Die ersten 200 Zeilen.
Hai, Zila? Sempat lagi main TikTok?
Zaman Zila main TikTok dah habis, ayah.
Sekarang Zila sedang tengok aplikasi baharu ini,...
...aplikasi promosi dalam talian.
Botak Live Shop. Sekarang mereka sedang buat promosi.
Mereka buat tawaran untuk periuk. Periuk ini bagus, tahu?
Apabila masak, ia tak mudah melekat,...
...tak banyak guna minyak dan juga senang untuk dicuci.
Baguslah, nanti boleh masak untuk suami.
Untuk ayah juga.
Ibu masakkan untuk ayah.
Ibu pernah masak untuk ayah?
Kenapa dengan awak?
Anak kita nak kahwin tapi awak tengok drama Korea.
Dia yang nak kahwin, tiada kaitan dengan saya.
Eh, anak kita, Zila itu, kita nak serahkan kepada orang lain.
Awak tak rasa sedih?
Saya tak sedih. Saya marah, menyampah dan meluat.
Beristighfar dan bersabarlah.
Abang yang nak kahwinkan anak kita, kan?
Saya tak nak masuk campur.
Sudah, jangan sibuk. Jangan kacau saya tengok drama Korea saya.
Tengok drama Korea tapi perangai macam dalam drama Melayu.
Rombongan pengantin lelaki dah sampai!
Selamat datang ke rumah pengantin perempuan. Hei!
Kenapa lambat? -Kamu kenapa?
Datuk Hamdan, sila masuk.
Ya.
Saya nak maklumkan kepada Tuan Azlee.
Kenapa? -Sebenarnya,...
...kami beramai-ramai telah kena.....
Amen di mana? Pengantin lelaki? -Ada, di situ.
Baguslah. Jadi, jemputlah masuk.
Ya.
Bawa anak perempuan ini masuk sekali.
Ini bukan anak saya tapi isteri saya.
Macam pernah saya lihat, tapi di mana?
Hei, awak siapa? -Saya Bala,...
...jurugambar orang kahwin. -Gambar hidup atau gambar mati?
Tak nampak? -Kenapa lambat?
Eh, sudah. Jemput masuk.
Silakan. Sila, Datuk.
Ini Datuk Hamdan. Bakal besan saya. Ini semua saudara-mara saya.
Saya tak boleh jemput ramai orang.
Maklumlah, norma baharu.
Eh, kenapa pengantin lelaki berdiri di sini?
Sekejap lagi dah nak nikah. Duduk di sini, nanti kadi sampai.
Sekejap. -Tuan Azlee.
Eh, tak payah bertuan-tuan. Panggil Azlee saja.
Azlee.
Begini ceritanya.
Azlee, sebenarnya saya..... -Saya dah tahu.
Sebenarnya semua dah lapar, kan? Tak apa-apa.
Selepas ijab kabul sekejap lagi, kita sarapan bersama.
Makan sampai kenyang, ya?
Tak, bukan itu.
Maksud saya..... -Hei, di mana dulang?
Dulang apa? -Dulang hantaran.
Ada. Salbainun! Bawa dulang-dulang itu keluar.
Eh, itu dulang kita! Di mana dulang mereka?
Dulang?
Azlee, sabar.
Itu yang saya cuba nak sampaikan dan jelaskan dari tadi.
Semasa rombongan kami nak datang ke mari,...
...dalam perjalanan, dulang hantaran kami disamun.
Baguslah. Samun? -Samun?
Terima kasih.
Dah laporkan kepada polis atau belum?
Belum. -Saya tanya ayah pengantin.
Kenapa awak yang jawab? Siapa awak?
Saya Wahid, ayah saudara pengantin.
Boleh tak kamu bertenang sikit?
Rombongan pengantin lelaki ini baru saja ditimpa musibah.
Kita kena bersimpati. -Belum ada dalam sejarah...
...orang samun dulang hantaran. Gila?
Hantaran RM50,000. Logiklah kalau orang nak samun.
Hei, budak. Kamu diam. Kamu cuma jurugambar saja, tahu?
Untuk orang kahwin. -Minta maaf, encik.
Encik ini siapa? Lebih sudu daripada kuah, nampak?
Saya Prono, pegawai Tuan Azlee...
...menjaga semua tendernya. Saya ada seribu lebih pekerja...
...termasuk jaga di luar itu. Saya juga yang uruskan.
Saya tanya cuma sedikit, tapi kenapa jawab macam...
...orang politik yang berceramah? -Assalamualaikum.
Waalaikumussalam.
Saya Saiful, dari syarikat Logha Insurance.
Boleh saya jumpa dengan tuan rumah?
Encik, kami dalam krisis.
Ini bukan masanya untuk jual insurans.
Datuk Hamdan. -Ya.
Agak-agak berapa ramai yang samun? -Ramai.
Lebih daripada 15 orang. -Enam belas orang.
Lapan pembonceng, lapan penunggang.
Naik motosikal? -Motosikal Harley Davidson.
Semuanya keluaran kilang. Mahal-mahal.
Cuma ada sebuah saja jenis Sportster...
...tapi telah diubah suai...
...dan ia lebih mahal daripada keluaran kilang itu.
Macam mana awak tahu? -Saya peminat Harley Davidson.
Jangan-jangan semua ini awak yang rancang?
Kenapa saya pula? -Apa ini?
Minta maaf, ya? Sekarang semua sedang bincang tentang apa?
