Specials

Release Info

눈이 부시게 The Light in Your Eyes E05 190225-NEXT
눈이 부시게 The Light in Your Eyes E06 190226-NEXT
눈이 부시게 The Light in Your Eyes E07 190304-NEXT
눈이 부시게 The Light in Your Eyes E08 190305-NEXT
Ein Kommentar von Nasrull07

Tags

other
Veröffentlicht am: 2019-03-14
Downloads: 44
Hörgeschädigt: No

Malay Untertitel-Vorschau

Die ersten 200 Zeilen.

(Semua watak, tempat, dan organisasi dalam drama ini adalah rekaan.)

Baiklah! Mari menyanyi bersama!

Helo, tuan-tuan dan puan-puan.

Maskot untuk Dewan Pameran Hyoja...

dan adik awak selamanya, ada di sini untuk menghiburkan awak.

Beri dia tepukan gemuruh!

(Dewan Pameran Hyoja ada di sini demi kebahagiaan awak.)

Kenapa dengan umur saya?

Apabila bercakap tentang cinta, umur tidak penting

Hati saya merasakan hal yang sama

Perasaan ini juga sama

Awak satu-satunya cinta sejati saya

Kenapa?

Apa yang awak buat di sini?

Awak sepatutnya sudah menjadi seorang wartawan.

Awak langsung tiada masalah untuk melepasi temu duga.

Apa yang awak buat di sini?

Mari kita jemput Encik Kim ke atas pentas!

Suatu hari, secara kebetulan saya melihat pantulan saya di cermin

Ribuan terima kasih kerana melawat Dewan Pameran Hyoja.

Apa yang awak perlu buat hanyalah berseronok pada hari ini. Boleh?

Saya harap masa akan berhenti

Kenapa dengan umur saya?

Ia adalah usia yang sempurna untuk jatuh cinta

Sila berikan dia tepukan!

- Terima kasih banyak! - Terima kasih!

Adakah awak berseronok, semua?

- Ya. - Bagus.

Kita ada pelawat baru hari ini. Puan?

Helo.

Adakah hari ini kali pertama awak datang?

Marilah ke sini.

Semua orang di sini adalah sebaya umur awak.

Awak patut sapa mereka sebelum awak pergi.

Ayuh, berikan dia tepukan gemuruh!

Tunggu, puan.

Puan, tunggu.

Awak perlu memperkenalkan diri.

Arah ini.

Ayuh beri dia tepukan!

Nama awak?

Kim Hye...

Ia adalah Kim Hee Seon.

Kim Hee Seon. Nama yang indah.

Sila berikan dia tepukan yang gemuruh!

Saya gembira awak ada di sini.

Saya harap awak dapat berseronok.

Baiklah.

Mari lihat.

Bagaimana? Seronok meluangkan masa dengan orang tua sebaya awak?

Ia tidak menyeronokkan.

Sudahlah. Ia lebih baik dari tinggal bersendirian di rumah.

Awak boleh hirup udara segar dan berbual.

Ia bagus, bukan?

Cik Kim Hee Seon.

Sila beritahu saya, tarikh lahir dan alamat rumah awak.

Kenapa awak meminta maklumat peribadi saya?

Ini hanya kelazimannya.

Saya hanya perlukannya untuk mengisi borang ini.

Saya hanya datang ke sini untuk melihat tempat ini.

Puan, tempat ini bukan tempat yang teruk.

Sesetengah orang ada pandangan yang negatif tentang dewan pameran,

tapi ada yang hantar ibu bapa mereka dalam perjalanan untuk bekerja...

dan datang menjemput mereka selepas bekerja.

Jika tempat ini teruk, adakah mereka akan buat begitu? Betul, bukan?

Saya tidak fikir tempat ini sesuai dengan saya.

Ia hanya tempat di mana orang tua mengambil kelas yang menyeronokkan.

Awak tahu tadika, bukan? Ia adalah perkara yang sama.

Sesetengah orang juga...

gelar tempat ini sebagai "tadika tua".

Saya faham, tapi saya akan datang lain kali.

Apa kata jika awak luangkan masa selama satu hari sahaja?

Awak jumpa dia tadi, bukan?

Encik Lee Joon Ha, iaitu maskot dewan pameran ini.

Dengan kata lain, lelaki itu sangat mempesonakan.

Semua orang tua di sini ada penglihatan yang baik sekarang.

Kerana mereka bersungguh-sungguh melihat dia dengan teliti.

(Dewan Pameran Hyoja ada di sini demi kebahagiaan awak.)

Awak juga patut mencubanya.

Apa yang dia lakukan di sini?

Kenapa bakal wartawan dengan masa depan yang cerah itu kerja di sini?

Apa yang berlaku kepada dia?

Hye Ja, fikirkannya. Fikir betul-betul!

Wartawan yang sedang menyamar?

Adakah dia di sini...

untuk mendedahkan rasuah yang berlaku di tempat ini,

yang telah menipu orang tua ini?

Pasti itu alasannya!

Oh Tuhan.

Siapa lelaki yang hodoh ini?

Nikmati hidangan awak.

Selamat datang...

apa yang awak mahu?

Jangan layan pelanggan seperti itu.

Apa?

