De første 200 linjer.
Siapa itu?
- Raymond. - "Raymond" mana?
Berapa Raymond awak kenal, Ray?
Bapa kita sudah mati.
Dia bunuh diri?
Tak, bukan… Dia sakit.
Boleh saya masuk?
Simpan pistol itu, Ray. Awak tahu saya tak suka pistol.
Awak tak patut mengetuk pintu orang pada waktu tengah malam.
Saya cuba hubungi awak, tapi telefon awak dimatikan.
Saya tak bayar bil.
Awak mahu minum?
Kopi.
Kopi.
Bila kali terakhir saya datang ke sini? Tiga tahun lalu?
Selepas pembedahan Athena.
Itu lima tahun lalu.
Betulkah? Tak guna.
Siapa beritahu awak tentang ayah?
Siapa yang masih bercakap dengan dia?
Reverend West, pastor dia.
Harris ada pastor? Awak bergurau?
Ya. Permintaan terakhir dia ialah dia mahu anak-anak dia menghadiri pengebumian dia.
Esok, Ray. Berhampiran Richmond.
Awak tak perlu hadir.
Dia sudah mati. Dia takkan tahu.
Awak seorang yang baik hati.
Apa rancangan awak?
Saya akan bertolak awal, sebelum subuh, tapi saya tak boleh pergi sendiri.
Saya tiada lesen memandu, Ray.
Saya ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk.
Saya minum dua botol bir.
Kali pertama saya ditahan dalam tempoh 20 tahun.
Saya terpaksa memandu ke sini kerana tak dapat hubungi awak,
tapi jika saya ditahan, saya akan ditimpa masalah.
Kenapa isteri awak tak hantar awak?
Kami ada masalah.
Dia tinggalkan saya Disember lepas.
Ho, ho, ho.
Kenapa awak kata dia bunuh diri tadi?
Kenapa dia mahu bunuh diri?
Saya selalu fikir dia akan bunuh diri.
Bedebah yang suka bersungut. Kecewa.
Dia gagal dalam semua perkara.
Saya fikir dia akan bunuh diri satu hari nanti.
Saya selalu bayangkannya semasa kecil,
dia meletak pistol di dalam mulut dan menembak kepala dia.
Oh Tuhan.
Awak masih mahu hadir?
Walaupun dia banyak menyakiti awak?
Awak masih bekerja di kilang?
Tak. Saya dipecat.
Atas sebab apa?
Saya tak tahu. Ada perbalahan.
"Perbalahan"? Hebat.
Jika saya tanya orang itu, dia juga akan kata begitu?
Sukar untuk dia bercakap kerana dia kehilangan gigi.
Ia tentang apa?
Tiada apa-apa.
Ia tentang apa, Ray?
Dia mencarut. Saya sudah larang. Ia menjadi pergaduhan besar.
Apa pekerjaan awak sekarang?
Kerja pembinaan. Sekali-sekala.
Saya bekerja dua hari minggu ini
dan itu alasan bagus untuk tak menghadiri pengebumian.
Saya nampak seorang wanita pergi tadi. Awak suka dia?
Awak ada buat persembahan?
Tak, saya sudah lama tak buat persembahan.
Kenapa? Awak bagus.
Saya tak main trompet lagi.
Saya dengar semasa saya mengetuk pintu.
- Tak. - Saya dengar.
Saya sudah jual trompet saya.
Awak jual trompet awak?
Tak mengapa.
Tiada kerja dan tiada trompet? Bunyinya agak berbahaya.
Saya okey. Saya tak minum selama tujuh tahun.
Wau, hebat! Saya bangga dengan awak.
Kita perlu berpeluk sekarang?
- Peluk ini. - Tak guna.
Dia ada isteri lain.
Awak boleh ajak mereka pergi.
Tidak.
Awak ingat wanita Serbia itu? Branka.
Branka… Wau! Ingatan yang bagus. Dia sangat cantik.
Banyak kali kita puaskan nafsu dengan membayangkan dia.
- Tak, saya sibuk berasmara. - Awak mengarut.
- Bagaimana dia dapat wanita seperti itu? - Dia boleh menjadi lucu.
Memukul punggung kita dengan tali pinggang dikira lucu?
Kalau begitu, dia memang menghiburkan.
Ray.
Saya mahu ada di sana.
Saya mahu ada di sana, bukan kerana permintaan dia.
Saya ingin melihat dia ditanam
dan tahu perasaannya.
Tapi saya takut ia akan buat saya beremosi.
Ikut saya.
Tunggu.
Awak perlu bawa itu?
Sebagai langkah berjaga-jaga.
Kunci… Ada pada awak.
Kita ada di mana?
Lebih kurang satu setengah jam dari sana.
