Die ersten 200 Zeilen.
Saya hendak ajak awak keluar. -Okey. Mungkin.
Lara rasa Aiman rogol Lara. -Keputusan ujian negatif.
Mungkin ubat puan itu sudah ganggu ingatan puan, bukan?
Dia buat hantaran dalam talian, papa. Dia cakap...
...papa rogol dia. -Awak rosakkan reputasi saya.
Awak rosakkan hidup saya. -Yang kita buat ini salah.
Awak sedar, bukan? -Saya dan Lara cerai bukan...
...disebabkan awak. -Saya kak long dia.
Yasmin binti Joned. Bekas isteri Dr. Aiman.
Dia disyaki bunuh diri tapi dalam laporan rasmi tulis...
...pengambilan ubat berlebihan secara sengaja.
Dalam kotak itu ada banyak botol kecil cecair jernih.
GHB memang cecair jernih macam itu.
Dr. Aiman Yusof? Kami ada waran untuk geledah rumah doktor.
Ini bukan kali pertama Lara fitnah orang. Dia pernah...
...buat benda macam ini dulu.
Maafkan saya tapi saya hendak tanya. Ini apa?
Itu Comot. -Okey.
Apa? Kenapa dengan Comot?
Mana dapat Comot? -Di pesta ria.
Ada permainan baling bola keranjang. Bekas suami saya teruja.
Dia hendak cuba main dan kalau dia menang, dia hendak...
...hadiahkan saya Comot inilah. Dia cuba dan mencuba...
...sampai dia habis token.
Dia tidak menang apa-apa.
Jadi, saya pun cuba dan cuba teka?
Percubaan pertama saya terus menang.
Jadi, awak suka menang?
Saya saja letak Comot di sebelah TV supaya apabila bekas suami...
...saya tengok TV,...
...dia terpksa tengok Comot sekali.
Awak ini raksasa, tahu tidak?
Sudah bercerai ini, saya rasa patut buang saja, bukan?
Tidak apa-apalah. Okey apa? Maksud saya, bukannya setiap...
...hari kita lihat beruang teddy besar...
...sebagai sebahagian daripada hiasan.
Maksud saya, saya pun hendak cubalah. Apa pendapat awak?
Boleh menang atau tidak?
Cabaran diterima. -Harap menang.
Dr. Aiman? -Ya.
En. Adam? -Ya, betul.
En. Adam kata ada sesuatu hendak beritahu saya tentang Lara.
Apa dia?
Lara. Saya ingatkan selepas dia habis sekolah,...
...sudah meningkat dewasa, dia boleh berubah. Rupa-rupanya tidak.
Sama saja. -En. Adam dulu cikgu dia?
Cikgu disiplin. Masa dia di sekolah menengah.
Lara ini satu sekolah tahu dia pelajar yang bermasalah.
Merokok, lompat pagar sekolah, bergaduh. Semua dia buat.
Ada sekali itu, pengetua sudah bagi amaran terakhir. Jika dia...
...buat lagi sekali, langgar lagi sekali disiplin,...
...dia akan dibuang tapi itulah. Tidak sampai 2 hari selepas itu,...
...saya dapat tangkap dia merokok dalam tandas. Jadi, saya pun...
...bawa dia pergi bilik pengetua tapi apabila sampai saja...
...di bilik pengetua, lain pula jadi ceritanya. Dia tuduh saya...
...raba dia dalam tandas. Doktor bayangkan.
Saya masa itu rasa langit macam hendak runtuh, doktor.
Dia tipu sampai macam itu sekali? -Tidak ada seorang pun percaya...
...apabila saya cakap saya tidak buat semua itu, doktor.
Doktor bayangkan. Seorang guru disiplin, satu sekolah pandang...
...saya macam penjenayah.
Saya faham sangat, En. Adam. -Selepas itu, mak bapa dia...
...ugut hendak buat laporan polis.
Allah! Doktor, masa itu saya rasa saya sudah tiada masa depan.
Sudah tiada harapan. -Polis ada terlibat masa itu?
Saya kena gantung kerja, doktor. Pihak sekolah tidak benarkan...
...saya berbincang dengan keluarga dia.
