Special Force: Anarchy - First Season

Special Force: Anarchy - First Season

Download Malay Untertitel

Staffel 1

Release Info

Special Force Anarchy S01E04 HS WEB-DL
Ein Kommentar von ShasyaLala
Disney Retail.

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Veröffentlicht am: 2023-02-04
Downloads: 9
Hörgeschädigt: No

Malay Untertitel-Vorschau

Die ersten 200 Zeilen.

Inspektor Iman, Azazel bukan kumpulan pengganas.

Mereka mengawal dunia.

Awak tak nak tahu kalau semua ini ada kaitan dengan kes mak awak?

Mungkin ada jawapan tentang orang yang bunuh dia.

Rompakan yang mereka akan lakukan...

...bukan hanya tentang duit.

Mereka mungkin ada matlamat yang lebih besar.

Kita dah dapat perkara yang kita mahu.

Awak kawan Jeff.

Awak tahu lokasi dia.

Ayah baru bercakap dengan Komander Jeneral.

Selepas perkara yang berlaku,...

...kita buat silap besar.

USB dicuri dari ibu pejabat polis?

Ini sangat teruk.

Reuben hubungi Komander Jeneral...

...dan buat aduan sehingga kita nampak teruk.

Tujuan mereka mahu USB itu adalah untuk dapatkan cetak biru.

- Itu langkah seterusnya. - Kamu tak faham.

Mereka tak percayakan kita lagi.

Kalau tempat kita diceroboh, macam mana kita nak lindungi orang lain?

Bank dia akan dirompak. Mengapa dia tak faham?

- Ayah... - Ini salah kamu.

Kamu patut tunggu bantuan tapi tak.

Kamu mahu jadi wira.

Degil betul.

Ayah.

Reuben minta kita tugaskan...

...satu unit di setiap...

...105 cawangan bank di bandar ini.

105 cawangan?

Ayah perlu patuh.

Satu perkara lagi.

Kita terpaksa tangguhkan siasatan disebabkan kamu.

Mungkin kamu tak cukup bagus untuk ini.

Saya tak faham.

Mengapa kita perlu pindah dari sini?

Bukan dari sini saja.

Saya mahu kita pindah jauh dari sini.

Awak tak suka tinggal sini?

Ain.

Ain,...

...jangan salah faham.

Awaklah yang paling penting dalam hidup saya.

Saya nak kita pindah supaya kita boleh mulakan hidup baru.

Kehidupan yang lebih bermaruah.

Jadi...

...awak pasti kita berenam boleh ubah segalanya?

Persoalannya bukan "boleh"...

...tapi "bila".

Apabila semua orang melihat kebenaran.

Ramai orang dah tahu.

Namun mereka pilih untuk tak buat apa-apa.

Apa pilihan yang awak ada sekarang?

Pak cik.

Jadi? Awak ada benda itu?

Betulkah awak mahu?

Tentulah.

Yang hitam atau putih?

Hitam.

Awak nak berapa ekor?

Awak ada berapa ekor?

Bos, kami dah jumpa dia.

Dia ada di depan saya.

Tunggu apa lagi?

Tangkap dia.

DUIT SYILING DAN WANG KERTAS SAHAJA

Majutech Software Solutions. Terima kasih.

Pembangun perisian untuk program keselamatan bank.

Saya boleh tanya mereka tempat mereka simpan cetak biru itu.

Iman, kita dapat arahan yang jelas.

Tunggu dulu.

Awak nak saya berhenti?

Bukan saya. Pihak atasan yang mahu awak berhenti.

Mereka mahu kita tugaskan satu unit di setiap cawangan.

Apa lagi yang kita boleh buat?

Tentu ada cara lain.

Saya pasti Reuben sembunyikan sesuatu.

Awak tak boleh cakap begitu.

Sara, tugas kita adalah menjaga keamanan.

Kalau keamanan diancam,...

...kita tak boleh berdiam diri.

Jadi apa kita patut buat?

Memberontak? Menentang orang atasan?

Saya akan yakinkan pegawai atasan...

...dengan bukti dan fakta.

Mungkin kita terlepas pandang.

Mungkin perompak juga akan buat silap.

Mungkin saya patut hubungi Cerpelai.

Ya Tuhan.

Cukuplah.

Komander Jeneral dah marah ayah awak.

Apa lagi yang awak nak?

Awak nak Presiden datang dan suruh awak berhenti?

Saya akan dapatkan bukti...

...dan semua orang akan sedar akhirnya.

