Die ersten 200 Zeilen.
LORNE MICHAELS MEMPERSEMBAHKAN
Teran! Ya! Bagus!
Okey, teran kuat sekali lagi!
Awak kuat, Holly!
Cakap yang dia kuat, Ted.
Okey, Ted cakap awak kuat, Holly! Ya.
MALAM MEREKA BERTEMU
Biasanya saya tendang saja.
- Oh, betulkah? - Ya.
Di situ.
Saya boleh tolong, jika awak nak.
Tak perlu, saya tendang semuanya sendiri sejak gred tiga, jadi...
Cuma satu tendangan dan ia berfungsi?
Mm-hmm.
TEPAT SETAHUN KEMUDIAN
Josh.
Ini tahun terbaik hidup saya.
Saya tak pernah terfikir jumpa seseorang yang ada banyak persamaan dengan saya.
Awak buat saya rasa seperti saya juara dan tempat mengadu.
Saya boleh beritahu semuanya tanpa dinilai dan awak selalu sokong saya.
Saya cintakan awak. Jadi, ini untuk kita.
Saya pun rasa perkara yang sama.
Apa?
"Saya pun rasa perkara yang sama."?
Ya. Boleh kita sentuh gelas sekarang?
Ia ulang tahun pertama kita.
Rasanya saya harapkan sesuatu yang lebih istimewa.
Maaf mengganggu. Kamu nak lihat dulang pencuci mulut?
Sudah tentu.
Selamat ulang tahun.
TEPAT TIGA TAHUN KEMUDIAN
LANGKAH-LANGKAH UNTUK HUBUNGAN LEBIH HEBAT
Tak, saya punya.
TEPAT DUA BULAN KEMUDIAN
Ada apa dengan Laluan Cinta Hati Suci?
Enam tahun lalu, saya dan Joanna
melihat kawasan sekeliling dan kami rasa kecewa.
Hubungan semakin hambar.
Banyak yang patah hati.
Jadi saya dan Marv cipta laluan
untuk pasangan lupakan tentang dunia dan bersatu semula.
Sebelum kamu mulakan, ada beberapa barang yang diberikan.
Dalam beg cinta kamu.
Paling penting adalah hati
yang diukir pada batu Chippewa suci dengan nama kamu padanya.
Kami nak kamu serahkannya kepada pasangan setiap hari
dan fikirkan tentang makna sebenarnya...
- ...untuk beri hati kepada seseorang. - Saya sukakannya.
Kamu boleh meneroka, tapi jangan terlalu jauh dari laluan.
Tiada perkhidmatan rangkaian telefon di dalam hutan,
dan kami tak nak sesiapa mati di sini.
Baiklah.
Memang ada yang mati sebelum ini.
Paling penting, ingat untuk gunakan masa ini
sebagai cara untuk lebih mencintai satu sama lain.
Jangan risau tentang awan itu.
Pegawai kaji cuaca cakap cuaca akan cerah sekejap lagi
dan hari akan cerah sepanjang minggu ini.
- Mel! - Jangan ganggu saya!
Saya cuma cakap kita patut lupakan pendakian ini.
Saya bukan maksudkan hubungan kita. Saya cuma maksudkan pendakian ini!
Tolonglah, kita dah sesat selama berjam-jam,
telefon bimbit kita tak berfungsi, kita basah dan serabut,
awak marah saya tanpa sebab kukuh.
- "Tanpa sebab kukuh"? - Okey.
Awak hilangkan hati saya.
Saya beri awak hati itu dan awak hilangkannya.
Mel, ia batu.
Ia metafora.
Saya penuhkannya dengan makna semasa berikannya kepada awak.
Awak yakin saya belum pulangkan kepada awak?
Periksa beg sandang awak, sebab percayalah, saya dah...
Jadi kenapa hati awak ada pada saya?
Baiklah, jadi... Awak nak saya cari ia semula?
Okey, saya akan lakukannya. Saya akan cari di seluruh hutan ini
untuk batu berbentuk hati yang kabur itu. Itu yang awak nak?
Ya.
Sayang, ia cuma batu.
Apa gunanya kita buat semua ini jika awak tak nak berusaha?
Saya tak tahu apa tujuan semua ini.
Awak tak nak buat hubungan kita jadi lebih bagus?
Hubungan kita tiada masalah.
Ia... tiada masalah.
Kenapa semuanya perlu sempurna?
Kenapa ia masih tak cukup?
Okey. Ya. Teruslah pura-pura semuanya okey, ya?
Sebab lebih mudah begitu.
Ini memenatkan.
Sekejap. Itu bunyi apa?
- Loceng gereja? - Awak pun dengar?
Kadangkala awak dengar bunyi loceng gereja yang orang lain tak dengar?
Pasti ada bandar di seberang jambatan itu.
Awak nampak jambatan juga?
Oh, kita masih nak teruskan begitu?
Peliknya.
Hujan dah berhenti.
