Die ersten 200 Zeilen.
Jangan risau.
Terima kasih.
Awak bukan Mandalorian.
Dia salah seorang daripada mereka.
Salah seorang apa?
SEBELUM INI
Darksaber.
Untuk dia dapatkan Darksaber semula,
dia perlu menang dalam pertarungan.
Bagaimana awak nak ambil alih Mandalore?
Apabila saya kembali tanpa Darksaber, semua askar saya tinggalkan saya.
Mana kapal-kapal yang dicuri itu?
Mereka bawa diri menjadi tentera upahan.
Saya akan ke Mandalore.
Tidak!
Tanpa aturan Creed, siapa kita?
Apa tujuan hidup kita?
Orang kita bertaburan macam bintang di galaksi.
Awak selamatkan saya. Saya terhutang budi dengan awak.
Tanggalkan helmet awak.
Orang kita dah tak ikut aturan
Tak cukup kalau hanya segelintir yang patuhinya.
Bo-Katan Kryze akan pergi membawa Mandalorian terbuang yang lain
supaya kita semua dapat bersatu semula.
Tapi dia tunjukkan wajahnya.
Bo-Katan hidup di kedua-dua dunia.
Dia boleh satukan semua puak yang ada.
Sudah tiba masanya untuk ambil semula Mandalore.
Saya jumpa cara untuk elak laluan perdagangan ke Trask.
Bagus.
Alat pengesan nampak kapal Imperial, Kapten.
Imperial?
Boleh kita kalahkan mereka?
Tidak. Pertahanan mereka kuat.
Hubungi ketua mereka.
Helo, kawan-kawan Imperial.
Kami kapal pengangkut dari Quarren
cuma ingin berniaga di Mid Rim.
Kami tak tahu akan ada ketua panglima yang akan menuntut bayaran.
Saya bukan penjenayah.
Saya tahu.
Saya tak berniat nak menyinggung.
Ini bukan bahasa ibunda saya.
Maksud saya, kami tak tahu
tentang kewujudan Imperial di sektor ini.
Kami akan bayar wang perlindungan kepada kamu.
Kami juga bukan Imperial.
Kami Mandalorian.
Malangnya, awak dah terlewat untuk upah kami.
Kami diberi tugas untuk memburu awak, Kapten Shuggoth.
Ini satu pengisytiharan perang.
"Perang"?
Kami bekerja sendiri. Individu yang boleh diupah.
Upah kami mahal, tapi kami sangat bagus dalam kerja kami.
Kami juga setia.
Sebab itu kami tak boleh terima tawaran awak.
Kami diupah oleh Wizurai Mon Calamari,
yang percaya awak lari bersama anak lelakinya.
Itu mengarut.
Kami sudah berdamai dengan Calamari.
Kenapa saya nak rosakkan keamanan dan kemakmuran?
Kita semua dah cukup menderita sebab perang.
Saya tak cakap apa-apa tentang perang.
Saya tahu ia sebab cinta.
Tugas saya bukan untuk menghakimi,
tapi selesaikan tugas yang diserahkan kepada kami.
Tak. Saya takkan pergi.
Kami saling mencintai.
Maaf. Awak perlu ikut kami balik.
Selepas itu, awak buat apa awak nak.
Okey, baik kita cepat.
Kita ada kontrak lain di Plazir-15.
Saya takkan balik ke istana yang teruk itu.
Jangan paksa kami hancurkan kapal comel kekasih awak.
Kapten, tolonglah. Pujuk dia sikit.
Awak perlu ikut mereka.
Tidak. Saya sayang awak!
Tolong pergi.
Saya tak boleh musnahkan semua yang saya bina sebab cinta monyet.
Saya tak bermakna untuk awak?
Bukan itu maksud saya.
Tapi awak perlu pergi.
Kita tahu takdir tak menyebelahi kita.
Siapa peduli tentang takdir? Saya sayang awak.
Saya akan sentiasa sayang awak.
Mari ikut kami, tuanku.
Awak boleh lakukannya. Kita akan jumpa lagi.
Jauh lagi perjalanan kita.
Saya ingatkan puak Mandalorian mulia.
Itu memang betul. Ia cuma perlukan beberapa kredit.
Bab 22 ASKAR UPAHAN
Itu pun mereka.
Kapal-kapal itu nampak hebat.
Ambil masa yang lama untuk membinanya.
Kebanyakan alat ganti daripada kapal Empayar.
Patutlah macam biasa tengok.
Mungkin berguna untuk ambil semula Mandalore.
Axe Woves ketua mereka sekarang.
Mungkin susah nak pujuk mereka sertai kita.
Kenapa agaknya mereka ke sini?
Planet ini tiada dalam senarai Republik Baru.
