Ahsoka

Ahsoka

Download Malay Untertitel

Staffel 1

Release Info

Ahsoka S01E03 HDR 2160p WEB h265-KOGi
Ein Kommentar von ShasyaLala
Disney Retail. https://t.me/shasyaChannel

Tags

web
HD
Veröffentlicht am: 2023-08-31
Downloads: 45
Hörgeschädigt: No

Malay Untertitel-Vorschau

Die ersten 191 Zeilen.

Sabine.

Droid. Droid ambil peta itu.

SEBELUM INI DALAM AHSOKA

Droid ini datang dari Corellia.

Limbungan kapal Republik Baru?

Morgan Elsbeth ada kilang di Corellia.

Siapa boleh siasat?

Selamat datang ke pusat kawalan.

Di sini, kami simpan data keseluruhan inventori

yang diambil daripada Armada Imperial.

Itu teras hyperdrive?

Hentikan kapal itu.

Untuk Empayar!

Awak selalu berlatih?

Jelas sekali tidak.

Saya kenal ramai Padawan.

Kebolehan awak gunakan Force tak menepati standard.

Terima kasih.

CT-05, kembali ke pangkalan dengan segera.

Kami berjaya pasang alat penjejak pada kapal itu.

Kapal pengangkutan itu dikesan menghala ke Sistem Denab

sekitar planet Seatos.

Anakin tak habis ajar saya. Saya tinggalkan dia.

Seperti saya tinggalkan Sabine.

Boleh awak ambil dia sebagai perantis awak semula?

Saya dah sedia.

Bawa.

Padawan.

Kee-ray. Guy-kee. Kee-ray.

Kee-say. Kee-ray. Guy-kee.

Kee-say. Set.

Kee-ray. Kee-say. Guy-kee.

Kee-say. Kee-ray. Guy-kee.

Guy-kee. Set.

Yo-kee.

Yah-tay.

Macam mana?

Boleh tahan.

Tapi tak bagus.

Dah lama tak berlatih.

Nampak sangat.

Tapi awak masih ingat asasnya.

Boleh tahanlah.

Tak juga.

Huyang, cuba teknik lain.

Macam mana dengan Zatochi?

Tidak.

Saya rasa Cik Puan Wren belum bersedia untuk teknik itu.

Terima kasih, Huyang.

Ya. Terima kasih, Huyang.

Awak mahir guna senjata sebab membesar sebagai Mandalorian.

Kemahiran itu saja tak cukup untuk kalahkan musuh.

Ya, saya sedar tentang itu.

Bukan saja melatih badan, tapi awak perlu buka minda.

Belajar gunakan Force perlukan komitmen yang lebih mendalam.

Macam mana?

Itu sesuatu yang awak perlu belajar sendiri.

Apa yang saya tahu menurut Huyang

saya calon Jedi paling teruk dalam kalangan Jedi yang dia kenal.

Awak beritahu dia?

Itu benar.

Itu tak penting.

Saya rasa itu penting.

Setuju.

Pakai ini.

Biar betul.

Saya tak nampak. Macam mana nak lawan?

Saya nak awak lihat bukan menggunakan mata.

Okey, sekarang buat apa?

Jangan bergerak.

Dengar suara saya.

Awak tahu saya di mana?

Di sebelah Huyang.

Awak pasti?

Memang kelakar.

Awak boleh mati.

Melainkan saya nampak awak.

Betul.

Sekarang, turunkan visor dan tumpukan perhatian.

Kedudukan sedia.

Rasakan aura saya.

Rasakan semua di sekeliling awak.

Ikut suara saya.

Rasa apa tujuan saya.

Rasa marah dan kecewa boleh jadi sumber kekuatan.

Tapi ia juga buat kita tak seimbang.

Cuba sekali lagi.

Bahagian Tiga MASA UNTUK TERBANG

Canselor?

Dia tengah menunggu. Ada beberapa orang senator bersamanya.

Salah seorang ialah Xiono.

Canselor Mothma, senator.

Hera, awak nampak bagus. Si kecil Jacen sihat?

Sihat, Canselor. Dia juga ada di dalam kapal.

Entah di mana.

Mungkin tengah ganggu Chopper.

Mungkin.

Maafkan saya, Puan Canselor.

Saya harap kita boleh dengar laporan jeneral. Kita dah lambat.

