Die ersten 200 Zeilen.
SEBELUM INI DALAM ANDOR
Semalam Penguat Kuasa Pre-Mor mengedarkan buletin
tentang seseorang yang macam Cassian.
Buletin itu tak sebut nama dia.
Katanya mereka mencari seseorang dari Kenari.
Anggap Andor itu seseorang yang bersenjata dan berbahaya.
Rupa dia mungkin tak nampak menakutkan,
tapi dua orang kita mati kerana memandang rendah padanya.
-Siapa awak? -Saya tahu semua tentang awak.
Saya mahu kotak itu.
Saya akan pergi dengannya jika itu saja saya dapat.
Awak bunuh dua askar Korporat di Morlana-Satu.
Saya tahu mereka buru awak.
Sayang sekali kalau mereka tangkap awak.
Awak berbakat.
Kami ada waran untuk Cassian Andor.
Jaga-jaga.
-Mari pergi! -Itu dia!
Ada berapa ramai?
Dua belas. Empat belas. Sumpah.
Saya nak awak ikut saya.
Kenapa saya perlu ikut awak?
Awak tak nak lawan mereka betul-betul?
Ada kit kecemasan.
Biru. Biru terang.
Rak belakang awak.
Pegang sesuatu.
-Ada yang kejar kita? -Pergi ke Aldhani.
Menghitung ke Aldhani.
-Mereka kejar kita? -Ikut cakap saya.
Selesai menghitung.
Apa sumber kuasa kapal ini?
Saya pernah naik Kapal Angkasa Fondor.
Saya menerbangkannya.
Saya tak pernah lihat itu.
Hari ini memang penuh dengan kejutan.
Darah awak menitik ke lantai.
Rawat tangan itu.
Apa itu Aldhani?
Terpulang.
Saya tak setuju apa pun, saya cuma nak selamatkan diri.
Ya, dan nampaknya awak dah selamat.
-Apa itu? -Med Nog.
Ambil seteguk.
Mungkin awak ada rancangan lain yang saya tak tahu.
Awak sekarang cuma ada dua pilihan.
Sama ada saya turunkan awak dan awak kena lari,
atau awak ikut saya dan tolong saya buat benda penting.
Awak juga boleh cuba bunuh saya dan rampas kapal ini.
Terangkan maksud penting.
Mengambil sesuatu yang sangat bernilai daripada Empayar.
Saya tak perlu awak untuk mencuri.
Melihatkan keadaan awak sekarang.
Saya pilih untuk di lepaskan.
Selepas itu? Teruskan seperti biasa?
Mereka akan tetap gantung awak
untuk gegelung plasma atau 20 juta kredit.
Saya akan berikan semua yang awak nak.
Apa "semua yang saya nak" tu?
Sebab awak kenal sangat saya kan.
Untuk kacau-bilaukan Empayar,
sambil dapat ganjaran.
Saya tertanya awak siapa.
Siapa saya?
Perikatan, Sep, Gerila, Barisan Partisan.
-Salah satu. -Bukankah semua itu sama?
Bagi saya begitu.
Jadi kita setuju.
Tidak.
Saya rasa semuanya tak berguna.
Jadi lebih baik ludah makanan dan curi barang mereka.
Lebih baik hidup.
Lebih baik makan, tidur dan buat apa saya suka.
Awak tak kenal saya.
Saya berjuang di Mimban ketika berumur 16 tahun.
Selama dua tahun.
Keluar saja penjara, saya ke sana.
Saya antara 50 orang yang selamat.
Awak rasa kami berlawan dengan siapa?
Sesama sendiri.
Jadi tolonglah...
Awak berada di Mimban selama enam bulan.
Awak jadi tukang masak.
Awak hidup sebab awak lari.
Satu perkara saja yang betul.
Empayar melagakan awak semua,
yang sepatutnya buat awak benci mereka,
dan memang pun.
Saya memang kenal awak.
Saya tahu luarannya. Saya tahu apa orang cakap apabila ditanya.
Selebihnya, saya bayangkan.
Saya bayang kebencian awak.
Saya bayangkan apa pun awak beritahu saya atau diri sendiri,
awak tetap akan mati melawan mereka.
Jadi ini soalan saya.
Bukankah lebih baik menggadai nyawa demi kebaikan semua
berbanding buat kerja remeh tanpa dapat apa-apa?
Saya tak ambil risiko untuk unit Starpath itu.
Saya datang untuk awak.
Apa tawarannya?
Lima hari.
Taruhan besar, dan bahaya.
Ada pasukan, rancangan bagus.
Jika awak berjaya dan hidup, saya bagi dua ratus ribu.
Kita akan curi apa?
Kita akan curi gaji pekerja suku tahunan seluruh sektor Imperial.
