Die ersten 200 Zeilen.
Bagi awak, pemilihan Sarah Palin adalah untuk menangi pilihan raya...
bukan berkenaan calon paling sesuai untuk jadi naib presiden.
Tugas saya memberi nasihat politik.
Kami perlu buat sesuatu yang berani...
untuk cuba memenangi pilihan raya.
Kalau awak perlu buat sekali lagi...
adakah awak akan pilih dia?
Ogos 2007 Sacramento, California
- Helo. - Mereka benci saya, Steve.
Siapa itu, tuan?
Limbaugh, Hannity, Coulter.
Mereka berpesta raikan kekalahan saya.
Itu mungkin betul...
tapi ada kelebihan berada di tempat terakhir.
Tuan boleh cakap perasaan sebenar tuan.
Awak ingat saya tahan diri saya?
Ya, senator.
"Pertambahan sokongan menjadi."
Tapi tiada sesiapa yang cukup berani untuk katakannya.
Romney, Giuliani, Huckabee, semua lawan tuan berdolak-dalik.
Tuan pun teragak-agak semasa debat sebelum ini.
Seorang lelaki hebat pernah beritahu saya...
"Saya lebih rela kalah pilihan raya...
daripada lihat negara ini kalah peperangan ini."
Saya maksudkannya, Steve.
Kalau begitu nyatakannya, tuan.
John McCain tak cakap perkara yang popular...
dia cakap perkara yang betul.
Nasihat saya adalah kumpulkan tawanan perang lama...
dan mengembara ke seluruh negara dalam karavan kecil.
Duduk di hotel yang teruk...
hadiri Dewan Legion Amerika unit Veteran Perang Luar Negara...
minum bir dan berseronok.
Betul cakap awak.
Saya tak tahu apa yang tak kena dengan saya.
Bila terlalu fokus nak menang, kita mula lupa siapa diri kita.
Cuma ada satu mesej yang tuan perlu sampaikan.
Ya? Apa dia?
John McCain utamakan negara.
Boleh awak pertimbangkan untuk sertai kami?
Untuk beberapa minggu saja?
Senator, tiada sesiapa dalam pilihan raya ini...
yang lebih saya kagumi daripada tuan...
tapi saya janji dengan isteri saya...
yang saya takkan sertainya kali ini.
Saya tahu itu, Steve, tapi boleh awak pertimbangkannya?
Pertimbangkannya saja, boleh?
Sudah tentu, senator.
Janji?
Ya, saya janji.
Bagus, saya telefon awak esok.
- Okey. - Terima kasih, Stevie.
Tak guna.
Senator McCain hari ini merombak kakitangan kempen paling kanannya.
John McCain menang pemilihan awal New Hampshire...
kebangkitan semula yang penting bagi senator dari Arizona ini.
Anda dengar mereka bersorak di belakang saya.
"Mac sudah kembali."
Kemenangan besar untuk John McCain di Carolina Selatan...
kemenangan yang akan dia nikmati.
Persoalan dalam siri kempen ini ialah...
bolehkah pisang berbuah dua kali?
John McCain menangi pencalonan presiden Republikan.
Malam yang cukup bersejarah.
Mereka kata kami dah mati.
Hentian seterusnya, Rumah Putih.
Obama!
Obama!
Obama!
Rakyat Berlin...
dan penduduk seluruh dunia...
skala cabaran kita adalah besar.
Jalan di hadapan adalah panjang.
Tapi saya berdiri di depan anda untuk katakan...
bahawa kita pewaris perjuangan untuk kebebasan.
Kita adalah bangsa harapan yang sukar diterima akal...
dengan tumpuan ke arah masa depan...
dengan azam di hati kita.
Kita ingati sejarah ini...
dan sahut takdir kita...
serta bina semula dunia ini.
Terima kasih, Berlin. Semoga Tuhan merahmati anda.
Terima kasih.
Jika dia dapat pulihkan kesukaran, kita hadapi masalah.
Kita ketinggalan 15%.
Kalau ucapan konvensyen dia sebagus itu...
Pasti akan lebih bagus.
Kita akan ketinggalan sebanyak 20% bila masuk St. Paul.
Ini perjuangan yang sukar, John.
Pengerusi Mao suka kata...
"Selalunya paling gelap sebelum jadi betul-betul hitam."
Senator, saya risau tuan petik kata-kata Pengerusi Mao.
Dia ini kumpul duit macam mesin ATM manusia.
John, kalau ada masa sesuai...
nak sebarkan cerita Reverend Wright...
- inilah masanya. - Tak boleh.
Saya setuju.
Ada rakaman Reverend cakap, "Amerika tak guna."
Itu senjata terbaik kita ada.
Saya nak jalankan kempen yang buat anak-anak saya bangga.
Itu menghalang menyerang Reverend kulit hitam.
Saya rasa apa kita buat sekarang silap.
Lelaki ini muncul di semua muka depan majalah berita.