Saya bermimpi saya berada di muzium sejarah semula jadi.
Ada tingkap seperti teater.
Awak ingat itu?
Orang zaman batu berbogel membunuh… Ibu awak selalu bawa kita.
Tak. Itu ibu awak.
Ibu saya benci tempat itu. Ia membuat dia tak selesa.
Tak. Bukankah ibu awak…
Mungkin betul kata awak. Bagaimanapun…
Saya ada di muzium itu manakala ayah… Harris salah seorang manusia prasejarah.
Ya.
Saya cuba pecahkan kaca untuk bebaskan dia.
Tapi saya pandang ke bawah dan… saya juga berbogel seperti mereka.
Awak rasa apa maksudnya?
Maksudnya awak perlukan lebih daripada pengebumian dia
untuk lupakan dia.
Sukar untuk bayangkan dia semasa kecil.
Bapa dia melayan dia dengan teruk. Kejadian itu berulang.
- Kita tak perlu buat begitu. - Ya, tapi kita buat.
Itu peraturannya.
Awak layan anak awak dengan teruk?
Hei… Saya minta maaf.
Helo? Reverend West?
Apa khabar?
Ya, kami dalam perjalanan. Kami terus berjumpa awak atau…
Baiklah.
Beri nombor ini kepada dia.
- Itu saja? - Ya.
- Kedai yang hebat. - Terima kasih.
Ini kedai awak?
Tidak. Rupa saya seperti bos?
Ya.
Seperti kebanyakan gadis di selatan.
- Saya memberontak sedikit. - Betulkah?
Itu hebat.
Apa yang berlaku di dalam sana?
Tiada apa-apa.
Wanita tertarik pada awak, bukan?
Secara semula jadi.
Reverend West hubungi saya.
Berapa lama mereka kenal satu sama lain?
Ayah tentu mati seorang diri.
Lelaki ini muncul dan menjadikan keadaan kurang menyedihkan.
Beginilah pengakhirannya jika kita menolak semua orang.
Sekarang mereka panggil kita untuk berkata baik tentang dia.
Awak tiada kenangan baik dengan dia?
Ada beberapa kenangan. Saya harap saya dapat lupakannya.
Kenapa?
Helo? Raymond.
Ini En. Canfield dari Rumah Pengebumian Remembrance.
Ya. Hai.
Pertama sekali, saya ingin kata saya bersimpati atas kehilangan awak.
Terima kasih.
Saya bertemu bapa awak beberapa tahun lalu,
semasa dia sedang membuat urusan.
Dia sangat berkarisma dan sensitif.
Takziah.
Urusan apa?
Dia mahu keranda dibuka.
Itu perlukan pengawetan dan kami perlu mengawet dengan segera
jika mahukan majlis pada awal tengah hari
seperti yang dia minta.
Okey.
Bapa awak sudah bayar untuk keranda dan batu nisan
serta deposit untuk pengawetan, tapi dia tak bayar bakinya.
- Saya tahu dalam keadaan sukar ini… - Berapa jumlahnya?
- Apa? - Itu abang saya, Ray.
Cakaplah.
Selamat berkenalan, tuan. Saya bersimpati atas kehilangan awak.
Berapa jumlahnya?
Semuanya 475 dolar termasuk cukai dan itu termasuk kosmetik.
Awak maksudkan mekap?
Ya. Kami mahu siapkan dia supaya pengalamannya…
Ya, bayaran itu tak diperlukan. Kami tak mahu.
Kami tak perlu melihat dia.
Maaf, saya tak dengar.
Sila teruskan. Kami akan bayar selepas kami tiba di sana.
En. Mendez, peguam bapa awak,
dia hubungi tadi untuk melihat keadaan.
- Saya akan beri nombor dia pada awak. - Okey, terima kasih.
Jumpa sebentar lagi.
Peguam Harris?
Lima ratus dolar? Awak mampu bayar itu?
Tak, tapi pengebumian hanya sekali.
- Kita buat dengan betul. - Saya tak mampu bayar.
- Saya takkan bayar. - Saya akan bayar, Ray.
Awak okey kalau begitu?
Oh Tuhan.
Guna pembesar suara.
Max Mendez.
Ya. En. Mendez, nama saya Raymond.
Bapa saya ialah Ben Harris.
- Saya bersimpati atas kehilangan awak. - Terima kasih.
Bapa awak seorang lelaki contoh. Dia juga sangat menawan.
Ya, saya pasti dia akan dirindui.
Awak mahu bercakap dengan kami?
Ya. Malangnya ada seorang pelanggan sedang menunggu saya.
Awak boleh datang nanti? Ada beberapa perkara perlu dibincangkan.
No comments yet. Be the first to leave one.