Die ersten 200 Zeilen.
Selamat pagi.
Nak buka langsir supaya terang? Cuaca di luar sangat indah.
Hei.
Marilah ikut saya ke luar sekejap.
Di luar sangat cantik.
Mari.
Saya faham.
Sarapan ada di situ kalau awak nak makan, okey?
Mari.
Cantik, bukan?
Kita di Cartagena.
Agak dekat dengan pantai.
Awak nak tukar baju dan mandi hari ini?
Mungkin boleh bantu awak rasa normal semula.
Sayang?
Awak dah selamat. Tiada siapa akan sakiti awak selagi saya ada.
Saya takkan benarkan. Okey?
Awak macam orang asing.
Jangan cakap begitu, okey? Saya suami…
Beri saja saya sup itu.
Sup?
Hei, Amber,
awak sedang alami kesan sampingan.
Apa saja dadah yang mereka berikan…
Saya dan Bambi fikir awak patut ambil sedatif,
- untuk bantu awak. - Tidak.
- Awak dah lama tak tidur. Okey. - Jangan suntik saya!
- Jangan takut. - Jangan suntik saya.
Kami takkan cederakan awak.
Kami takkan gunakannya. Saya takkan cederakan awak. Mari sini.
Jangan takut.
- Ia boleh bantu awak bertahan. - Tak guna! Lepaskan!
Apa…
Dia macam haiwan liar.
Sebab trauma.
Ya, saya tahu. Dia terkejut sebab diseksa oleh mereka,
tapi saya suaminya, okey?
Bukankah sepatutnya saya dapat selami perasaannya?
Beri dia masa.
Dia sayangkan awak.
Saya sedih.
Kita dapat selamatkan dia, tapi dia seolah-olah tiada di sini.
Saya cuma mahu dia kembali normal.
Nampaknya ia akan ambil masa.
Betul.
Saya tak maksudkan suami saya. Saya dah tak fikir tentang dia lagi, okey?
Saya tak pernah cintakan dia. Saya tak fikir tentang dia.
Ramai orang kata, tentera ajar orang jadi pembunuh.
Saya tak fikir begitu.
- Hei… - Awak nak tahu kebenarannya?
…tengok video ini. Sangat aneh.
Saya rasa, pembunuh telah pun menjadi tentera.
Itulah suami saya. Pembunuh.
Ini bukan dia. Awak pun tahu.
Kita akan buat apa saja untuk hidup jika dalam keadaan sebegitu.
Tapi bagaimana jika dia dah tak sama macam dulu?
Saya tak kenal dia.
Mitch akan telefon untuk jelaskan proses bawa kita pulang.
Saya tak sabar nak keluar dari negara ini.
Kita betul-betul kucar-kacirkan tempat ini, bukan, sahabat?
Ya.
Selamat tengah hari.
Tentera Colombia.
Saya berbesar hati
dapat berdiri di depan kamu semua.
Orang yang paling berani.
Yang paling kuat.
Pasukan elit dalam Tentera Bersenjata kita.
Saya yakin, kamu semua bersedia
untuk buat rakyat Colombia berbangga dengan negara mereka.
Saya mahu ucapkan terima kasih
dan menyampaikan yang negara ini
Colombia perlukan kamu.
Tiada Presiden yang mahukan peperangan
dan tiada komander yang menerimanya.
Tapi kadangkala, sejarah memaksa kita
mengambil keputusan sukar secara bermaruah.
Semoga selamat pergi dan kembali.
Semoga Tuhan berkati kamu.
Tuan Presiden!
Satu minit saja.
Tuan Presiden!
Semuanya amat mengelirukan.
Malam itu sunyi.
Tiba-tiba, kami dengar bunyi tembakan.
Keadaan kucar-kacir dan kami terus lari menuju ke gunung
sebab itu saja kami boleh buat.
Mereka jadikan kami gelandangan. Di mana kami patut tinggal?
Kami tiada duit.
Dulu, kami komuniti yang aman
yang berkeluarga dan pekerjaan bagus.
Tiba-tiba mereka muncul
menyerang kami pada waktu malam!
Mereka hancurkan segalanya.
Jangan risau, cik.
Kita akan hukum semua penduduk Venezuela itu.
Kenapa nak buat begitu?
Mereka serang kita.
Colombia serang Venezuela dulu
untuk bebaskan wanita Amerika yang dikurung di sana.
Apa-apa pun, kami akan tewaskan mereka.
Colombia serang Venezuela dulu! Apa yang awak tak faham?
