Die ersten 200 Zeilen.
Ini adalah satu rompakan!
Kami takkan apa-apakan kamu...
...kalau kamu bekerjasama.
Jika tidak,...
...kami akan tembak.
Berkumpul di tengah!
BANK REPUBLIK TENGGARA
Ke tengah! Cepat!
Cepat!
Cepatlah!
DEPOSIT TUNAI
Periksa di atas.
PERMULAAN DAN KEJATUHAN
Tuan.
Semuanya ada di sana?
Mestilah.
Kami tak akan tipu.
Saya Man Jerung.
Kalau awak cuba tipu saya, saya takkan bunuh awak.
Saya akan bunuh isteri dan anak-anak awak.
Kita dah lama berurusan,...
...tapi awak masih tak percayakan saya?
Semua unit, berundur.
Negatif. Kod Merah.
Iman, ikut arahan.
Berapa lama lagi kita nak tunggu?
Berilah diskaun.
Diskaun?
Mustahil.
Berikan saya diskaun.
Berikan saya diskaun!
Bertenang.
Polis!
Man Jerung, serah diri. Serah diri sekarang!
Perempuan ini lagi!
Man Jerung, kami dah kepung kawasan ini.
Kalau awak tak nak mati malam ini, serah diri sekarang.
Man Jerung tak takut mati.
Polis tak guna!
POLIS TENGGARA
Pergi!
POLIS TENGGARA
Man Jerung, berhenti!
Sara, laju lagi!
Iman, hati-hati!
Matilah!
Iman, jaga-jaga!
Mati!
Jangan bertindak melulu, Man Jerung!
Awak gembira, bukan?
Awak pasti akan dinaikkan pangkat.
- Kenapa cakap begitu? - Seriuslah. Ini sindiket besar.
Kita rampas banyak dadah.
Sara, saya rasa saya tak layak.
Iman!
Saya perlu bercakap dengan kamu.
Ya, tuan.
Apa yang kamu fikirkan?
Saya beri kamu arahan.
Bukan hijau.
Semua unit tunggu.
Patuhi arahan. Kenapa susah sangat?
Nilai situasi.
Rebut peluang yang ada.
Saya belajar daripada tuan.
Kalau ada apa-apa berlaku,...
...macam mana?
Seorang pegawai kita cedera.
Iman, tiada sesiapa akan mati di bawah jagaan saya.
Komander, misi kita pernah gagal kerana kita lambat bertindak.
Malam ini, kita berjaya menghalang dia.
Saya tak peduli kalau kita dapat tangkap Man Jerung atau tidak.
Kita boleh tangkap dia bila-bila masa jika kita ikut strategi kita.
Namun, kalau sesuatu berlaku kepada kamu,...
...kalau kamu cedera atau mati, apa saya nak buat?
Apa yang susah sangat?
SI PEMIMPI
Seorang pemimpi pernah berkata,...
..."Berjuanglah, wahai jiwa-jiwa yang benar...
...demi rakyat,...
...demi keluarga...
...dan demi insan tersayang."
DILARANG MELETAK KERETA
SI PEMIMPI
SI PEMIMPI
- Awak boleh pergi. - Terima kasih.
POLIS TENGGARA
Cik Iman!
Selamat pagi.
Awak lagi.
- Awak suka masuk lokap? - Ya.
Seronok. Makanannya percuma,...
...ada ramai kawan...
...dan saya boleh jumpa awak.
Terbaik.
Cik Iman,...
...boleh saya tanya?
Biasanya, pegawai cantik seperti awak menarik perhatian pegawai.
Awak sudah berpunya?
Jika awak belum berpunya...
SKUAD CINTA
Sebab awak Skuad Cinta?
Jangan mimpilah.
Kalau awak buat hal lagi,...
...awak bukan dikurung tiga hari, tapi seminggu.
Kalau awak yang tangkap saya, saya sanggup dipenjarakan sebulan!
Helo?
Okey. Saya datang sekarang.
Bukankah tuan ada pembantu untuk buat kopi?
