Die ersten 200 Zeilen.
Sarikata BM oleh din1705 - Malaysia Subbers Crew-
Kamu tak boleh berbuat begitu.
Ketuk tingkap.
Bagaimana kamu tahu saya akan buat begitu?
Kamu mesti memaafkan anak saya. Dia suka lebah.
Itu bukan lebah. Itu tebuan.
Perkara yang berbeza sama sekali.
Tu ke dia?
Ah, pengembara dah pulang.
Ooh.
Keluar, Roger. Kamu tahu kamu tak dibenarkan di dalam.
Seperti ada kuda Welsh.
Kamu nak naik ke bilik kajian kamu?
Tak, tak lagi.
Ah, ya. Saya dah pulang.
Saya dah pulang.
Puan Munro!
Nampaknya kita ada penurunan bilangan populasi.
Encik Healy tak datang
menjaga lebah peliharaan ketika saya tiada?
Ya, tapi dia takkan dapat melakukannya lain kali.
- Encik Healy kata macam tu ke? - Tak, anak perempuannya yg kata.
Dia membawa En. Healy untuk hidup dengan dia. Terlalu lemah, katanya.
- Dia terlalu lemah ke? - Nampaknya cukup bersemangat.
- Agak peramah, mungkin. - Dengan kamu?
Dengan dirinya.
Kunci untuk bilik kajian tu.
- Tu makan tengahari ke? - Mm.
Hmm...
Watson dah berkahwin dan saya tinggal seorang.
Malah, pada hari dia meninggalkan Baker Street
ialah hari di mana kes yang merupakan kes terakhir saya mula terungkap.
Ianya berlaku hampir 30 tahun lalu. Perang Besar dah berakhir.
Dan pelancong dah kembali ke Baker Street
untuk melihat sendiri Sherlock Holmes yg sebenar.
Syukurlah, dalam cerita-ceritanya,
Watson sentiasa menerbitkan alamat palsu
untuk alamat yang sebenarnya.
Jadi, kamu jumpa alamat yang betul.
- Mengapa kamu melakukannya? - Tuan?
Memecah masuk ke dalam bilik kajian saya.
Bilik kajian saya ialah tempat suci saya.
Tempat peribadi.
Sebelum kamu pergi ke Jepun, saya nampak kamu menulis cerita tu.
Saya tak tahu kamu menulis cerita.
Oh, Dr Watson, ya, dia adalah penulis.
Jadi saya pinjam kunci Ibu dan masuk ke dalam bilik kajian kamu,
dan ia di situ.
Dan berapa banyak yang kamu dah baca?
Hanya di bahagian kamu berhenti. Ianya bahagian yang baik juga.
Seorang lelaki datang ke Baker Street.
Kamu kata, "Kamu datang tentang isterimu."
Bagaimana kamu boleh tahu? Kamu buat perkara tu ke?
Perkara apa agaknya?
"Rotan tu tunjukkan tanda-tanda gigitan anjing.
Kayu tu dari pulau di barat daya Madeira."
perkara tu.
Dan bagaimana kamu tahu
lelaki tu datang tentang isterinya?
Dia memakai cincin perkahwinan?
Tak. Petunjuknya semua pada mukasurat tersebut.
Ayat ni, sebenarnya.
"Satu hari, bilik itu didatangi seorang lelaki muda,
dalam pakaian yg baru diseterika, walaupun pakaian murah."
Pakaian yang baru diseterika. Kerana dia seorang lelaki muda.
Pakaian yg murah.
Mestilah isterinya yg menyerikanya. Lelaki tak ada bakat
dan dia tak mampu untuk ada seorang pembantu rumah.
Sangat bagus.
Itulah bagaimana kamu tahu mengenai isterinya.
Tak juga.
Bila kamu seorang detektif dan seorang lelaki datang melawat kamu...
biasanya ia tentang isterinya.
Jadi kenapa kamu berhenti di bahagian tu?
Ahh...
Ah, kamu dah dapat benda daripada ahli kimia?
Dalam pesanan. Kata ia akan sampai dalam beberapa hari.
Kita akan pegang janji mereka.
Jika tak, berjaya, kan?
Seperti hari V-E.
Oh. Doktor dah sampai.
- Kamu demam di Jepun? - Macamana kamu tahu?
Saya fikir kamu mungkin di hujung demam.
Hilang berat badan juga. Hmm.
Kamu jumpa tak apa yang kamu cari,
pokok berduri misteri?
Pokok berduri.
Oh, ya, maaf.
Itu sebabnya dia menjemput kamu ke Jepun, kan?
Mencari beberapa benda, menyeludup balik ke rumah?
Ia takkan mengganggu dengan apa sahaja yang kamu dah berikan.
Tapi sudah tentu ia tak boleh buatkan saya sakit.
Dengan sendirinya, tak.
Kamu rasa mungkin ada kesan sampingan?
Mungkin.
- Seperti? - Harapan.
Siapakah nama orang yang yang menjemput kamu ke Jepun?
