Die ersten 200 Zeilen.
Jason?
Jason, kamu dah bangun?
Dah lama saya bangun, ayah. Saya sedang bersiap.
Kamu dah siapkan karangan bahasa Inggeris?
Dah, malam tadi.
Jas, kamu dah habiskan oat?
Dah. Terima kasih, mak.
Sedap sangat.
Makan ini, Trooper.
Cantik papan selaju itu, Shepherd.
Bret, kalau boleh, saya nak melepak...
dan didera secara fizikal dan emosi oleh awak semua...
tapi saya kena pergi sekolah.
Aduh.
Saya dapat rasakan awak pembuli yang bagus...
dan terbukti betul.
Relakslah sikit.
- Beri saya papan selaju itu. - Betulkah?
Sebab sekarang awak bukan saja membuli...
tapi pencuri papan selaju.
Tentu awak tak nak jadi pencuri, bukan?
Cikgu harap kamu semua dah siapkan karangan penulisan kreatif.
Cikgu tak nak dengar alasan.
Cikgu nak kamu baca karangan kamu...
dengan nada yang menenangkan...
Joshua, baca karangan kamu.
Anjing saya makan karangan saya.
Cikgu tahu kamu tak bela anjing.
Betul. Maaf.
Cik Caldwell?
Ya, Kaylee.
Cikgu, boleh tolong buka pintu? Kelas ini panaslah.
Baik.
Jason Shepherd.
Kamu masuk dari tingkap itu?
Taklah, nampak kepanasan. Saya buka tingkap supaya angin masuk.
Okey, sekarang kita semua dah selesa, apa kata kamu baca karangan kamu?
Berilah peluang kepada orang lain.
Tak, cikgu rasa kami semua nak dengar karangan kamu.
Kamu tak buat, bukan?
Cik Caldwell, boleh saya panggil cikgu Phyllis?
- Tak boleh. - Baiklah.
Walaupun saya memang nak sangat tulis karangan itu...
saya betul-betul nak tulis, tapi tak boleh.
Sebab malam tadi saya berada...
di wad kecemasan Hospital Besar Greenbury.
Mak saya masak bebola daging Sweden untuk makan malam.
Kegemaran ayah saya.
Dia seronok sangat nak makan sampai telan sebiji bulat-bulat.
Teruk sangat.
Dia tercekik.
Mukanya jadi biru.
Boleh nampak bebola itu terbonjol di lehernya.
Kami bawa dia ke wad kecemasan.
Saya cuba siapkan karangan di ruang menunggu...
tapi susah sangat.
Saya perlu teman ayah saya.
Lagipun, dia satu-satunya ayah saya.
Cikgu tahu kamu menipu.
Saya tak tipu, Phyllis. Telefonlah ayah saya.
Nombor telefonnya 5-5-5-0-1-4-7.
Cikgu akan telefon.
Awak dah gilakah? Nanti dia tahu.
- Cakap, "Pejabat Harry Shepherd." - Tak nak. Jangan libatkan saya.
Tolonglah saya. Awak nak saya buat apa?
Tulislah karangan itu!
- Cakaplah. - Tak nak.
- Cakap. - Tak nak.
Pejabat Harry Shepherd. Sebentar.
Helo.
Helo, Cik Caldwell.
Ya, betul.
Saya sangat takut.
Saya dah mula nampak cahaya putih.
Saya baru saja nak ke alam mati...
kemudian, saya dengar suara malaikat memanggil saya.
Bila saya buka mata...
anak saya yang baik, Jason, memandang saya dan saya kata...
"Berundur, Malaikat Maut. Saya belum puas hidup."
Dengan setiap auns gas yang tinggal dalam tubuh saya...
saya sendawa sampai bebola itu melantun keluar.
Semuanya kerana anak saya.
Maaf, Cik Caldwell, saya boleh cakap sampai sini saja.
Tekak saya masih sakit.
Terima kasih.
Jason?
Cikgu betul-betul minta maaf.
Kamu boleh hantar karangan itu lambat sikit.
Terima kasih.
Okey, kita sambung baca karangan.
Trevor, baca.
Jason! Cikgu memang cari kamu.
Cikgu nak jumpa kamu di pejabat.
Bukan saya tak mahu berbual dengan cikgu...
tapi saya kena balik dan tolong jaga ayah saya.
Yakah?
Sanggup kamu tipu kami, Jas?
- Kamu kata kamu dah siapkan. - Saya tak tahu.
