Die ersten 200 Zeilen.
Pada suatu masa dahulu, ada seorang raja yang...
...memerintah dari Moodanagudda sehingga ke laut Paduvana.
Baginda mempunyai seorang isteri dan anak-anak yang disayangi...
...serta rakyat yang amat menghormati raja mereka.
Baginda juga mesra dengan semua orang.
Baginda mempunyai segalanya,...
...kecuali ketenangan minda.
Baginda melawat banyak kuil dan mandi di dalam banyak kolam suci.
Walaupun melakukan pelbagai ritual agama...
...dan menyembah nenek moyang,...
...baginda masih tidak mendapat tidur yang lena...
...dan minda yang tenang. -Namun mengapa?
Oleh itu, baginda bertemu seorang tukang ramal...
...untuk mengetahui punca kesusahannya itu.
Tuanku mempunyai segala-galanya.
Namun selagi tuanku tidak mendapat kekuatan...
...bagi membimbing tuanku seperti seorang pak cik,...
...menyayangi tuanku tanpa syarat seperti seorang ibu,...
...tuanku tidak akan tenang.
Di mana beta akan menemuinya? -Cari.
Seorang diri.
Baginda memulakan perjalanan.
Baginda menziarahi banyak tempat suci,...
...bertemu ramai penasihat keagamaan.
Namun walau ke mana saja baginda pergi,...
...hatinya masih tidak tenang.
Menganggap tiada tempat atau kuasa...
...yang boleh berinya ketenangan,...
...baginda masuk ke dalam hutan.
Baginda mendengar bunyi gelang kaki...
...di tengah-tengah hutan.
Baginda menuju ke arah bunyi itu.
Tetapi amat mengejutkan baginda tidak takut dengan bunyi itu.
Ia meningatkannya kepada kasih sayang seorang ibu...
...dan bimbingan seorang pak cik.
Baginda terus menuju ke arah bunyi itu.
Baginda menghampiri sebuah batu...
...dan menyerahkan senjatanya di depannya.
Tanpa disedari, air matanya mengalir...
...dan baginda menaup kedua tangannya sebagai tanda hormat.
Baginda rasa gembira.
Kegembiraan yang hilang sehingga kini.
Gembira seperti ibu memeluknya.
Seperti pak cik mengusap kepalanya.
Kemudian.....
Beta menyembah sebagai raja kalian.
Beta meminta separa dewa ini.
Beta sanggup beri apa-apa saja sebagai gantinya.
Tuanku!
Mintalah apa-apa saja, tetapi bukan separa dewa Panjurli kami.
Tuanku inginkan separa dewa Panjurli?
Beta hanya inginkan Panjurli. Beta sanggup ikut.
Tetapi Panjurli milik kampung ini.
Jika aku beri kebahagiaan, ketenangan dan kemakmuran,...
...apa tuanku boleh beri kepada penduduk kampung?
Apa-apa saja yang diminta.
Tuanku akan beri semua bahagian tanah ini,...
...sejauh mana suaraku bergema.
Ingat, aku ditemani roh teman senegeri,...
...Guliga yang ganas.
Jika tuanku membuat kesilapan,...
...walaupun aku maafkan, tetapi Guliga tidak akan maafkan.
Beta berjanji, Panjurli.
Istana dihias dan penduduk kampung bersiap-siap.
Baginda mengalu-alukan separa dewa ke kerajaannya...
...dengan rasa penuh gembira.
Sejak itu, baginda menjalani hidup yang harmoni,...
...bahagia dan tenang.
Separa dewa milik penduduk kampung kini bersama baginda.
Tanah luas baginda kini milik penduduk kampung.
Sejak itu, perarakan keagamaan bermula dari istana baginda.
Jadi mengapa tuan tanah minta kita kembalikan tanah ini?
Apa-apa pun, tanah ini miliknya.
Tak salah pun dia minta kita kembalikan.
Tetapi kita berkhidmat kepada separa dewa, bukan?
Mana boleh kita pergi tinggalkan dewa-dewa?
Nak, kamu tahu apa kesilapan manusia?
Kita fikir kita memiliki segala-galanya di sekeliling kita.
Tetapi kita lupa siapa pemilik sebenarnya.
Apabila kita menerimanya, barulah kita dapat hidup tenang.
Saya tak datang jauh dari Bombay untuk menyaksikan...
...Bhootha Kola.
Keutamaan saya ialah selesaikan hal tanah ini.
Awak sedar apa awak cakap?
Tanah ini diberikan kepada separa dewa oleh nenek moyang kita.
Sejak itu, keluarga kita hidup aman damai.
Cukup! Ia diberikan sebagai derma, kan?
Awak sedar nilai tanah ini sekarang?
Jika kita milikinya sekarang, kita akan kaya raya.
Tak boleh begitu.
Minta tanah ini dikembalikan bermaksud...
...memungkiri janji yang dibuat kepada separa dewa.
Saya tak percaya cerita awak dan separa dewa awak.
Saya dah serik mendengarnya.
Saya dah pernah lihat banyak persembahan seperti ini.
Ini harta nenek moyang kita.
Kita berdua berhak ke atasnya.
