Die ersten 200 Zeilen.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Suatu masa dahulu, manusia dan naga hidup dengan harmoni.
Akan tetapi, manusia menjadi tamak dan mula mengambil alih dunia,
memusnahkan segala yang ada di laluannya.
Naga-naga merayu kepada manusia agar menghentikan perbuatan tersebut.
Akan tetapi, manusia berdegil dan mengisytiharkan perang.
Seorang ahli alkimia jahat, Petrosius,
telah mencipta raksasa membunuh naga dan menamakannya Nettlebrand.
Namun, Petrosius gagal mengawal raksasa itu
dan dibunuh oleh ciptaannya sendiri.
Nettlebrand mula memburu semua naga yang ada di seluruh dunia.
Naga-naga yang bertaburan itu
tidak berdaya melawan kekebalan Nettlebrand menggunakan api mereka.
Setelah gagal menjejak, Nettlebrand kembali ke istana penciptanya,
dihantui keinginan untuk makan.
Berabad sudah berlalu.
Manusia mengambil alih dunia, lupa tentang semua makhluk istimewa.
Saki-baki naga-naga yang ada tiada pilihan selain bersembunyi,
merahsiakan kewujudan mereka dari seluruh dunia.
Namun, tiada benda yang boleh bersembunyi selama-lamanya.
Jangan heret ekor di atas tanah.
Pastikan ekor diangkat, awak tahu…
Kita boleh dapat susah nanti.
Kepit kuat pada sisik.
Jangan tinggalkan bukti kehadiran kita.
Naik sini, buntal!
Peraturan ke-21.
Ingat! Api ialah jalan terakhir.
Ia digunakan untuk perlindungan saja.
Bertenang!
Cuba bawa bertenang!
Dengar sini! Ini perkara serius.
Api ialah senjata, bukan barang mainan.
Tiada api, tiada terbang.
Baiklah.
Kita kena…
Firedrake?
Maaf. Salah saya.
- Budak pelik itu. - Hai.
Apa awak buat di atas sana?
- Saya cuma… - Saya tak nak tahu.
Awak tak ada kerja lain selain merayap?
Seperti apa?
Di sini ada banyak kerja.
- Ya. - Macam…
Meneka bentuk awan seterusnya.
Mandi lumpur.
Melibas lalat guna ekor.
Tiada sesiapa kata awak tak boleh berseronok.
Cuma kamu berdua janganlah bising.
Saya nak jadi naga yang betul, seperti naga dalam cerita Slatebeard.
Berilah aku kekuatan.
Jangan cari pasal. Pergi main jauh-jauh.
Itu satu arahan!
Di mana seronoknya jika asyik kena sembunyi?
Bottleneck tak benarkan kita buat apa-apa.
Namun, kita selamat di sini. Bukankah itu lebih penting?
Siapa yang boleh cederakan kita? Pari-pari? Gnome?
Mak saya. Jika saya tak balik makan malam.
Jumpa esok.
Slatebeard!
Lihat betul-betul, cik sekalian.
Biar betul! Dia fikir dia naga sejati.
- Siapa nama dia? - Spinecrackle.
Spinecrackle?
Saya takkan lupa nama itu.
Dia bukan naga sejati.
Sempadan Syurga. Di situlah tempat naga sejati tinggal.
Hei, Slatebeard!
Menceritakan kisah dongeng gila lagi, orang tua?
Orang tua awak kata? Mari saya tunjukkan awak orang tua!
Berani sungguh dia.
Siapa nama dia?
Tadi awak sebut "Sempadan Syurga".
Bagaimana awak tahu Sempadan Syurga?
Awak baru cakap tadi.
Awak pernah ke sana?
Aduhai. Meluat saya tengok naga itu.
Siapa nama dia?
Ceritalah lagi tentang Sempadan Syurga.
Ya. Syurga para naga.
Tempat bunga seri pagi menjadi mekar.
Di mana?
Ia…
Ia…
Di kawasan pergunungan yang jauh…
Slatebeard, jangan tidur dulu.
…di dunia sebelah sana.
"Syurga para naga."
Di mana tempatnya?
Dia kata di kawasan pergunungan yang jauh di dunia sebelah sana.
Dia menggelarnya "syurga para naga".
Syurga para naga? Itu bagus untuk awak.
Brownie juga dialu-alukan.
Mana awak tahu? Mungkin brownie dibarbeku di sana.
Cantik.
Saya cuma cakap tempat itu macam sesuai untuk saya.