- Saya mahu jjajangmyeon. - Hei.

- Pergi duduk di sudut itu. - Kenapa?

Pelanggan lain sedang lihat. Kami perlu jalankan perniagaan.

Saya seorang BJ yang popular, awak tahu.

Awak ada lapan penonton. Jadi pergi ke tempat lain.

Pergi duduk di sudut itu. Ayuh.

Awak lebih baik...

berikan saya banyak jeruk lobak.

Selamat datang. Awak berapa ramai?

- Tiga. - Duduk di sini.

Lee Hyun Joo?

Hei.

Adakah awak bekerja di sini?

Ini adalah restoran ibu bapa saya.

Betul. Awak kata ibu bapa awak jalankan restoran Cina.

Saya bekerja di Elektronik Samji.

Awak sudah berjaya.

Bagaimana dengan awak?

- Adakah awak sedang mencari kerja? - Tidak. Saya hanya...

Saya akan berkahwin pada bulan depan.

Awak kenal Ji Hyeon, bukan?

Dengan dia.

Saya tidak terkejut.

Awak curang dengan saya dan akhirnya berkahwin dengan dia.

Curang tidak kedengaran betul.

Ketika saya keluar bersama awak,

semua kawan saya kata kita tidak akan bertahan lama.

Tapi saya masih bersabar dengan awak.

Dan juga...

ketika saya keluar dengan Ji Hyeon, masihkah ada sesuatu antara kita?

Jika awak tidak sibuk,

awak patut datang dan ucap tahniah kepada kami.

Saya akan berkahwin di Hotel Shinha.

Bufet di sana sangat mahal dan lazat.

Tidak perlu bayar duit hadiah.

Hanya datang dan nikmati makanan.

Oh Tuhan, saya tidak boleh bersabar lagi.

Maaf.

Boleh saya katakan satu perkara?

Boleh saya pergi ke bufet itu juga?

Tolonglah.

Awak patut datang.

Dengan teman lelaki awak.

Terima kasih!

Terima kasih banyak. Ya!

Pergi beritahu dia awak bukan teman lelaki saya.

Ia adalah bufet di Hotel Shinha. Tolong benarkan saya pergi!

Awak patut pukul dia untuk saya. Apa masalahnya dengan awak?

Kenapa mesti saya buat itu? Dia tidak buat salah.

Awak tidak tahu wanita. Sebab itu awak tidak bercinta.

- Saya bercinta dengan awak. - Hei.

Pada masa itu, saya tidak waras untuk seketika.

Pasti saya adalah teman wanita pertama dan terakhir awak.

Teman wanita? Jika saya mahu, saya boleh bercinta dengan sesiapa.

Itu tidak masuk akal. Adakah gadis itu tidak waras?

Awak tidak tahu apa-apa tentang kehidupan.

Apa awak akan buat jika saya bercinta?

Jika awak bercinta dengan seseorang, saya akan buat semua suruhan awak.

Awak kata akan buat apa sahaja.

Ya. Apa yang awak mahu saya buat? Apa?

Jika saya bercinta dengan seseorang,

bawa saya bersama awak ke bufet di Hotel Shinha.

Awak sudah berjanji pada saya!

Ia adalah untuk tahap gula awak.

Ini buat saya hilang akal.

Apa pun,

adakah awak tidak sejuk?

Saya tidak sejuk.

Awak masih muda.

Helo.

- Helo, puan. - Helo, Joon Ha.

Helo.

- Helo. - Saya rasa kasihan kepadanya.

Lelaki baran itu perlu terus senyum hanya untuk dapat cerita yang baik.

Baiklah, saya akan bantu dia.

Saya akan jadi rakan strategik untuk awak.

Awak kenal saya, bukan? Nenek saudara Hye Ja.

- Maaf? - Lihat ke hadapan.

Yang lain tidak boleh tahu, bukan?

- Apa maksud awak? - Diam dan pandang hadapan.

Adakah awak sedang menyamar...

untuk mendedahkan penipuan di sini terhadap orang tua?

Adakah saya betul? Saya boleh faham dengan cepat.

Bagaimana saya boleh tolong awak? Adakah awak mahu buat temu bual?

Patutkah saya akan bawa orang keluar ke taman, satu demi satu?

Pandang ke depan.

- Encik Park. - Ya.

Ini kali pertama dia di sini tapi kelas kraf telah bermula.

Puan, awak boleh ikut lelaki ini.

Budak tidak guna itu.

Berani awak.

Selamat datang ke dunia saya.

Helo.

Baiklah, tolong ingat semua orang yang ada di meja awak.

Mereka ialah ahli pasukan awak.

Mulai sekarang, setiap kelas akan jadi seperti bengkel kerja kumpulan.

Hari ini.

Ta-da!

Awak akan buat emping salji menggunakan kertas warna.

Kita juga adalah pasangan di dalam kelas senaman.

Saya rasa kita memang telah ditakdirkan.

Kim Hee Seon ialah pelakon kegemaran saya,

dan kebetulan juga awak ada nama yang sama.

Awak boleh panggil saya Hyun.

Itu sahaja untuk kelas hari ini.

More Malay subtitles for The Light in Your Eyes

Kommentare

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left