Die ersten 200 Zeilen.
PENDEKAR
Legenda mengatakan Kwok Ching dan isterinya Wong Yung
telah mendapat Pedang Baja, Wira Penembak Helang Yeung Guo.
Ia dileburkan, dicampurkan dengan emas dan ditempa menjadi dua bilah senjata.
Satu bernama Golok Pembunuh Naga, satu lagi bernama Pedang Langit.
Mereka juga menulis semua ilmu mereka bersama-sama taktik Yue Fei
dan rahsia kitab seni pahlawan yang paling berkuasa, Kitab Sembilan Yin
dan sembunyikannya dalam pedang-pedang itu.
Sesiapa yang mendapatnya akan merajai dunia pahlawan.
- Puak pendekar terunggul. - Puak pendekar terunggul.
- Puak pendekar terunggul. - Puak pendekar terunggul.
- Puak pendekar terunggul. - Puak pendekar terunggul.
Tidak kira yang baik mahupun yang jahat,
demi mendapatkan kedua-dua senjata yang sangat berkuasa ini,
banyak pertumpahan darah berlaku.
Lama-kelamaan, dua kumpulan yang bermusuhan telah terbentuk.
Satu kumpulan terdiri daripada enam puak terbesar Dataran Tengah, dipimpin Shaolin.
Shaolin.
Wudang.
Emei.
Kunlun.
Kongtong.
Gunung Hua.
Satu lagi kumpulan berasal dari Farsi yang menganut agama Zoroaster.
Mereka gelar diri mereka sebagai Kultus Ming.
Tetapi puak-puak lain menganggap mereka sebagai kultus iblis.
Mereka puak yang penuh misteri.
Mereka sentiasa membuat kucar-kacir dan menentang Dinasti Yuan.
Markas mereka terletak di Puncak Terang.
Kultus itu mempunyai empat Raja Pelindung iaitu Raja Ungu, Putih, Emas dan Hijau.
Mereka pahlawan terbilang.
Nama mereka ialah Raja Naga Selendang Ungu,
Raja Elang Alis Putih,
Raja Singa Bulu Emas
dan Raja Kelawar Sayap Hijau.
Kedua-dua kumpulan ini memang berseteru hebat.
Para pengikut mereka tidak boleh berbaik langsung.
Sesiapa yang tidak setia akan dibunuh.
Tetapi pengikut kelima Chang San-fung Puak Wudang, Chang Tsui-san
ialah seorang wira berhati mulia dan enggan mengikut peraturan kuno.
Dia jatuh cinta kepada Yan So-so, anak Raja Elang Alis Putih.
Malah dia mengangkat sumpah saudara dengan Raja Singa Bulu Emas Tse Shun.
Mahaguru Raja Singa Bulu Emas, Shing Kwun,
membunuh keluarga Tse Shun demi membantu Dinasti Yuan
menghapuskan Kultus Ming.
Tse Shun berusaha sedaya upaya
mencari Golok Pembunuh Naga demi menebus nyawa keluarganya.
Dia membunuh ramai pengikut enam puak Dataran Tengah.
Tsui-san dan So-so tidak mahu mendedahkan tempat Tse Shun bersembunyi sekarang.
Jadi mereka dan Tse Shun belayar ke Pulau Api Ais yang jauh
dan memencilkan diri di sana.
Walaupun Tse Shun sudah dapat Golok Pembunuh Naga,
dia masih tidak memahami rahsia pedang itu.
Pada hari jadi ke-100 Chang San-fung,
Tsui-san membawa isterinya So-so dan anak mereka Mo-gei
kembali ke Gunung Wudang sempena hari jadi mahagurunya.
- Beri saya. - Satu dolar.
Siapa lagi...
Jeruk buah!
Saya nak.
- Tolong beri satu. - Baik.
Nah, Mo-gei. Makan puas-puas.
- Terima kasih, mak. - Marilah.
Saya sudah kata jangan keluar.
Kita sudah di kaki Gunung Wudang. Rasanya tak apa.
Tak tentu juga.
Orang sanggup buat apa saja untuk Golok Pembunuh Naga.
Ayah, kenapa mereka nak Golok Pembunuh Naga Bapa Singa?
Berapa kali ayah kata?
Jangan sesekali sebut nama Bapa Singa. Faham?
Saya takkan cakap lagi.
Ingat.
Tak kira siapa tanya tentang Bapa Singa, walau mereka seksa kamu sekalipun,
jangan sesekali beritahu di mana Bapa Singa kamu.
- Kamu faham? - Faham.
Ayah kata kita tak boleh mengkhianati kawan-kawan kita.
Itu bukan perbuatan yang mulia.
Pandai.
Mahaguru tentu akan suka kamu.
Mahaguru garang tak?
Mahaguru ayah orang paling baik hati sekali.
Chang Tsui-san.
Sakit!
Itu Lolongan Langsuir Yunming.
Boleh buat kita jadi gila.
Kalau tak ditahan dengan tenaga batin, kita boleh hilang siuman kalau dengar.
Siapa awak? Munculkan diri!
Telapak Dingin Yunming?
Mo-gei!
Mak!
Awak berdua Tetua Yunming yang terkenal itu, ya?
Chang Tsui-san!
