Die ersten 200 Zeilen.
Semua entiti adalah rekaan.
Sebarang persamaan cuma kebetulan.
Pandangan dalam kisah ini bukan pandangan Astro Shaw atau saluran.
Tidak dimaksudkan untuk menyentuh mana-mana sentimen.
Ramai manusia suka berbuat baik...
...tapi kebanyakannya hanya suka buat baik...
...apabila dilihat oleh orang lain.
Kayu ukur perwatakan seseorang itu,...
...bukannya kelakuan mereka dari pandangan orang awam,...
...tapi kelakuan mereka dari pandangan Tuhan.
Kelakuan mereka apabila tiada saksi...
...melainkan Allah.
Maruah seorang insan tak patut dinilai...
...oleh insan yang lain.
Yang Berhormat?
Maruah kita hanya boleh dinilai...
...oleh Tuhan.
Apa? 50 juta? Bantuan untuk orang asli?
Aduhai, Dato' Seri.
Ini idea siapa, Dato'?
Sunita? -Itu tak penting,...
...yang penting saya setuju,...
...yang penting, saya percaya..... -Dato' Seri.
Kita sebagai pemimpin negara Islam...
...harus dahulukan umat kita.
Kalau umat kita masih lagi bergolok-bergadai,...
...kita kena utamakan mereka.
Tak boleh ambil kira satu golongan sahaja.
Kita kena berfikir sebagai sebuah negara.
Untuk masa depan kita juga.
Kena fikir jangka masa panjang, Hamid.
Saya sentiasa fikir jangka masa panjang, Dato' Seri.
Cuma jangka masa panjang kita berdua...
...tak sama.
EPISOD 4 "Pengkhianatan"
Kenapa sampai seminggu untuk sediakan usul "Rezeki Dijamin"?
Peninglah.
Selamat pagi, Yang Berhormat.
Selamat pagi. Ramainya dalam mesyuarat ini.
Yang Berhormat, mereka semua dapat kelulusan untuk projek ini.
Okey. -Nama saya Talhah.
Ini rakan sekerja saya, Sam.
Kami dari industri pemasaran.
Masalahnya, kita dah.....
Lupakan. -Yang Berhormat?
Kami konsultan keceriaan.
Keceriaan? -Pengubahsuaian pejabat.
Macam AJK sekolah pula.
Tidak. Itu En. Adli.
Dia konsultan peralatan sekolah.
Hai.
Ramainya konsultan. Projek cuma satu.
Memang tak pelik apabila pemimpin lemah,...
...pertahanan kita juga lemah.
Bila kali terakhir kita dengar ada ancaman pengganas?
Bila? Ini masalah kerajaan.....
Dato' Seri Mariam Imran.
Syabas, Dato' Seri.
Awak dah tumpaskan gerakan pengganas...
...dalam tahun pertama lagi.
Tidak, bukan tahun pertama. Bulan pertama!
Dato' Seri, syabas.
Mariam, terus terang, saya agak suka...
...cara awak memimpin.
Keselamatan mengatasi kestabilan.
Keselamatan itu kestabilan.
Ya. Okey.
Baiklah. Jadi, kenapa awak nak jumpa saya, Mariam?
Nak turun padang? Marilah.
Saya dah sedia bila-bila sahaja.
Hamid datang jumpa saya tadi.
Dia tak puas hati tentang peruntukan untuk orang asli.
Hamid. Biasalah itu. Tak pernah cukup.
Masalahnya, macam mana dia tahu?
Awak beritahu dia, Rahman?
Maaflah.
Mungkin saya terlepas cakap.
Masalahnya, kalau saya yang beritahu dia,...
...paling tidak, saya boleh kawal emosi dia.
Saya tak suka orang buat kerja belakang saya, Rahman.
Mariam, kenapa kita bercakap tentang Hamid?
Kita sepatutnya meraikan.
Semasa saya remaja, saya ingat saya ada tolong orang kampung...
...bunuh ular yang banyak...
...yang bersembunyi dalam semak belakang rumah.
Okey. -Saya masih ingat kawan-kawan...
...yang kena patuk.
Kasihan.
Bisa ular...
...cepat merebak.
Sebab itu, kena segera dibuang.
Kalau tidak, lagi teruk ia merebak.
Apa yang Mariam membebel cakap tentang ular?
Dia fikir saya ular?
Dia sedang berkias. -Berkias konon.
Awak nampak perangai dia tadi, bukan?
Cakap penuh lagak.
Jangan risau, bos. Nanti dia kena. Sabar.
Nazri, kita dah tak boleh tunggu.
Kita kena cepat pecahkan gabungan ini.
