Projek: High Council - First Season

Projek: High Council - First Season

Download Malay Untertitel

Staffel 1

Release Info

Projek High Council S01E01 AOTG WEB-DL
Ein Kommentar von ShasyaLala
Astro GO Retail.

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Veröffentlicht am: 2023-01-14
Downloads: 11
Hörgeschädigt: No

Malay Untertitel-Vorschau

Die ersten 200 Zeilen.

"Diilhamkan daripada Untold Malaysian Stories."

Fakhri! -Tak nak!

Tumbuklah saya balik!

Fakhri!

Fakhri?

Bangun, adik.

Cepatlah, orang tiada di dalam tandas itu.

Nah.

Cepatlah.

Adik. -Ya?

Itulah.

Ada orang itu degil.

Semalam adik minta ganti untuk memandu, tak nak.

Adik nak memandu apa? Lesen pun adik tiada lagi.

Aduhai, sudahlah ayah.

Beringat sikit, adik.

Selepas ayah hantar adik ke situ, ayah dah tiada.

Kalau apa-apa berlaku, ayah tiada untuk tarik dan selamatkan adik.

Nasib baik kes hari itu tak masuk dalam rekod.

Kalau tidak, adik ingat boleh masuk ke sekolah baharu ini?

Nasib baik ia berlaku di luar sekolah selepas PMR.

Ayah tak faham betullah dengan anak jantan ini.

Ya, ayah. -Macam mana adik boleh masuk...

...ke sekolah yang bagus macam ini?

Tuhan dah beri adik otak yang bagus dan cerdik.

Kalau nak kata turun daripada ayah, ayah rasa bukan.

Ayah, -Kalau begitu, lain kali...

...guna otak dulu sebelum nak angkat tangan...

...dan ayunkan penumbuk kepada orang. Ingat, adik.

Kalau adik dibuang dari sekolah baharu ini,...

...tiada lagi sekolah di Malaysia yang nak terima adik.

Saya dah janji, bukan?

Nah.

Apa ini?

Adik harus telefon dan mesej ayah setiap hari.

Ayah, dari mana ayah dapat duit ini?

Telefon dan mesej ayah hari-hari.

Tolong.

Okey, ayah.

Bukan lebih elok guna duit ini untuk sewa hotel?

Kamu diamlah. Belajar bersyukur, adik.

Jangan lupa, telefon setiap hari, okey?

Ya.

Ayah suka sekolah ini, adik.

Terima kasih. -Besar, dewannya pun cantik.

Terima kasih. Selamat datang.

Aduhai, En. Sin.

Tengoklah muka budak-budak baharu ini.

Mereka nampak teruja, bukan?

Selamat datang ke Kudrat! -Terima kasih.

Kami sangat teruja. Cantik sekolah ini.

Ya, saya juga teruja!

Jadi, isi saja maklumat kamu. Siapa nama kamu?

Nor Fakhri bin Firdaus Ismet.

Apa? -Nor Fakhri bin Firdaus Ismet.

Eh, tak payah. Biar pak cik angkat.

Berat ini. -Tak apa-apa, pak cik.

Tak berat pun. Okey saja. -Tak apa-apa. Biar pak cik buat.

Okeylah. Kalau begitu, kami berdua pergi dulu.

Baiklah, kalau begitu.

Tapi kalau ada apa-apa, pak cik boleh tanya Ayam.

Azam. -Ya?

Di Kudrat, kami dah tugaskan "Sahabat".

Jadi, Azam akan menjadi Sahabat anak pak cik.

Jika ada apa-apa, dia akan tolong tunjuk-tunjukkan.

Baguslah kalau begitu.

Selamat datang ke rumah Kasturi, pak cik.

Terima kasih.

Jadi, yang mana satu anak pak cik, si Ikhsan?

Itu.

Sekejap, ya?

Jom, ayah.

Ayah.

Ayah. Ayah, sudahlah. Okey? -Tak apa-apalah. Adik tak buat?

Adik boleh buat sendiri. -Cadar ini harus tegang.

Adik tengok orang punya.

Tarik macam itu. -Ayah, adik tahu buat sendiri.

Kenapa pula tak tahu? -Baju ini macam mana?

Semua nak masuk ke dalam..... -Tak apa-apa.

Tak apa-apa, ayah tolong. -Ayah, tak apa-apa.

Ayah, sudah. Okey?

Adik boleh buat.

Sudahlah, ayah. Jomlah. Lagi lengah, lagi menjadi nanti.

Jomlah.

Ayah.

Ayah, sudahlah.

Sudah, okey?

Malu dengan ayahlah itu.

Mana ada?

Sunyilah ayah selepas ini tinggal seorang diri di rumah.

Adik mesej ayah hari-hari nanti.

Jangan mesej saja. Adik harus telefon juga hari-hari.

Ya.

