The World to Come

The World to Come

Download Malay Untertitel

Release Info

The World to Come 2020 720p BluRay x264 DTS-FGT
Ein Kommentar von ShasyaLala
Amazon Retail.

Tags

other
Veröffentlicht am: 2022-09-04
Downloads: 30
Hörgeschädigt: No

Malay Untertitel-Vorschau

Die ersten 200 Zeilen.

Selasa, 1 Januari, 1856.

Indah dan sangat sejuk.

Pagi ini, kali pertama bilik tidur kami berais.

Air membeku di atas kentang sebaik dibasuh.

Dengan sedikit maruah dan harapan yang tipis, kami mulakan tahun baru.

Di halaman selepas matahari terbit,

saya boleh mendengar kicauan kecil burung pipit di pokok renek

yang kini ditenggelami salji.

Dyer mengekalkan kesihatan yang baik dan ketenangannya,

sentiasa ada peluang yang baik untuk petani yang mahu bekerja.

Dia berasa dia tak boleh mengenepikan bebannya.

Dan saya yakin, dengan keadaan mentalnya yang buruk,

ia mempengaruhi seluruh dirinya.

Dia beritahu saya pagi ini, kepuasan hati seperti kawan yang dia takkan jumpa.

- Kamu lewat memerah susu. - Dia tak menderita.

Dan kamu?

Semenjak kami mengambil alih ladang ini,

suami saya menyimpan lejar untuk membantu melihat pendapatan seluruh tahun.

Supaya dia boleh tahu apa hasil setiap tanaman dan kebun dari tahun ke tahun.

Dyer suruh saya menyimpan suatu senarai di dalam diari

tentang perkara yang mungkin kami terlupa.

Dari alatan yang dipinjamkan ke bil yang belum dibayar.

Saya lakukannya.

Tapi takkan ada rekod dalam halaman yang biasa dan membosankan ini

tentang keadaan paling memberangsangkan pada musim yang lalu.

Tiada rekod tentang emosi atau ketakutan kami,

kegembiraan terbesar kami atau kesedihan yang paling menyakiti kami.

Bersama anak kami,

saya terjumpa arah saya.

Tapi saya jarang memberitahunya yang dia sangat berharga.

Kamu nak cuba?

Seperti ini, ayah?

Seperti itu.

Dia selalu kelihatan terasing dari kami,

seperti dia sedang menyesuaikan diri di mana dia boleh.

"Mereka nampak abang dan kakaknya. Dan ia keluarga si tikus.

Ada sesuatu yang menyentuh

tentang kesedihan, penyakit bisu dan tak bermayapada kanak-kanak kecil.

Dia memeluk saya tanpa berkata apa-apa.

Namun ia seperti kami sedang berbual.

Saya telah menjadi kesedihan saya.

Saya telah menjadi kesedihan saya.

AHAD, 3 FEBRUARI

"Selamat datang, hari istirahat yang indah," kata gita puja.

Dan Ahad dialu-alukan kerana beberapa jam yang senyap dan tenang.

Untuk saya,

saya tak lagi menghadiri gereja.

Selepas bencana kehilangan Nellie,

ketenangan yang saya suka bukan berfikir yang dunia akan jadi lebih baik.

Saya nak membeli sebuah atlas.

Jacob, boleh saya tumpangkan kamu?

- Ia tak menyusahkan? - Tak, tak menyusahkan.

Naiklah.

Siapa itu?

Namanya Finney.

Isterinya Tallie.

Saya jumpa mereka di kedai makanan ternakan. Mereka tak bersosial.

Mereka menyewa ladang Zebrun.

Isnin, 4 Februari.

Mengapa dakwat seperti api?

Kerana ia hamba yang baik dan tuan yang tegas.

Kamu berkata sesuatu?

Saya nak membeli sebuah atlas.

Saya rasa ada pembelian yang lebih tak berguna berbanding itu.

Saya dah simpan 90 sen untuk diri saya. Tiada cara yang lebih baik untuk gunanya.

Kamu boleh belikan hadiah untuk suami kamu.

Apa lagi hadiah yang lebih baik selain seorang isteri yang bukan otak ayam?

Nampaknya hanya belajar sendiri sahaja

cara saya dapat mengelak dari ditenggelami ketidakgembiraan.

Jangan berkeras.

Selamat tengah hari.

Saya gunakan penyapu di halaman. Salji ini sangat kering.

Saya Tallie.

Abigail.

- Harap saya tak mengganggu. - Tak.

Saya perlu keluar dari sana hari ini.

Ladang kami kini rumah penyembelihan. Suami saya membunuh khinzir-khinzirnya.

Kamu nak masuk?

Ya, tentulah.

Atau kita boleh duduk sahaja di halaman, dalam kesejukan.

Saya tahu ia bodoh untuk menjemput jiran yang jahil untuk datang

dan merosakkan tengah hari Ahad.

Oh, tak, kamu dialu-alukan. Tapi saya tahu perasaannya.

Kadangkala saya bayangkan ketika Janda Weldon melawat

yang saya akan tenggelam dalam kebosanan.

Janda Weldon. Ada sekali dia bercerita tentang cukai…

Dia tahu saya perasan rambutnya

dan mengaku dia bangga dengannya semasa kecil.