Daripada konstabel sehinggalah sekarang...
...saya tak pernah minta sesiapa buatkan saya kopi.
Saya suka berdikari.
Kecuali apabila dia pergi memancing dengan anaknya.
Dia akan kata,...
..."Iman, boleh buatkan ayah kopi?"
Ya.
Apabila kamu jadi Komander Jeneral...
...wanita yang pertama, apa yang kamu akan buat?
Kamu perlukan pembantu untuk buat kopi?
Jika pembantu buat kesilapan,...
...dan tak mengikut jumlah gula yang dikehendaki,...
...siapa yang akan dipersalahkan?
Apa maksud tuan?
Tentang malam tadi.
Saya tahu saya buat silap.
Baguslah kamu sedar kamu silap.
Namun, kalau kamu tak belajar daripada kesilapan, apa bezanya?
- Operasi malam tadi... - Dengar sini.
Saya bukan bercakap sebagai komander kamu.
Saya bercakap sebagai ayah kamu,...
...yang tak mahu menangis di kubur anaknya...
...kalau apa-apa berlaku.
Kamu bijak untuk bezakan yang betul dengan yang salah.
Selagi dunia ini ada hitam dan putih,...
...keadaan masih berbahaya...
...dan tak semudah yang kamu sangkakan.
Jadi, tolonglah.
Jaga diri dan dengar arahan ayah.
Boleh?
Ya, Komander.
Dengan tumpasnya geng jenayah Man Jerung,...
...maka berakhirlah sindiket...
...penyeludupan dadah terbesar di Republik Tenggara.
Kejayaan operasi ini...
...adalah hasil kerjasama pelbagai pihak...
...dan strategi Komander Qabil dan Inspektor Iman...
...dari Unit Special Force...
- ...yang sentiasa... - Komander Jeneral puji awak.
Tiada apa-apa.
Jangan terlalu merendah diri.
Awak yang mengetuai misi itu dan tumpaskan Man Jerung.
Tak lama lagi,...
...awak pasti dapat pingat.
Helo?
- Baiklah. - Sekejap.
- Awak nak ke mana? - Kes baharu. Mayat ditemui.
POLIS
PARAMEDIK
Maaf. Hanya kakitangan dibenarkan masuk.
Awak dah sampai, puan.
Mangsa bernama Mustafa Bin Mahmud.
Berumur 40 tahun.
Dia daftar masuk lewat petang semalam.
Pukul 7:45 petang.
Pelik.
Dia daftar masuk lewat.
Adakah itu pengurus hotel?
Ya.
Boleh bawa kami ke bilik mangsa?
Ya, boleh.
Dia cuma bawa beg bimbit ini.
Bank Republik Tenggara.
Baiklah.
Nampak normal. Tiada tanda-tanda pergelutan.
Nampaknya tiada orang lain di sini selain mangsa.
Jumpa apa-apa?
Dia belum mandi.
Tiada berus gigi.
Sabun masih dalam bungkusan.
Apa yang dia buat di sini?
Orang daftar masuk ke hotel atas pelbagai sebab.
Contohnya?
Melakukan perbuatan curang, skandal, perempuan simpanan.
Biasanya, orang yang buat begitu pasti akan mandi dulu, bukan?
Mungkin orang itu belum sampai.
Jadi, sementara dia tunggu teman wanitanya,...
...kenapa dia terjun?
Tingkap ini tak boleh dibuka.
Boleh bawa kami ke bumbung?
Ya.
Nampak biasa.
Saya mahu lihat rakaman kamera litar tertutup nanti.
Kebetulan kamera litar tertutup di tingkat En. Mustafa rosak.
Rosak?
Ya.
Dalam bangunan tinggi seperti ini...
...kerosakan kamera litar tertutup adalah perkara biasa.
Di atas bumbung ini pula, memang tiada kamera litar tertutup.
Kamera litar tertutup di dalam lif dan lobi berfungsi, bukan?
- Saya akan periksa rakaman. - Tidak.
No comments yet. Be the first to leave one.