Kamu baru menghabiskan masa seminggu dengan lelaki tu,
berhubung dengan dia untuk beberapa bulan.
Kamu tak ingat namanya?
Ada kesan dari pembedahan saya yang menyebabkan...
tak!
Apa yang berlaku bila kamu tak ingat di mana telefon,
atau kamu lupa untuk mematikan gas?
- Kamu tak boleh hidup bersendirian. - Saya tak hidup bersendirian.
Saya ada pembantu rumah.
Ambil diari ni.
Setiap hari kamu tak ingat nama atau tempat,
buat tanda pada halaman untuk tarikh hari tu.
Dan jika saya lupa untuk buat tanda tu?
Oh... Mm.
Tak, tak, tak.
Ia jeli diraja.
Ya, baik, kita takan menggunakannya lagi.
Sebaliknya, kita akan menggunakan ni.
- Ia dipanggil pokok berduri. - Ia makanan ke?
Mm...
Eurgh. Kelihatan seperti ia keluar bahagian bawah.
Ia datang dari Jepun.
Itu bezanya.
Kamu tambah seperti mana jeli diraja,
dalam teh atau kopi.
Dan kamu boleh cuba masak dengannya
untuk meningkatkan kepakaran kamu.
Encik Holmes?
Encik Holmes?
Tamiki Umezaki.
Selamat datang ke Jepun.
Saya amat berbesar hati kerana kamu dah menerima jemputan saya.
Kita habiskan masa malam ni di rumah saya. Esok kita mula pencarian kita.
Saya ada buku kamu selama 20 tahun.
Saya beli buku saya kali pertama ia dicetak.
Saya harap kamu boleh tuliskan nota peribadi.
Oh ya. Sudah tentu.
Um...
Encik Umezaki, sejauh mana jarak dari bandar
pokok berduri tumbuh?
Ia kebanyakannya tumbuh berhampiran laut.
Dan sejauh mana kita harus pergi?
Lokasinya saya fikir adalah dua hari perjalanan dengan kereta api.
Kamu sangat bersemangat kan?
Saya dalam projek yg saya berminat untuk diselesaikan
dan kecerdasan saya mesti dalam tahap terbaik.
Saya hendak dapat manfaat
daripada kesannya dengan secepat mungkin.
- Ianya perlu segera ke? - Saya takut ia begitu.
Kamu detektif yg sangat hebat!
Terima kasih banyak.
Ibu saya, dia tertanya-tanya
jika kamu membawa topi terkenal kamu.
Oh, topi tu.
Itu lukisan daripada pelukis.
Saya tak pernah pakai pun.
- Dan paip? - Saya lebih suka cerut.
Saya beritahu Watson, jika saya menulis cerita diri saya sendiri,
ia akan membetulkan jutaan yang salah faham
dicipta oleh lesen imaginasi dia.
Kamu pernah menulis apa-apa cerita?
Tapi sekarang, saya cuba untuk berbuat begitu.
Saya mesti menyelesaikan dengan kamu sebelum saya mati.
"Jadi, kamu dah datang tentang isterimu."
"Kamu dah datang mengenai isteri kamu."
"Kamu dah datang ..."
Roger.
Nah.
Jumpa lagi selepas makan tengah hari.
Saya memerlukan bantuan dengan lebah.
Jadi, kamu jumpa alamat yang betul.
Kawan peramah di 221B.
Ia hanya fiksyen kecil untuk mengelirukan mereka yg ingin tahu.
Kebanyakan daripada mereka datang dari Amerika.
Silakan duduk, Encik Kelmot.
Jadi...
kamu dah datang mengenai isteri kamu.
- Bagaimana kamu mengetahuinya? - Tak mengapa.
Beritahu saya apa yang kamu perlu katakan.
Isteri saya bernama Ann.
Ibunya meninggal dunia ketika melahirkan anak.
Bapanya adalah seorang kolonel,
terbunuh dalam perniagaan tu di Waziristan.
Kami sangat mahu untuk dapatkan anak.
Dia kehilangan anak pertama kami pada bulan ketiga...
Anak kedua kami di bulan keempat.
Kami diberitahu ianya terlalu berbahaya untuk cuba sekali lagi.
Ann jadi... bingung.
Ia seolah-olah setiap daripada mereka hilang
seperti kanak-kanak sebenar, walaupun ianya cuma...
Terima kasih.
Pernah, dia menyuruh saya
mengukir sepasang batu nisan
dan meletakkannya di atas plot tanah perkuburan kami,
seolah-olah mayat mereka dah dikebumikan di dalamnya.
Dia sangat memerlukan sesuatu
untuk menenangkan melankolik berbahaya ni.
Dia suka muzik jadi saya cadangkan armonica kaca.
Armonica?
Milik Ayah saya yg paling berharga.
Dia sentiasa bermain dengannya hingga ke hari dia meninggal dunia.
Saya dah bawa ia ke rumah
dan mengaturkan kelas dalam sebulan.
No comments yet. Be the first to leave one.