Die ersten 200 Zeilen.
HIDUP BAHAGIA. KETAWA SELALU. SAYANG SENTIASA.
LAPANGAN TERBANG KULLU 02:00 PAGI
Ada 150 orang di dalam pesawat.
Kenapa mereka pukul awak saja?
Jika saya tahu, saya takkan jadi begini.
Awak mungkin akan dipukul juga, Ankit Sethi.
Jadi, lebih baik awak bercakap benar.
Kenapa saya nak sorokkan apa-apa? Lihatlah. Mereka patahkan hidung saya.
Kami tiada kaitan dan tak kenal. Saya tak tahu dari mana mereka datang.
AL-BARKAT 8 JAM SEBELUM ITU
Bagaimana penginapan encik?
Lapangan terbang.
LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA AL ASAD
LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA AL ASAD
Selamat datang.
- Selamat datang. - Hai.
- Helo. - Hai.
Selamat datang…
Comelnya!
Awak takut?
Enam bulan lagi awak akan dukung budak secomel itu.
Kenapa muram?
Awak dan Ankit bergaduh?
8 BULAN SEBELUM ITU PENERBANGAN AL-BARKAT KE NEW DELHI
Encik. Nah.
- Terima kasih. - Sila makan.
- Maaf. - Ya, encik? Ada masalah?
Saya tempah makanan vegan.
Tak, encik. Biar saya periksa.
"3A, En. Sethi." Ia tertulis "bukan vegan".
Jika begitu, beri air sejuk saja.
Maaf, encik.
Maaf, encik.
Kopi susu badam sejuk dan pasta vegan.
- Hidangan vegan. - Terima kasih.
- Jadi, awak setuju itu kesilapan awak. - Tak, encik.
Ini sepatutnya makanan saya.
- Awak makan apa? - Jangan risau. Tak apa.
Sila makan. Saya pergi ambilkan air sejuk.
Neha, terima kasih untuk pasta.
- Saya perlu belanja awak pula. - Tak apa.
Sebenarnya, jika awak tak kisah,
saya nak ajak awak keluar makan malam.
Saya dah ada rancangan. Terima kasih banyak.
- Terima kasih. - Ruginya saya.
- Selamat malam. - Selamat malam. Terima kasih.
Neha, bukankah dia lelaki itu?
Lelaki "vegan tulen" awak.
Apa yang berlaku?
Neha, adakah alam semesta cuba menyatukan kita?
Mengarut.
Awak menghendap saya.
Itu jenayah.
Okey. Tapi kenapa awak pandang saya tadi?
Awak perlu periksa mata awak.
Saya rasa awak perlu kawal mata awak yang sangat cantik itu.
- Tak hidup. - Hai. Boleh saya bantu?
Neha.
Kamu nak tumpang?
Sama-sama.
Mesti awak ingat saya nak ajak awak masuk
untuk makan atau minum kopi.
Tapi malangnya
saya dah makan dan kehabisan susu.
Jadi, maaf dan terima kasih.
Tak apa. Saya tak suka kopi bersusu.
Tapi Doris ada kopi yang sedap untuk vegan.
- Selamat malam. - Selamat malam.
NEHA GROVER IKUT
MENGHENDAP ITU JENAYAH
SAYA MEMANG BERSALAH
MASA UNTUK MINUM KOPI BERSAMA!
BILA PULA SAYA SETUJU?
- Tak sangka awak datang. - Saya tak nak datang.
Tapi saya nak beritahu secara berdepan kita takkan jumpa lagi.
Awak rosakkan rancangan saya.
Saya nak jemput awak makan malam ini.
Awak terlalu pantas.
Perlahan-lahan pun boleh.
NEHA, NAK PERGI MAKAN SELEPAS MINUM KOPI?
SAYA DI DELHI. AWAK PERLU TUNGGU
SAYA TUNGGU
MASIH MENUNGGU…
Awak nak layan telefon saja?
Tidak. Sebenarnya, kawan saya marah dengan saya.
- Kenapa? - Saya tinggalkan mereka untuk ke sini.
Mestilah. Kekasih lebih penting.
Maaf.
Awak nak perlahan.
- Tuan. Champagne. - Ya.
- Itu kegemaran saya. - Saya tahu.
Awak tahu?
- Bagaimana? - Daripada media sosial awak.
- Semua yang awak suka dan tak suka. - Ya, tapi media sosial awak kosong saja.
Tiada apa-apa dalam hidup saya.
Tapi apabila jumpa awak, saya rasa…
Apa?
