Liar - First Season

Liar - First Season

Download Malay Untertitel

Staffel 1

Release Info

Liar S01E05 AOTG WEB-DL
Ein Kommentar von ShasyaLala
Astro GO Retail. Telegram: https://t.me/shasyaChannel

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Veröffentlicht am: 2023-04-22
Downloads: 15
Hörgeschädigt: No

Malay Untertitel-Vorschau

Die ersten 200 Zeilen.

Lara. Sekarang ini dia pergi JB, cari mak mertua Aiman.

Aiman seorang suami dan ayah yang baik. Dia banyak berjasa...

...pada keluarga mak cik dan cuba hendak tolong Yasmin.

Saya meniduri Aiman sebulan sebelum Yasmin meninggal.

Kau boleh tipu semua orang yang kau ini baik, suci, bapa mitahli...

...tapi aku kenal kau sebenarnya. Kau sebenarnya syaitan.

Saya rasa GHB inilah yang Aiman guna untuk rogol saya.

Jadi, sekarang awak hendak buat apa?

Jadi, awak hendak buat apa sekarang?

Saya rasa lebih baik awak tidak tahu.

Saya sudah risikokan kerjaya saya. Jadi, lebih baik awak...

...beritahu saya. Apa awak hendak buat dengan benda ini?

Awak tahu tidak, Aiman hidup macam mana sekarang?

Hari-hari dia pergi hantar anak dia sekolah. Selepas itu,...

...dia pergi kerja. Jadi hero selamatkan nyawa orang.

Selepas habis kerja, dia balik rumah besar dia itu.

Habiskan masa dengan anak dia.

Selepas perbuatannya pada saya, dia boleh teruskan hidup macam itu.

Itu tidak sepatutnya, Taufiq. -Habis awak hendak buat apa?

Polis tidak jumpa apa-apa di rumah dia...

...tapi polis belum periksa lagi lokar dia di hospital dia.

Akan tetapi, bukankah bilik lokar itu ada sekuriti?

Saya boleh guna kad akses Kathy.

Selepas awak sudah masuk? -Kathy kata, kunci di lokar...

...dia itu mudah saja. Boleh buka macam itu saja.

Okey. Katakanlah awak berjaya, Aiman boleh saja cakap...

...yang awak letak GHB itu. -Saya tidak peduli.

Cakaplah ikut awak hendak. Saya tetap akan buat juga.

Saya hendak awak fikir masak-masak, Lara. Buatnya awak...

...ada dalam bilik lokar itu, tiba-tiba ada orang masuk...

...macam mana? -Terima kasih, Taufiq.

Bagi saya sejam dua. Nanti saya telefon awak.

Ini bukan payung Kathy?

Mungkin awak termasuk dalam kotak saya agaknya masa...

...saya datang rumah dia hari itu. -Mana ada?

Sebenarnya saya ada jumpa Kathy masa awak hilang pergi Johor...

...hari itu.

Dia amat risaukan awak dan kemudian saya hantar dia balik rumah.

Maaflah saya tidak beritahu awak. Saya tidak hendak awak salah faham.

Saya tidak hendak awak ingat yang kami bercakap tentang...

...awak masa awak tiada.

Taufiq, kalau awak dan Kathy ada apa-apa hendak beritahu saya,...

...cakap sajalah. Awak tahu saya tidak suka rahsia, bukan?

Saya tahu. Saya minta maaf.

Terima kasih.

Angkatlah. -Pendarahan ialah perkara biasa...

...di awal kehamilan. Saya periksa sedikit, ya.

Oh! Ada kesan melecet.

Melecet? -Ya. Agak banyak. Mungkin sebab...

...pendarahan itu dan rasa sakit.

Saya tidak fahamlah, doktor.

Tidak apa-apa. Kita periksa jantung bayi dulu, ya.

Itu bunyi jantung bayi. Degupannya normallah.

Jadi, tidak ada masalah apa-apa.

Nanti puan boleh teruskan macam biasa.

Akan tetapi, doktor, macam mana boleh jadi melecet pula, ya?

Tentang perkara itu, jangan risau.

Ia memang selalu terjadi apabila wanita hamil dan...

...suaminya bersama. Nanti sembuhlah melecet itu.