Kalau awak nak anak awak balik,
cepat cakap di mana Raja Singa Bulu Emas bersembunyi!
Jangan harap.
Kalau kami serang anak awak dengan Telapak Dingin Yunming,
awak rasa apa akan terjadi?
Berani awak!
Anak itu tak bersalah.
Kenapa awak perlu menganiaya dia?
Kalau awak lepaskan dia,
Puak Wudang dan Kultus Ming akan terhutang budi selamanya.
Awak nak ugut kami dengan nama Wudang dan Kultus Ming?
Kalau si tua kutuk Chang San-fung itu datang ke sini pun, saya tak takut!
Betul awak tak takut?
- Mahaguru. - Mahaguru.
Saya, Chang San-fung, merayu agar awak lepaskan budak itu.
Chang San-fung yang ditakuti ramai hanya orang tua gemuk saja.
Harap nama awak saja yang gah.
Ya, benar.
Orang ramai hanya menggembar-gemburkan nama saya.
Sedangkan saya tak sehebat mana.
Si gemuk.
Kalau awak takut dengan Telapak Dingin Yunming kami,
- suruh pengikut awak - Ayah!
beritahu mana Tse Shun.
Baiklah.
Tsui-san, beritahulah mereka.
Mahaguru, saya sudah angkat sumpah saudara dengan Tse Shun.
Kalau saya khianati dia, itu perbuatan hina dan tak setia.
Betul juga.
Kalau awak bersikap hina dan tak setia, macam mana awak nak tunjuk muka?
Tolong beri muka kepada kami.
Orang tua, kalau awak tak nak mati, ke tepi sekarang.
Atau awak akan mati pada hari jadi ke-100 awak.
Tak ada gunanya mengeluh lagi.
Awak berdua memang tak guna!
Saya tak nak bergaduh atau marah pada hari jadi ke-100 saya!
Tapi awak berdua buat saya terpaksa!
Saya mesti ajar awak habis-habisan.
Bat-yung!
Sekali awak serang anak pengikut saya, saya akan serang kawan awak 100 kali.
Sayang, tak sangka mahaguru awak panas baran.
Mahaguru saya memang panas baran sejak dulu.
Baik, kita lepaskan tebusan serentak.
Saya rasa awak takkan berani cuba macam-macam.
Satu.
Dua.
Tiga!
Mo-gei!
Mo-gei.
- Hati-hati! - Lari!
Telapak Dingin Yunming?
Mo-gei.
Bawa Mo-gei ke Shaolin cepat!
Bukan. Bawa dia ke Wudang.
Saya akan minta penawar daripada mereka berdua.
BALAI ZAN-MOU
Sudah! Kalau diteruskan, jaringan tenaga Mo-gei akan patah dan dia akan mati.
Tamatkan!
Mo-gei.
Mo-gei.
Yuen-kiu, bagaimana keadaan dia?
Telapak Dingin Yunming terlalu kuat.
Kita mesti tunggu Mahaguru awak untuk membawa penawarnya.
Bagaimana dengan Mo-gei?
Mak.
Sakitnya.
Jangan risau, Mo-gei.
Ini ada jeruk buah.
Bila sakit, makan sebiji. Baru kamu tak rasa sakit lagi. Ya?
Kami datang melaporkan!
Wakil-wakil puak Shaolin, Emei, Kongtong,
Gunung Hua dan Kunlun sudah tiba.
Kononnya nak sambut hari jadi Mahaguru
tapi mereka nak paksa Tsui-san cakap di mana Raja Singa Bulu Emas.
BALAI ZAN-MOU
Hari ini hari jadi ke-100 mahaguru saya.
Beliau minta agar tidak menyambut besar-besaran
dan dia hanya nak bertafakur sahaja.
Terima kasih untuk lawatan anda dan kami akan membalasnya di lain hari.
Sila pulang sekarang.
Jika Tokoh Abadi Chang tak nak diganggu, kami akur.
Tapi dia mesti menyerahkan Chang Tsui-san dan Yan So-so
dan beritahu kami di mana Raja Singa Bulu Emas.
Selepas itu baru kami akan pergi.
Rahib Mit-juet, awak ingat awak ada di mana sekarang?
Berani panggil orang sesuka hati awak?
Demi menebus nyawa para pengikut lima puak Dataran Tengah,
kami mesti cari Tse Shun sampai dapat.
Jika Tuan Sung tidak serahkan mereka,
saya tak ada pilihan lain selain berlawan dengan awak.
Orang kata kemahiran awak boleh tahan juga.
Biar saya, Sung Yuen-kiu, menilainya!
Chang Tsui-san, kalau awak tak keluar,
abang-abang seguru awak akan mati!
Berhenti!
Rahib Mit-juet, jangan melampau.
Akhirnya perempuan iblis itu keluar juga!
Mana Raja Singa Bulu Emas?
Saya takkan beritahu awak di mana saudara sedarah saya.
Eloklah.
Awak nak bersaudara dengan si pembunuh, Tse Shun itu.
Biar saya buat awak sedar.
Perempuan iblis!
Awak?
Rahib tak guna!
Awak...
Pedang Langit memakan korban sebaik saja dikeluarkan.
Awak tak perlukannya.
No comments yet. Be the first to leave one.