Die ersten 182 Zeilen.
Terima kasih.
Dia dah datang.
Selamat pagi, semua.
Selamat pagi, Leanne.
Terima kasih.
Ada belon untuk saya?
Hai, Dorothy. Selamat pagi.
Ambil.
Tiga minggu tidur di sofa itu.
Saya tak tahu jika saya boleh berdiri sepanjang hari ini.
Saya akan masak makan malam untuk awak.
Itu sangat baik tapi kami merakam cabaran berturut-turut
dan saya ada temu ramah dengan… Tak guna, saya tak ingat.
Sebab itu saya perlukan pembantu.
Kita bertuah kerana ada dua selebriti di rumah ini.
Alamak, itu kereta saya! Awak mahu makan tengah hari dengan saya di set?
Ia terlalu huru-hara untuk Jericho.
Leanne boleh…
Ya.
Saya dah kata jangan masuk bilik saya. Saya boleh basuh baju sendiri.
Helo?
Saya tak boleh laporkan berita itu.
Saya masih belum ada pengasuh.
Ya, saya juga kecewa, tapi saya tak boleh buat apa-apa.
Terima kasih.
Dorothy, benarkan saya bantu awak.
Itu tugas saya.
Disebabkan awak tak masih tak faham, biar saya jelaskan.
Awak tak boleh sentuh Jericho lagi.
Kita akan meronda blok dan periksa keadaan.
Leanne?
Hei, saya tak tahu jika awak ingat saya. Isabelle.
Kita bertemu di pesta. Saya bekerja dengan Dorothy.
Ya.
Awak okey?
Ya.
Baiklah. Jaga diri.
Hei, ia bukan urusan saya…
tapi…
Dorothy tak berniat jahat.
Dia agak degil.
Bagaimana awak tahu ia tentang Dorothy?
Kerana saya kenal tangisan itu.
Saya juga pernah menangis seperti itu.
Awak tahu saya bermula sebagai pelatih dia?
Ya, selepas tamat belajar.
Dorothy banyak mengajar saya.
Dia bersifat terbuka, pemurah dan dia beri beberapa pakaian dia kepada saya.
Fesyen saya sangat teruk pada waktu itu.
Tapi kadangkala dia boleh jadi seperti kata-kata ibu saya, "Menjengkelkan."
Saya akan menyorok di bilik air dan menangis
sehingga rupa saya seperti orang goth disebabkan maskara saya.
Biar saya teka, dia mengkritik cara awak pegang bayi?
Atau mungkin dia kata potongan rambut awak
membuat rupa awak seperti penari bogel yang tiada kerja?
Dia tak salah.
Saya harap dia benarkan saya bantu dia.
Tapi dia jadi sangat marah.
Ya, dia pentingkan kesempurnaan.
Sukar untuk memenuhi standard itu.
Tapi saya yakin kadangkala dia juga buat kesilapan.
Alamak, panggilan kerja!
Saya sepatutnya cuti hari ini.
Saya tak tahu jika awak berminat, tapi saya ada masa pada hari Rabu.
Mungkin kita boleh minum kopi bersama?
Saya perlukan teman.
Ya. Baiklah.
Baik, kita jumpa nanti.
Okey.
Rasanya awak ketuk terlalu kuat.
Gambar akan menutupnya.
Ia senget.
Apa? Awak yang minta bantuan saya.
Saya risaukan awak.
Saya tak nampak awak mencari makanan di peti sejuk kami.
Saya ada banyak pengalaman dalam mengelak kemarahan Dorothy.
- Awak rasa dia akan sukakannya? - Dia akan suka.
Ia sepatutnya tentang wanita yang tertindas.
Saya cuma nampak lubang hitam.
Atau awak tanya saya jika ia akan buat Dorothy suka awak semula?
Saya buat semua perkara yang saya boleh fikirkan.
Saya mahu baiki sesuatu di bilik Leanne. Awak boleh ambil beg peralatan?
Awak pergi dulu. Saya akan datang nanti.
Mereka dah lama menggerudi?
Sejak pukul 6:00 pagi.
Ia membuat Dorothy keluar.
Awak mahu sesuatu, Julian?
Ambilkan gelas untuk saya.
Tuang sedikit susu untuk saya.
Sehingga penuh.
Saya patut pergi sekarang.
Jika itu yang awak mahu.
Ia salah satu gambar kegemaran awak, jadi ia patut dipamerkan dengan baik.
Ada lagi.
Saya dah baiki tingkap Leanne dan pemegang yang longgar di bilik air.
Mereka kata bilik bawah tanah akan siap dalam sejam. Kita perlu biarkannya kering.
