Die ersten 200 Zeilen.
Jumlahnya RM95,000. -Dia tolak satu sen daripada...
...setiap akaun.
Awak rasa apa yang saya rasa?
Macam saya cakap hari itu, semua lubang sama saja.
Awak dah kaya, Iman. Awak dah ada duit.
Iman buat semua ini untuk kita, abah.
Apa guna duit kalau awak jadi begini, Iman?
Apa guna duit? -Dengar cakap saya, okey?
Awaklah orangnya.
Intan, boleh tak saya jelaskan? Ada rahsia yang saya simpan.
Ash!
Mak. -Iman?
Iman?
Iman.
Iman dah besar.
Iman buat apa di sini, sayang?
Mak.
Iman ada hadiah untuk mak.
Kita tak macam dulu lagi, mak. Kita dah ada duit sekarang.
Selepas ini mak tak payah duduk di sini lagi.
Kita boleh pindah ke rumah baharu. Iman boleh belikan.
Mak, cantik tak rantai ini?
Kalau tak cantik, tak apa. Iman boleh bawa mak keluar...
...membeli belah. Mak cakap saja dengan Iman.
Mak nak beli apa? Iman boleh belikan.
Iman, mak lari bukan sebab duit.
Sebab apa lagi, mak?
Apa lagi sebab yang boleh buat mak tinggalkan anak mak?
Iman.
Tak semudah itu, Iman.
Awak bangga dengan rumah buruk awak ini?
Awak bangga?
Awak tahu tak saya dengan abah duduk di mana sekarang?
Awak nampak tak kereta apa yang saya bawa sekarang?
Bila kali terakhir suami awak belikan rantai seperti ini...
...untuk awak?
Tak, awak panggil dia sekarang. Saya nak tengok di depan...
...mata saya dia halau saya. -Iman tiada bezanya dengan abah.
Awak tak payah nak bercakap tentang abah.
Awak tak layak bercakap tentang abah.
Sekurang-kurangnya,...
...abah tak tinggalkan saya seorang diri.
Mama.
Masuk dalam, sayang. Mak ada hal. Hujan ini.
Masuk, sayang.
Pandai awak sayang anak rupanya.
32 tahun. Cedera tembakan di dada.
Awak tunggu di luar. Awak tak boleh masuk.
Tidak, saya mahu bersamanya. -Tak boleh. Maaf, cik.
Encik Ash sedang berjalan ke tempat letak kereta.
Dia panggil awak. Awak tak jawab.
Kenapa awak tak jawab?
Saya.....
Kami bergaduh. -Gaduh tentang apa?
Kerja.
Baiklah.
Apa masalahnya? -Ada yang kami tak setuju.
Awak dan Encik Ash ada apa-apa hubungan?
Apa? -Adakah dia teman lelaki awak?
Kamu berdua bercinta? -Sekejap.
Apa kaitannya?
Kami kawan saja. Tak lebih daripada itu.
Tiada orang lain pada masa itu?
Sebaik saja awak pergi dengan ambulans, kami periksa...
...pangsapuri dia. -Siapa buat ini?
Iman. -Kalau abah nak berceramah,...
...Iman naik dulu, abah.
Ini bukan kawan pejabat awak yang datang rumah hari itu?
Mangsa, Ash Lee, 32 tahun, seorang pekerja Bank Bintang...
...ditembak di tempat letak kereta rumahnya siang tadi.
Suspek masih belum dikenal pasti.
Pihak polis memohon bantuan...
...orang awam yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil...
...ke hadapan untuk membantu siasatan.
Awak tuduh saya? -Tidak, ibu. Ini salah faham saja.
Apa dia buat pada awak? -Hei! Maaf, ibu.
Dia tengah tak betul ini. -Apa dia buat pada awak?
Awak yang tak pandai simpan rahsia. -Rahsia apa awak ini?
Kawan awak itu sudah syak ada orang keluarkan duit.
Kalau saya biarkan dia, pasti dengan saya sekali kena.
Nasib baik sempat halang. Itu pun awak tuduh saya...
...macam-macam. -Mana awak tahu semua ini?
Nak jadi ibu bukannya senang.
Kami sanggup buat apa-apa saja untuk anak kami.
Tuhan saja yang tahu.
Saya berhenti.
Awak nak duit, awak cari orang lain.
Awak tak kasihankan Intan? Setahu saya mereka berdua rapat.
Kalau dia tahu tentang awak,...
...takkan saya nak biarkan?
Saya dah cakap, kan? Kerja dengan saya selamat.
Tak payah risau.
Untuk awak. -Terima kasih.
Maaf kerana datang tiba-tiba begini.
Saya datang nak tengok keadaan awak.
Awak bagaimana?
Saya baik.
Saya minta HR beri awak cuti sepanjang yang awak perlu.
Terima kasih, tapi itu tak perlu, Irene.
Semasa saya di usia awak, saya pun selalu cakap begitu.
Kerja IT siang malam, tiada hujung minggu.
Impian saya untuk jadi CTO satu hari nanti.
Rupa-rupanya kerja ini jauh daripada semua yang saya impikan.
Saya terpaksa membuat beberapa keputusan yang sukar.
Ada antaranya yang membuat saya menyesal seumur hidup.
Lembaga pengarah dah panik. Mula-mula Redza, sekarang ini pula.
Saya tahu awak bekerja rapat dengan Ash.