Kalau awak tak berani minta, awak boleh berundur.
Saya akan lawan di mahkamah.
Saya persembahkan persembahan suci ini...
...dan menjemput awak pakai gaggara ini.
Saya terima persembahan ini dan meminta izin...
...orang ramai untuk memakai gaggara ini.
Oh, tuan tanah!
Sudah waktu senja kala, tuan tanah.
Tiba masa saya menjawab soalan seperti biasa.
Awak ada soalan, tuan tanah?
Panjurli? -Ya.
Saya tiada soalan buat masa ini.
Saya ada.
Tempat ini, hartanah dan tanah ini.
Semua ini bukan milik penduduk kampung.
Diam. Jangan cakap lagi. -Ia bukan milik awak juga.
Ia milik saya.
Awak mesti pulangkan kepada saya.
Soalan yang bagus, tuan tanah.
Saya akan pastikan ia dipulangkan kepada awak.
Saya akan pastikan tanah milik penduduk kampung...
...dipulangkan kepada awak.
Tetapi boleh awak pulangkan kedamaian yang saya beri...
...kepada awak selama bertahun-tahun ini?
Dengar sini! Jadi awak tak akan pulangkan?
Tak ada masalah. Saya tahu cara nak selesaikannya.
Jadi awak akan lawan di mahkamah?
Tetapi saya akan umumkan keputusannya...
...di anak tangga mahkamah itu sendiri.
Tanah ini milik penduduk kampung.
Tiada keputusan akan dibuat hari ini.
Hari itu akan tiba tidak lama lagi.
Milik penduduk kampung?
Ini separa dewa bercakap atau seorang pelakon?
Separa dewa atau pelakon? Akan ditentukan hari ini.
Jika pelakon, kita pasti akan bertemu lagi.
Tetapi jika separa dewa.....
Betulkah dia menghilang? -Ya.
Dia tak kembali?
Entah-entah dia dibunuh?
Jika begitu, bukankah kita dah temui mayatnya?
Betul juga.
Awak nak lihat tempat dia menghilang?
Kebakaran merebak di dalam hutan...
...di tempat dia menghilang, tetapi ia tidak menerangi hutan.
Sebaliknya, hutan diselubungi kegelapan.
Macam mana dengan tuan tanah itu?
Dia mati muntah darah di anak tangga mahkamah.
"Awak nak lawan di mahkamah?
Tetapi saya akan umumkan keputusannya...
...di anak tangga mahkamah itu sendiri."
Separa dewa ini sangat berkuasa. -Ya.
Sehingga ke hari ini, separa dewa melindungi hutan,...
...kampung dan penduduknya. Sangat berkuasa!
Dungu mana yang lukis ini? -Tak tahu.
Kalau awak dapat tahu, bawa dia jumpa saya.
Beri kalung bunga. Tuan tanah dah sampai.
Devendra Suttur, tetamu jemputan perayaan Kambala hari ini.....
Kalung bunga ini untuk kerbau!
Itu tuan tanah? -Ya.
Adakah dia anak lelaki yang mati muntah darah itu?
Ya. -Dia pun seperti ayahnya?
Langsung tidak. Dia baik hati.
Beli ais-krim untuk kanak-kanak. -Kenapa dengan anaknya?
Usah cakap tentang itu.
Silakan, tuan tanah.
Betulkah boleh akan dapat motosikal ini?
Pemenang akan dapat.
Harap semuanya dah sedia. -Ya, sudah.
Tengok itu isteri awak!
Dia memandang awak.
Lihatlah gigi kerbau ini.
Sekali pandang dan kita tahu ia amat berpengalaman.
Upacara Kola masih berjalan? -Kenapa tidak?
Siapa akan buat persembahan? -Mengikut tradisi,...
...Shiva yang patut buat. Dia tak boleh diharap.
Jadi sepupunya Guruva yang akan buat persembahan.
Datang ke upacara Kola nanti. Jangan terlepas.
Bawa isteri awak juga. Pasti seronok.
Ya, saya duduk dengan isteri awak. Pukullah!
Mari, Rampa. Dah lambat.
Sekarang giliran kerbau-kerbau Shivanna dari Kaadubettu.
Shiva, awak pecah rekod sendiri dengan dua saat lebih awal.
Bagus sekali.
Adakah kerbau-kerbau kita akan menang kali ini?
Menang? Ia akan pecah semua rekod.
Tunggu dan lihat saja.
Tak kisah siapa menang. Semua orang kita juga.
Ayuh!
Hebat sekali. Kerbau-kerbau kita mendahului.
Perlahan sikit, Shiva. Saya penat.
Penat? Awak berlumba tadi? -Beri arak.
Tuangkan. -Panas.
Tuang saja.
Saya pergi dulu. -Cepatnya?
Mahadevanna, saya nak satu.
Kerbau-kerbau kita buat dengan bagus hari ini.
Kerbau berlari.
Berlari sekuat hati.
Tetapi akhirnya, pemiliknya yang dapat pingat.
Mula bermain.
Rs10 untuk Tiger Prabhakar!
Rs10 untuk Tiger Prabhakar. -Saya bertaruh untuk Silk Smitha.
No comments yet. Be the first to leave one.