Saya dah baiki bilah yang rosak.
Ini cubaan yang menyedihkan untuk tidur di katil kita semula.
Dorothy, belakang saya sakit kerana tidur di sofa yang keras di atas.
- Hukuman itu tak mencukupi? - Awak tahu cara
untuk pulihkan hubungan kita. Ia mudah saja.
Tolonglah, Dorothy.
Bukankah kita dah bincangkan ini?
Ya dan saya masih tak faham sebab awak berkeras supaya dia tinggal di sini
sedangkan saya mahu dia pergi dari sini.
Dia menyatukan keluarga kita semula,
awak tak nampak itu?
Ya, kita perlukan bantuan dulu, tapi kita okey
sebelum Leanne muncul.
Tak.
Awak tak beritahu saya segala-galanya.
Dia tahu rahsia awak?
Atau mengugut awak?
Dia sebatang kara, Dorothy. Kita keluarga dia.
Kita terhutang budi pada dia selepas apa yang dia alami.
Maksud awak perbuatan saya pada dia?
- Dia ada anak saya. Saya tiada pilihan. - Anak kita.
Mungkin awak patut beli sofa baru.
Hai, okey, mari.
Mari sini, sayang.
- Hei. - Hei.
Awak boleh datang ke set esok jika awak mahu.
Tentu sukar terperangkap di sini dengan Dorothy yang sedang marah.
Awak mahu duduk di sini? Dengar muzik.
Sebelum saya bertemu Dorothy, saya tak rasa sunyi.
Maksud saya…
Saya banyak habiskan masa seorang diri. Ia tak mengganggu saya.
Kemudian dia muncul dalam hidup saya dan saya tak mahu kehilangan dia.
Terutamanya sekarang.
Saya cuma mahu duduk dan makan.
Sesuatu yang sangat sedap. Peluk dia dan anak kami.
Itu permintaan yang melampau?
Tak.
Tak, saya masih tak boleh bekerja.
Ya, percayalah, saya juga kecewa seperti awak.
Awak boleh buat sesuatu untuk saya?
Awak boleh beri berita ini kepada Jeremy?
Awak memang baik.
Okey, saya akan datang nanti.
Saya akan bawa Jericho supaya awak boleh peluk dia.
Okey, terima kasih.
- Awak masih di sini? - Ya, mereka tangguhkan beberapa jam,
jadi saya mahu buat air rebusan untuk hidangan istimewa.
Kenapa?
Awak tak dapat hadir tayangan perdana, jadi saya fikir,
kita boleh raikannya sendiri.
Tonton episod seterusnya esok
dan saya membuat sosej tradisional dengan lapisan lentil perang dan sedikit…
Saya akan hubungi ayah saya dan minta dia bawa Kourtney dengan K.
Tak, saya ingat hanya kita berdua raikan.
Koktel pada pukul 7:00.
Hai, ayah. Ya, apa khabar?
Hai.
Sentiasa ada sesuatu berlaku di bandar.
Semua orang okey?
Ya, saya rasa begitu. Seorang gelandangan pitam di laluan jalan kaki.
Dia tak sedar, jadi saya hubungi ambulans.
Mereka kata dia kekurangan air tapi dia akan okey.
Tindakan saya mungkin melampau, tapi saya tak boleh abaikan dia.
- Awak faham maksud saya? - Ya. Tindakan awak betul.
Donut terbaik di negeri ini. Ia sedap dimakan dengan kopi.
Saya akan buat kopi.
Dorothy tiada di rumah?
Tak, kebelakangan ini dia banyak habiskan masa di luar rumah.
- Krim atau gula? - Kopi kosong saja, terima kasih.
Makan donut dengan kopi. Ia sangat sedap.
Wau! Dorothy simpan semua berita dia?
Awak tak simpan berita awak?
Ya, kerana periwayat hidup saya perlu lihat pita saya
melaporkan berita dengan pakaian renang. Tidak.
Mungkin saya patut simpan berita ini.
C'est la vie.
Itu tentang apa?
Ia tak penting.
Saya dapat tahu FBI akan menyerbu seorang bedebah yang kaya
untuk pelbagai kesalahan sebelum ia berlaku.
Saya menemu bual sasaran tentang cerita palsu beberapa hari sebelum itu.
Itu sangat menakutkan.
Saya ketakutan tapi ia berbaloi.
Tapi kenapa ia ada dalam koleksi Dorothy?
Saya kumpul semua maklumat dan tunjuk kepada dia.
Dia sangat kagum tapi dia kata saya tak berkuasa untuk laporkannya.
No comments yet. Be the first to leave one.