Selepas tentera Colombia menyerang pangkalan tentera di Venezuela,
berlaku ketegangan antara dua negara itu.
Violeta.
Hai.
Kami tak tahu awak nak datang.
Saya ingatkan, Ernesto akan beritahu awak.
Tidak.
Saya nak cakap dengan awak dan Amber sebelum kamu berangkat.
Boleh?
Tolonglah.
Mungkin lebih baik jika adik saya bercakap dengan orang selain kami berdua.
Keadaannya teruk.
Dia tak nak makan.
Kami cuba suntik sedatif. Tapi dia…
Awak boleh tolong berikan?
Ya. Saya akan cuba.
Helo, Amber.
Saya nak jumpa awak. Boleh?
Boleh.
Mujurlah awak selamat.
Keadaan saya amat teruk.
Tapi saya nampak, awak okey.
Saya masih ingat keadaan waktu malam selepas saya diculik.
Saya amat takut.
Keadaan amat teruk,
dan saya perlukan ubat untuk tidur.
Ini biasa.
Ubat.
Awak rasa, ubat boleh membantu?
Saya bunuh kawan saya.
Seseorang perlu dihukum.
Terima kasih, Amberline. Terima kasih.
Mari sini.
Tengok diri awak. Tengoklah.
- Wanita ini tak bersalah. - Saya bersalah.
Tidak.
Awak sedar tak?
Tidak.
Tiada siapa akan faham kejadian yang menimpa awak.
Mereka takkan faham.
Awak perlu terima kesunyian yang awak alami,
dan jangan harapkan orang lain faham.
Penculik sentiasa ada kuasa. Awak tak bersalah.
- Saya bersalah. - Ya. Awak tak bersalah, sahabat.
Kalau pemandu mabuk langgar awak dan awak terjatuh, awak cedera.
Kemudian dia beredar, polis kejar dia dan bunuh dia dalam kejadian itu,
itu bukan salah awak.
Tapi mereka tak bunuh pemandu itu, tapi bunuh semua orang.
Pembunuhan beramai-ramai!
Ramai orang mati. Saya tak faham.
Begitu.
Ambil ubat awak.
Dia perlu berehat.
- Dia dah ambil ubat? - Belum lagi,
tapi dia ada katakan sesuatu yang sangat menarik.
Sekejap. Saya nak Prince dengar. Dia ada di sana.
Dia sebut tentang ramai orang terbunuh…
dan katanya itu pembunuhan beramai-ramai.
Beritahu dia apa awak katakan tadi.
Dia kata, ia pembunuhan beramai-ramai.
- Pembunuhan beramai-ramai? - Ya,
dan saya agak terperanjat,
kerana Tentera Colombia buat begitu secara terang-terangan.
- Ya. - Malah,
sumber saya daripada tentera beritahu, tentera tak terlibat langsung.
Kejap. Itu tujuan awak datang? Nak soal kami tentang misi sulit?
Saya risau akan dia. Jadi, apa jawapannya?
Maafkan saya. Betul kata dia.
Kami tak boleh ceritakan tentang hal sulit.
Ya, betul. Tak boleh.
Jika cerita, ia melanggar undang-undang.
- "Hal sulit?" - Ya.
- Sulit. Faham? - Awak dah tengok berita?
- Kebelakangan ini, tidak. - Kejadian ini membawa kepada perang kecil
dan ada beberapa kumpulan antara kedua-dua negara
yang mahu cetuskan perang lebih besar.
Awak faham tak?
Mereka tak peduli bagaimana permulaannya.
Mereka tak peduli jika kamu yang mulakan
dengan menyamar sebagai Tentera Colombia.
- Awak nafikan? - Ya.
- Ya. - Hei, sayang.
Awak okey?
Hei.
Saya akan ambil ubat tidur itu.
Okey.
- Marilah duduk… - Boleh berikan kepada saya?
Saya boleh buat sendiri.
Okey.
Jangan risau, sayang. Kita akan pulang tak lama lagi.
Saya tak nak pulang.
Ini permintaan terakhir saya, dan ia bukan untuk kamu, tapi untuk Amber.
Kamu perlu tinggalkan negara saya segera.
Ketegangan memuncak.
Serbuan Colombia ke atas Venezuela
segera dibalas dengan serangan ke atas pangkalan Colombia oleh tentera Venezuela.
Empat peluru berpandu dilancarkan.
Konflik takkan berakhir dalam masa terdekat.
No comments yet. Be the first to leave one.