Die ersten 200 Zeilen.
DIILHAMKAN DARIPADA KISAH BENAR
Terima kasih dan selamat menonton To Tell The Truth .
Tetamu pertama kita bekerja sebagai penyamar paling luar biasa
yang kita pernah lihat dalam rancangan ini.
Anda akan faham maksud saya.
Nombor Satu, siapa nama awak?
Nama saya ialah Frank William Abagnale.
- Nombor Dua? - Nama saya ialah Frank William Abagnale.
- Nombor Tiga? - Nama saya ialah Frank William Abagnale.
Dari 1964 hingga 1967,
saya telah berjaya menyamar sebagai juruterbang syarikat Pan Am Airways
dan dapat menaiki penerbangan lebih 2,000 batu dengan percuma.
Ketika itu,
saya juga menyamar sebagai Ketua Doktor Pediatrik di Hospital Georgia
dan pembantu peguam negara bagi Negeri Louisiana.
Ketika saya ditangkap,
saya dianggap sebagai penipu paling muda dan berani dalam sejarah AS.
Saya telah menunaikan hampir empat juta dolar cek palsu
di 26 negara asing dan semua 50 negeri.
Saya lakukan semuanya sebelum hari lahir saya yang ke-19.
Nama saya ialah Frank William Abagnale.
Jadi, buat kali pertama, dia perlu bercakap benar.
Kita akan mulakan soalan bersama Kitty.
Terima kasih. Nombor Satu, awak memiliki bakat yang hebat
dan jelas sekali sangat pintar.
Mengapa awak tak teruskan kerjaya yang sah?
Semuanya kerana wang.
Sewaktu muda, saya perlukan duit
dan fikir kerjaya sebegini adalah cara termudah untuk dapat duit.
Begitu rupanya. Nombor Dua, saya rasa semua ini amat menarik.
Siapakah yang berjaya menangkap awak akhirnya?
Namanya ialah Carl Hanratty.
Hanratty. Han... Hanratty.
- Saya ialah... - Ya.
...Carl Hanratty.
Saya mewakili FBI dari Amerika Syarikat.
Saya ada arahan untuk berjumpa banduan warga Amerika, Abagnale.
MARSEILLE, PERANCIS MALAM AMBANG KRISMAS, 1969
Duduk di sini.
Jangan buka pintu itu.
Awak tak boleh beri...
apa-apa kepada dia melalui lubang ini.
Oh, Tuhan.
Awak tahu, saya pun selesema.
Frank, saya datang untuk bacakan perkara penyerahan balik
menurut Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.
"Perkara Pertama:
Penyerahan balik akan diberi mengikut kesalahan yang boleh dihukum
- Tolong saya. - bagi tempoh maksimum
- Tolong saya. - paling kurang setahun..."
Tolong saya.
Frank, hentikan.
Tolong saya.
Awak sangka dapat menipu saya?
Tinggal 16 muka surat lagi. Dengar cakap saya. "Perkara Dua:
Jika permintaan serahan balik termasuk kesalahan berasingan,
setiap satunya boleh dihukum mengikut undang-undang pihak memohon..."
Frank?
Frank.
Tak guna!
Bawa doktor ke mari! Saya perlukan doktor!
- Ya. - Doktor! Sekarang juga.
Jangan risau, Frank. Kami akan bawa awak jumpa doktor.
Frank, kalau awak dengar, jangan risau.
Saya akan bawa awak pulang pagi nanti.
Pulang pagi nanti, Frank.
- Apa yang awak buat? - Cuci kutu-kutu.
Lelaki ini perlu naik pesawat ke Amerika.
Dia perlu jumpa doktor.
Ya, doktor akan datang esok.
Saya dah bersusah payah bekerja terlalu lama untuk awak merampasnya.
Kalau dia mati, saya pastikan awak bertanggungjawab.
Oh, Frank.
Okey, Carl.
Mari pulang.
Sejarah Kelab Rotari New Rochelle bermula dari 1919.
Sepanjang waktu itu,
kita cuma melihat sebilangan kecil orang yang layak
dilantik sebagai ahli seumur hidup.
Ia merupakan satu penghormatan kepada 57 nama
yang terpapar di dinding gah.
Malam ini, kita jadikannya 58.
Jadi, dipersilakan berdiri,
ketika anugerah disampaikan kepada kawan baik saya
lelaki yang sentiasa memastikan pensel kita tajam
dan pen kita sentiasa berdakwat.
Frank William Abagnale.
Enam Tahun Sebelum Itu
New Rochelle, New York 1963
Saya berdiri dengan rendah hati di sini
dengan kehadiran Datuk Bandar Robert Wagner...
dan presiden kelab, Jack Barnes.
Lebih-lebih lagi, saya berbangga melihat isteri tersayang, Paula
dan anak lelaki saya, Frank Jr.
Ayuh.
Dia duduk di barisan depan.
Dua ekor tikus terjatuh ke dalam sebekas krim.
Tikus pertama putus asa dengan cepat lalu lemas.
Tikus kedua...
enggan mengalah.
Ia bergelut
dan akhirnya menukar krim itu menjadi mentega
dan merangkak keluar.
