Kudeta - First Season

Kudeta - First Season

Download Malay Untertitel

Staffel 1

Release Info

Kudeta 2022 S01E08 AOTG WEB-DL 264 AAC
Ein Kommentar von ShasyaLala
Astro GO Retail.

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Veröffentlicht am: 2023-01-09
Downloads: 6
Hörgeschädigt: No

Malay Untertitel-Vorschau

Die ersten 200 Zeilen.

Politik sering kali menjadi tanda ketamadunan.

Namun ia membuka ruang kepada banyak kejatuhan...

...kerana dalam perebutan kuasa, tidak permainan yang elok.

Trump menolak untuk memperakui pilihan raya AS

Presiden Korea Selatan dihalau dari pejabat selepas bantahan

Mantan PM UK letak jawatan selepas skandal Partygate

Canselor Jerman Scholz terima pertuduhan penipuan cukai

Serangan berlaku susulan Trump menolak kalah pilihan raya

Mantan PM yang paling singkat perkhidmatan dalam sejarah UK

Presiden Brazil Lula dipenjarakan

Masraya tidak terkecuali

"Manusia secara fitrah ialah haiwan politik."

Semua entiti adalah rekaan.

Sebarang persamaan cuma kebetulan.

Pandangan dalam kisah ini bukan pandangan Astro Shaw atau saluran.

Tidak dimaksudkan untuk menyentuh mana-mana sentimen.

Perubahan.

Perkataan yang kita selalu dengar...

...daripada mulut pemimpin yang suka berceramah.

Tersuratnya,...

...janji manis yang bakal mereka kotakan.

Tersiratnya,...

...bagai langit dan bumi.

Kadangkala perubahan itu berlaku.

Itu biasa.

Masalahnya...

...apabila perubahan itu berlaku secara tiba-tiba.

Jamal, awak jangan risau. Okey?

Saya akan pastikan semuanya okey.

Semua yang awak sudah buat,...

...semua yang awak dah bina sebelum ini, saya akan teruskan.

Timbalan saya rupa-rupanya.

Rahman, waspada.

Jangan biar pengkhianat itu musnahkan usaha kita.

Sudah tiga penggal saya jadi perdana menteri.

Dia ingat, senang-senang dia boleh musnahkan saya?

Awak jangan risau.

Saya akan musnahkan dia...

...dan saya akan tikam dia balik perlahan-lahan.

Hari ini, perdana menteri baharu mengangkat sumpah di Masraya.

Negara Asia Tenggara ini menyaksikan...

...perebutan kuasa politik yang dramatik...

...dalam bahagian pemerintah dominan...

...yang membawa kepada gabungan baharu Kersani.

Banyak yang perlu ditangani perdana menteri baharu ini...

...termasuk bantahan besar-besaran yang terancang...

...disebabkan pengangguran yang tinggi.

Terima kasih kerana kekalkan saya sebagai pemandu Dato'.

Gabungan kita ada sokongan majoriti.

Ya, betul! -Kami cuma sepakat...

...untuk bekerjasama menukar perdana menteri baharu.

Betul! Betul itu. -Demi rakyat juga.

Untuk rakyat! -Bukankah negara kita...

...sedang huru-hara?

Berapa ribu orang sudah hilang kerja?

Pelabur pun tak mahu pandang kita lagi.

Mata wang pun sudah jatuh.

Betul! -Ya, ya, betul!

Tak apa.

Tunggu Sabtu ini.

Saya dan orang ramai akan turun ke padang dan membantah!

Bantah! -Ya, kita bantah!

Apa lagi yang nak dibantah? -Ya.

Beri kami peluang dahulu.

Masalah berpuluh-puluh tahun.

Mana boleh selesai dalam seminggu!

Duduk rumah saja! -Hei!

Banyak alasan!

Kamu ingat, perdana menteri mentah itu boleh selesaikan...

...semua masalah ini? -Sekarang ini...

...masa untuk berbincang cara selesaikan masalah, Samad.

Betul! -Kalau buat bantahan,...

...bertambahlah masalah. -Ya!

Sebab masalah itu...

...di akar umbi kerajaan.

Pengkhianat!

Bawa dia!

Bawa dia!

Betul! -Mana dia?

Buah kalau dipetik dan akarnya masih di situ,...

...masalah tetap akan berbuah, bukan?

Cabut! -Cabutlah!

Tuan rumah belum sampai, rumah terbuka sudah bermula?

Samad..... Macam biasa, ya?

Selama-lamanya ketua pembangkang.

Samad, saya tahu awak risau...

...kami tak boleh tadbir negara.

Tapi apa kata...

...bersangka baik pada kami?

Belum cuba, belum tahu, bukan?

Jangan risau.

Saya akan umumkan rancangan saya secepat mungkin.

Sebagai wakil rakyat,...

...kamu semua tahu...

...tidak mudah untuk sampai ke tahap ini.

Saya juga tahu...

...ramai yang tak sabar untuk melihat saya gagal.

Tapi sekarang ini negara kita mengalami masalah besar.

Rakyat sedang menderita.