Akan tetapi, suami saya dia.....

Mungkin selepas ini, puan dan suami boleh lebih...

...berhati-hati sedikit, ya.

Doktor, saya hendak doktor uji saya untuk GHB.

Lamanya masak. Cepatlah. -Sekejaplah, mama. Sedikit lagi.

Yaya sudah siap. -Wah! Yaya masak apa itu?

Piza.

Wah! Sedapnya anak mama ini masak. -Mama, rasalah Jo punya dulu.

Assalamualaikum. -Sekejap lagilah mama rasa.

Simpan, ya. Waalaikumsalam. Lara. Jom. Masuk. Jom.

Maaf tidak beritahu hendak datang. -Tidak apa-apa. Kak long...

...bukan buat apa-apa. Melayan budak-budak.

Mama, cepatlah. Nanti sejuk. Tidak sedap.

Ya, kejap-kejap. -Lara rasa hendak buat kopilah.

Kak long hendak?

Boleh juga. Pening kepala layan budak-budak.

Sudah buat kopi atau belum? -Belum.

Suruh kakak juga yang buat.

Payung kak long.

Dengan Lara rupa-rupanya. Puas kak long cari.

Jumpa dalam kereta Taufiq.

Oh! Yalah. Hari itu Taufiq ada datang sini cari Lara.

Selepas itu, Lara tidak ada di sini. Hujan pula.

Jadi, kak long bagilah Taufiq pinjam.

Kak long bagi Taufiq pinjam payung? -Ya.

Kalau kak long bagi Taufiq pinjam payung, kenapa kak long...

...cakap tadi kak long tidak ingat?

Kak long sekarang ini, ya Allah. Pelupa betul.

Yalah, dengan kena hendak melayan perangai budak-budak lagi.

Selepas itu, banyak kerja di hospital itu.

Akan tetapi, Taufiq cakap lain. -Yakah?

Apa-apalah. Yang penting, sekarang ini payung sudah...

...ada di sini, bukan?

Kenapa kak long tipu Lara?

Lara, kenapa ini? -Tadi macam inilah.

Cakap dengan Taufiq. Muka dia bersalah.

Ya Allah. Lara, tentang payung pun hendak panjang ceritakah?

Ini bukan masalah payung, kak.

Ini tentang kak long tipu Lara.

Kak long ada rahsiakan apa-apakah?

Jawablah, kak.

Kak long minta maaf, Lara. -Kak long buat apa?

Kak long dengan dia.....

Kak long dengan dia..... -Dengan dia? Apa kak long cakap?

Kak long dan Taufiq sudah tidak ada apa-apa.

Ini semua satu kesilapan saja. Maaf sangat.

Kak long buat apa dengan Taufiq?

Masa itu, kamu berdua selalu gaduh.

Kak long pula stres dengan kerja. Taufiq selalu dengar cerita...

...kak long sampai kak long rasa dia faham kak long.

Kak long tidak tahu macam mana? Kak long tidak tahu macam mana?

Akan tetapi, selepas itu kami sedar kami salah dan kami...

...terus berhenti. Maaf sangat.

Sanggup kak long? Memang Lara selalu kena tipu macam inikah?

Lara rasa macam orang bodoh. -Lara jangan cakap macam itu.

Kak long yang salah. Semua ini salah kak long.

Masa benda itu jadi pada Lara, kak long orang pertama yang...

...Lara beritahu sebab Lara percaya pada kak long.

Sampai hati kak long buat Lara macam ini.

Okey. Kakak janji. Hubungan kami sudah berakhir. Kakak janji.

Lara tidak hendak dengar apa-apa.

Lara! Lara! Ia dah berakhir.

Helo. -Helo. Boleh saya cakap...

...dengan Pn. Nissa Suffian? -Ya, saya bercakap.

Saay Dr. Fauziah. Pagi tadi puan ada datang buat pemeriksaan.

Puan, sebenarnya saya hendak maklumkan tentang keputusan...

...ujian darah puanlah. Kami dapati memang tidak ada kesan...

...GHB dalam tubuh dan...

...apa-apa jenis dadah lain dalam darah puan.

Doktor pastikah? -Sebenarnya kesan GHB itu...