Ular, ya?
Selepas ini dia akan tahu patukan ular yang sebenar.
Aduh, macam mana boleh terdedah? Kalau Dato' tahu, mati kita.
Sekarang, kita kena segera cari alasan.
Kalau Dato' Seri tanya cara Nada Rakyat...
...dapat gambar ini.....
Dato' Seri.
Macam mana Nada Rakyat boleh dapat gambar ini?
Nada Rakyat sepatutnya buat liputan tentang Agra,...
...bukan tentang ancaman bom.
Dato' Seri, biar saya urus hal ini.
Saya boleh buat draf kenyataan media...
...dan saya sendiri hubungi..... -Cukup!
Cukup.
Bahagian Komunikasi Korporat akan urus.
Saya boleh berikan peluang kedua, tapi bukan ketiga.
Dato' Seri sedang tertekan dengan hal kementerian.
Tentang belanjawan. Semua kementerian...
...nak lobi belanjawan sendiri.
Lebih baik awak selesaikan isu ini.
Terus hubungi Nada Rakyat.
Tolong bantu saya. Saya perlukan bantuan.
Apa dah berlaku? -Entahlah. Ada seorang lelaki.
Dia rompak saya dan ambil barang saya.
Saya tiada telefon, dompet atau pasport saya.
Saya bingung. -Jangan risau.
Awak selamat sekarang. Kami akan bantu awak.
Terima kasih banyak-banyak.
Okey. -Terima kasih.
Okey.
Nada Rakyat?
Tak jawab.
Pejabat tak jawab, telefon Flora pun tak berjawab.
Saya rasa awak tak perlu telefon. Terus hantar surat.
Kemudian, tutup sahaja laman sesawang mereka.
Apa nak buat, ya?
Heng, beritahu Sunita...
...apabila pelabur Norway melabur dalam projek kilang solar,...
...kita akan ada dana untuk "Rezeki Dijamin".
Baiklah, Dato' Seri. -Awak ada statistiknya, bukan?
Heng?
Okey.
Helo? Heng?
Maaf. Bateri saya mati tadi.
Okey. Jadi pastikan Sunita dapat statistik itu.
Baik, Dato' Seri.
Ini hal serius.
Sebab saya dah umumkan,...
...jadi, rakyat pasti mahu lihat keputusannya.
Okey, Dato' Seri. Oh ya,...
...Dato' nak saya sediakan ucapan untuk Anugerah Belia?
Dato' Seri?
Anugerah Belia?
Ya.
Boleh awak uruskan? -Baiklah.
Terima kasih.
Tolong!
Siapa awak? Apa.....
Apa awak nak buat ini?
Tolong!
Assalamualaikum, Yang Berhormat.
Waalaikumussalam.
Ada apa, Rahman? Tak beritahu nak datang pun.
Hamid, awak patut bersyukur saya datang sini jumpa awak.
Siapa lagi ada gambar ini?
Itu sahaja yang awak pentingkan?
Rahman, kalau gambar ini tersebar.....
Apa akan jadi kalau gambar ini tersebar?
Awak akan kehilangan penyokong awak?
Awak akan kehilangan semua jawatan?
Hamid,...
...awak tak perlu risau.
Saya boleh pastikan semua gambar ini...
...takkan terlepas ke mana-mana dan selamat dengan saya.
Awak cuma kena tolong saya.
Awak nak apa?
Saya nak yang terbaik buat Masraya.
Hamid, takkan awak nak perempuan jadi pemimpin kita?
Awak ustaz. Awak pasti tahu.
Dalam solat pun, kita jadi imam.
Betul tak?
Saya percaya, kamu berdua...
...tentu dah tahu tentang belanjawan...
...yang Perdana Menteri nak usulkan.
Saya tak boleh nak bersetuju.
Saya cuba nak faham, tapi tak boleh.
Masalahnya, Yang Berhormat, belanjawan ini...
...akan jadi tunjang kepimpinan Mariam.
Ya. -Maksudnya...
...Yang Berhormat tak yakin dengan kepimpinan Mariam?
Betul. -Bukankah kedudukan kita okey?
Betul, Yang Berhormat.
Sekarang kita tak boleh keluar daripada gabungan.
Walaupun Perdana Menteri kita kontroversi,...
...tapi kita masih okey.
Bukan senang parti kita nak dapat jadi kerajaan.
Jadi, kamu berdua tak setuju dengan saya?
Kita boleh fikir cara lain. Kita boleh bertolak ansur.
Insya-Allah.
Assalamualaikum. -Waalaikumussalam.
No comments yet. Be the first to leave one.