Die ersten 200 Zeilen.
UNTUK DISEWA
Itu kereta api saya.
Tunggu! Tunggu!
Bangun, Jack.
Awak nampak Francis?
Helo, Peter.
- Selamat petang. Whitman? - Ya. Itu kami.
Boleh saya periksa tiket anda?
Terima kasih.
Dilarang merokok.
Selamat datang.
- Air limau manis? - Beri saya segelas.
Nampak sedap.
SNEK SAVURI
Mari keluar untuk minum dan hisap rokok.
Saya nak ucapkan terima kasih kerana kamu berdua datang ke sini.
- Terima kasih. - Sama-sama.
Dalam dunia ini, kamu berdua orang paling penting bagi saya.
Saya tak pernah katakan, tapi saya nak kamu berdua tahu ia benar.
- Saya sayangkan awak, Peter. - Terima kasih.
- Saya sayangkan awak, Jack. - Saya juga sayangkan awak.
Bagaimana ini boleh berlaku? Kenapa kita tak bercakap selama setahun?
- Biar kita membuat perjanjian. - Tentang apa?
A, saya mahu kita jadi adik-beradik seperti dulu...
...dan berhubung rapat antara satu sama lain. Boleh kamu bersetuju?
- Okey. - Ya.
B, saya nak kita jadikan lawatan ini satu pengembaraan jiwa...
...di mana kita cuba memahami misteri dan belajar daripadanya.
- Boleh kita bersetuju? - Boleh.
C, kita perlu berterus terang dan menerima apa saja cadangan...
...walaupun ia mengejutkan dan sengsara. Boleh kita bersetuju?
Saya dah suruh Brendan aturkan jadual perjalanan kita.
JADUAL PERJALANAN LAWATAN
- Siapa Brendan? - Pembantu baharu saya.
Dia akan letakkan jadual di bawah pintu kita setiap pagi...
...tentang semua tempat-tempat suci dan tokong yang kita lawati.
Dan juga menyegerakan urusan hotel, pengangkutan dan lain-lain perkara.
Bagaimana dia nak lakukannya?
Dia ada mesin pencetak dan mesin melamina.
- Di mana dia? - Sebenarnya ia tak penting.
Dia berada di gerabak lain di bahagian lain kereta api ini.
Tapi kita takkan jumpa dia.
Lebih kurang begitu. Tiga orang.
- Cadangan itu okey? - Bagus.
- Ya, kelihatan bagus. - Kamu ada apa-apa soalan?
- Saya nak tanya. - Okey, cakaplah.
Kenapa dengan muka awak?
Saya hanya ingat serba sedikit...
...tapi dari apa yang saya dapat ingat semula, hari itu hujan...
...saya memandu 50 batu per jam ke sudut jalan raya,...
...tak pegang stering dengan kuat, motosikal terus tak terkawal...
...dan tiba-tiba saya jatuh tergelincir,...
...terhempas ke dalam longkang dan terpelanting 50 kaki di udara.
Serpihan kaca mencalar muka saya ketika di udara.
Dan buat seketika, hanya senyap saja.
Cuma...
Kemudian, motosikal jatuh ke tanah, meletup dan terbakar...
...dan muka saya terhentak pada lereng bukit.
Saya dalam perjalanan balik ke rumah. Saya tinggal seorang diri.
Dua orang yang berjoging bergegas menggali keluar tanah...
...dari dalam mulut, hidung dan telinga saya.
Otak saya dah berhenti, jantung saya dah berhenti.
Sebenarnya saya dah mati pada ketika ini.
Saya masih hidup kerana mereka lakukan semua prosedur dengan betul.
Alamak.
Apabila saya sedar, saya fikir, "Saya harap Peter dan Jack ada di sini".
Ada sebarang berita daripada mak?
Tiada.
- Awak ada? - Tiada.
Saya juga tidak.
Sakitnya.
- Apa itu? - Ubat India untuk melegakan otot.
Saya beli dari farmasi di sebelah stesen.
- Apa itu? - Sini tak perlukan preskripsi.
Sejenis ubat selesema India. Ia mengandungi penenang.
- Apa itu? - Ubat pelali paling berkesan di India.
Untuk muka saya.
Tapi berhati-hati. Hanya boleh mengambil setitis sahaja.
Saya juga hilang satu gigi.
Nak baca cerita pendek yang saya tulis ketika di Perancis?
- Berapa panjang? - Apa?
- Berapa panjang? - Berapa panjang?
Tak mengapa. Lupakan saja.
Awak boleh membacanya selepas makan malam.
Automotif Luftwaffe
Sebelum mengeluarkan gigi awak, awak patut kata, "Maafkan saya".
Boleh awak ke belakang sedikit? Air liur awak terpercik pada saya.
Bila kali terakhir awak berada di Amerika?
Saya tak tahu. Ketika upacara pengebumian.
Dengan kata lain, setahun lalu?
Saya harus beritahu awak, saya bersetuju hubungan itu tak kukuh.
Boleh saya ambil pesanan makanan anda?
Biar saya lihat. Kita nak makan daging atau ikan?
Saya nak daging ayam. Jack, awak nak makan ikan? Ia pasti sedap.
Peter, nak makan daging kambing? Ayam, ikan dan kambing? Baik?
Siapa nak minum sup? Tolong angkat tangan.
- Ini cermin mata ayah? - Ya.
