar.
Maaf, encik.
Lin, kita patut pergi.
Ada ramai polis di sini. Masalah besar. Cepat.
Saya tak mahu buat awak terjaga.
Terima kasih.
Bagaimana keadaan awak?
Lebih baik.
Ia…
makin berkurang setiap hari.
Terima kasih, Sebastian, sebab dapatkan saya.
Tiada orang lain saya boleh hubungi, jadi…
Kenapa awak perlu hubungi orang lain?
Saya akan jaga awak, Lisa. Awak tahu.
Saya rasa dah sampai masa saya balik ke rumah.
Apa-apa saja awak mahu.
Awak tahu perasaan saya pada awak, Lisa.
Saya tahu.
Saya pun peduli tentang awak, tapi saya…
Sudah lama saya tiada perasaan begitu kepada sesiapa.
Termasuk diri sendiri.
Awak akan ikut saya ke rumah saya?
Saya tak mahu berada di sana sendirian.
Saya akan bekerja sehingga dapat duit yang cukup untuk ubat Sonam. Okey?
Okey, Encik Lin.
MENTERI TANAH RUJUL AADEKAR DITEMUI MATI
Lin!
Beberapa minggu lalu, saya salah seorang daripada kamu.
Saya buat semua kesilapan yang kamu akan buat.
Jika kamu mahu elakkannya dan jimatkan duit, mari jumpa kami.
Harganya lebih murah jika lebih ramai.
Makanan, harga, hotel bagus, perniagaan yang sangat seksi, bos.
- Mari. - Mari.
Rujul perlu mati?
Apabila kita tahu, kita boleh berdepan dengan dia dan tarik dia kembali.
No comments yet. Be the first to leave one.