Katanya, ketika itu, ia lebih panjang

dan ditocang menjadi siput di belakang kepalanya.

Dengan matahari musim sejuk menembusi tingkap,

kulitnya kemerahan

menyebabkan saya kurang selesa dan memandang tempat lain.

Seperti selalunya,

apabila perlu bercakap dan cuba menarik perhatian orang,

keadaan memaksa saya berusaha dan risau.

Dari zaman remaja, saya seperti akar di dalam pasu,

bergulung dengan diri sendiri.

Saya harap saya tak mengganggu kamu.

Tak.

Saya gembira kamu datang.

Finney nampak suami kamu di ladangnya.

Dia bercakap tentang cara baharunya melahirkan anak khinzir.

Dengan sedikit kekasaran?

Suami saya sentiasa bercakap dengan sedikit kasar.

Saya pernah beritahunya,

dan dia mendapati

ia baik untuk mendapat kata-kata yang baik daripada saya.

Saya kata jika dia berkahwin dengan diri sendiri,

dia akan tahu itu suatu kebaikan.

Mak saya kata anak-anak akan menyelesaikan dilema itu.

Mak saya pun.

Namun…

kita di sini…

tanpa anak.

Anak saya Nellie sepatutnya berusia lima tahun hari ini.

Oh, Tuhan.

Bagaimana dia meninggal?

Difteria. September lalu.

Ya Tuhan, saya minta maaf.

Helo.

Selamat tengahari.

Saya Dyer.

Tallie.

Sudah lewat, bukan? Saya patut pulang.

- Jangan pergi sebab saya. - Oh, tak.

- Baju kamu cantik. - Terima kasih.

Saya tak pernah dipuji kerana pakaian saya.

Saya gembira kamu datang. Ia menjadikan hari saya indah.

Betulkah?

Betapa bagus dan jarangnya dapat membuat hari seseorang indah.

Khamis, 14 Februari.

Malam ketiga Dyer demam.

Minum ini.

Saya nak jatuh sakit lebih sering.

Isteri saya tersenyum kepada saya.

Berjanji kamu takkan mati.

Itu bertentangan dengan niat saya.

Saya menyembuhkannya dengan enema diperbuat molases, air suam dan lemak.

Juga setitis turpentin di tepi hidungnya.

Saya habiskan hari berfikir tentang perbualan dengan Tallie.

Kami membandingkan katil zaman kecil kami,

katil saya di mana jeraminya selalu patah dan menipis,

dan katilnya yang keras, katanya, seperti hati Firaun.

Saya sepatutnya menjaga kamu.

Saya setuju.

Adabnya manis, tenang dan lembut.

Tapi semangatnya berkobar-kobar

apabila memikirkan perbualan seterusnya dengan saya.

Saya sedar saya tak dapat berkata-kata dengan lancar di hadapannya.

Bagaimana kamu bertemu Dyer?

Dia anak sulung jiran kami. Dia membantu di ladang ayah saya.

Dan dia terus jatuh hati dengan kamu?

Ya, bukan? Dia terus jatuh hati dengan kamu.

Dia mengagumi kerasionalan saya.

Kamu tak setuju dengan perkataan "jatuh hati", bukan?

Saya gunakan semua perkataan yang kamu guna.

Saya rasa tak.

Ketika bercakap, ya, sebab kamu pemalu.

Saya rasa kamu lebih hebat ketika menulis.

Terima kasih.

Kerasionalan kamu, itu sahaja yang buat suami kamu jatuh hati?

Dan tabiat saya yang cekap.

Itu sahaja?

Kemahiran saya.

Dyer suka perkara mekanikal.

Tentu dia akan gembira

kalau dia diberi peluang belajar tentang sains.

Keadaan memaksa dia bekerja di ladang.

Sungguhpun begitu, hatinya terpikat dengan kamu?

Kamu kena tanya dia mengenainya.

Apa kamu akan jawab jika saya tanya kamu?

Sebagai calon suami, dia

tak pemurah, tapi cukup.

Dia penyayang, walaupun tak selalu.

Saya tak tahu tentang kesesuaiannya.

Tapi keluarga saya rasa ia akan bertambah baik tak lama lagi.

Lagipun, ia lorong yang panjang tanpa patah balik.

Kamu berdua ada banyak untuk disyukuri.

Ya.

Masih terlalu awal.

Maaf.

Selasa, 19 Februari

Keengganan saya nampaknya telah memalukannya.

Keseronokan waktu malamnya, yang tak pernah banyak,

semakin berkurangan.

Dan saya enggan melayan kemahuannya

untuk bincang tentang kelahiran seorang lagi anak.

Selamat petang.

Suami saya, Finney. Kamu kenal Dyer?

Pernah bertembung.

- Ini Abigail. - Helo.

Isteri saya sering bercakap tentang kamu.

- Semua mengingatkannya kepada kamu. - Saya hanya

boleh duduk bersila dan kemurungan apabila dia tiada.

- Silakan. - Terima kasih.

Hujan turun lebat sehingga kincir angin patah.

Kamu rindukan saya?

Ya.

Kamu nampak berbeza.

Kommentare

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left