Selepas itu, tahu-tahu tiba-tiba mereka tarik balik tuduhan.
Akan tetapi, setidak-tidaknya hidup En. Adam kembali biasa...
...selepas semua itu, bukan?
Hidup saya, kerja saya, rumah tangga saya, maruah saya,...
...semuanya musnah, doktor. Sebulan selepas Lara...
...tarik balik tuduhan itu, tiba-tiba saya dipindahkan...
...ke sekolah di pedalaman, sekolah rendah. Saya daripada...
...seorang guru disiplin turun jadi guru yang mengajar PJ saja.
Selepas itu, saya dipindahkan dalam lebih kurang 8 kali.
Akhirnya saya memilih untuk bersara awal. Sudah tidak tahan.
Dia buat En. Adam sampai macam itu, ya.
Saya sudah reda dengan hidup saya, doktor tapi apabila...
...saya tengok berita tentang doktor, saya rasa saya tidak...
...boleh berdiam diri. Saya tahu doktor tidak bersalah.
Jangan risau. Apabila saya cerita semua ini pada polis nanti,...
...nama doktor akan bersih kembali.
Terima kasih. Terima kasih, En. Adam.
Ini tanggungjawab saya. Saya tidak hendak Lara rosakkan hidup...
...seorang lagi lelaki yang tidak bersalah.
Sofia, apa itu? Beli barang dalam talian lagi?
Tidak. Barang sekolah Sofia. -Betulkah barang sekolah?
Mari sini, ayah tengok. -Tidak payahlah, ayah.
Sofia sudah lambat. -Sofia jangan main-main.
Sofia pun tahu, kalau sekali lagi Sofia dapat keputusan merosot...
...dalam peperiksaan, biasiswa Sofia akan ditarik balik.
Sofia tahu.
Sofia janji. Peperiksaan seterusnya Sofia dapat cemerlang.
Buktikan. Jangan cakap saja. Kita ini bukan orang...
...senang sangat, Sofia. Ayah tidak mampu hendak bayar yuran...
...sekolah swasta Sofia itu kalau tidak ada biasiswa. Faham?
Sofia pergi dulu, ayah. -Sofia, makan dulu.
Macam mana hendak belajar kalau perut kosong itu? Sofia!
Lara, apa khabar? Saya simpati atas kejadian yang menimpa awak.
Terima kasih, En. Earlem. -Saya hendak awak tahu...
...yang kami, saya juga guru-guru lain berdiri teguh...
...di belakang awak. Jika awak perlukan apa-apa,...
...mungkin cuti beberapa hari, kami faham.
Tidak apa-apa. Saya hargainya tapi saya memang okey...
...dan sedia untuk mengajar.
Lara, saya kena jujur dengan awak di sini.
Saya rasa lebih baik awak bercuti seketika.
Saya tak perlukan cuti.
Saya perlu terus mengajar. -Ya, saya faham tapi malangnya...
...situasi awak ini bukan saja mempengaruhi awak.
Ia pengaruhi pelajar, guru-guru lain, ibu bapa.
Awak faham apa yang saya cuba beritahu awak?
Bukannya kita semua pilih keadaan ini.
Saya tidak buat apa-apa yang salah dan...
...saya cuma hendak teruskan hidup.
Malangnya, jika awak buat hantaran dalam talian,...
...awak pasti tahu akibat yang akan ditanggung...
...tapi kita tidak sangka dan tidak ada masa untuk...
...buat persediaan menghadapinya.
Maksud awak, semua ini salah saya?
Saya ingat awak akan sokong saya. -Lara, tolong jangan salah faham.
Tiada sesiapa yang salahkan awak. Tiada sama sekali tapi...
...sebagai pengetua sekolah ini, sudah jadi tanggungjawab saya...
...untuk menjaga reputasi sekolah kita.
Okey, En. Earlem. Jika awak tidak mahu saya ada di sini,...
...saya akan balik. -Bukanlah kena sekarang.
Awak teruskan mengajar pada hari ini tapi awak ambillah...
...cuti seminggu atau lebih lama lagi. Beri masa agar...
...keadaan kembali normal.
Hei! Saya dengar ayah awak perkosa wanita, betul?
Okey. Saya tidak hendak ada masalah.
