Die ersten 200 Zeilen.
Anak-anak tahun 90-an.
Beginilah kehidupan kami dulu.
Kalau di rumah, layan lagu,...
...baca zine, cari lagu.
Internet?
Tak senang macam sekarang.
Kalau kawan ajak jamming,...
...itu aktiviti paling menyeronokkan.
Lagi-lagi kalau kawan yang belanja.
Macam rezeki turun dari langit.
Alhamdulillah.
Setiap kali nak pergi jamming...
...semangat membara macam nak buat persembahan.
Tak sabar rasanya nak memekik.
Minat saya dalam muzik bermula...
...ketika saya berusia enam ke tujuh tahun.
Saya dah terdedah dengan muzik barat.
Ketika di era 70-an.
Saya rasa saya bertuah keluarga saya suka muzik.
Di kampung kami, ayah saya ada pemain rekod.
Jenis yang boleh letak lima ke enam keping vinil.
Sekali harung. Habis satu, tukar yang baharu.
Dalam koleksinya ada Black Sabbath,...
...Jimi Hendrix, juga rekod 7-inci Jimi Hendrix.
Apa lagi? Semua kumpulan. Iron Butterfly,...
...Uriah Heep. Sebut sahaja Semuanya ada.
Deep Purple, Rainbow, Bob Marley.
Hail Amir pun ada.
Tapi saya lebih suka lagu-lagu heavy metal.
Di kampung kami, rumah kami yang paling kecoh.
Ada juga orang kampung yang sinis.
Semuanya muzik mat salih. Kenapa dengan keluarga ini?
Saya bangga untuk perkenalkan Kg. Alor Semadom Village.
Walaupun kampung, kedudukannya...
...suku batu dari bandar.
Memang di tengah bandar, macam Brickfields.
Tapi benih persembahan mula berputik...
...dalam 1985 atau 1986.
Ada kumpulan dari Perlis, dari Kedah,...
...Pulau Pinang. Bermula ideologi masing-masing...
...yang berbeza daripada arus perdana.
Jadi, saya datang dari Alor Setar,...
...ke Kuala Lumpur pada tahun 1989,...
...kerana desakan jiwa yang banyak dengar muzik...
...dan teringin sangat nak jadi macam pemuzik yang saya dengar.
Semua pemuzik yang saya minati.
Muzik mereka mendesak saya untuk naik bas...
...dan datang ke Kuala Lumpur. Mana tahu, bukan?
Orang kata, kita boleh bermimpi dan punya impian besar.
Kalau mereka boleh buat, mesti saya boleh buat.
Jadi, saya tak peduli. Saya datang. Sebab di KL,...
...ada tempat-tempat persembahan kecil...
...yang diadakan di gedung beli-belah,...
...dewan dan pub ketika itu.
Orang yang benar-benar mempengaruhi dan buka jalan...
...untuk saya bermain muzik secara profesional,...
...ialah Rosdan, daripada kumpulan Punisher.
Dia juga bekas vokalis Bloodshed.
Dia yang kata, "Marilah."
"Kita pergi dan tunjuk bakat." Dia memang orangnya...
...yang buka jalan untuk saya datang untuk.....
Dari dulu pun kami tinggal serumah...
...di Brickfields juga. Di kawasan depan sana.
Tapi ketika itu, kami tinggal seramai 14 orang.
Ketika saya tiba di KL, ada konsert besar.
Di Kompleks Pertama ada lounge besar...
...yang dipanggil Metallica Lounge.
Jadi, malam itu...
...banyak kumpulan buat persembahan sampai pagi.
Dari petang sampai ke pagi.
Ada satu kumpulan bernama Opposition Party,...
...dari Singapura.
Mereka muncul dengan...
...jaket pengebom kulit hitam dengan kasut Dr. Martens.
Orang minta pelbagai jenis lagu daripada mereka...
...macam Exploited, GBH...
...The Clash dan Sex Pistols.
Ketua kumpulan itu yang bernama Francis...
...kata, "Maaf. Kami tak nyanyi lagu orang lain."
Ayat itu melekat dalam otak saya sampai sekarang.
Setiap kali saya bermain muzik, saya cuba tak main lagu orang.
Ayat, "Maaf, kami tak main lagu orang lain" memang hebat.
Sampai sekarang rasa meremang bulu roma.
Saya pernah juga pergi ke Metallica Lounge...
...dan beberapa tempat. Semua House.....
Apa nama tempat itu? Gelanggang luncur itu.
Saya sempat ke sana.
Ada satu kumpulan bernama Rator. Memang punk sejati.
Mereka main gitar, campak gitar dan pergi.
Selepas itu, datang ambil semula.
Tapi ketika itu memang seronok.
Masing-masing ada aksesori sendiri.
Death Metal, Black Metal. Semua jenis metal ketika itu.
Sebab itu, saya terkesan seketika dengan dunia metal.
Cuma tidaklah sampai buat kumpulan metal.
Kalau tak silap, antara yang pertama yang keluarkan...
...muzik ekstrem ini...
