Die ersten 200 Zeilen.
Semuanya tak guna! Kamu dengar?
Jika kita gagal hidupkan besi buruk ini,...
...semua usaha kita sia-sia!
Saya perlukan masa untuk betulkan algoritma sebelum cubaan berikut.
Kenapa tak tambah kuasa saja? -Kuasa fluks sudah maksimum.
Jika ditambah lagi, seluruh sistem mungkin terbakar.
Saya pernah lihat ia berhasil!
Buat apa saya bayar kamu jika kamu tak mampu hidupkan besi buruk ini?
Lakukannya.
Apa sedang berlaku?
Kuasa keterlaluan. Kita mesti hentikan.
Bagaimana dia buat? Bagaimana Eggy mampu hidupkan?
Tuan.
Matikan, cepat.
Saya kata matikan! -Saya cuba, tuan.
Kuasa fluks mengalami suap balik.
Tunduk!
Saya dah jemu dengan benda ini.
Buang saja dan bersihkan semua ini.
Kita usahakan X1 pula.
Pastikan semua peralatan berfungsi dalam masa dua hari.
Tuan, sebenarnya..... -Dua hari, Simon!
Jaga-jaga.
Terima kasih. Seterusnya, lawan bos.
Ayuh!
Ini tak berhasil.
Bagaimana kalau guna teknik "alley-oop"?
Saya suka cara awak.
Ya!
Syabas, semua. Kita menang lagi. Terima kasih kepada semua.
Ingat, saya akan lancarkan Flower Power Up.
Permainan 8-bit saya yang pertama, minggu depan.
Ingat, jangan ketinggalan.
Jika anda baharu dalam FP Nation, hidupkan notifikasi supaya...
...tidak ketinggalan.
Kita bertemu lagi nanti, ini Flower Power.
Ada apa, Flower Power?
Terima kasih kerana membantu tadi.
Teknik itu berhasil setiap kali. -Awak tak perlukan bantuan saya.
Bilangan pelanggan awak pasti melebihi 10,000 bulan depan.
Bagaimana pembentangan kajian sosial awak?
Masih diusahakan.
Awak main-main lagi, ya? -Itu membantu saya berfikir.
Yalah. Awak ada usahakan baru-baru ini?
Saya sibuk tapi saya akan siapkan.
Sudah, pergi buat. -Itu arahan, ya?
Ini kawan yang ambil berat. Saya tak mahu awak gagal.
Pergi siapkan. Kemudian kita boleh bersaing.
Jangan harap.
Kenapa? Awak takut tak mampu mempertahankan gelaran?
Mungkin kali ini saya biar awak menang.
Noah, ayah beli piza. Kita boleh tengok filem.
Mahu tengok dengan ayah?
Filem apa? -Cerita dinosaur. Pasti seronok.
Ayah suruh saya tengok filem dan makan piza dengan dia.
Pergilah.
Noah?
Ya, saya turun. Saya sedang cakap dengan Bethany.
Sampaikan salam. -Ya.
Awak perlu lari dari sini. Jangan buat bising.
Nanti orang dengar.
Mark, tepat pada masanya. Hari ini kita bertiga saja.
Piza masih panas. Filem baru bermula. Marilah!
Terima kasih sajalah, ayah. Saya nak tidur awal.
Esok mula kerja sebagai pengurus giliran malam di Tally.
Hebat, tahniah. -Terima kasih. Saya tidur dulu.
Selamat malam.
Noah, ayah perlu jawab. Urusan kerja.
Encik Zaurin. -Peter, maaf ganggu.
Kita perlukan semua orang untuk uruskan perkara ini.
Boleh saya buat esok? Saya luangkan masa bersama anak.
Kita perlukan semua orang.
Masa seperti inilah syarikat perlukan mereka yang setia.
Ya, tuan. Saya faham.
Fail ada di meja awak. Maklumkan jika ada masalah.
Ya, tuan. Saya sedia membantu.
Awak memang boleh diharapkan. -Terima kasih.
Mari kita berjalan-jalan.
Maaflah, Noah.
Kami sibuk kerana usahakan produk baharu.
Tak mengapa, ayah. Bos ayah mendesak.
Awak dengar, ya? Ayah sangka awak tengok filem.
Saya tengok filem dan dengar. -Awak curi dengar.
Itu multitugas namanya.
Hai, Larry. Apa khabar?
Hei, Encik H. Jarang lihat awak masuk.
Bos suruh, saya takkan lama.
Ada masalah, ya? -Maaf.
Saya tak pandai main permainan ini.
Dragon Breath. -Dragon Breath 5.
Mati lagi.
Ini Noah, anak saya. -Itu Noah? Sudah besar.
Kenapa bawa beg?
Kenapa bawa beg? -Saya biasa bawa beg.
Simpan dalam kereta.
Saya tak mahu orang curi. Hilanglah semua barang saya.