Dia pernah beritahu apa-apa tentang kerja lamanya tak?
Tak banyak. Dia kerja di Bank Garuda...
...sebelum ini.
Apa kena mengena semua ini? -Bagaimana kalau saya kata,...
...itu tak betul?
Baru-baru ini HR dapat tahu yang sistem mereka telah digodam.
Dia palsukan semuanya. Identiti dirinya.
Pemeriksaan latar belakang. Semua dokumen peribadinya.
Ash? -Tiada rekod tentang Ash Lee...
...dalam pusat data kebangsaan. Dia tak wujud.
Kami dapat tahu dia memuat turun maklumat sensitif daripada bank.
Awak ada perasan apa-apa yang tak kena tentang dia?
Selamat pagi. -Selamat pagi.
Tak guna betul! Sudah tentu dia ada orang dalam.
Kalau tidak, bagaimana dia tahu tentang Ash?
Dia gangster besar. Entah-entah polis pun dia pegang.
Saya kena beri amaran kepada Intan. Intan kena tahu tentang hal ini.
Otak awak! Boleh tak awak fikir tentang...
...diri awak dulu? -Awak pekak ya, Kadak?
Tadi dia cakap dia nak bunuh Intan.
Hei, sekarang ini kalau saya jadi awak, saya akan fikir...
...bagaimana saya nak betulkan semula keadaan ini.
Boleh awak fikirkan hal itu? -Awak ini kenapa takut sangat...
...dengan dia, Kadak?
Awak cakap macam awak kenal sangat Ibu Zara itu.
Awak tahu tak, dulu dia itu seorang pelacur?
Hari-hari dia kena rogol dengan gangster itu.
Selepas itu dia boleh buat gangster itu jatuh cinta...
...kepadanya sampai gangster itu berikan perniagaan untuk dia.
Selepas itu awak tahu apa jadi? Dia bunuh gangster itu...
...dengan budak-budak dia sekali. Lagi awak nak cakap saya takut...
...dengan Ibu Zara? Hei! Awak itu yang patut takut...
...dengan Ibu Zara, tahu tak? -Sebab tiada sesiapa yang...
...halang dia, Kadak.
Habis awak nak cakap apa sekarang ini?
Awak nak buat apa? Awak nak buat apa, cakap sekarang?
Awak jangan cakap awak nak langgar Ibu Zara.
Habis itu, awak ada jalan lain?
Hei, awak dengar sini. Awak dah kaya sekarang ini.
Awak ada rumah, ada kereta, awak ada perempuan.
Apa lagi awak nak? -Hei, bodoh!
Kalau dia bunuh Intan, dia bunuh abah saya,...
...awak nak suruh saya buat apa di sini, bodoh?
Cakap dengan awak ini macam bercakap dengan dinding!
Awak nak pergi, awak pergi! Saya bunuh dia seorang diri.
Dia masih hidup. -Bawa dia balik.
Sejuk hati pengundi saya. Tahun ini mereka pergi umrah lagi.
Semakin banyak pahala, semakin banyak undi tahun depan.
Betul itu.
Bagaimana perniagaan awak? Saya dah beritahu...
...Ketua Kastam dan mereka kata mereka tak akan kacau...
...penghantaran awak.
Terima kasih banyak, Tan Sri.
Awak banyak tolong saya.
Apalah yang saya boleh tolong awak. Perniagaan saja.
Ada sesuatu.
Apa dia?
Kuala Serting.
Kuala Serting? Awak nak..... -Saya nak bertanding.
Awak nak jadi calon?
Ini politik, Zara.
Semua yang awak buat sekarang ini lain.
Orang kenal Yayasan Zara. Kuala Serting itu kawasan...
...pembangkang. Kalau saya masuk, mereka tiada...
...isu nak lawan dengan saya.
Zara.
Awak dengan saya dah kenal lama.
Saya kenal awak semasa awak mula-mula nak buka Yayasan Zara...
...dan masa itu saya baru saja nak berkempen,...
...tapi tengok kita sekarang. Saya sudah jadi menteri,...
...dan perniagaan awak sudah semakin maju.
Kenapa awak nak masuk bidang saya?
Sebab saya boleh menang.
Zara, setiap orang ada tempatnya.
Setiap orang ada peranan masing-masing.
Awak kena tahu di mana tempat awak.
Takkan malaikat nak bercampur dengan iblis?
Kiamat nanti jadinya.
Awak ingat tak, waktu itu awak kecil lagi.
Umur awak enam tahun. Kita duduk di rumah lain masa itu.
Pada masa itu, awak suka sangat bermain dengan garpu.
Tak tahu kenapa. Begitu banyak mainan abah beli,...
...tapi garpu itu juga yang awak suka.
Satu hari abah sedang tengok TV, tiba-tiba elektrik terputus.
Selepas itu abah dengar suara awak meraung.
Tak pernah abah dengar awak meraung kuat begitu.
Apabila abah jumpa awak, awak terus lari dan peluk abah...
...kuat-kuat. Rupa-rupanya awak baru lepas...
...kena renjatan elektrik sebab awak masukkan garpu itu...
...ke dalam soket dinding.
Sejak hari itu, setiap kali awak jatuh,...
...setiap kali awak menangis, awak akan datang peluk abah.
Awak buat abah rasa macam abah yang paling penting...
No comments yet. Be the first to leave one.