Saya rasa ia planet berkecuali yang upah mereka untuk perlindungan.
Saya tak rasa Woves gembira jumpa awak.
Ya.
Saya akan mendarat jauh daripada mereka.
Lebih baik kita berjalan kaki.
Selamat datang ke Plazir-15.
Satu-satunya kawasan Outer Rim yang amalkan demokrasi.
Anda telah diberikan tempat mendarat.
Anda akan diiring ke kawasan yang ditetapkan.
Mengaktifkan panduan automatik.
Apa yang berlaku?
Mereka dah kawal kapal kita.
Bolehlah kita jalan-jalan.
Ini agak menarik.
Selamat datang ke Plazir-15.
Sila ke pod hyperloop anda.
Kenapa ada droid Imperial di dunia bebas?
Ini Outer Rim.
Saya pun tak tahu kenapa.
Bawa kami ke kawasan yang dekat dengan kapal Mandalorian.
Menurut Artikel Sembilan Undang-undang Coruscant,
kebenaran mestilah diluluskan Dewan Senat
untuk mendapatkan bantuan pertahanan di zon kawalan.
Adakah anda izinkan kod rantaian diimbas?
Din Djarin dan Bo-Katan Kryze.
Anda berdua diminta
untuk bertemu ketua di planet demokrasi ini...
Maaf, tapi kami ada urusan penting.
Mungkin kemudian.
Dilarang untuk tinggalkan kenderaan ini.
Ini bukan satu permintaan.
Saya tak pernah ke sini. Awak pernah?
Saya tak pernah dengar pun.
Awak rasa kita perlu lawan untuk keluar dari sini?
Tunggu dan lihat.
Sertai kami! Mari!
Ini sebuah parti.
Mari! Semua, kita ada tetamu istimewa.
Mandalorian.
Saya harap awak suka minuman itu. Cuba rasa.
Marilah.
Sayang.
Awak cinta saya tak?
Awak ini.
Ya, sayangku.
Saya nak cerita sikit tentang diri saya.
Dulu saya pegawai perancang kemudahan semasa perang.
Atas jasa Program Amnesti Republik Baru,
saya dapat bantu bina semula Plazir-15.
Awak orang Imperial?
Itu dulu.
Plazir menderita semasa pemerintahan Imperial.
Suami saya datang ke sini untuk proses pemulihan.
Dia menyelia pembinaan semula planet ini, yang didiami oleh keluarga saya
sejak awal penempatan, dan kami jatuh cinta.
Kami jatuh cinta. Kami betul-betul jatuh cinta.
Boleh saya dukung dia? Boleh?
Dia tak mesra dengan orang asing.
Awak begitu pantas. Ya.
Sudah tiba masa untuk planet ini bergerak ke zaman baru.
Kami adakan pilihan raya demokrasi untuk kali pertama dalam sejarah.
Kami kerabat diraja dan pemimpin terpilih.
Bagaimana kapal perang privatir Mandalorian boleh ada di pangkalan awak?
Kami upah mereka untuk perlindungan.
Kami tak dibenarkan untuk ada tentera
sebab sejarah Imperial suami saya.
Disebabkan ini, semua sumber kami digunakan untuk pembangunan dan rakyat.
Saya nak bercakap dengan privatir itu.
Saya boleh uruskannya.
Cuma dengan satu syarat.
Apa?
Awak perlu tengok pemandangan di sini.
Mari ikut saya.
Kami minta diri sebentar. Teruskan makan, jangan bangun.
Tunjukkan tetamu pemandangan di sini.
Kami ada masalah.
-Apa? -Masalah droid.
"Masalah droid" yang macam mana?
-Kerosakan. -Kerosakan yang dirancang.
Kami rasalah.
Kenapa awak fikir begitu?
Droid Imperial planet ini diprogram semula untuk kedamaian.
Saya pernah nampak program itu.
Saya jamin mereka diprogramkan untuk tujuan kedamaian.
-Secara eksklusif. -Kami rasa.
Betul, sayang. Saya sendiri nampak program itu.
Kerosakan yang macam mana?
Pada mulanya, ia tak serius sangat.
Kitaran kuasa secara tiba-tiba. Senarai tugas dipadam.
Ia jadi semakin teruk.
Kemalangan trafik.
Kerosakan peralatan yang menyebabkan kecederaan.
-Serangan. -"Serangan"?
Apa kaitan semua itu dengan kami?
Konstabel kami tak cukup kelengkapan untuk lawan droid tempur.
-"Droid tempur"? -Bekas droid tempur.
Mereka dipulihkan untuk buat tugas sivik.
-Kami ingat. -Betullah.
Jelas sekali tidak.
No comments yet. Be the first to leave one.