Dah lama tak menari begitu.
Ya. Terima kasih kepada awak.
Ini kali pertama saya menari begitu.
- Awak serius? - Terima kasih kepada awak.
- Yakah? - Ya.
Setiap hari Ahad, saya dan ayah selalu menari lagu lama
dengan begitu bersemangat hingga penat.
Kami menari tanpa henti.
Memang seronok.
Kita hanya boleh bebas menari
jika kita tak perlu berpura-pura dengan teman kita.
Saya tak pernah ada orang begitu.
Awak bergerak pantas, Neha.
Ini parut apa?
- Tiada apa-apa. Luka semasa kecil. - Bagaimana?
Lupakan saja. Saya tak ingat.
Awak akan ingat malam ini atau akan lupakannya juga?
Takkan lupa.
MASA KINI
Selamat datang. Ini kapten anda, Michael Silvera.
Saya mengalu-alukan anda bagi pihak Max Asia…
Ada apa, encik?
Boleh berikan air panas?
Benar-benar panas.
Encik ada apa-apa masalah?
Saya sembelit.
Maaf. Boleh minta minuman sejuk?
Baiklah. Nak minum apa-apa?
- Saya nak jus buah. - Baiklah.
Kita nombor empat dalam barisan
dan akan berlepas sepuluh minit lagi.
Sila duduk, berehat dan nikmati perkhidmatan bertaraf dunia Max Asia.
Ankit, bangun.
Ankit, saya hamil. Bangun.
- Apa? - Saya hamil.
Apa maksud awak?
Bagaimana? Kita berhati-hati, bukan?
Ya, kita berhati-hati. Saya pun tak tahu macam mana.
Alamak.
- Kita akan ada anak. - Apa?
Apa-apa pun, kita memang nak anak suatu hari nanti.
Cuma ini awal sedikit. Jangan risau.
Apa maksud awak? Tolonglah.
Tunggu sekejap. Saya…
Mari.
Apa awak buat?
- Neha, sudikah awak kahwini saya? - Ankit, bagaimana…
Kita akan ada anak.
Dia berhak lahir ke dunia ini. Dia paling penting.
Mulut orang dan perkara lain tak penting.
Ini anak kita.
- Jadi, awak dah sedia? - Ya.
Neha, tolonglah terima…
Tapi berlian ini terlalu kecil.
Jangan!
Minum.
- Okey, beri nombor ibu awak. - Kenapa?
- Untuk cakap dia akan jadi nenek. - Tapi saya belum cakap tentang awak lagi.
Kenapa?
Saya ada sepupu. Saya boleh beritahu dia.
- Siapa? - Sudhanshu.
- Dia… - Maaf.
Tak apa.
- Ankit Sethi. - Ya, saya.
Pusing belakang.
Bukan ke kiri. Pandang kanan.
Keluarlah, celaka.
Saya datang.
Kenapa?
Tiada apa-apa, saya cuma perlu jumpa mereka.
- Semuanya okey? - Ya, baik saja.
Apa… Siapa mereka?
Rakan kerja. Jangan masuk campur.
Apa? Saya dah terlibat pun.
Jika mereka rakan kerja, kenapa mereka kasar?
Tak, apa…
Saya okey. Beritahu saya.
Bertenang. Okey, mari duduk.
Tapi siapa mereka?
Awak perlu cerita apa yang berlaku.
Ankit, awak menakutkan saya.
Neha, saya tubuhkan syarikat insurans berlian dua tahun lepas.
Okey.
Pekerja saya hilangkan berlian bernilai 200 juta rupee.
Mereka suruh ganti, tapi saya tak mampu.
- Awak baru beritahu sekarang? Biar benar? - Ini masalah saya. Kenapa nak terlibat?
- Kita nak dapat anak. Sedar tak? - Mereka takkan kacau keluarga kita.
Awak pasti?
- Mereka cari awak, bukan? - Saya akan bayar.
- Cuma perlu masa. - Beritahulah mereka.
Ya, tapi tak semudah itu.
- Apa masalahnya? - Mereka nak saya mencuri.
- Curi? - Ya.
Berlian syarikat saya.
- Awak nak buat? - Tak.
Saya tak tahu.
Saya tak tahu nak buat apa.
Awak nak tahu bagaimana saya dapat parut ini, bukan?
Ayah mencuci duit haram untuk penjenayah.
Kami buat silap dalam akaun dan…
Cepat, ayah.
- Sorok, cepat! - Ya.
Sudhanshu ada?
No comments yet. Be the first to leave one.