Noah, tolong simpan dalam kereta. Kita tiada masa nak gaduh.
Ayah memang sentiasa tiada masa kerana kerja di Time Labs.
Beg saja. Boleh saya lihat kandungannya?
Boleh masuk.
Selamat malam. -Terima kasih, Larry.
Caranya, ikut kanan gua. Sorok bawah batu.
Jika tidak, pasti kena api setiap kali.
Terima kasih.
Bagaimana awak tahu saya mati di sana?
Semua orang mati dalam gua itu.
Awak memang sentiasa membantu orang.
Maaflah, Noah. Awak nak beli donat nanti?
Boleh.
Saya nak pergi tandas.
Hujung sana. -Sebelah kanan, ya.
Stor Penyelidikan.//
Gembira membantu.
Ada bawa kad kunci? -Mana kad kunci awak?
Tertinggal dalam lokar. Awak ada, bukan?
Biarkan saja.
Helo? Ada sesiapa di sini?
Peter Haley.
Peter, terima kasih kerana masuk pejabat.
Saya tahu awak pasti dapat cari masalahnya.
Tiada masalah, Encik Zaurin.
Sudah lama saya tak masuk pejabat waktu malam.
Sunyi, bukan? -Ya, betul.
Mari kita cuba selesaikan benda ini.
Ya.
Sudah sedia.
Musnahkan.//
Sampah, ya?
Tak salah sebenarnya. -Buat saya risau.
Awak dengar? -Ya, dengar.
Siapa di sana? Baik tunjukkan diri.
Betul, jangan berani main-main dengan kami.
Saya lapar. Mari makan wafel. Saya belanja.
Boleh.
Sepatutnya awak belanja.
Saya tolong awak dengan abang ipar saya.
Abang ipar awak beri gaji rendah. Tak cukup nak belanja wafel.
Awak berat.
Tak sangka mereka nak buang awak.
Setelah siap nanti, pelayan akan hidup semula.
Awak memang boleh diharap, Peter. Minggu depan saya belanja makan.
Bagus, saya gembira membantu. Kita pergi makan nanti.
Terima kasih.
Beli donat, betul? -Ya.
Maaflah, terpaksa ke pejabat. Nak sambung tengok filem?
Sudah lewat. Saya perlu siapkan kerja sekolah.
Sambung lain kali? -Ya.
Jadi, awak ada robot mainan yang mahal?
Awak dah besar. -Yalah.
Bethany, ini bukan mainan. -Kenapa kata begitu?
Ia berat. -Awak patut lebih bersenam.
Menurut telefon, saya berjalan dua batu setiap hari.
Mana awak dapat? -Orang nak buang.
Orang nak buang? -Gila, bukan?
Ya. Jadi, awak bawa balik rumah?
Saya simpan dalam beg.
Apa gunanya robot itu? -Apa?
Apa gunanya? -Entah, saya masih periksa.
Saya tak dapat hidupkan. -Mungkin itu sebab orang buang.
Tiada orang mahu mainan yang rosak.
Ini bukan mainan. Ia tak rosak.
Biar saya usahakan. -Okey.
Esok saya boleh cuba periksa. -Saya perlukan kepakaran awak.
Ya, sudah tentu.
Tapi janji seperkara. -Ya?
Jangan beritahu sesiapa, okey? -Kenapa?
Lebih elok dirahsiakan.
Apa awak rahsiakan daripada saya? -Lebih elok antara kita saja.
Awak curi, ya?
Curi? Itu agak melampau. Mereka nak buang.
Siapa? Mana awak dapat, Noah?
Mereka nak musnahkan.
Dalam bilik sulit. -Lagi?
Time Labs. -Apa?
Jangan kuat sangat. -Awak curi robot Time Labs?
Mereka nak buang. -Tak sangka awak berani.
Apa awak buat? -Sepana hilang.
Mungkin Mark ambil untuk betulkan papan luncur.
Noah, dah lewat. Masa untuk tidur.
Ya, ayah.
Awak nak datang esok? -Sudah tentu.
Saya nak tengok benda itu. Jangan hidupkan tanpa saya.
Jumpa esok. -Okey, selamat malam.
Tak pernah nak simpan semula. Itu pun susah?
Mari, cepat!
Mari kita pergi!
Mari, ayuh!
Ia hidup.
Jangan takut, saya tak berniat apa-apa.
Nama saya Noah.
Noah Haley.
Awak ada nama?
Saya Artificial Robotic Intelligence Unit 9.
Ayah panggil saya ARI-9.
Ayah awak? -Pencipta saya.
Pelik, memori saya dipadam. Biar saya periksa.
Nampaknya saya terdedah pada corak tenaga yang menyerupai kaedah...
...protokol but semula. Itu punca saya terjaga.
Ini hebat.
Ini hebat.
No comments yet. Be the first to leave one.