Sara, saya bukan nak memberontak.

Okey.

Ini soalan saya.

Apa yang awak cuba buktikan...

...dengan buat semua ini?

Kalau ini tentang mak awak,...

...kita tak pasti ada kaitan atau tak.

Awak tak boleh buat begini, Iman.

Kalau awak tak setuju dengan saya, tak apalah.

Degil betul.

Saya tak faham.

Mengapa kita perlukan USB ini?

Cetak biru bank disimpan dalam pelayan luar talian.

USB ini seperti kunci untuk saya buka fail.

Tunggu.

Kalau bank tahu kita ada kuncinya,...

...mengapa tak tukar?

- Mereka tak boleh tukar. - Ya.

Untuk buat kunci baru, mereka perlu buka kunci lama.

Cakoi, di mana Jeff?

Entah. Dia tak jawab panggilan saya.

Misi ini sangat berisiko.

Selepas kita pecah masuk ke ibu pejabat polis,...

...semua orang memerhatikan kita.

Wisma Techstar.

Di situlah cetak biru bank disimpan.

Mula-mula, kita perlu melalui pemeriksaan keselamatan di lobi.

Pengawal akan imbas semuanya.

Seterusnya, kita akan pecah masuk ke bilik pelayan.

Di bilik itu, saya akan muat turun cetak biru ke USB ini.

Di pintu bilik pelayan ada pengawal bersenjata...

...dan imbasan retina.

Macam mana kita nak masuk kalau ada imbasan retina?

Kita tak boleh korek mata pengawal.

Mengapa awak macam tertekan?

- Taklah. - Saya kenal awak.

Saya tahu jika awak ada masalah.

Okey, beritahu saya.

Tentang...

...Iman.

Dia taasub dengan kes bank itu.

Dia nak menentang arahan Komander.

Saya tahu dia betul.

Namun bank enggan beritahu kita lokasi cetak biru disimpan.

Orang atasan tak mahu kita teruskan.

Apa kita boleh buat?

Sara, sebagai kawan, kita perlu sokong dia.

Awak tahulah perangai Iman.

Dia memang degil.

Masalahnya, kita tak tahu berapa lama dia boleh berdegil.

Sekurang-kurangnya,...

...sehingga kita pindah ke rumah baru kita.

- Peguam dah balas? - Dia dah e-mel S&P.

Sebaik saja kita tandatangan,...

...dan rumah itu sah milik kita, kita akan ada beban hutang.

Jadi?

Awak pasti awak tak menyesal mengahwini saya?

- Gaji polis saya tak banyak. - Sayang,...

...kalau saya menyesal, saya takkan mengahwini awak.

Saya akan pastikan...

...awak takkan menyesal.

Okey, sayang.

Saya dapat dompetnya.

Saya jumpa sesuatu yang sangat menarik.

Jadual keselamatan Wisma Techstar.

Tarikhnya 9 Jun.

Sekarang kita tahu tarikhnya.

Okey.

Mari kita beri mereka kejutan.

Organisasi kita tak suka kejutan.

Mariam, geng itu nak curi cetak biru kita di Techstar.

Kita akan tangkap mereka.

Siapa yang akan tangkap siapa, Reuben?

Perlukah saya ingatkan awak lagi?

Setakat ini,...

...kesan tindakan awak tak sepadan...

...dengan keyakinan awak.

Orang atasan...

...hanya mahukan hasil.

Namun saya ada risiko saya sendiri.

Duit saya ada di sana.

Awak takkan ada duit itu...

...tanpa kami.

Tanpa saya.

Perlukah saya beri amaran sekali lagi tentang Inspektor Iman?

Tolonglah. Dia muda dan idealistik.

Sistem akan mematahkan semangat dia.

Jangan pandang rendah pada Inspektor Iman.

Dialah yang akan mengejutkan awak nanti.

Percayalah pada saya,...

...dan tolong...

...uruskan anjing yang satu lagi itu.

Mak!

Kita tutup mata supaya kita boleh terus bermimpi...

...daripada berdepan dengan kebenaran.

Jika mimpi itu mendorong manusia,...

...mimpilah dengan mata terbuka.

Jangan tutup mata.

Jangan berpaling apabila tiba masanya untuk kita bangkit.

Saya nak melawat pejabat Majutech Software.

- Tolonglah, Iman. - Sara,...

...apa gunanya jadi polis...

...kalau saya tak boleh halang rompakan itu?

Saya perlu tahu tempat mereka simpan cetak biru itu.

Kommentare

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left