Die ersten 162 Zeilen.
Bersumpah untuk lindungi pengembara malam?
SEBELUM INI DALAM
Kita dah mati?
Hati kamu tak penuh.
Sampaikan pesan kepada Layla. Bantu kami bebaskan Khonshu.
Percayalah, misi awak takkan pernah berakhir.
Kita boleh harunginya bersama.
Itu bukan cara saya, bukan?
Awak fikir itu masuk akal atau tak?
Saya akan buat apa awak tak mampu buat.
Apabila ia selesai, dan dunia ini bersih daripada penjahat,
saya nak awak ingat satu perkara.
Seksaan awak buat saya begini.
Saya menang sebab awak.
Marc, awak boleh lakukannya.
Jika saya awak, saya pasti boleh lakukannya.
Steven!
Maaflah terpaksa jadi begini, Marc Spector,
Steven Grant,
dan sesiapa lagi yang ada di dalam.
Kadang-kadang, kita perlukan cahaya kematian sebelum nampak realiti.
Siapa yang nak pulihkan dunia?
Marc.
BERHENTI
Kenapa awak guna laluan ini?
Bawa bertenang. Bertenang.
Tak apa. Jangan tembak. Bawa bertenang.
Tunjuk dokumen awak.
Saya tak perlu tunjuk apa-apa.
Tunjukkan kepada kami roh awak.
Ini wajah seorang lelaki yang baik.
Awak tak perlukan ini lagi.
Alihkan semua mayat ini.
Cepat! Kosongkan laluan.
Jangan lakukannya.
Layla, tunggu. Saya Dewi Taweret.
Layla,
Marc yang suruh awak berhenti.
Apa maksud awak?
Dia dah mati.
Saya sedang bercakap dengan awak melalui mayat, bukan?
Dengar, Harrow terlalu kuat untuk awak halang seorang diri.
Jika Marc...
Jika dia boleh hidup semula...
Apa maksud awak "Hidup semula"?
Dia perlukan Khonshu.
Pecahkan ushabti Khonshu.
Ia ada di dalam Dewan Agung.
Awak boleh jadi Avatar saya.
Marc tak henti-henti puji awak.
Tidak. Saya akan lawan dia sendiri.
Masa untuk pergi!
Ada gangguan.
Dewa-dewa kamu juga rasa.
Apa maksudnya?
Ada orang cuba bebaskan Ammit.
Tapi, kenapa?
Harrow.
Kamu takkan percaya apa dewa-dewa sorokkan daripada manusia.
Kamu semua hakim, bukannya pahlawan.
Semua ini tak perlu berlaku.
Semua ini boleh dielakkan.
Kepada siapa patut saya balas budi yang ditaburkan?
Pengikut setiamu ini, wahai Dewi,
tak mengharapkan balasan.
Neraca awak tidak seimbang.
Saya faham.
Saya harap penebusan dosa saya dapat betulkan ketidakseimbangan itu,
tapi nampaknya itu mustahil.
Saya terima pertimbangan itu walau apa pun hasilnya.
Neraca itu tak seimbang disebabkan apa yang menanti awak.
Kita perlu hilangkan derita dunia yang saya akan cetuskan.
Saya rela berserah kepada awak.
Apa yang menanti awak ialah menjadi hamba saya.
Bolehkah saya berkhidmat selepas mati?
Kematian awak ditangguhkan.
Saya pernah bergantung kepada hamba yang Neracanya seimbang dengan sempurna.
Sebagai pertukaran, saya terikat kepada batu selama 2,000 tahun.
Saya ada pengikut di seluruh dunia
yang Neracanya betul-betul seimbang dan sedang menanti arahan awak.
Mereka orang yang layak, wahai Dewi.
Tapi awak yang membebaskan saya.
Awaklah Avatar yang saya perlukan.
Berkhidmat untuk saya, dan awak akan peroleh ketenangan.
Jangan biar derita masa silam mengawal awak.
Saya menurut perintah.
Saya tak dapat rasa kewujudan Marc Spector di dunia ini.
Nampaknya dia terkorban semasa berjuang.
Berjuang untuk awak.
Ia masih belum berakhir.
Kalau betul Marc dah mati, saya sangat perlukan Avatar.
Sudikah awak, Layla El-Fouly, melindungi pengembara malam...
Adakah awak bergurau?
Awak dah memporak-perandakan hidup Marc sebelum ini.
Buat apa saya nak ikut cakap awak?
Sebab awak takkan dapat menang kalau lawan Harrow dan Ammit seorang diri.
Biar saya cuba nasib saya.
Marc dilanda krisis sebab awak.
Kekurangan fokus buatkan dia terbunuh.
Awak perlukan rancangan, manusia. Saya tawarkan...
Saya tak peduli pasal tawaran awak.
Marc tak percayakan awak.
Saya tak percayakan awak.
Kita akan bekerjasama tanpa saya perhambakan diri saya.
Kita mesti ikat semula Ammit.
Bagaimana?
Hanya Avatar boleh melakukannya.
Saya menolak.
Mari kita sucikan roh di Kaherah, kemudian seluruh dunia.
Khonshu, masa memang kejam terhadap awak.
Benar. Saya tak boleh biar awak teruskan.
Ada orang lain di sini. Cari siapa yang bebaskan Khonshu.
Neraca awak dah seimbang.
Hati awak sudah penuh.
Perjalanan awak berakhir di sini.
Tempat ini sangat tenang.
Ketenangan yang awak inginkan, tapi tak dapat.
Awak yang zahirkannya.
Tiada bahaya. Tiada kesunyian dan derita.
Bagaimana dengan Steven?
Dia dah pergi, Marc. Duat dah tuntut dia.
Nikmatilah ketenangan awak.
Kita perlu selamatkan dia.
Bukan begitu caranya.
Kalau keluar, awak tak boleh kembali.
Lagipun, awak dah tak perlukan dia lagi.
Saya dapat ketenangan abadi, tapi dia...
sesat di padang pasir selamanya?
Saya tak setuju.
Tunggu! Fikir baik-baik!
Takdir saya dah ditentukan, sama seperti yang lain.
Saya di sini untuk membawa keseimbangan.
Awak bercakap tentang keseimbangan, tapi awak pilih dia.
Avatar awak seorang pendosa!
Awak cemburu dengan kesetiaannya.
Setia untuk apa?
Dunia yang kosong untuk pengikut awak warisi?
Jangan dengar cakap dia. Dia cuma nak awak terus diikat.
Steven.
Awak nampak agak teruk.
Awak boleh dengar tak?
Dari saat awak muncul,
waktu kita masih kecil lagi,
awak selamatkan saya.
Saya terselamat sebab saya tak keseorangan.
Awak sentiasa di sisi saya. Ceria dan penuh harapan.
Saya dah cuba lindunginya, tapi gagal. Saya tak dapat lindungi awak.
Tapi awak tak abaikan saya. Awak tak tinggalkan saya.
Walaupun padang tadi itu nampak...
Nampak agak indah.
Saya takkan abaikan awak.
Awak satu-satunya kuasa hebat...
yang saya pernah ada.
Marc.
Steven.
Awak patah balik? Apa masalah awak?
Saya ada berucap sikit tadi.
Ia bukan sedikit.
Marc, tengok. Gerbang itu terbuka!
Khonshu, untuk seorang dewa, kepercayaan awak tak kuat.
Awak takkan pernah serik.
Habislah kita. Cepat. Mari pergi!
No comments yet. Be the first to leave one.