...ialah Rator.
Seawal tahun 1988 mereka dah keluarkan.
Mereka kata, "Rekod sahaja selagi boleh."
Tapi ideanya begini, yang penting kena ada karya asli.
Kalau tak sedap pun, biarkan. Asalkan karya sendiri.
Saya hormat mereka. Orang mungkin persoalkan.
Tapi ini bukan tentang lagunya.
Tapi yang nak disuarakan. Itu yang penting.
Ketika itu, kami tak begitu...
...berminat nak main lagu sendiri.
Sebab kami tak begitu faham. Kami cuma berminat.
Kami juga tak tahu ideologinya. Kami tak tahu...
...perkataan underground pun. Tak pernah tahu.
Tapi yang kami tahu, selera muzik kami...
...memang sangat jauh daripada arus perdana.
Jadi, tercetus idea untuk bermain muzik yang memuaskan kami.
Muzik yang berat.
Dari situ, kami mula.....
Kalau nak main dalam kumpulan, kena ada lagu sendiri,...
...produk sendiri, baru boleh jadi kumpulan.
Kalau asyik main lagu orang, tak perlulah. Takkan ke mana-mana.
Underground itu...
...dari dulu lagi bukan.....
Ada orang fikir underground bermaksud buat sendiri.
Kena buat muzik sendiri, edar sendiri,...
...masuk zine dan semua itu.
Semuanya buat sendiri. Itu antara sifat utama...
...gerakan underground.
Tapi bagi saya, underground bermaksud...
...jalan lain untuk...
...bersuara dan berkongsi muzik anda dengan cara sendiri.
Ia bagaikan muzik untuk golongan berbeza.
Ia bukan arus perdana tapi...
...ruang lain buat kita.
Ketika tahun 1991 sampailah 1994,...
...suasananya mesra. Budak-budak tak tahu.
Malaysia dalam dunia muzik...
...hanya tahu rock...
...macam Lefthanded.
Saya rasa dalam waktu itu,...
..."Belenggu Irama" masih baharu.
May amat terkenal.
Jadi, tiada alternatif lain.
Malah kumpulan yang bergerak bebas...
...dengan muzik lebih agresif...
...kalau anda tak kenal mereka atau sesiapa yang kenal mereka,...
...anda takkan kenal mereka.
Maklumat begini biasanya untuk...
...kumpulan yang kecil, tapi pada asasnya...
...ketika itu semuanya...
...tentang muzik. Begitulah rasanya.
Semua orang gembira, tak sabar nak jumpa.
Semua orang tak sabar. "Dah dengar kumpulan ini?"
"Siapa ini?" "Ini Husker Du."
"Apa itu?" Kemudian kita dengar dan kita berkongsi...
...fon telinga dan dengar. "Inilah dia."
Bagi saya, saya rasa itu masanya...
...kumpulan indie, alternatif atau underground bermula.
Sebab hampir semua kumpulan bermula...
...dengan meniru.
Tiru kumpulan lain.
Saya rasa untuk mana-mana dunia muzik baharu,...
...ini langkah pertama. Tiru.
Sebab kami tak ada sebarang rujukan.
Kami tiada senior dalam dunia underground.
Kami cuma ada senior dalam genre rock...
...yang mengikuti rock 70-an atau 80-an.
Tapi agak bagus juga. Ia menggembirakan.
Semua orang sangat mesra.
Dalam dunia underground 90-an,...
...semua kumpulan nak bebaskan diri.
Semua orang nak.....
Bukan nak jadi underground, tapi semua nak...
...cari kebebasan dan...
...kelainan daripada arus perdana.
Jadi, dari situ munculnya banyak kumpulan punk...
...dan metal.
Persamaannya ialah dunianya cuma satu.
Jadi, semua orang bersungguh nak menyumbang.
Ikut sebenarnya, Malaysia pada awal 90-an...
...masih lagi...
...dimonopoli oleh muzik...
...yang...
...mengetengahkan para komposer.
Kumpulan boleh buat lagu cuma tak diberi peluang...
...untuk diketengahkan.
Maksudnya, lagu yang dicipta ada tapi mungkin di Sebelah B.
Sebelah A terdiri daripada lagu-lagu komposer.
Jadi, OAG salah satu kumpulan yang merasakan...
...kami hebat dan kami kacak.
Kami rasa kami boleh berjaya kalau jadi diri sendiri.
Anda kena cipta lagu sendiri dan main lagu sendiri.
Anda mesti kenal peralatan anda luar dan dalam.
Anda mesti bertanggungjawab atas hidup sendiri di atas pentas.
Itu doktrinnya.
Maka dari situ lagi dah bermula...
...lahirnya cara underground.
Lakukan sendiri.
Itu yang dipromosikan.
Sebab sebelum itu, muzik komersial...
...dikawal syarikat rakaman. Mereka nak jual lagu.
Mereka tak peduli orang yang mainkannya.
Mereka panggil komposer lagu dan pemuzik upahan.
No comments yet. Be the first to leave one.