Die ersten 200 Zeilen.
POS DIRAJA
- Nah. - Baik!
Sila naik!
Sila naik!
POS DIRAJA
PINTU BELAKANG
- Selamat pagi. - Ada surat khas.
Aduhai.
Apa yang awak pegang itu?
Pasti awak mahu tahu.
Surat ini baru tiba, tuan.
Ada surat dari Istana Buckingham.
Aduhai.
Perlukan bantuan untuk menguruskan khinzir baru.
Kita perlu jimatkan kos sehingga ladang itu membayar semula pelaburan.
Kita juga perlu rancang pembinaan bumbung.
Ini tidak akan menolong kita untuk berjimat.
Surat apa itu?
Raja dan permaisuri mahu menginap di sini.
Apa? Semasa penjelajahan Yorkshire mereka?
Betul. Hanya untuk satu malam.
Mereka akan bermalam di Downton sebelum bertolak ke Harewood untuk sebuah majlis.
Sementara mereka di sini,
kita akan mengadakan perarakan Hussar Yorkshire di kampung.
Ada kemungkinan Henry akan pulang?
Saya rasa tidak. Saya akan hantar telegram.
Namun ada pameran motor di Chicago yang saya tahu dia takkan lepaskan.
Tom, kamu nampaknya tidak begitu bersemangat.
Adakah itu sifat patriotik kamu sebagai orang Ireland?
Saya tahu ayah anggap pandangan saya menghiburkan.
Mungkin mereka akan siasat dan pastikan Pn. Patmore bukan pengintip Rusia.
Boleh beritahu kakitangan di bawah, Barrow? Saya akan beritahu isteri saya.
Baik, tuan.
Jamuan makan tengah hari, perarakan dan jamuan makan malam diraja?
Saya perlu duduk.
- Bagaimana dengan En. Branson? - Kenapa dengan dia?
Dia ahli Republikan, bukan?
Kalaulah En. Carson tahu.
Jangan sebut perkataan itu di depan dia.
Saya setuju dengan En. Branson. Saya juga tak suka raja-raja.
Nampaknya saya juga orang Republikan.
Orang Inggeris boleh jadi ahli Republikan?
Dua minggu untuk bersiap? Aduhai.
Ia satu penghormatan besar.
Benar. Namun, ikut pengalaman dengan kunjungan diraja,
kita tak akan berhenti menukar pakaian.
Saya baru membeli-belah. Baguslah.
Pn. Handley-Seymour akan buatkan gaun tarian saya.
- Saya akan minta dia cepat. - Suruh dia hantar ke sini.
- Bagaimana dengan keadaan lain? - Ibu pun tahu.
Saya akan makan tengah hari dengan 30 orang untuk sumbangan bot keselamatan.
Atau adakah ia esok?
Apa pun, ia sumbangan untuk sesuatu.
Urusan kerja seperti biasa.
Jumpa nanti, sayang.
Saya boleh bawa pulang sebanyak mungkin sayur yang kita boleh makan.
Saya suka membuat kerja.
Bagaimana mereka di rumah menerima berita itu?
Daisy menyanyikan lagu "The Marseillaise". Perkara itu boleh diagak.
Kenapa? Saya sangka awak akan suka.
Saya suka.
Kunjungan itu satu penghormatan besar.
Namun ahli-ahli kerabat diraja akan mengunjungi Downton
selepas mereka melawat rumah-rumah terhebat di negara ini.
Rumah Blenheim, Chatsworth dan Arundel.
En. Barrow tahu kepentingan kunjungan ini?
Kenapa awak yang bimbang pula?
Awak bukan ketua lagi.
Mari masuk makan tengah hari dan biar saya sambung kerja.
Baiklah, encik. Ini bilik awak.
Ini sudah cukup bagus. Terima kasih.
Lady Bagshaw, tuanku.
Bagus.
Kita akan ke Bilik 1844 sebaik sahaja mereka tiba.
Silalah duduk.
Patik baru terima rancangan penjelajahan Yorkshire, tuanku.
Ya. Ia sudah disahkan.
Beta rasa kita akan suka.
Patik tak sangka kita akan bermalam di Downton Abbey.
Hanya satu malam sahaja.
Ada perarakan dan jamuan makan malam.
Selepas itu kita akan ke istana Puteri Mary di Harewood.
Patik tertanya-tanya jika patik boleh terus pergi ke Harewood.
Lord Grantham ialah sepupu patik
dan hubungan keluarga kami tidak baik.
Sekurang-kurangnya akan jadi begitu jika patik pergi ke sana.
Apakah punca pertengkaran ini?
Ibu Lord Grantham percaya anak lelakinya patut menjadi waris patik.
Kadangkala Lady Grantham sukar untuk dilawan,
beta memang tahu itu.
Tepat sekali, tuanku.
Namun mereka perlu tahu jika harapan mereka akan dikecewakan.
Saya tak pasti mereka suka makanan yang ringkas atau mewah.
Saya tak boleh bayangkan mereka mahu makanan ringkas.
Golongan itu, bukankah mereka suka makanan berkuah, sos velute,
frappe dan makanan berkrim?
"Golongan itu"? Dia raja England!
Hanya seorang raja England di dunia. "Golongan itu" konon!
Selagi kita tak tahu jangkaan mereka, jangan terlebih rancang.
