Release Info

Bleach: Thousand-Year Blood War - 11
Ein Kommentar von ShasyaLala
Netflix Retail.

Tags

other
Veröffentlicht am: 2022-12-20
Downloads: 5
Hörgeschädigt: No

Malay Untertitel-Vorschau

Die ersten 172 Zeilen.

Awak sudah sedar?

Tiada gunanya tak kira betapa kerasnya awak berusaha kali ini.

Saya tahu kedudukan tepat Asauchi yang saya hasilkan setakat ini.

Semua Dewa Maut diberikan Asauchi.

Melalui latihan,

Dewa Maut menjadikannya sebagai Zanpakuto sendiri.

Inilah asas dan tunjang hubungan antara Dewa Maut dengan Zanpakuto.

Ini sesuatu yang mutlak.

Bukan saja ahli skuad dan kapten,

malah Skuad 0 juga sama.

Malah, Kenpachi Zaraki yang sunyi

juga mendapatkan Asauchi dengan merampas daripada mayat Dewa Maut.

Semuanya.

Sejak Kesatuan Roh diasaskan,

tiada seorang pun Dewa Maut

yang membangkitkan Zanpakuto dengan kuasa sendiri

tanpa Asauchi saya.

Saya amat jelas.

Saya dah agak ini takkan berkesan terhadap dia.

Saya rasa awak juga tahu tentang hal ini.

Hanya dia saja yang tak tahu.

Sebab itulah dia mesti perlu tahu.

Dia mesti tahu tempat terletaknya roh dia sendiri.

SEBUAH KARYA ASLI DI BAWAH PENGENDALIAN TITE KUBO

KLINIK KUROSAKI

Rumah saya.

Hei, Ichigo.

Lama tak jumpa.

Dia telah melarikan diri.

Aduhai, apalah yang awak buat?

Sudah lama saya tak jumpa awak,

tapi awak nampak tak bermaya pula.

Awak pelajar sekolah yang bergaduh dengan ayahkah?

Maaf.

Saya dihalau balik

tanpa sempat baiki Zanpakuto saya.

Saya rasa malu untuk jumpa dia.

Cik Ikumi, terima kasih…

Panasnya!

Makanlah. Badan awak akan terasa hangat.

Maaf, Cik Ikumi.

Saya selalu ponteng kerja,

tapi selalu datang cari awak pada saat begini.

Lebih baik awak datang kerja tepat pada masa

daripada minta maaf kepada saya, bodoh!

Pada saat saya mengupah awak,

saya menganggap diri saya sebagai kakak awak.

Awak boleh datang bila-bila masa saja.

Budak memang perlu bergantung kepada orang dewasa.

Cik Ikumi.

Ya.

UNAGIYA

Tiada orang?

Rasanya ada orang mengusik.

Cik Ikumi, terima kasih.

Saya balik dulu.

Saya sudah okey.

Tunggu…

Ichigo, awak tertinggal sesuatu!

Saya akan serah kepada dia esok.

Awak datang jemput saya dengan pakaian begitu.

Tentu awak dah tahu perkara yang berlaku.

Urahara telah beritahu saya tentang kejadian di Kesatuan Roh,

termasuk Zanpakuto awak yang patah

dan juga kedatangan Skuad 0.

Awak dihantar balik, bukan?

Patutlah begitu.

Mustahil awak dapat baiki Bankai yang patah sekarang.

Awak tak tahu apa-apa tentang diri awak.

Awak pernah kata sebelum ini.

Awak akan tunggu apabila saya rasa nak beritahu.

Inilah masanya.

Dengar baik-baik. Awak bukan Dewa Maut.

Awak juga bukan manusia biasa.

Ichigo, mak awak ialah…

Nama saya Masaki Kurosaki.

Saya Pemusnah.

SEIREITEI, ASRAMA SKUAD 10

Kapten!

Awak di mana?

LEFTENAN SKUAD 10 RANGIKU MATSUMOTO

Kapten.

