Die ersten 200 Zeilen.
SIRI ASLI NETFLIX
BERDASARKAN WATAK DARI KOMIK MARVEL
Mungkin New York digelar bandar yang tak pernah tidur,
tapi memang ramai penduduknya tak tidur.
Aku bukannya merungut.
Kes curang bagus untuk syarikat.
Bahagian paling penting dalam kerja aku ialah cari keburukan orang.
Itulah kepakaran aku.
Klien upah aku untuk cari keburukan
dan aku akan temuinya.
Klien tak sepatutnya terkejut, tapi itulah yang terjadi.
Perempuan bedebah itu! Dia meniduri adik saya?
Bila tahu kebenarannya, mereka perlu buat keputusan.
- Satu, selesaikan. - Dia ingat dia boleh sorok.
Atau dua, terus menafikannya.
PENYIASATAN ALIAS
Marah pada penyampai.
Dia musnahkan hidup saya!
Kemudian tuduh aku yang rosakkan hidup mereka yang bermasalah.
- Jangan berani... - Salah awak.
Pilihan kedua jarang berjalan lancar.
Tinggal bayar bil saja.
Manusia selalu buat jahat.
Tapi aku akan elakkan daripada terlibat.
Itu berkesan untuk aku.
BICARAWARA TRISH HUJUNG MINGGU DI WNEX PROGRAM RADIO NOMBOR SATU DI NEW YORK
Selalunyalah.
Saya akan maklumkan...
Jessica, Cik Hogarth suruh awak datang?
Ya.
- Awak tipu? - Ya.
Ada kerja untuk saya?
Saya ingat awak tak suka atau percayakan saya.
Saya maksudkan peguam secara umum.
- "Konco jahat korporat Amerika." - Itu...
Kami baru ambil penyiasat sepenuh masa.
Siapa pun dia, dia tak sebagus saya.
Sebab itu saya tawarkan jawatan itu kepada awak, tapi awak tolak.
Bukan saya tak nak. Saya suka bekerja bebas.
Ya, awak ada cakap, dengan makian bertalu-talu.
Boleh saya guna alasan mabuk?
Ini soal profesionalisme.
Awak tak konsisten dan mudah berubah hati.
Saya cekap.
Awak beri saya lapan tugas yang orang lain tak boleh buat.
Tapi saya boleh.
Sebab itu saya abaikan beberapa aduan
dan rahsiakan cara kerja awak.
Awak bukan nak lindungi saya. Awak perlukan cara saya.
Saya takkan merayu untuk dapatkan kes.
Tapi saya nak minta dengan tegas.
Saya perlu hantar saman kepada pemilik beberapa buah kelab.
Nama dia Gregory Spheeris.
Seorang penari eksotik jatuh pentas bila tiang tarian tercabut.
Dia alami konkusi dan beberapa kerosakan otak kekal.
Spheeris mendakwa penari itu suka bertindak bodoh.
Awak wakil siapa?
Mestilah penari itu.
Penari yang otaknya dah rosak. Jadi?
Ada pihak lain berminat dengan hartanah Spheeris.
Kadangkala saya persoalkan pandangan saya terhadap dunia.
Pengawal peribadi Spheeris halang tugas kami.
Kepakaran awak.
Ini lebih daripada cukup untuk buat saya suka dan percayakan awak.
- Pejabat Gregory Spheeris. - Hai.
Saya telefon dari pejabat Cal Jamshahi.
Nama saya Karen. Karen Accord.
Tak, bukan awak.
Ya, ini saya.
Pasukan peralatan Vanderbilt?
- Ya. - Saya Magda Simms.
Oh Tuhanku, Magda. Syukurlah. Awak mesti tolong saya.
Kenapa? Kenapa awak berbisik?
Jamshahi itulah, dia bising sebab ada mesyuarat dengan En. Spheeris,
tapi saya tak tahu di mana atau bila.
En. Spheeris tak ada mesyuarat hari ini.
Tak. Bukan mesyuarat, tapi..
Entah, makan tengah hari, makan malam? Saya tak boleh baca tulisannya.
Alamak, dia datang.
Mungkin keluar minum? Esok, pukul 7:00 malam?
- Dia tak cakap Jamshahi akan ikut. - Yang itulah agak. Di mana?
Soho House, tapi untuk ahli saja.
Terima kasih banyak, nanti saya telefon lagi.
Habis pula.
Bodohnya.
Buat kerja macam aku ini, kita kena tahu bila nak jauhkan diri.
Tapi ada kes yang kita tak boleh lupakan.
Dua minit bersenam, 20 minit makan burger.
Kau nak buat. Kau pun tahu.
Jalan Utama.
Jalan Birch.
Lorong Higgins.
Lorong Cobalt.
Yalah!
Tak guna.
Malcolm, kau buat aku terkejut.
