Die ersten 200 Zeilen.
Bomba, boleh kami bantu?
Ya, berlaku kebakaran di sebuah lorong
di 100 meter arah timur Bleekhofstraat.
Kami hantar bantuan.
Siapa nama anda?
Barry, awak dengar?
- Khinzir dalam kandang? - Kucing dalam sangkar.
- "Hebat" dalam bahasa Belanda. - Tahu.
Ujian kecekapan saya pada tahap enam.
Apa gunanya? Hari ini hari terakhir.
Belok kanan.
Lebih laju, 11 kilometer.
Lorong di sebelah kiri.
Dua puluh saat. Lebih laju.
Lima belas saat.
Sepuluh saat.
Lima saat.
Pergi!
Sama ada awak naik trak atau awak lelaki 65 tahun paling laju.
Pasukan bomba bantu kita masuk Daerah Berlian Antwerp.
Kawasan yang amat dilindungi di dunia.
Menghampiri sasaran
dalam tiga, dua,
satu.
Macam bau punggung keldai.
Sangat pelik. Saya minta mereka beri awak pembetung yang wangi.
Jadi, pukul berapa pada hari Jumaat?
Enam.
- Ada kek aiskrim? - Sudah tentu.
Dengan coklat rapuh?
Sudah tentu. Awak sangka saya bodoh sangat?
Saya hanya tanya. Tiada coklat rapuh dalam kek Romi.
Berhenti.
Di atas awak.
Ban dalam ketuhar?
Raja dalam istana.
Sedia.
Menjana kuasa.
Ia akan meletup, kawan.
Pedang Petanda, tunaikan permintaan saya.
- Apa? - Ungkapan dalam ThunderCats.
Ya Tuhan, umur awak dah 38 tahun…
Lebah dalam bonet?
Krim dalam kopi.
Hadiah.
Sangat bagus.
Bahasa Jerman saya tidak bagus.
- Boleh cakap bahasa Inggeris? - Boleh.
47.2988,
27.7499.
KOORDINAT OPERASI
Budak kita dah di luar jejak.
Memulakan imbasan termostat.
Saya nampak.
IMBASAN PANGKALAN DATA
Sasaran sah.
Sasaran Tentera Udara.
Kita akan panggang orang dalam lima,
empat,
tiga, dua, satu.
Misil menang, perdagangan manusia kalah.
Bos saya berada di situ?
Dia di merata tempat.
Urusan kita.
Celaka.
Kenapa berlian berlekuk?
Ia berlian yang belum dicanai.
- Ada lapisan filem. - Ya, tapi…
Macam bau tar.
Ia sisa plastik
daripada letupan.
- Awak salah. - Awak tiada kedai berlian.
Awak curi berlian ini.
Kenapa awak berpura-pura?
Siapa awak?
Periksa dia.
Ada sesuatu dalam jaket dia.
Apa itu?
Ia sianida. Jika saya tertangkap.
CIA?
Periksa di luar.
Ada orang di luar?
Senyap. Tiada apa pun.
Awak sendirian. Apa rancangannya?
Minta koordinat,
bunuh semua orang dan balik.
Kenapa awak beritahu mereka?
Sekarang kami kepung awak?
Mungkin makan pil,
dan terus mampus.
Tentu seronok.
Minum.
Tiada apa pun berlaku.
Sekejap, saya rasa
mungkin saya ambil penawar.
- Jagung tongkol. - Gula-gula tongkat.
Sekarang balik. Kita perlu urus kek aiskrim.
Jadi, kerja saya dah selesai.
Hanya itu dan itu saja.
Betul itu, Pegawai Brunner.
Awak arah saya untuk hapuskan semua dan segala bentuk pengenalan,
dan pulang ke Amerika Syarikat sebagai Luke Brunner.
KEDAI ALAT SENAMAN MERRY BERSENAM TIADA CUTI!
Ya, agensi adakan pesta untuk awak.
Setelah berbulan memproses kertas kerja dan memadam identiti,
awak akan bersara secara rasmi.
CIA akan rindu awak.
Saya pun akan rindu awak.
- Hai, ayah. - Hai, sayang.