Tuan-tuan, pada ketika ini, sayalah tikus kedua itu.
Awak menari lebih bagus berbanding ayah awak, Frankie.
- Ayah dengar? - Seronok.
Gadis-gadis tak tahu kehebatan dia.
Tunjukkan kepadanya tarian kita semasa kita bertemu dulu.
Siapa yang ingat?
Orang di desa Perancis itu sangat gembira berjumpa orang Amerika
sehingga sediakan persembahan untuk kami.
- Jadi, mereka kerah 200 askar... - Ya, kami tahu kisah itu, ayah.
di dalam dewan kecil
dan orang pertama naik ke pentas ialah ibu awak
dan dia mula menari.
Sudah berbulan lamanya
ayah tak jumpa wanita, tapi lihatlah bidadari ini.
Si gadis berambut perang menawan.
Semua lelaki benar-benar menahan nafas mereka.
Menahan nafas untuk ibu. Dengar tak?
Ayah berpaling pada kawan dan cakap,
"Saya takkan tinggalkan Perancis tanpa dia."
- Ayah tak pergi tanpa dia. - Tidak.
Ayah tak pergi tanpa dia.
Alamak, permaidani ini.
- Ibu... - Saya tak percaya...
Tak mengapa, perkara kecil saja.
- Frankie, pergi ambil tuala. - Ya.
Cepat.
Menari dengan saya, Paula.
Setiap kali saya menari untuk awak, saya dilanda masalah.
Frank, bangun. Cepat, mari pergi.
Cepat bangun.
- Frank, bangun. - Ayah.
Awak tak perlu pergi sekolah hari ini. Tak mengapa.
- Kenapa? Salji turun? - Awak ada sut hitam?
Saya terlajak tidur lagi?
Kita ada mesyuarat penting di bandar. Makan.
Cepat.
Puan, tolong buka. Ada hal penting.
Apa? Tolonglah.
- Kami akan buka dalam 30 minit. - Buka saja pintu ini. Ini penting.
Maaf, kedai kami akan buka dalam 30 minit.
Siapa nama awak, puan?
- Darcy. - Darcy. Nama yang cantik.
Saya ada masalah. Saya perlu sut untuk anak saya.
Ini anak lelaki saya, Frank.
- Dia perlukan sut hitam. - Sut hitam?
Ada kematian dalam keluarga. Ayah saya, 85 tahun, perajurit perang.
Upacara pengebumian tenteranya pada petang ini.
Pesawat terbang di atas dan 21 tembakan senapang.
Frank perlu pinjam sehelai sut selama beberapa jam.
Maaf, kami tak sewakan sut dan kami masih belum dibuka.
Darcy, tolonglah. Mari sini semula.
Darcy, ini milik awak?
Saya terjumpa di tempat letak kereta.
Mesti tertanggal daripada leher awak.
Jangan langgar bahu jalan.
Sekarang keluar, pusing ke belakang dan buka pintu untuk ayah.
- Baiklah. Seterusnya? - Okey. Berhenti tersengih.
Semasa ayah masuk, duduk di depan semula dan tunggu.
Walaupun polis datang menyaman awak,
jangan alihkan kereta, faham?
Ayah, untuk apa semua ini?
Awak nak tahu kenapa Yankees sentiasa menang, Frank?
- Sebab mereka benci Mickey Mantle? - Bukan.
Sebab pasukan lawan asyik memerhati corak jalur itu.
Tengok. Pengurus Bank Chase Manhattan...
akan buka pintu untuk ayah awak.
Encik Abagnale,
kami tak biasa pinjamkan duit kepada orang
yang ada urusan belum selesai dengan IRS.
Itu salah faham.
Saya silap upah orang yang urus akaun saya.
Kesilapan yang boleh dibuat sesiapa saja.
Saya perlukan bantuan kamu untuk memudahkan keadaan saya.
Encik, awak sedang disiasat kerana penipuan cukai kerajaan.
Kedai saya adalah tanda tempat di New Rochelle.
Pelanggan saya dari seluruh New York.
Awak bukan pelanggan di Chase Manhattan.
Kami tak kenal awak.
Saya pasti bank di New Rochelle kenal awak dan boleh menolong.
Bank saya lingkup.
Bank macam bank ini yang buat mereka lingkup.
Saya mengaku saya silap.
Namun, mereka mendesak saya.
Mereka mahu kedai saya. Ugut untuk penjarakan saya.
Ini Amerika, betul? Saya bukannya penjenayah.
Saya penerima Pingat Kehormat.
Saya ahli seumur hidup Kelab Rotari New Rochelle.
Saya cuma minta pertolongan awak untuk tewaskan mereka.
Bukan masalah menang atau kalah, tapi risiko.
Kamu adalah bank terbesar di dunia. Di mana...
Di mana risikonya?
Ayah, kenapa ayah biar dia ambil kereta kita begitu saja?
Dia tak ambil apa-apa. Kita atasi dia. Dia lebih bayar RM2,105.
Marilah, Frank. Mari pulangkan sut ini.
DIJUAL
Rumah ini sangat bagus.
Rumahnya kecil, tapi tak memerlukan banyak kerja.
No comments yet. Be the first to leave one.