- Kau buat apa dalam apartmen aku? - Ini apartmen aku.
Patutlah tak rangup.
- Kau tahu pintu kau rosak? - Aku tak perasan.
Kau guna sindiran untuk jauhi orang.
Tapi kau tetap datang. Sekarang, pergi balik.
Tumpang tanya, cik ini Jessica Jones?
Ya.
Kami ada telefon.
Telefon saya buat hal.
Tapi awak Jessica Jones, penyiasat persendirian?
Ya, saya penyiasat persendirian.
Saya Barbara Shlottman, ini suami saya, Bob.
Kami datang dari Omaha untuk cari anak kami yang hilang.
Kalau dia masih telefon setiap minggu,
- maknanya Hope tak hilang. - Mungkin dia masuk kultus.
Masuklah.
- Skru pintu awak longgar. - Bukan kali pertama.
MUDAH PECAH BERHATI- HATI
Mulakan dari awal.
Hope dapat biasiswa sukan di NYU. Dia ketua pasukan olahraga.
Sebulan lepas dia telefon beritahu dia nak berehat,
selalunya dia tak begitu.
Dia pindah dari apartmennya, kami tak tahu di mana.
Bila dia berhenti dari pasukan, kami terus ke sini.
Ada pengukur tak? Saya boleh luruskan.
Dia tak ada pun.
Kami dah laporkan pada polis.
Mereka kata tak ada bukti berlakunya jenayah
dan ada orang di balai cadangkan kami hubungi awak.
Polis rujuk puan kepada saya?
- Kenapa? Pelikkah? - Taklah.
Hope pernah timbulkan masalah?
Tak pernah. Dia budak yang berdisiplin.
Epoksi ada tak?
Saya boleh gam skru itu. Bolehlah sementara...
Bob, pedulikan pintu itu!
Takkan nak biar perempuan tinggal seorang dengan kunci dan pintu yang rosak?
Tak selamat.
Ini tak boleh.
Saya caj ikut jam, campur perbelanjaan.
Saya akan beri kontrak standard.
Keluarga Shlottman.
Bob, kontraktor am. Barbara, akauntan.
Tak kaya, tapi keluarganya senang.
Anak lelaki, Owen.
Anak perempuan, Hope.
Trek dan trek lagi.
Aduhai, trek lagi.
Kawan.
Saya main malam ini, datanglah.
Ya, okey.
Pintu terbuka.
Janganlah rakam lagi.
Saya buat filem eksperimental selang masa hidup saya, jadi...
Baguslah.
Saya jumpa dia di Craigslist.
Tiba-tiba ada bilik kosong, jadi... Terima kasih banyak, Hope.
Awak marahkan dia.
Coppola, tutup kamera itu.
Tak boleh, ini syot berterusan. Tak boleh berhenti.
Tengok, dah berhenti pun. Rosaklah karya seni saya.
Itu dah kira baik. Mana barang-barang Hope?
Dia suruh saya jual untuk bayar sewa. Dapatlah 98 dolar.
Ada sekotak barang dia dalam almari saya.
Pergilah ambil.
Okey.
Tapi dia tak hilang. Dia cuma tinggal dengan lelaki.
- Dia ada kekasih? - Mestilah ada.
Kalau tak, takkanlah kawan baik tinggalkan kita.
Dia tak beritahu ibu bapanya.
Mereka borak soal trek saja.
Siapa nama lelaki ini? Apa kerjanya?
Hope cuma kata, "Dia hebat!" Dia ingat saya nak rampas kekasih dia?
Dia bersama seorang lelaki. Tutup kes.
Kalau awak pasang, saya tarik seluar dalam awak.
Kasihan.
Lekas. Pantas macam arnab.
Mana kereta aku?
Sepuluh minit aku sampai.
Tumpang tanya.
Aku kata tumpang tanya.
Kau tahu jalan ke Bangunan Chrysler?
Gunalah Peta Google, bodoh.
Apa?
Macam mana kau buat?
Kau salah seorang daripada mereka.
Oh Tuhan!
Kau tahu tak, bayar saman ini lebih murah
daripada kau tanam rambut itu.
Kau tak normal.
Orang macam kau yang burukkan nama orang macam kau.
Ambil saman ini, Spheeris.
Kalau kau sentuh aku, aku akan beritahu semua orang.
Kau takkan boleh menyorok.
Kau rasa aku menyorokkah? Tak.
Nak tahu kenapa?
Sebab tak ada orang nak tahu.
Mereka nak rasa selamat.
Lebih baik mereka kata kau gila daripada mengaku aku angkat kereta,
atau aku boleh cairkan organ kau dengan mata laser aku
yang tak ada siapa boleh kesan.
En. Gregory Spheeris...
ini samannya.
"Mata laser." Bodoh.
No comments yet. Be the first to leave one.