Masih mempunyai preskripsi ayah. Bagaimana awak boleh lihat?
Tiga sup.
Sup. Ya, encik.
- Tolong jangan pesan untuk saya. - Apa?
Pesan untuk diri awak sendiri.
Bahagian mana yang awak sedang baca?
Tiada apa-apa. Saya teringat sesuatu yang tak berkenaan dengan ini.
Bagaimana dengan Alice?
Dia baik.
Dia buka syarikat membuat pasu tanah liat.
Ia agak disukai ramai. Kami pernah beri awak sebuah pasu.
Oh, ya. Ya.
Terima kasih.
Saya nak pelayan wanita itu.
Saya tak boleh... Orang Jerman menjengkelkan.
Puan! Tolong perlahankan suara. Terima kasih.
Saya menimbulkan rasa marah kamu?
Sedikit?
Tunggu sekejap. Saya nak minta dia tolong carikan penyuai AC.
Alice hamil.
- Yakah? Awak bergurau. - Tidak.
Sudah berapa lama?
Tujuh setengah bulan.
Jadi, dia akan bersalin lebih kurang enam minggu.
Saya fikir begitu.
Saya tak mahu terlalu runsing tentang perkara ini.
Jangan beritahu Francis.
Brendan menggunakan soket voltan yang salah.
Encik, ini sup awak.
Maafkan saya.
Ini cerita sedih?
Saya fikir begitu.
Saya tak berapa suka bahagian saya menjerit pada mekanik.
- Ia tak pernah berlaku. - Semua watak bersifat fiksyen.
Encik, boleh saya ambil pesanan pencuci mulut?
Nak makan gula-gula atau buah? Saya nak makan puding.
Jack, awak nak makan kek?
Peter, awak nak makan apa? Biskut?
- Dia akan pesan sendiri. - Beri saya biskut.
Minta diri sekejap.
Dia sibuk menyelongkar dan mengambil segala-galanya?
Mungkin. Saya fikir, dia masih berkabung.
Saya masih berkabung juga. Tapi ia sesuatu yang tak beretika, bukan?
Secara sah, cermin mata itu kepunyaan kita bertiga.
GAYA BARAT
Saya akan tidur di sini kerana saya paling tua dan sendi saya patah.
Peter, awak tak kisah menggunakan tangga...
...jadi apa kata awak tidur di katil sebelah atas?
Jack, awak suka bersendirian. Apa kata awak tidur di bilik sebelah?
Bagaimana dengan cadangan itu?
- Maaf, saya... - Berdiri.
- Brendan, ini Jack. - Selamat petang.
- Dan ini Peter. - Helo, Brendan.
- Gembira berjumpa dengan awak. - Beritahu saya maklumat terkini.
- Bagaimana? - Agak lancar.
- Apa maksudnya? - Saya tak terima balas balik.
Cuba sekali lagi. Apa yang awak tunggu lagi?
Saya dah tinggalkan mesej.
Kenapa awak tersenyum?
Bagaimana keadaan muka dia selepas balutan itu dibuka?
Brendan.
Saya tak begitu pasti dengan mukanya, tapi otak dia ada sedikit masalah.
Tak guna. Mari ke sini.
Terus telefon setiap 10 minit sehingga panggilan dijawab.
- Baiklah. - Ini penting. Kami hampir sampai.
- Okey. - Sekali lagi, supaya kita jelas...
...saya tak mahu awak cakap atau bincangkannya dengan sesiapa.
- Dengan kata lain, ia satu kejutan. - Okey.
- Awak dah dapat cari penyuai AC? - Belum lagi.
Berapa lama awak akan tinggal di sini?
Apa maksud awak? Katanya, sehingga hujung bulan ini.
Kenapa awak tanya?
Saya cuma nak tahu supaya saya boleh merancang.
- Rancangan apa? - Saya belum tahu lagi.
Walau apa-apa pun, saya ada tiket sendiri sebagai langkah berjaga-jaga.
Jangan beritahu Francis.
Saya tak mahu tinggal di sini jika tinggal saya dan dia saja.
Ini pasu keluaran syarikat Alice?
Kita patut beli lebih banyak lagi.
- Saya akan beritahu Brendan. - Okey.
Dia ada penyakit dan rambutnya harus dicukur...
...cuma dia tak perlu cukur kerana rambutnya tak boleh tumbuh.
Walau apa-apa pun, jangan bincangkannya. Ini mungkin menyinggung hatinya.
Ini kunci ayah?
- Ya. - Awak juga simpan kunci ayah?
Di mana kacang itu?
Biar saya buka.
Selamat petang, En. Whitman. Bagaimana saya boleh membantu?
Boleh kami minta lebih banyak snek savuri?
Sudah tentu boleh. Ada lagi yang saya boleh bantu?
- Rasanya, tidak. - Saya akan kembali sekejap lagi.
Saya terlupa sesuatu.
Nak hisap rokok bersama saya di dalam bilik air?
Awak tak waras.
Siapa nama awak?
Jack.
- Siapa nama awak? - Rita.
Awak cantik.
Jangan dekati saya.
Jack ada tiket sendiri. Katanya, dia mungkin balik awal.
- Apa maksud awak? - Jangan kata saya yang beritahu.
Brendan simpan semua tiket. Jadual dah diatur. Ke mana dia nak pergi?
Air Italiano? Apa ini? Saya nak simpan pasport dia.
No comments yet. Be the first to leave one.