Masalah keluarga merekalah. Tak payah masuk campur.
Yang penting, pengantin lelaki dan pengantin perempuan ada.
Ya. -Lagi satu, dalam rukun nikah,...
...perkara yang wajib adalah mesti ada saksi, wali,...
...kadi, lelaki, perempuan dan ijab kabul.
Tak dinyatakan pula jika tiada dulang hantaran,...
...tak boleh nikah. -Betul.
Eh, kamu duduk. Duduk.
Jangan sesiapa berani untuk teruskan majlis ini.
Syanie, kenapa awak turun?
Pergilah sambung tengok cerita Korea.
Abang, saya rasa semua ini bukan kes kena samun, tahu?
Ini semua rancangan mereka. -Betul, dialah yang rancang!
Datuk Hamdan nak kahwinkan Amen, anaknya.
Rancangan apa pula? -Memanglah dia nak kahwinkan...
...Amen dengan anak kita, Zila.
Sebab apa? Dia nak kawal Zila.
Si Amen ini jika dah berkahwin,...
...Zila itu jadi isteri dia. Memang hak dialah.
Abang, Zila itu pewaris harta dan perniagaan kita.
Mereka dah programkan Amen untuk rampas harta kita, tahu?
Dah macam drama pukul tujuh malamlah.
Kita dah salah cerita?
Puan Syanie, awak jangan tuduh saya yang bukan-bukan.
Ini anak lelaki saya.
Saya tak pernah ajar dia perkara yang tak baik.
Saya sendiri seorang ahli perniagaan.
Segala harta saya akan saya serahkan kepada anak saya.
Pewaris harta atau pewaris hutang?
Datuk Hamdan, awak sedang diteropong oleh...
...Jabatan Insolvensi Negara, kan?
Sebab tak menjelaskan hutang bank. -Eh, semua itu tak betul.
Fitnah! -Awak kata fitnah?
Ya. -En. Saiful, ada bawa dokumen...
...yang saya minta? -Ada, puan.
Eh, ini siapa?
Adjuster insurans. -Apa? Sejahtera?
Bukan, penyiasat insurans. Saya upah dia...
...untuk siasat latar belakang Datuk Hamdan.
Tengok semua ini?
Ini salinan dokumen daripada pihak bank dan pihak guaman...
...yang mengesahkan bahawa En. Hamdan ini sedang menunggu...
...perintah daripada mahkamah untuk isytiharkan muflis.
Nampak? Tengoklah.
Tak perlu. -Kenapa pula tak perlu?
Abang kena tengok. Nanti abang kata saya buat fitnah pula.
Abang dah tahu. -Abang dah tahu?
Abang dah tahu dan tetap nak kahwinkan mereka ini?
Datuk Hamdan ini cuma muflis.
Bukan penjenayah.
Takkanlah semua orang muflis di Malaysia tak boleh...
...kahwinkan anak mereka? -Itu orang, bukan kita.
Kita jenis orang yang ambil hutang dan bayar hutang.
Sekarang, saya tak berhutang pun.
Saya cuma menjadi penjamin bagi orang yang berhutang.
Ada bezanya. -Ingat saya peduli?
Abang, mereka ini akan rosakkan masa depan Zila.
Abang Amen takkan buat macam itu pada Zila.
Kamu jangan buat ibu malu. Kamu masuk ke dalam balik.
Betul, mak cik. Saya sayang Zila.
Takkanlah saya sanggup khianati cinta kami berdua?
Oh, Abang Amen. -Kamu jangan macam-macamlah, Zila.
Jangan cakap banyaklah. -Ibu, Zila tak peduli.
Zila nak juga kahwin dengan Abang Amen.
Tak boleh! Ibu haramkan kamu kahwin dengan keturunan mereka!
Tak boleh! Jangan mengada-ada! Saya cakap tak boleh, tak bolehlah!
Tak payahlah, abang. Buat malulah, abang.
Hal ini boleh dibincangkan.
Kenapa kecoh-kecoh?
Kerja awak dah selesai. Pergi!
Kenapa awak masih di sini? Menyusahkan orang.
Apa tunggu lagi? Balik!
Minta maaf, saya nak mencelah sikit.
Saya sebagai penyiasat,...
...walaupun hanya sekadar penyiasat syarikat insurans,...
...saya percaya yang En. Hamdan.....
Datuk Hamdan. -Maafkan saya.
Datuk Hamdan ialah mangsa kes samun.
Bukan dia mangsa?
Jelas sekali Datuk Hamdan berada dalam keadaan yang amat takut.
Macam mana awak tahu? Awak tiada semasa kami kena rompak.
Ya, memang saya tiada di situ.
Saya ada...
...deria bau yang kuat.
Wah!
Awak boleh bau ketakutan?
Tinggilah ilmu dia ini!
Taklah begitu tinggi. Cuma jika kita fokus betul-betul,...
...kita akan terbau sesuatu yang asing.
Biasanya bau itu kita akan terhidu...
...apabila kita dalam keadaan yang sedang.....
Cirit!
Ini jelas membuktikan bahawa Datuk Hamdan...
...berada dalam keadaan takut yang maksima...
...sehingga..... -Tak apa-apalah.
Saya mengaku. Tak banyak pun, sikit saja.
Ini membuktikan ayah saya tak bersalah...
...dan bukan dia yang rancang. Jika dia yang rancang,...
No comments yet. Be the first to leave one.