Ayah saya kata dunia di luar lembah ini tempat yang menakutkan.
Kita terperuk di sini.
Manusia!
Kita kena beritahu yang lain.
Bawa bertenang.
Manusia datang! Apa mereka buat jika jumpa kita?
Benda yang selalu mereka buat.
Serang dulu, tanya kemudian.
Bukan selalu begini.
Pada zaman raja-raja naga yang hebat,
manusia dan naga terbang bersama-sama…
Sehingga manusia mahu kita ikut cara mereka!
Kita bersembunyi dan tunggu manusia melepasi kita.
Kita lawan musuh!
Dah tiba masa kita tunjukkan kehebatan kita!
Kita makhluk yang mulia. Berlawan bukan cara kita.
Apa mulia sangat tentang sembunyi?
Cukup!
Jika manusia semakin menuju ke sini, mereka akan tiba waktu bulan penuh.
- Sulphurbreath. - Ya, bos.
Sedia tempat sembunyi.
Bagaimana dengan Sempadan Syurga? Jom ke sana.
Yalah itu. Macam mana awak nak ke sana?
- Saya ada sayap, bukan? - Serius?
Kita cari Sempadan Syurga, balik dan bawa mereka ke sana.
Gila! Awak tak pernah keluar dari sini.
Sorrel!
Saya datang, mak!
Itu dia. Ini sepatutnya dapat menampung.
Manusia durjana itu fikir dunia ini milik mereka!
Macam saya selalu cakap. Mereka paling teruk!
Kita patut lari! Tinggalkan lembah! Cari rumah baharu!
Sorrel, jika ayah tahu tempat yang kita boleh pergi,
kita pasti dah pergi.
Nanti saya balik. Saya janji.
Baiklah.
- Sorrel! Apa awak buat di sini? - Awak rasa apa?
- Lekas. Sebelum saya tukar fikiran. - Okey.
Ini dia.
Saya harap awak tahu apa awak buat.
Awak tak pernah terbang sebelum ini!
Jadi, genius, di mana kita nak mula?
- Sorrel, awak tak apa-apa? - Masih hidup.
Wah! Tengok itu!
Apa itu? Ia nampak hebat.
Patutkah kita ke sana?
Awak dah gila? Di situlah tempat manusia.
Walaupun…
Apa?
Ada pari-pari pernah beritahu saya tentang tempat ramalan yang ada di sana.
Mungkin ia boleh bantu kita cari Sempadan Syurga.
Bagus. Apa namanya?
Mereka menggelarnya Internet.
Internet. Okey. Jom kita tanya Internet.
Kita tiada pilihan yang lebih baik.
Tak. Terlalu bahaya nak terbang ke sana.
Jom, Sorrel. Kita kena cuba.
Hei!
- Hei! - Kali ini kau takkan terlepas!
Hei, jaga-jaga!
PAWAGAM
Tak sangka!
- Saya teruja! - Mak, boleh dapatkan cenderamata?
CARA JINAK NAGA
Berhenti! Pencuri!
Hei! Hati-hati.
- Tengok ini. - Di sana! Itu dia!
Berhenti! Polis!
Ya!
Itu kostum aku! Apa kau buat ini?
Dah sampai.
Maaf.
Okey. Saya kecil. Awak besar.
Saya cari Internet. Awak sembunyi di sana.
Okey.
Helo?
CARA JINAK NAGA DI PAWAGAM
Pada zaman raja-raja naga yang hebat,
manusia dan naga terbang bersama-sama.
Ya, sangat bagus.
Kostum itu sangat cantik, kawan.
Awak orang filem itu, bukan?
Ayuh, si kecil. Mana awak?
Terasa macam
naga.
Okey, bertenang. Ia cuma naga.
Hai.
Naga yang bercakap!
Awaklah orangnya!
Ya, saya ialah dia.
Saya ialah penunggang naga?
Penunggang naga.
Apa itu penunggang naga?
Seperti penjinak kuda, tapi dengan naga!
Ia benda psikik.
Hebatnya. Boleh tolong kami cari Sempadan Syurga?
Saya kena periksa diari.
Ini masa yang sibuk dalam kalendar penunggang naga.
Saya dah cari dan tak jumpa…
Manusia! Berundur!
Apa saya pesan tentang jumpa musuh?
Tak, awak tak faham. Dia penunggang naga. Dia boleh bantu cari Sempadan Syurga.
Tolonglah. Jangan terpedaya dengan helahnya.
No comments yet. Be the first to leave one.