Die ersten 200 Zeilen.
Kawan! Tumpang lalu! Maaf!
Kiri.
BERHENTI
Tanda berhenti, kiri.
Satu, dua, tiga, empat, lima.
YANG TERBARU
Ke kanan.
YANG TERBARU RANCANGAN KOMEDI KABEL #1
En. Burnz?
Anda Charlie Burnz?
Charlie Burnz, saya bercakap dengan kamu.
En. Burnz, Charlie Burnz.
YANG TERBARU
Sapu sikit. Pastikan semua prop ada di tempat yang betul.
- Hei, Marge? - Hei, Charlie.
Mana semua?
Charlie, ini hari Isnin. Mereka di mesyuarat penulis.
Oh, ya. Saya cuti hujung minggu lama.
Baik. Jaga diri.
Baik cepat. Mereka bincang sketsa baharu!
Ya, kami berhati-hati
dan tak singgung sesiapa dengan sketsa ini, jadi, bersedia,
dan, biasalah, nikmatinya.
Okey, jadi…
Ini iklan informasi untuk album komedi baharu.
Mula dengan selingan planet dan bintang, tiga foto ruang angkasa indah.
Kemudian, suara latar, dan lihat satu tulisan.
Dalam tradisi George Carlin dan Richard Pryor,
kami bawakan suara komedi terkini.
Dan kami bawakan satu foto Stephen Hawking.
Tapi kita sunting dia di depan dinding batu-bata.
Macam dia di kelab komedi.
Ada mikrofon pada komputernya.
Saya saja, atau orang lain pun suka lohong hitam? Betul?
Kamu suka lakonan?
Jadi, bagaimana tadi?
Ada idea yang lucu.
Tapi, Brad, seseorang perlu beritahu Roger tentang nada suaranya.
Saya tahu. Mungkin dia gementar.
Tak adalah.
George Carlin, Richard Pryor.
Aduhai, sebutan Stephen Hawking pun lebih bagus daripada dia.
Ini untuk segmen buletin.
Atau macam Roger cakap, "seg-men" buletin.
Baik, saya akan hantarkan.
Oh, ya, ada rekaan terkini bergelar komputer.
Kamu patut cuba.
Saya pernah ada, tapi saya suka ini.
Kami mula bersama. Suka rasa kertas.
Saya suka kekunci ini tinggalkan tanda yang tak patut ada.
Tapi saya manjakan diri dengan ini.
Wah, hebat. Tahu cara guna?
Ya, kecuali apabila nak hantar e-mel, mesej atau buat panggilan.
- Itu tak pentinglah. - Ya.
- Nak pergi makan? - Saya ada janji temu.
Wah, tengok, En. Sosial.
Pemenang lelongan bertemu saya semasa acara amal untuk
perpustakaan bandar.
Macam menarik.
Restoran ini bagus. Maaf?
Oh, bukan.
Maaf. Baiklah.
Mungkin kamu, tuan. Helo?
Oh, Phil Donahue. Seronok jumpa kamu.
- Apa benda itu? - Tuan, hai.
Oh, bukan, maaf. Salah orang.
Maaf. Selamat jalan.
Maaf. Mungkinkah cik mencari saya?
Saya Charlie Burnz.
- Biar betul. - Apa?
Ini kamu dulu?
Ya. Ya.
Kamu lalui hidup yang sukar, ya?
Ya, bolehlah. Tapi itu gambar lama.
Itu dari Mayflower. Tapi saya menang peraduan Shuffleboard.
Syabas, walaupun lewat. Saya Emma Payge.
- Emma, terima kasih. Duduk. - Maaf lewat.
Tak perlu. Tak ada masalah. Seronok dapat jumpa.
Terima kasih bida saya semasa lelongan.
Saya teruja seseorang semuda kamu meminati karya saya.
- Jujur? - Ya.
Saya tak kenal pun kamu.
Bekas kekasih saya bida kamu.
- Bukan kamu? - Bukan.
Bagaimana…
Dia pelakon dan buat satu babak
daripada satu drama kamu semasa kelasnya,
dan dia nak jumpa kamu. Jadi, dia bida.
- Berapa? - Dua puluh dua.
- $2200? Hebatnya. - Bukan $2200.
$22.
$22 pembida yang menang?
Ia bermula pada 20, dan naik 50 sen setiap kali.
Oh, sedihnya.
Helo. Selamat datang ke Le Monde.
Saya pelayan kamu. Nak pesan apa?
- Pernah makan sini? - Tidak.
Sandwic stik mereka terbaik. Saya sentiasa pesan itu. Sedap.
Baguslah. Saya nak salad makanan laut.
