Die ersten 100 Zeilen.
Terkubur
Saya suka medan besi buruk yang bagus.
Kita boleh jumpa pemampat lebih di sini.
Selain benda lain.
Betul cakap awak.
Ya!
Saya dah jumpa pemampat. Awak jumpa barang baik?
Tengoklah.
Ya.
Tiba-tiba, saya rasa sesungutnya membelit kaki saya
dan menarik saya ke dalam laut.
Saya terpaksa melawan Octomorph itu.
Dengan tangan kosong.
Kisah ini berubah setiap kali dia ceritakannya.
Selepas tewaskan makhluk itu, saya berenang ke gua batu karang.
Kamu tahu apa yang saya jumpa?
Apa yang awak jumpa?
- Apa? Apa yang ada di sana? - Cakaplah!
Mutiara Besar Novak.
Mereka berdua mudah percaya.
Misi selesai! Satu pemampat, seperti yang diminta.
Syabas, Wrecker.
Bukan itu saja yang kami jumpa.
Barang-barang ini patut ditinggalkan di medan besi buruk.
Nanti. Biar pakar yang tengok dulu.
Ini pengatur pancarongga yang rosak.
Terima kasih, saya tahu.
Nanti dulu.
Ini macam penanda koordinat.
Penanda koordinat?
Mel, cuba tengok.
Betul tekaan saya. Ini sebuah kompas.
Lama sebelum zaman kita.
Ini koordinat dalam sistem Kaldar Trinary.
Saya tiada rekod sistem itu.
Biasanya, harta karun terbaik tak ditandakan dalam peta.
Ada harta karun di sana?
Tak syak lagi.
Kompas ini jarang ditemui. Awak pandai mencari benda bernilai.
Ayuh ke sana. Kamu dah dengar apa Phee cakap.
Dia suka merepek.
Saya boleh pergi seorang dan semua harta karun itu jadi milik saya.
Atau kita pergi bersama-sama dan bahagikan dengan sama rata.
Tolonglah, Hunter. Macam mana kalau betul ada harta karun di sana?
Ya. Kita tiada misi.
Mungkin seronok.
Kita ditimpa masalah semasa mencari harta karun dulu.
Kamu tak bekerja dengan profesional ketika itu.
Macam mana?
Berapa banyak planet tak dicartakan yang awak pernah pergi?
Tak terkira.
Sebab itu saya perlukan Mel untuk simpan rekod semua legenda
yang saya cari bertahun-tahun ini.
Itulah kehidupan pencari harta karun.
Maksud awak, "lanun"?
Saya lebih suka "Pembebas Keajaiban Purba".
Awak nak dengar tentang semasa saya jumpa Pedang Zakata Par?
Ya, saya nak!
Kisah ini mengujakan, bersedialah.
Saya tak nampak tanda-tanda peradaban.
Masuk akal,
memandangkan tempat ini dah dimusnahkan dan tak dapat didiami lagi.
Siapa nak simpan harta karun di sini?
Itu bunyi apa?
Kompas tiba-tiba aktif.
Ia suruh kita pergi ke selatan.
Ayuh!
Begitulah yang saya nak.
Tunggu, budak!
Ini jalan mati.
Mungkin kita patut lalu di tepi gunung ini?
Atau ia suruh kita masuk ke dalam gunung ini.
Wrecker, tolong saya alihkan batu.
Tengok! Ada pintu masuk rahsia.
Ini pintu masuk rahsia.
Hunter, lukisan ini berusia seribu tahun.
Usianya jauh lebih tua daripada itu.
Kalau saya betul dan saya memang sentiasa betul,
kita sedang berdiri di laluan masuk ke Skara Nal.
Apa?
Semua lanun di luar sana pernah dengar tentang legenda Skara Nal.
Ia dah wujud semasa zaman spesies purba.
Maksud awak, Jedi?
Bukan. Lebih tua.
Apa harta karun yang ada di dalam?
Jantung Gunung.
Kita akan bebaskannya.
Macam mana nak masuk?
Itu satu corak.
Kita perlu susun simbol mengikut urutan yang betul.
Tolonglah saya.
Macam ada masalah.
Jerangkap samar. Barulah menarik.
Awak buatkan kita terperangkap di sini.
Bertenang. Sentiasa ada jalan keluar.
Kita cuma perlu cari. Inilah teka-tekinya.
Tunggu. Kita susun simbol yang salah!
Apa yang awak nampak?
Ada sesetengah simbol yang bercahaya.
Nah. Letak kompas itu di atas lampu saya.
No comments yet. Be the first to leave one.