Die ersten 200 Zeilen.
Dengan nama Allah,
Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah,
Tuhan yang Memelihara
dan Mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai hari Pembalasan.
Engkaulah sahaja Yang Kami sembah dan
kepada Engkaulah sahajalah
kami memohon pertolongan.
Tunjukkan kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau
telah kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan mereka yang Engkau murkai,
dan bukan pula mereka yang sesat.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad),
"Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa",
"Allah Yang menjadi tumpuan
untuk memohon sebarang hajat",
"Ia tiada beranak,
dan Ia pula tidak diperanakkan",
"Dan tidak ada sesiapapun
yang serupa denganNya".
Allah Maha Besar.
Allah mendengar sesiapa yang memujiNya.
Allah Maha Besar.
Allah Maha Besar.
Allah Maha Besar.
Allah Maha Besar.
Semoga Allah limpahkan rahmatNya padamu.
Semoga Allah limpahkan rahmatNya padamu.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani.
Ya Allah, berilah keberkatan
kepada diri ku dan keluargaku,
dan berilah ketenangan dalam jiwa kami.
Segala puji bagi Allah,
Tuhan sekalian alam.
Mari kita makan.
Tunggu, saya tak lapar lagi.
Janganlah macam ini, sayang.
Selepas ini, awak kena ambil insulin.
Baiklah.
Aisyah, tolong bawa makanan Mama.
Tidak apa. Saya akan makan
dengan awak semua di meja makan.
Janganlah paksa diri awak.
Awak boleh makan di sini.
Tapi saya nak duduk dengan awak semua!
Tak apa, Abah. Biarkan saja.
Kalau macam itu,
kita boleh makan di sini, sayang.
Tak nak.
Saya nak makan di dapur.
Bosan lah, asyik duduk di sini saja.
Abah...
Bukan Mama perlukan cahaya matahari dia?
Mana ada cahaya matahari di dapur?
Tak tahulah kalau saya kahwin
dengan pokok atau manusia.
Menyesal ke?
John 3:16.
Tuhan sangat mengasihi dunia ini,
Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal,
agar setiap yang percaya kepada Anak itu
tidak binasa,
tetapi peroleh hidup sejati.
Itulah ayat dia.
Abah pernah dengar yang ini.
Betul?
Ayat itu salah satu yang paling penting
dalam agama Kristian.
Sesiapa saja yang percaya kepada Jesus,
akan pergi ke syurga.
Itu juga sebab mereka
mempunyai bilik pengakuan, kan?
Saya ada nampak benda itu dalam filem!
Mereka akan masuk, dan mengaku,
dan semua dosa mereka
akan dimaafkan. Kan, Abah?
Ya. Tapi, hanya orang Katolik
yang amalkan pengakuan ini.
Protestan tak ada.
Rumitnya agama Kristian.
Banyak sangat cabang.
Kalau awak nak bincang tentang cabang,
Islam juga ada.
Empat Mazhab itu?
Tapi Abah...
Itu berbeza.
Kalau kita rasa mereka ada banyak cabang
mereka rasa yang sama terhadap Islam.
Betul juga.
Masuk akal.
Terima kasih, sayang. Untuk ayat itu.
Sama-sama, bonda.
Bila awak nak pulangkan buku
itu kepada Aunty Esther?
Yang ini dia bagi.
Sebab dia kata dia sudah ada
beberapa buku ini dalam rumah dia.
Jadi dia bagi buku ini kepada saya.
Dia sudah bagikan awak banyak buku!
Awak tak malu ke?
Nak malu apa?
Saya nak belajar, kan?
Malulah.
Kita tak pernah bagi dia apa-apa.
Kalau dia lalu depan rumah kita nanti,
saya nak bagi dia sesuatu.
Idea yang bagus.
Sayang...
Esok saya perlu keluar awal sedikit.
Saya perlu jumpa klien di Shah Alam.
Nanti saya akan panggil Kak Long
untuk datang dan jaga awak.
Untuk beberapa jam saja,
sementara tunggu Aisyah balik.
Sekurang-kurangnya
ada orang temankan awak.
- Betul juga. - Tak apa, sayang.
Tak payah susahkan dia.
Lagipun, untuk beberapa jam saja.
Saya boleh uruskan.
Awak pasti?
Ya.
Baikah, kalau macam itu.
Aisyah. Esok kita keluar awal sikit, ya?
Abah akan hantar awak ke sekolah,
tapi selepas tuisyen awak,
awak perlu naik bas balik rumah, boleh?
Abah tak sempat untuk ambil awak.
Tak ada masalah.
- Awak pasti? - Baik.
Tak takut ke?
Takut apa?
Yelah!
Kalau kena kacau ke,
kena mengorat ke?
- Ya Allah! - Atau apa-apa ke?
Apa ini, Ma?
Abah awak.
Awak takut orang
mengorat anak dara awak saja,
benda lain tak takut?
Mestilah saya takut.
Dalam umur ini, lima belas tahun,
adalah masa mereka menemui segalanya.
Terutamanya cinta.
Mama! Apa dia cakap ini?
- Layan saja. - Sebagai ayah yang...
bertanggungjawab, mestilah saya takut.
Dalam umur lima belas tahun,
awak sudah ada hubungan 'intim'.
Aisyah ada di sini, kan!
Dia tak tahu maksud perkataan itu.
Kan, sayang?
Saya tahu maksud 'intim', Mama.
Tengok? Dia dah tahu.
Dia dah dewasa. Tak apalah.
Malulah saya.
Bolehkah awak berdua tak bercakap
seperti itu di depan makanan?
Dan...
Tak apa, Abah. Jangan risau.
Saya boleh jaga diri sendiri.
Jangan risau, ya?
Pasti?
Ya, saya pasti.
Sayang.
Kenapa awak tak makan?
Dah kenyang.
Kenyang? Awak baru makan sikit saja.
Ada banyak lagi.
Saya dah tak lalu nak makan.
Rasa macam nak muntah.
Tak apalah.
Awak cuci mulut, ya? Saya ambilkan air.
Habiskanlah makanan dulu.
- Tak apa. - Tak apa, Mama.
Aisyah, ambilkan insulin Mama.
Baik, tunggu sekejap.
Terima kasih.
- Baik. - Baik, terima kasih.
- Empat unit, kan? - Ya.
Tahan sedikit.
Bismillah hir rahman nir raheem.
Suresh?
Awak tahu cara pergi ke Taman Mutiara?
- Awak nak naik bas? - Ya.
Bas ke Taman Mutiara...
Saya rasa awak perlu ambil Bas 411.
- Bas 411? - Ya.
Awak sudah ada pasangan untuk Sejarah?
Oh, belum.
Betul?
Awak bukan dengan Sue Fen?
Apa?
No comments yet. Be the first to leave one.