CORUSCANT IBU NEGARA GALAKSI
BIRO SEKURITI IMPERIAL
Memandangkan anggaran penahanan suku depan
dijangka akan meningkat di seluruh sektor Ryloth,
sebarang masalah dengan pihak berkuasa tempatan
akan tingkatkan lagi bajet operasi rahsia kita.
Bagaimana awak nak dapat peruntukan baru, Penyelia Grandi?
Tingkatkan pengawasan, tuan.
Untuk cari apa?
Aktiviti anti-Imperial macam selalu.
Adakah awak sengaja tak nak jelaskan?
Tidak, tuan.
Saya mahu awak jelaskan semuanya hari ini.
Lagret, apakah item yang dijumpai dari Arvala-Enam?
Perkembangan positif, tuan.
Dimensi konflik sudah berkurang dengan banyak,
membolehkan kerja perlombongan disambung.
-Isu penempatan pelarian? -Masih berjalan.
Seperti laporan cadangan awak yang tak lengkap berkenaan masalah itu.
Kakitangan saya sedang tunggu penilaian pengarah kementerian Arvala-Enam.
Sebab mereka jalankan tugas mereka dengan baik setakat ini?
-Apa kerja kita di sini? -Tuan?
Apa tujuan kita, Lagret?
Tentang Arvala-Enam?
Saya tanya kamu semua.
Apa kita buat di bangunan ini? Kenapa kita di sini? Cuba jawab.
Kita tingkatkan keselamatan dengan mengumpul maklumat,
bekalkan analisis berguna dan bertindak ketika perlu, tuan.
Sangat bagus, Dedra.
Awak ambil bulat-bulat penyataan misi BSI, dan salah.
Keselamatan itu satu ilusi.
Nak selamat? Panggil Tentera Laut.
Lancarkan rejimen askar.
Kita menjaga kesihatan rakyat.
Kita merawat penyakit.
Kita mengenal pasti gejala.
Kita cari kuman, sama ada ia muncul dari dalam atau ia datang dari luar.
Semakin lama kita ambil masa, semakin susah kita nak rawat penyakit.
-Awak faham maksud saya? -Ya, tuan.
Awak tak perlu siapkan laporan itu.
Ia bukan tugas awak lagi.
Blevin, Sektor Morlana. Jelaskan kejadian di Ferrix ini.
Sekuriti Korporat, tuan. Mereka masih berkuasa di sana.
Mereka cuba tangkap suspek dan berdepan dengan masalah.
Masalah macam mana?
Ramai mati. Kerosakan harta benda.
Gangguan perkhidmatan.
Unit Starpath Imperial yang dicuri dijumpai di tempat kejadian.
-Atas nama siapa? -Belum tahu, tuan.
-Saya akan ke sana selepas ini. -Jumpa saya sebelum awak pergi.
-Jung. -Tuan?
Jelaskan tentang permintaan perlindungan tambahan untuk laluan ke Sektor Abrion.
Ia langkah yang proaktif, tuan.
Ada peningkatan dalam penghantaran bahan pembinaan ke Scarif, tuan.
Fikirkan satu nama.
Nama samaran awak.
Clem.
Untuk lima hari ini, nama awak Clem.
Itu siapa?
Awak akan bekerja untuk dia.
Saya ingatkan awak ketua.
Saya tak cakap begitu.
Dia pasti akan bencikan idea saya.
Dia akan bantah cakap saya.
Awak patut duduk di dalam sehingga saya selesaikan masalah ini.
Ambil ini.
Apa ini?
Ini bayaran pendahuluan.
Ini Mohor Kuati.
Kristal kyber Biru. Batu langit.
Dunia purba.
Ia meraikan pemberontakan terhadap penceroboh Rakata.
Jangan terima kurang dari 50 ribu untuk ini.
Bagi saya, ini sangat bernilai.
Pulangkannya apabila semua ini dah selesai.
Jika saya hidup.
Pulangkannya.
-Untuk 200 ribu kredit. -Itu perjanjian kita.
Helo, Vel.
Hampir tak dapat mesej awak.
Awak sempat sampai juga.
Mereka dah mula meronda Lembah Batu.
Ambil masa sehari untuk keluar.
Baguslah begitu. Berjaga-jaga.
Saya suka disiplin awak.
Nampaknya ada yang tak kena.
Tak. Sebenarnya, semua semakin membuahkan hasil.
Ada sesuatu yang boleh saya bantu?
Dia boleh mengemudi, menembak dan menipu. Boleh cakap bahasa Alarin, Myo dan Nari.
Dia berani dan tak takut untuk membunuh.
-Saya tak sangka awak buat begini. -Dia boleh mengemudi.
Kita akan pergi dalam tiga hari!
Dia akan tingkatkan peluang kejayaan awak.
Sekarang? Seperti ini?
No comments yet. Be the first to leave one.