Malangnya, karangan itu meliputi satu pertiga gred Jason semester ini.
Kalau dia tak hantar, dia akan gagal.
Dia perlu ulang subjek ini di kelas musim panas.
Apa? Saya tak nak pergi kelas musim panas!
Tentu ada sesuatu yang dia boleh buat untuk tebus markahnya.
Cikgu mengajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua...
di kolej komuniti sampai pukul 6.
Kalau kamu hantar sebelum pukul 6, cikgu akan pertimbangkan.
Jangan sesekali...
muat turun dari Internet, Jason.
Cikgu mahu karangan tulisan tangan.
Karangan 1,000 patah perkataan dalam masa tiga jam?
Tentu tiada masalah sebab kamu berbakat...
dalam mereka-reka cerita.
Tiada tajuk Oleh: Jason Shephard
Kamu berbakat dalam mereka-reka cerita.
Penipu.
Penipu
Besar.
Besar
Penipu Besar.
Kenny Trooper adalah seorang penipu besar.
Kata orang, pembohongan yang kecil boleh jadi besar.
Seorang lelaki akan menerima akibatnya.
Semua orang berhenti dan memandang penipu besar itu.
Dah siap!
Kenapalah hari ini baru mereka curi papan selaju saya?
Cantik basikal awak, Shepherd!
Dungu!
Encik?
Saya rasa kita terlanggar budak.
Saya sedang bercakap di telefon.
Maaf. Rupanya kami terlanggar budak.
Awak tak apa-apa?
Ya. Tapi encik mesti tolong saya.
Saya mesti ke kolej komuniti dalam masa dua minit...
kalau tak, saya akan gagal gred lapan.
- Kenapa ini? - Saya nak tumpang.
Awak ingat kereta saya ini teksi?
Di depan itu saja!
Saya tak saman awak sebab langgar saya pun dah cukup baik!
Tapi tengkuk saya rasa teganglah.
Masuklah.
Jaga-jaga, kasut saya.
Awak tak tahu apa yang saya lalui hari ini.
Yalah, hidup sebagai budak 11 tahun memang sangat sukar.
- Saya 14 tahunlah. - Maaf.
Jason Shepherd.
Marty Wolf.
Penerbit Hollywood terkenal.
Saya di sini untuk penggambaran filem terbaru saya.
Awak lelaki itu.
Jangan marah, tapi...
filem awak beberapa tahun ini memang teruk.
Semua orang ada naik turunnya, Ebert.
Nama saya Jasonlah.
Percayalah. Saya hanya perlukan sebuah filem hit untuk naik semula.
Ya, itulah yang saya harapkan dengan karangan saya ini.
Yakah? Cuba cerita lagi.
Saya cuba mengelak, tapi cikgu saya dapat tahu pula.
Apa helah awak? Anjing makan kerja sekolah?
Tak. Ayah tercekik bebola daging.
Awak teman dia di wad kecemasan sepanjang malam?
- Ya. - Ya.
Cikgu awak telefon dia.
Awak tiru suara dia di telefon bimbit.
Ya, lebih kurang.
Dengar nasihat saya.
Ini silap awak. Okey?
Sepatutnya awak palsukan surat doktor...
tukar ayah kepada adik...
dan tukar bebola daging kepada kepak ayam.
Itu lebih mudah diterima, G.M.D.
Maksudnya, "kalau awak faham."
Awak pandai menipu.
Tak. Saya yang terbaik.
Kita dah sampai.
Okey. Semoga dirahmati, Jared.
- Jason. - Itulah nama awak.
Berlatihlah dialog lagi, Jiminy.
Sebab berdasarkan pengalaman saya, kebenaran...
dinilai terlalu tinggi.
Sudah, keluar!
Saya nak buat filem!
Terima kasih sebab tumpangkan saya.
Selamat jalan.
Penipu Besar
Hei, Earl! Awak tertinggal...
Penipu Besar
Balik ke set, encik?
Ya! Pandu laju-laju!
Whitaker, saya bukan kakak awak...
atau teman wanita awak, atau paderi awak.
Jadi kalau awak nak terus jadi rakan sekerja saya...
saya ada dua perkataan untuk awak.
Tutup mulut!
Awak terlalu banyak cakap!
Boleh berhenti? Boleh kita...
Sebab saya tak dapat menghayati babak ini.
- Apa yang awak buat? - Apa?
Awak perasap apa dalam kereta itu?
Kenapa awak suruh berhenti?
No comments yet. Be the first to leave one.