Saya tahu apa yang dijangkakan daripada saya, makanan.
Awak pun sama, Daisy. Kurangkan bercakap dan lebihkan bekerja.
- Puding sudah siap? - Sudah.
Daisy, keluarkan souffle daripada ketuhar. Saya mahu cari cermin mata saya.
Negara ini perlukan perubahan.
Awak patut bertanding di Parlimen.
Apa salahnya? Lady Astor boleh lakukannya.
Jadi, tukang masak dari Yorkshire patut mengikut langkahnya?
- Impian mesti besar. - Namun, impian awak besar, Andy?
- Saya buat awak tersinggung? - Kenapa awak tanya begitu?
Awak tak bercakap tentang perkahwinan kita lagi.
Kita akan berkahwin selepas kita dah bersedia, bukan sebelum itu.
Namun, saya sudah bersedia.
Bawa itu naik ke atas sebelum ia mengecut.
Maud Bagshaw akan datang ke Downton?
Ya, sebagai dang perwara ratu.
Aduhai.
Kenapa begitu terkejut? Siapa dia?
Dia sepupu ayah kamu.
Kita akan bincang nanti.
Jangan buat suasana kekok.
Bagaimana dengan persiapan?
Mary sedang melakukannya.
Tidak juga. Terlalu banyak kerja nak dibuat..
Siapakah orang yang kita nampak di padang tadi?
Mereka nak bina pentas untuk permaisuri di perarakan itu.
- Menarik. - Macam membazir sahaja.
Kita dah bermula.
Bukankah itu tujuan kewujudan monarki?
Untuk menceriakan negara ini dengan kesopanan dan glamor?
Bak kata Tennyson,
"Perwatakan seseorang lebih utama berbanding kekayaannya."
Cukupkah klise awak untuk sepanjang kunjungan itu?
Jika tak, saya akan cari awak.
Terima kasih, Barrow.
Awak akan beritahu tentang Lady Bagshaw.
Adakah dia sepupu jauh?
Tidak, ayahnya ialah pak cik moyang saya.
Kenapa saya tak pernah dengar tentang dia?
Sebab dia telah putuskan hubungan dengan keluarga ini.
- Nenek tahu sebabnya? - Mungkin.
Saya percaya, dia mahu rampas harta pusaka ayah kamu.
Dia tiada anak.
Ayah kamu pula saudara terdekatnya.
Saya takkan buat dia dalam keadaan serba salah.
Awak merancang sesuatu. Pandangan awak seperti Machiavelli.
Machiavelli sering dipandang rendah.
Dia ada banyak kualiti.
Begitu juga Caligula tapi tidak semuanya baik.
Apa rancangan nenek?
Secara idealnya,
nenek mahu Maud anggap ayah kamu sebagai anak yang dia tak pernah ada.
Bolehkah dia ibu yang saya tak pernah ada?
Sindiran adalah jenis fikiran yang paling rendah.
Helo.
En. Molesley, sekarang sudah lewat untuk awak keluar.
Benarkah?
Apa yang benar, En. Molesley?
Menurut En. Bakewell, awak beritahu dia ada kunjungan diraja.
Sekarang saya tahu orang yang tak boleh menyimpan rahsia.
Tak sangka kita dapat penghormatan sebegitu.
Takkan awak juga. Saya kecewa.
Abaikan dia.
Agak-agak saya boleh pakai pakaian seragam?
Sekolah akan benarkan?
Saya pasti mereka akan benarkan kali ini.
Tunggu sehingga kita dapat arahan.
Bagaimana, En. Barrow?
Boleh benarkan saya untuk melayan raja dan permaisuri?
Itu…
Giliran kita dah tiba.
Selamat malam, En. Molesley.
Selepas kita selesai, saya atau awak panggil Johnny?
Saya boleh panggil dia.
Memang mengujakan.
- Terima kasih. - Mereka semua aneh.
Teruja kerana orang-orang yang kita tak kenal pun.
Jangan hirau. Saya mahu beritahu awak,
saya ada cadangan makanan untuk majlis perkahwinan awak.
Berhenti bercakap tentang perkahwinan saya.
Kita cuma ada beberapa hari lagi dan saya dah bincang dengan puan.
Dia bersetuju untuk menggantung peraturan biasa kita.
Jangan bersihkan bilik yang digunakan oleh ahli keluarga,
tetapi selain itu, tiada larangan.
Jangan terlepas pandang apa-apa, walau sekecil mana pun.
Saya mahu setiap permukaan di rumah ini bersih dan berkilau sebelum hari Khamis.
Aduhai.
Boleh beri perhatian?
Pada pukul empat petang ini, butler diraja, En. Wilson,
akan datang dari Istana Raby bersama seorang pelayan cik puan dan valet.
Untuk memberi kita arahan?
Dengan kakitangan diraja? Adakah kita akan melayan mereka?
Itulah yang akan dijelaskan.
Saya takkan melayan valet dan pelayan cik puan. Terima kasih sahaja.
Sebelum kita menjadi marah, lebih baik kita tunggu arahan mereka.
Betul itu.
Ayuh, cepat. Mari kita sambung kerja.
En. Branson.
Boleh saya tolong, encik?
Saya datang untuk jumpa awak.
- Apa yang saya boleh tolong, Encik… - Chetwode.
No comments yet. Be the first to leave one.