Di mana cucu ayah?
- Dengan Pak Cik Barry. - Bagus.
Hai, ayah. Bagus, saya mahu bincang. Baca cadangan saya?
- Tentang Maisles? - "MyAisles." Gabungan " my " dan " aisles ".
Di pasar raya, kota,
aplikasi MyAisles tunjuk lorong yang kita cari.
Bukankah dah ada papan tanda?
Ayuh. Saya mahu bantu keluarga saya.
Ayah pun sama.
Ada pembentangan di apartmen saya.
Ayah tidak mahu melabur. Hanya itu dan itu saja.
Saya tetap akan tunjuk.
Terkejut saya.
Awak muncul dalam diam.
Maaf, saya…
Saya mencari tempat untuk letak hadiah Emma.
- Letak di atas kaunter. - Baik.
Maaf saya lambat.
Saya perlu pinjam pembalut hadiah daripada jiran yang banyak mulut itu.
Jangan risau.
- Wah, nampak sedap. - Ya.
- Boleh saya bantu? - Ya.
- Letak atas bruschetta. - Baik.
Bagaimana lawatan awak?
Sangat runsing.
Tiada siapa mahu angkat berat lagi.
Semua orang mahu berbasikal dengan kawan maya.
Saya tidak sabar mahu jual separuh perniagaan kepada Barry dan rehat.
Apa?
Saya serius.
Kali ini saya memang serius.
Baik, saya percaya.
Bila Emma sampai?
Sekejap lagi, dia ambil Carter.
Kereta Carter rosak lagi.
Lelaki sebenar baiki kereta sendiri.
Luke, kawal kemarahan awak. Ini amaran saya.
Saya akan cuba, demi awak, bukan dia.
Turunkan dia, Bartholomew. Jaga-jaga.
Romi.
Saya mahu atuk.
Battle Cat akan tunaikan permintaan kamu, Romance.
Dia suka nama "Romi". Betul?
- Atuk rindu kamu. - Sama.
Atuk bawa hadiah untuk kamu, baik?
Baik.
- Ini dia. - Wah.
Sorok dalam kotak kamu.
Pada usia 18 tahun, atuk akan beri hadiah cantik.
- Sayang kamu. - Sayang atuk.
Itu berlian hulubalang Congo. Itu bahan bukti.
Hanya satu.
- Maaf lambat. - Dah sampai pun.
- Apa ini? - Emma.
- Ayah. - Sayang!
Saya rindu ayah.
Ayah pun rindu kamu.
- Kamu akan pergi. - Ya, tapi atas sebab yang lebih baik.
Saya melobi badan pemerintah La Guajira,
dan mereka terima program kami.
Air bersih untuk orang di Colombia.
Wah, mengagumkan. Tahniah.
Mereka perlu gelar dia akueduk.
Sebab dia hantar air.
- Bersedia untuk terpegun? - Baik.
- Tunggu. - Baik.
Baik? Baiklah.
- Maaf. - Ia kelakar.
- Saya ketawa. - Terima kasih.
Kejutan.
Wah.
- Kamu baik? - Ya.
- Bahu kamu baik? - Ya.
Ya, tidak mengapa. Ia tergeliat semasa saya main kasut roda.
Saya masih boleh buka hadiah.
Pengadun dengan dirian dari pertandingan Sunday Funday.
- Ia memori indah kamu. - Ayah, saya sangat suka.
Ayah sayang kamu.
Kamu sentiasa cemerlang, pemain violin utama,
tidak merokok, minum arak, memaki.
Sekarang kamu beri air kepada berjuta orang.
Satu lagi sebab untuk bangga dengan kamu.
Tapi sejujurnya,
ayah agak risau tentang La Guajira.
- Ia kawasan bergolak. - Macam mana ayah tahu?
Kamu kata kamu akan ke sana, ayah Google.
Mereka akan bekerja di tempat yang sangat selamat, En. Brunner,
dan menurut statistik, lelaki Amerika yang lebih suka menculik orang.
Bagus. Kamu boleh ikut dia.
Luke…
Saya mahu, tapi saya perlu bekerja di sini.
No comments yet. Be the first to leave one.