...akan hilang dalam masa singkat tapi kalau puan rasa ragu,...

...boleh datanglah dan kita boleh berbincang.

Tidak apa-apa. Terima kasih. -Sama-sama. Puan, lagi satu.

Tentang kesan melecet itu, ia agak teruk daripada kebiasaan.

Saya sarankan puan datang dan kita.....

Tidak apa-apa. Tidak perlu. Tidak apa-apa, doktor. Terima kasih.

Helo, Lara. -Saya sudah tahu tentang...

...awak dan Kathy.

Tahu apa? -Jangan berbohong, Taufiq.

Serius. Saya tidak tahu..... -Sudahlah, Taufiq. Sudahlah.

Selepas apa yang jadi pada saya, awak masih hendak tipu saya lagi?

Saya minta maaf, Lara. -Awak tidak perlu jelaskan...

...apa-apa lagi, Taufiq. Saya sudah tidak mahu dengar.

Saya jelaskan dulu. Awak di mana sekarang? Saya datang jumpa awak.

Sudahlah.

Sayang, okeykah ini? Kenapa?

Abah, kenapa? Apa jadi? -Khatijah ada benda hendak...

...bincang dengan kamu.

Yaya, jom teman atuk pertgi kedai.

Mama, kenapa mama menangis?

Jo dan kakak ikut dulu atuk pergi kedai. Papa pujuk mama.

Berbincang elok-elok.

Detektif.

En. Aiman, ada apa-apa yang saya boleh bantukah?

Detektif datang hospital pagi tadi, bukan?

Saya datang sebab hendak periksa. Detektif okeykah?

Itu tidak ada kaitan dengan En. Aiman. Hal peribadi saya itu.

Tidak, tidak. Saya tidak bermaksud macam itu. Saya ingat kita.....

Yalah sebab hari itu detektif tidak tahu rumah, bukan?

Kalau ada apa-apa saya boleh bantu?

Saya tidak perlukan apa-apa bantuan.

Kalau tidak ada apa-apa, saya gerak dulu.

Okey. Maaf, detektif.

Detektif kena hati-hati sedikit. Apabila minum jamu ini,...

...entah apa benda mereka letak dalam itu?

Boleh bahayakan kesihatan. Kalau boleh, elakkan sajalah.

Ya?

Cik Lara. Cik Lara hendak duduk sekejap?

Dia kata saya pengsan sebab dehidrasi...

...tapi saya ini jurulatih gim, saya tahu rasanya kalau...

...tidak cukup minum air. Dia biasa datang ke gim saya.

Dia nampak macam lelaki budiman. Selalu bertanya khabar.

Selalu buat saya ketawa.

Jadi, lama-lama, kami rapat.

Saya masih ingat malam itu.

Saya tengah lapkan bahagian....

Tiba-tiba saya ada rasa macam.....

Macam lemah. Saya hendak pitam. Apabila saya sedar,...

...saya sudah ada dalam bilik lokar dengan dia.

Masa itu yang dia cakap saya pengsan.

Pada masa itu, saya tidak pening sangat. Jadi, dia hantar...

...saya balik. Di rumah, saya muntah. Saya.....

Saya tidak boleh lawan perasaan yang.....

Yang ada sesuatu tidak kena.

Saya rasa macam saya kena sentuh. Saya rasa kotor.

Jadi, saya minta dipindahkan ke gim lain.

Saya hendak lupakan semua itu sampailah saya terbaca...

...hantaran awak. Saya hendak jumpa awak. Saya hendak beritahu...

...yang saya percayakan awak.

Habis, awak ada buat laporan?

Saya cuba bincang dengan kawan baik saya. Selepas itu,...

...dia marah-marah. Kenapa saya biarkan Aiman putus...

...dengan saya saja?

Jadi, kalau orang yang paling rapat dengan saya...

...pun tidak percaya saya, apa gunanya lapor polis?

Entahlah. Saya pun sedar apabila...

...perempuan kena rogol saja,...

...perempuan sajalah yang salah.

Kenapa pakai seksi-seksi? Kenapa keluar malam seorang-seorang?

Kenapa bagi lelaki masuk rumah tapi lelaki tidak pernah salah.

Kalau awak tanya saya,...

Kommentare

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left