Saya dah jumpa awak!

- Bagus, dah kena! - Aduh!

Tulang ekor saya dah patah!

Saya tak dapat berjalan hari ini.

- Baliklah. - Saya kena berehat!

Awak kena jalankan tugas awak,

Kapten Shiba!

KAPTEN SKUAD 10 SAAT ITU ISSHIN SHIBA

ASRAMA PEJABAT SKUAD 10

Dokumen sudah siap dibaca.

Hebatnya awak, Toshiro!

Awak akan jadi kapten yang hebat!

Sekejap!

Berdasarkan pangkat, bukankah saya kapten seterusnya?

Apalah yang awak mengarut?

Habislah seluruh skuad jika awak menjadi kapten.

Betul.

Latihan Bankai saya juga berjalan lancar.

Saya rasa saya boleh jadi kapten.

Hei, Toshiro.

Kenapa awak bersetuju dengan kekarutan itu?

Sudahlah, kamu berdua.

Alamak.

Kamu nampak pau saya di sini?

Kapten.

Saya ada perkara untuk dilaporkan.

Ini.

Tak, mari bercakap tentang pau saya dahulu.

Saya sorokkan di sini. Awak ada nampak?

Cakaplah.

Diamlah.

Pau itu tak penting sekarang.

Saya sudah makan.

Rupanya awak yang makan!

Kenapa nak berpura-pura tak tahu pula?

Awak ini jahat betul!

Awak masih ingat laporan dari dua bulan lalu?

Di sebuah bandar bersaiz sederhana yang bernama Naruki,

ada seorang Dewa Maut yang mati.

Ya, saya ingat.

Mereka masih menyiasat kes itu.

Ya.

Laporan bulan lepas baru diterima.

Dua orang lagi telah mati.

Sekejap! Awak nak ke mana, kapten?

Pergi siasat! Saya serahkan yang lain kepada awak.

Sekejap… Awak nak pergi seorang diri?

Ya, saya akan balik selepas dua hari.

Tolong lakukan kerja saya esok.

Apa awak cakap ini?

Awak kena lapor kepada Kapten Tertinggi dulu…

Tak guna!

Cepat kejar dia, Toshiro.

Tak, abaikan dia.

Awak ini…

Kapten sudah jangka siasatan ini amat berbahaya

sebab itulah dia pergi sendirian.

Tentulah saya tahu!

Sebab itulah…

Sebab itulah…

kita mesti tunggu di sini.

Dengan kuasa kita sekarang,

kita hanya akan menghalang kapten.

Jumpa apa-apa?

Belum lagi.

Walaupun Puaka sudah berjaya memiliki kuasa Hollowfikasi,

roh ahli skuad masih tak dapat tahan.

Begitu rupanya.

Tak apa.

Kita akan dapat mengenal pasti lokasi geng Shinji Hirako.

Kita boleh umpan mereka keluar dan menguji kuasa tersebut ke atas mereka.

Serampang dua mata.

Bertindaklah perlahan-lahan, Gin, Kaname.

Semuanya dalam kawalan kita.

4 JUN, 20:22, BANDAR NARUKI

Hari semakin mendung.

Saya rasa tak sedap hati.

Lelaki berdua itu mati

semasa hari hujan, bukan?

Janganlah cakap begitu.

Begitu. Jadi hari hujan berbahaya?

Maklumat yang baik!

Kapten Shiba!

Kenapa awak datang ke sini?

Saya sesat semasa cari tandas.

Teruk betul awak menipu.

Jika hujan turun malam ini, kamu boleh balik dulu.

Saya nak buang air kecil sendirian.

HARI YANG SAMA, 20:36 PEKAN KARAKURA, KEDIAMAN ISHIDA

Macam mana keadaan di sekolah, Masaki?

Блич: Тысячелетняя кровавая война subtitles in other languages

More Malay subtitles for Блич: Тысячелетняя кровавая война

Kommentare

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left