Jadi semua masa yang dibazirkan untuk bergaduh...

...dan bertekak tentang perkara-perkara remeh...

...harus dihentikan sekarang.

Kalau kita masih di takuk lama,...

...mata kita akan terganggu untuk melihat ke hadapan.

Saya bukan Jamal.

Pembangkang atau bebas, saya mahu kita bekerjasama.

Kita perlukan idea baharu...

...dan cara baharu.

Kalau tidak, negara kita akan hancur...

...kerana sudah terbukti...

...yang cara lama gagal.

Sebuah empayar hebat...

...perlukan masa untuk dibina...

...tapi hanya perlu sesaat untuk musnah.

Hei, Dato' Seri! Pagi yang agak...

...mengujakan, bukan?

Victor, awal-awal pagi sudah buka kedai, ya?

Sudah tentu! Hari baharu, peluang baharu, bukan?

Apabila dibuka, kilang ini akan menambah...

...2000 pekerjaan baharu dalam fasa satu.

Hasil dijangka akan mencapai 100 juta.

Bila projek ini boleh bermula?

Sebaik saja orang Norway sahkan pelaburan mereka.

Projek ini penting untuk skim baharu saya.

Dato', saya tak tahu tentang skim itu secara terperinci...

...tapi saya beritahu awal-awal, pelabur Norway itu...

...ada banyak pilihan.

Masraya bukan negara Dunia Pertama.

Mereka pandang kita sebagai Dunia Ketiga.

Kalau kita tak boleh jual jenama kita,...

...kita kena jual kestabilan...

...dan perubahan yang Dato' mahu buat.

Tunggu pengumuman saya.

Nanti mereka akan tahu siapa Dunia Pertama,...

...siapa Dunia Ketiga.

Dato' Seri, macam mana kita mahu umumkan skim baharu ini?

Kertas konsep belum diluluskan.

Kabinet pun belum dilantik.

Sebab itulah mesyuarat hari Rabu ini sangat penting.

Mereka mahu turun membantah pada hari Sabtu, bukan?

Tapi kalau kertas konsep diluluskan pada hari Rabu,...

...buat apa mereka turun membantah?

Kenapa? -Entah. Saya tak sedap hati.

Jangan risau, Heng. Ramai pemimpin buat silap...

...apabila mereka fikir mereka akan dapat undi...

...daripada puak yang satu kepala dengan mereka.

Tapi lumrah dunia bukan begitu.

Kalau kita bermastautin di Kutub Utara,...

...adakah kita akan menjual pendingin hawa?

Kena realistik.

Sebab itulah saya berikan tawaran kepada Hamid...

...sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Biar mereka puas hati.

Hamid akan cuba bawa ideologinya ke Sri Gemilang ini.

Pada masa ini,...

...saya tak pasti sama ada...

...dia sokong atau tidak skim saya.

Banyak yang perlu dirunding.

Macam mana dengan PSK?

Kita perlukan sokongan mereka...

...terutamanya daripada blok undi liberal.

Kenapa dengan PSK?

Mereka akan setuju. Ini inisiatif yang bagus.

Buat pertama kali, kerajaan menjamin pekerjaan...

...untuk semua rakyat yang berusia 21 tahun ke atas.

Itulah sebabnya Sunita...

...sebagai ketua PSK, akan gembira.

Orang kata, biar kawan dekat...

...tapi musuh lebih rapat.

Namun dalam politik, saya rasa...

...biar kawan dekat...

...supaya mereka tak berubah jadi musuh.

Manakala untuk NUSA, parti saya sendiri,...

...Dato' Rahman, timbalan parti saya,...

...pasti dia mengharapkan jawatan istimewa dalam Kabinet.

Sebab itu, mungkin...

...dia akan bantu saya untuk dapatkan undi parti.

Tapi kenapa Dato' Rahman tak nak sokong skim parti sendiri?

Sokong parti tak semestinya sokong ketua parti.

Rahman orang Jamal. Kalau kita sudah dalam zaman AI,...

...mereka masih lagi Zaman Batu.

Susah mereka nak hadam peralihan kuasa dalam NUSA ini.

Ini rampasan kuasa, bukan peralihan. Tak begitu?

Saya minta maaf, Dato'. Maksud saya.....

Awak tahu apa masalah kebanyakan orang dalam negara ini?

Terlalu baik.

Bukan nak kata itu masalahnya...

...tapi kita tak boleh baik pada orang yang tak baik.

Sebenarnya, saya rasa sekarang masa yang sesuai.

Dato' yang minta untuk tengok gambar rasmi Dato'.

Saya sudah sediakan dua seperti yang diminta.

Saya akan putuskan nanti.

Sementara itu, siapkan mesyuarat untuk Rabu ini, Heng.

Kita kena hentikan bantahan Sabtu ini.

Kita kena tunjukkan kestabilan...

...dan yakinkan pelabur asing.

Lagipun, tak manislah kalau PM baharu baru masuk pejabat...

...sudah ada bantahan.

Harap-harap tiada kejutan.

Pandai juga Mekyam elak serangan pagi tadi.

Kommentare

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left