- Okey. Encik pula? - Saya nak…
Oh, boleh beri lebih kepah, sotong dan daging ketam?
- Baik. Encik pula? - Saya nak…
Oh, boleh hias dengan ekor udang kara dengan lebih kupang?
Banyak kupang.
Dari New Zealand, bukan yang dari Jersey sebab ia ada bulu hitam.
Mana tahu, bukan? Mungkin toksik.
Kamu siap? Sebab masih ada beberapa spesies kamu tak sebut.
Teruskan.
- Saya nak… - Boleh saya pesan Diet Coke?
Untuk encik pula?
Saya nak sandwic tuna, roti gandum penuh, dan teh ais.
Bagus.
Kenapa pesan sandwic tuna tapi
kamu kata sandwic stik terbaik?
Semasa kamu pesan hampir semua benda dalam laut,
saya macam teringin nak pesan ikan yang belum dipesan dalam menu.
Bijak, pak cik. Bijak.
Saya nak tanya.
Jika kamu tak kenal, kenapa bekas kekasih tak datang?
Saya tangkap dia curang.
Dia kata sebab saya gadis paling tak memuaskan.
Percayalah, dia silap, okey?
Kamu kena lihat prestasi saya. Macam sarkas.
Okey. Mari kita makan dulu.
- Patah tulang belakang kamu, pak cik. - Terima kasih.
Ya, kamu akan mati, dengan senyuman.
Anak-anak kamu akan tanya, "Bagaimana ayah mati?"
Saya akan pandang mata mereka dan kata,
di atas saya.
Itu imaginasi yang baik.
Kamu lucu, pak cik.
Saya gembira saya datang walaupun nak kenakan bekas kekasih saya.
Itu pujian yang jarang didengari.
- Wah, hasil tangkapan laut. - Ya.
- Terima kasih. - Silakan.
Emma, nikmati bufet kamu.
Jadi, kamu suka komedi, ya?
Tidak.
Tak?
Saya suka ketawa, tapi dalam dunia sebenar. Faham?
Itu yang saya buat. Saya penulis komedi.
Pernah lihat Yang Terbaru pada malam Ahad di Funny?
Saya juga menulis untuk Broadway dan filem, serta lima buku.
Apa kerja kamu?
Charlie, saya rasa tak selesa.
Kenapa muka kamu besar tiba-tiba?
- Saya tak rasa bibir saya. - Kamu alahan pada makanan laut?
Aduhai, mungkin.
Apa saya nak buat?
- Hubungi hospital! - Apa?
Hubungi hospital!
Hubungi hospital terdekat!
Saya tak pasti. Menyemak laman web.
- Hubungi hospital terdekat? - Ada masalah?
Ya, Tuhan! Okey, apa kamu buat?
Tak buat apa-apa!
Ini kupang Jersey!
- Apa? - Saya tahu ini kupang Jersey!
- Jersey? Saya bukan dari sana. - Ini kecemasan.
Ini kecemasan.
Semua, bertenang. Bersabar.
- Kita kena hubungi ambulans. - Siri! Kenapa dengan kamu?
Puan pernah ada alahan makanan laut?
Puan pesan secara rawak dan ini berlaku?
- Saya teringin. - Okey, bertenang. Dah nak sampai.
Kamu akan okey.
Charlie? Charlie.
Charlie!
Kamu saja saya ada, Charlie, jangan pergi!
Aduhai.
En. Burnz?
Saya tak sepatutnya isi borang ini.
- Apa hubungan encik? - Dia menang lelongan saya.
Ya, kamu tak percaya.
Dia tiada insurans,
dan dia tak boleh keluar sendiri.
Tiada insurans?
Okey.
$1100?
Ya. Bil ambulans akan dihantar nanti.
Bayar semasa keluar.
- Anak encik akan sembuh. - Anak…
Bagus. Berita baik?
Dia beritahu encik ambil dia dari rumah yatim di Kenya.
- Istimewa. - Dia beritahu?
- Ya. - Ya, ia…
Dia memang istimewa.
Ini alahan yang agak teruk.
Ada alahan lain yang patut diberitahu?
Kamu patut tanya dia
atau saya boleh hubungkan kamu kepada ketua puak asli dia.
Cari Mbolo.
Baguslah encik bertindak pantas.
Jika tunggu lagi, ia pasti teruk.
Ini preskripsi.
Farmasi di sana.
$600?
Jadi, untuk sandwic tuna, saya bayar dua ribu.
- Selamat datang ke New York. - Apa ini?
Itu epinefrin. Perlu suntik dia dalam masa sejam.
No comments yet. Be the first to leave one.