Betul kata awak, Senator Xiono.

Hera?

Siasatan saya ke atas serangan di Vesper

membawa saya ke Limbungan Kapal Santhe di Corellia.

Saya diserang oleh pegawai Imperial yang masih bekerja untuk Morgan Elsbeth.

Outlier.

Kita ada bekas pegawai Imperial bekerja di setiap aras

dalam kerajaan Republik Baru.

Mereka telah angkat sumpah untuk setia.

Setakat ucap "Hidup Empayar" bukan kesetiaan yang kita mahukan.

Saya tahu pesalah telah ditahan

dan kemudahan ditutup tanpa siasatan lanjut.

Ya, saya percaya aktiviti mereka melibatkan operasi yang lebih besar.

Itu perkara biasa.

Melibatkan Thrawn.

Laksamana Utama Thrawn?

Itu mustahil. Dia menghilang bertahun-tahun lalu.

Saya ada sebab untuk percaya dia masih hidup.

Rakan subahat dia tengah berusaha untuk mencarinya.

Awak pasti tentang ini?

Kalau saya dapat hantar pasukan khas

ke sistem Denab, saya boleh menyiasatnya.

Jeneral, cakap jujur.

Bukankah ini satu lagi cubaan awak untuk dapatkan sumber Republik Baru

dalam usaha awak

mencari Ezra Bridger?

Ezra menghilang semasa melawan Thrawn...

Jadi, awak nak gunakan ancaman kepulangan Thrawn

untuk dapatkan sumber yang sepatutnya boleh digunakan

untuk bantu rakyat dalam Republik.

Awak pernah pergi berperang, Senator?

Tidak.

Awak cuma tunggu dan lihat siapa yang menang?

Jeneral Syndulla, saya yakin semua orang hargai

khidmat dan peranan awak menyelamatkan Republik.

Sebagai senator, kami berkhidmat untuk rakyat Republik

dan saya jamin mereka tak nak terlibat dalam sebarang konflik.

Awak buat macam kita ada pilihan.

Bukan begitu?

Saya tak nampak kita ada musuh. Armada Imperial dah hancur dan rosak.

Mereka tak ada ketua.

Melainkan Thrawn kembali.

Cakap terus terang, Jeneral.

Thrawn bukan pegawai Imperial biasa.

Saya tahu sebab saya pernah lawan dia.

Dia bunuh kawan-kawan, orang yang rapat dengan saya.

Sepanjang hidup saya asyik berperang,

dan sebab itu saya nak yakinkan awak supaya bantu saya mencegahnya.

Laksamana Utama Thrawn dah mati,

dan maaf kalau awak tersinggung,

tapi saya rasa kawan awak, Ezra Bridger juga telah mati.

-Awak tak tahu... -Jeneral.

Hera.

Izinkan saya bercakap dengan rakan sekerja saya.

Baiklah.

Canselor.

Senator.

Tadi agak rumit.

Mak!

Mak Cik Sabine akan jadi Jedi?

Siapa yang beritahu?

Chopper beritahu.

Saya nak jadi Jedi.

Ya, mak tahu, Jacen.

Syabas untuk hari ini.

Awak memang cepat belajar.

Macam awak cakap, saya mahir guna senjata.

Yang selainnya agak sukar bagi saya.

Sejak dulu lagi.

Ia memakan masa.

Saya tahu. Cuma...

Saya...

Memandangkan situasi kita agak genting,

boleh tak cepatkan latihan saya?

Malangnya tak boleh buat begitu.

Saya tahu. Saya cuma...

Saya tak boleh gunakan Force.

Saya tak dapat rasakannya.

Tak seperti awak.

Force wujud dalam semua benda hidup.

Termasuk awak.

Kalau betul, kenapa semua orang tak gunakannya?

Bakat salah satu faktor.

Tapi latihan dan tumpuan akan tentukan kejayaan seseorang.

Bukan semua orang boleh terima disiplin yang diperlukan

untuk mahir menggunakan Force.

Sedikit demi sedikit.

Ahsoka.

Saya akan berikan yang terbaik.

Hera ada cakap apa-apa tentang bantuan daripada Republik Baru?

Belum lagi.

Apa pendapat awak tentang kemajuan dia?

More Malay subtitles for Ahsoka

Kommentare

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left