Sudah terlambat.
Bawa dia masuk. -Jangan!
Pergi ke pejabat pengetua sekarang.
Noah. Kamu okey?
Cikgu apa kisah?
Tinggalkan saya sendirian. -Cikgu cuma hendak tolong Noah.
Cikgu hendak tolong saya? Cikgu tidak tahukah benda ini...
...disebabkan cikgu?
Kenapa pula? Kenapa salah cikgu?
Apabila semua orang ingat bapak saya perogol,...
...saya jadi sasaran, cikgu.
Noah, biar cikgu tolong.
Tidak payah.
Tidak cukupkah cikgu buat hidup saya susah?
Detektif, kalau ada apa-apa lagi, saya boleh saja bagi kerjasama.
Beritahu saja. -Terima kasih.
Sama-sama.
Detektif sudah dengar, ya. Detektif percaya tidak cakap saya sekarang?
Dr. Aiman, awak tidak boleh ada di sini.
Detektif, saya doktor. Kerja saya macam detektif juga.
Menolong orang.
Saya rasa Lara ini perlukan bantuan profesional. Dia jelas...
...tidak sihat.
Kalau hendak, saya boleh syorkan ahli terapi yang bagus...
...di hospital saya.
Lara itu sudah tidak boleh diubat lagi. Ubat dia penjara saja.
Saya rasa doktor jangan masuk campur hal ini lagi. Lagipun...
...kes doktor ini sudah digugurkan. -Akan tetapi, pihak polis...
...kena tolong bersihkan nama saya.
Setidak-tidaknya tulis surat rasmi biar semua orang tahu yang...
...saya tidak bersalah. -Itu bukan tugas kami.
Kami tidak boleh buat kenyataan umum macam itu.
Tolonglah faham, detektif. Kes ini bukan saja jejaskan...
...reputasi dan maruah saya tetapi juga keluarga saya.
Kami faham tapi kami minta maaf sangat-sangat.
Kami tidak boleh hendak buat apa-apa.
Detektif. Tolonglah. Anak saya sampai kena buli di sekolah...
...disebabkan kes ini. Saya sudah tidak tahu, apa patut saya buat?
Okey. Macam inilah. Apa kata Dr. Aiman pergi ke sekolah,...
...bincang dengan pihak sekolah tentang hal buli ini.
Kalau masih berlarutan lagi, doktor boleh datang sini.
Buat laporan. Kami akan bantu.
Ya? Akan tetapi, setakat itu sajalah.
Subang saya hilang. Saya sudah tanya Kathy, saya sudah cari...
...di semua tempat. -Lara, bertenang. Subang apa?
Subang saya itulah. Saya risau. Kalau jatuh di rumah Aiman...
...macam mana? -Tidak mungkinlah.
Cicir di tempat lain agaknya. -Tidak. Saya sudah cari di rumah.
Saya risau sangat kalau Aiman jumpa di rumah dia. Habislah saya.
Lara, cuba tarik nafas dalam-dalam. Tenangkan diri awak dulu.
Okey?
Ya, okey. -Okey. Sekarang awak dengar...
...cakap saya. Ada kemungkinan subang awak jatuh di tempat lain.
Okey. Percaya cakap saya. Janganlah risau sangat.
Okey. Seperkara lagi, Taufiq. Cikgu Adam mesej saya.
Cikgu Adam? Cikgu awak yang..... -Ya. Dia.
Apa bangsat itu hendak? -Dia ugut saya. Dia cakap...
...semua orang akan tahu tentang saya.
Kurang ajar!
Abaikan sajalah. -Macam mana kalau dia pergi...
...cerita pada polis tentang saya masa dulu?
Masa itu saya muda, saya terdesak. Saya tidak tahu hendak...
...buat apa-apa. Saya bukan seperti yang dulu, Taufiq.
Sabar, Lara. Jangan panik dulu. -Polis sudah syak sama ada...
...saya atau awak ada kena-mengena dengan waran geledah...
...di rumah Aiman.
Kalau Cikgu Adam datang jumpa polis beritahu tentang saya,...
...macam mana? -Polis cakap dengan awak yang...
No comments yet. Be the first to leave one.