Ya. -Ayah nak pesan.

Tinggal sekolah ini saja yang ada untuk ubah nasib kita, adik.

Jadi, ayah minta dan sangat merayu...

...walau apa-apa pun berlaku, adik jangan cari masalah.

Adik jangan bergaduh dan harus terus belajar di sini.

Jangan sampai dibuang sekolah pula.

Ya? Cuba habiskan SPM di sekolah ini.

Janji?

Kenapa ayah macam teringat masa...

...mak ambil adik dan abang dulu?

Tapi adik datang cari ayah, bukan?

Bukan?

Ayah jangan susah hatilah. Okey?

Walau bagaimana pun, adik akan balik kepada ayah.

Okey?

Okeylah, ayah.

Sudahlah, okey?

Adik ingat. -Ya, jangan lengah lagi.

Lebih lama ayah berlengah, semakin ayah liat. Okey, ya?

Adik, jangan cari masalah. -Ya.

Ya. -Janji?

Janji.

Jangan menangis.

Jangan menangis.

Jangan menangis.

Jangan menangis.

Pn. Faniza, ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu?

Naim, kamu ada adik?

Fakhri, bukan?

Tahun 1991. Oh! Budak pandai?

Eh, tak juga. -Lompat PTS?

Ya. -Kalau lompat PTS, budak pandailah.

Betullah. -Sekejap. Awak.....

Saya Ayam. Mereka tugaskan saya menjadi Sahabat awak di sini.

Sahabat Ayam? -Kiranya macam kompaslah.

Untuk tunjukkan tempat awak buang air, makan dan belajar.

Tapi saya nak beritahu awal-awal, tempat ini banyak perkara...

...yang tak boleh buat daripada perkara yang boleh, okey?

Sampai awak ada lesen nanti. Alamak.

Awal pula saya bocorkan. Takut mak ayah awak dengar pula.

Sekejap, di mana mak ayah awak?

Dah pergi? Alhamdulillah. Saya tak perlu berborak...

...dengan mereka dan ceritakan sebab sekolah ini nampak cantik...

...tapi blok dorm macam najis. Nah.

Tandatangan untuk sahkan yang saya sambut awak...

...dengan senyuman paling ikhlas, okey?

Okey.

Eh, sekejap.

Nama awak ini..... -Fakhri.

Fakhri, kamu berdua di mana selama ini?

Ayah bawa awak ke sini?

Ayah yang hantar awak?

Ayah ada lagi? Astaghfirullah al-Azim.

Saya harus beritahu mak. Mak cari awak selama ini, adik.

Sekejap, awak siapa?

Awak tak berborak dan berjalan macam abang saya.

Jadi, saya rasa awak tak payah panggil saya adik.

Adik..... -Jangan.

Jangan.

Saya memang tak nak ada masalah di sini.

Saya dah berjanji dengan ayah saya.

Jadi, awak tak perlu beritahu mak awak apa-apa...

...dan saya tak perlu beritahu ayah saya apa-apa.

Faham?

Kalau faham, sudah.

Fakhri.

Seriuslah itu adik awak?

Hei.

Tak sakit?

Seriuslah awak ini adik Naim?

Dengar, saya bukan nak masuk campur.

Ya, mereka yang tugaskan saya jadi Sahabat awak di sini.

Bukan saya nak pun, okey?

Saya buat sebab sijil.

Itu tak bermakna kita akan sama-sama bermesra,...

...bertepuk-tampar dan berlari berkejaran, okey?

Benda itu takkan terjadi.

Tapi saya nak ingatkan awak tentang satu perkara.

Tempat ini lain.

Tak sama macam brosur yang dihantar ke rumah awak itu.

Okey? Pengawas-pengawas yang sambut awak datang...

...yang bermuka macam penjaga pintu syurga itu...

...juga berperangai macam syaitan...

...dan samseng di sini.

Itu termasuk juga abang awak.

Jadi, tolonglah.

Kalau awak nak hidup aman dan sentosa di sini,...

...dengar cakap saya. Setidaknya untuk...

...dua minggu pertama ini.

Ada apa-apa soalan?

Kenapa nama awak Ayam?

Lebih baik ayam daripada sotong, bukan?

Masukkan baju awak ke dalam.

Untuk keselamatan awak juga.

Tolong masukkan baju awak ke dalam.

"Loceng berbunyi pukul enam setiap pagi."

"Pergi ke bilik air untuk beratur. Apa lagi? Mandilah."

Hei!

Pagi-pagi main sabun? Cepatlah!

Pakai baju Melayu, songkok dan kain pelekat.

Turun ke surau.

Kenapa kita tak pakai baju sekolah terus?

Kita tiada lesen. Mereka ada lesen.

Lesen?

Selepas subuh, baru pakai baju uniform.

Sarapan di dewan makan.

Ke tepi. Buka.

Kommentare

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left