Dia di semua muka depan majalah hiburan.
Ada 200,000 orang bersorak untuknya di Berlin.
Apa yang dia pernah buat?
Lelaki yang tiada pencapaian...
jadi selebriti paling terkenal di dunia...
dan kita asyik cuba untuk menjatuhkannya.
Apa yang kita cuba perlu buat adalah tanya rakyat Amerika satu soalan mudah.
Anda mahukan negarawan menjadi presiden seterusnya...
atau anda mahukan selebriti?
Cubalah.
Dia selebriti paling terkenal di dunia.
Obama!
Tapi adakah dia bersedia untuk memimpin?
Dengan harga minyak melambung...
Barack Obama menolak penggerudian lepas pantai...
dan dia kata dia akan naikkan cukai elektrik?
Cukai lebih tinggi, lebih banyak minyak luar negara...
itulah Obama yang sebenar.
Bagus, Fred.
Saya ingatkan kita pihak yang matang dalam perebutan ini.
John, itu teman wanita dia.
Ini kisah moral, John.
Inilah yang saya cuba beritahu.
Ya, betul.
- Kita tengok sekali lagi. - Jangan, tak boleh. Tolonglah.
Tengok, inilah yang saya cuba beritahu.
Ya.
Boleh awak percaya mereka ini?
Dia nak Lieberman bertanding atas tiket itu.
- Tentulah dia nak. - Malapetaka.
Atau bersejarah.
Atau malapetaka bersejarah.
John suka dia.
Ia akan jadi langkah besar ke arah dwipartisan.
Pengundi tegar dah rasa bimbang yang John bukan konservatif sejati.
Saya tak fikir memilih Demokrat Yahudi propilihan...
yang kebetulan pula calon pasangan Al Gore...
akan mengurangkan kerisauan itu.
Mungkin kita boleh minta McCain buat jaminan satu penggal.
Dia ada umumkan dalam satu ucapan yang dia dan seorang ahli Demokrat...
akan berganding bahu untuk satu penggal...
supaya kedua-dua parti boleh bersatu...
dan selesaikan masalah besar negara.
Mungkin, dengan jaminan satu penggal.
Memilih Joe Lieberman menunjukkan negara diutamakan.
Kalau nak itu berhasil, ia perlu dirahsiakan betul-betul...
sehingga konvensyen itu.
Kalau terbongkar, sayap kanan akan hentikannya.
Keputusan John McCain untuk letakkan Joe Lieberman...
di depan semasa konvensyennya...
mendatangkan keresahan...
kepada kedua-dua parti Demokrat dan Republikan.
Saya rasa idea dia menjadi calon naib presiden Republikan...
akan memecahbelahkan konvensyen.
Di kabinet, okey. Bukan sebagai naib presiden.
Pilihan yang teruk. Golongan konservatif akan lari.
Kumpulan komedi McCain dan Lieberman.
Mungkin mereka buat persembahan di bandar Atlantic musim panas ini.
Terima kasih.
Apa yang berlaku?
Lindsey Graham cuba cari sokongan untuk idea itu...
dan ia terbongkar.
Tak guna, Lindsey.
Kalau ini boleh sedapkan hati...
analisis saya tunjukkan..
kalau tuan pilih Lieberman...
atau mana-mana calon propilihan...
40% penyokong tegar tuan...
kurang berkemungkinan untuk sokong tuan.
Empat puluh peratus.
Tuan akan dapat beberapa penyokong bebas.
- Keseluruhannya, tuan kalah banyak. - Kami dah buat banyak panggilan.
Ada orang tak fikir pun Lieberman boleh sampai konvensyen.
Yang lain kata boleh tapi dia akan memecahbelahkan parti.
Tapi Joe sesuai.
Kami berdua pengingkar...
yang dibenci oleh ahli-ahli teruk parti kami.
Ia mungkin mempunyai kesan penyembuhan kepada negara.
Kita tak boleh menang tanpa pengundi tegar kita.
Pilih Lieberman benda yang betul untuk dibuat...
tapi cara yang salah untuk menang.
- Siapa yang kita dah periksa? - Romney, Chris, Pawlenty.
- Kami cuba periksa Bloomberg. - Kita boleh menang dengan siapa?
- Satu pun tiada. - Satu pun tiada?
Obama baru ubah keseluruhan dinamik.
Ini tahun untuk perubahan, tuan.
Kita perlukan pilihan yang hebat...
dan tiada seorang pun daripada orang tua ini cukup hebat.
Jadi apa?
Saya berundur dan bersara?
Data tunjukkan ada empat benda kita perlu buat.
Kita perlu dapatkan semula sokongan penyokong bebas.
Kita perlu menggembirakan pengundi tegar.
Kita perlu jauhkan diri daripada pentadbiran Bush...
dan kita kena rapatkan jurang jantina.
Berapa teruk jurangnya?
Sangat teruk.
No comments yet. Be the first to leave one.