"Schmigadoon"?
KAMI SENTIASA BERUSAHA UNTUK KEAMANAN DAN KEGEMBIRAAN
Selagi mereka ada tandas yang berfungsi, saya tak kisah.
Kenapa ada tumbuhan palsu?
Mungkin mereka nak jimatkan air.
Okey...
Apa ini?
Kenapa ada muzik dari merata-rata tempat?
Selamat datang ke bandar kecil kami
Tempat kau hanya akan kenali rakan-rakan
Kau takkan melihat kerutan
Hei, semua.
Hei, Pete.
Kami yakin kau mungkin Terfikir nama tempat ini
Tempat paling indah, mengagumkan Penuh keajaiban
Apa yang berlaku?
Pasti ia sesuatu yang mereka buat untuk pelancong. Seperti Colonial Williamsburg.
Schmigadoon
Tempat matahari bersinar cerah Dari Julai hingga Jun
Udaranya manis bak makarun
Schmigadoon
Okey, kami tak beli tiket. Saya ulang, kami tiada tiket.
Sudahlah. Biar mereka menyanyi.
Schmigadoon
Tempatnya hangat Serta selamat seperti kokun yang baru
Jiwa kami begitu gembira Bak bulan tuai
Schmigadoon
Schmigadoon
Tempat manusia jadi manusia. Haiwan tetap haiwan
Petani tersenyum sambil menolak bajaknya
Semua pokoknya tinggi Kami memanggilnya Schmigadoon
Tolonglah, ia menarik.
Menarik? Ia Wicker Man .
Warga sekolah kami Emma Tate Dia bantu anak-anak kami membaca
Masih bujang pada usia 28 tahun
Di Schmigadoon
Petani McDonoughnak anak lelaki, tapi dapat anak perempuan
Sentuh mereka dan kamu akan mati
Di Schmigadoon
- Ow! - Maaf, Pete!
Larry Bean padam kebakaran
Helen Pritt ketuai koir
Doktor merawat semua pesakit
Saya pula bersedia jika dia tak panjang umur
Dia pula bersedia jika dia tak panjang umur
Pete okey?
Henry Brown sediakan ais
Madam Vina berikan nasihat
Buford Riggs tinggal di teratak itu
Saya buat perkara menakutkan kepada khinzir
Dia buat perkara menakutkan kepada khinzir
Datuk bandar!
Ia takkan berakhir.
Itu datuk bandar.
Sebagai datuk bandar Schmigadoon
Rasanya saya perlu tekankan
Moto kami adalah
"Kami selalu berusaha Untuk keamanan dan kegembiraan"
Moto kami adalah
"Kami selalu berusaha Untuk keamanan dan kegembiraan"
Tapi...
Itu Pn. Layton.
Jika Schmigadoon nak bertahan
Ia perlu sentiasa bersih dan suci
Tanah yang ayah kita tinggalkan
Kita mesti ikut perintah Tuhan
Semua!
Schmigadoon!
Tempat loceng gereja berbunyi Setiap hari pada tengah hari
Serta gerabak Wells Fargo Bawakan serampang baruku
Schmigadoon
- Ow! - Maaf, Pete.
Tempat lelaki boleh berangan. Impian besar dan luas
Wanita akan ada Sentiasa di sisinya
Ada harapan untuk semua Sama ada hebat atau kecil
Tiada perkara yang mengarut Bawalah payungmu
Kami memanggilnya
Schmiga
Schmiga
S-C-H-M-I-G-A-D-O-O-Ohhh!
Schmigadoon!
Ya! Kamu hebat!
- Boleh kita beredar sekarang? - Sekarang?
Awak tahu saya tak suka muzikal.
Manusia takkan tiba-tiba menyanyi dalam kehidupan nyata.
Awak nampak tak kisah dengan tukul ajaib yang datang semula apabila diseru.
Ia berbeza.
Thor ialah Tuhan guruh, dan sudah tentu Mjollnir datang semula apabila diseru.
- Helo. - Alamak!
Tolong jangan buat saya berinteraksi dengan pembuat persembahan.
Awak tahu saya tak suka... Hei! En. Datuk Bandar.
Selamat datang ke Schmigadoon.
Datuk Bandar Aloysius Menlove sedia berkhidmat.
Ini isteri saya, Florence.
Ambillah butang ini.
Saya menang tanpa bertanding lagi.
Tapi siapa yang tak suka butang?
- Saya Melissa. Ini Josh. - Gembira bertemu kamu.
Kamu akan menginap di Rumah Tumpangan Schmigadoon.
Oh, kamu akan suka. Saya dan Aloysius menginap di situ semasa berbulan madu.
Walaupun kami tak tidur lena sepanjang malam itu
disebabkan ayam-ayam jantan di belakang.
- Baiklah. - Sebenarnya, kami nak beredar, jadi...
Dah beberapa hari kami tidur di lantai,
No comments yet. Be the first to leave one.