Projek: High Council - First Season

Projek: High Council - First Season

Download Malay Untertitel

Staffel 1

Release Info

Projek High Council S01E09 AOTG WEB-DL
Ein Kommentar von ShasyaLala
Astro GO Retail.

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Veröffentlicht am: 2023-03-10
Downloads: 7
Hörgeschädigt: No

Malay Untertitel-Vorschau

Die ersten 200 Zeilen.

"Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran sosial...

...tentang laporan kejadian merokok bawah umur, buli...

...dan keganasan di sekolah. Kejadian tersebut dilaporkan...

...telah mengakibatkan kecederaan yang serius dan kematian."

"Pihak ASTRO dan semua anggota sekutunya,...

...saluran atau khidmat penyiaran serta mana-mana pihak lain...

...yang terlibat dalam penerbitan dan penyiaran program ini...

...sama sekali tidak menyokong...

...sebarang bentuk buli dan keganasan."

"Diilhamkan daripada Untold Malaysia Stories"

Awak buat apa di atas semalam? Sampai warden naik ke atas.

Sekarang ini, satu sekolah ingat saya suruh awak lapor.

Ini sekolah saya, Mia.

Awak tak perlu masuk campur! -Kamu semua buat apa sebenarnya...

...selama ini?

Naim.

Naim, berhentilah! Saya tak kisah.

Saya nak awak beritahu sekarang juga.

Apa yang awak nak daripada saya? -Saya nak tahu...

...kenapa muka awak selalu lebam?

Saya nak tahu kenapa awak selalu bergaduh?

Benda apa yang awak nak tunjuk kepada dunia ini?

Yang awak itu kuat?

Yang awak tak lembik macam ayah awak?

Macam ini awak nak tunjuk?

Habis itu, awak? Awak nak tunjuk apa?

Cuba awak tanya diri awak perkara yang awak nak.

Mia, tawaran pun dah dapat. Kereta awak pun dah siap.

Kenapa awak masih di dewan makan buruk ini?

Kenapa awak tak nak pergi?

Sebab awak tahu, bukan? Apabila awak dah pergi,...

...awak harus buat keputusan sendiri.

Semua perkara yang terjadi selepas itu...

...adalah atas diri awak sendiri.

Saya tahu awak sangat takut tentang hakikat itu, bukan?

Okey, baiklah.

Saya memang penakut.

Namun, awak tahu kenapa saya begitu susah...

...nak tinggalkan tempat ini?

Awak, Naim.

Saya sayang awak.

Awak faham, tak?

Saya cuma nak tahu kalau...

...awak tak rasa begitu walau sedikit pun pada saya?

Kalau begitu, baiklah.

Saya pergi. Saya takkan kacau hidup awak lagi.

Tak.

Sikit pun tak ada.

Naim.

Naim, sumpah saya..... -Awak siapa?

Kalau mak ayah saya sendiri tak terima saya,...

...awak siapa?

Cikgu, doktor cakap apa? Ayam dah sedar?

Saya nak pergi jumpa dia, cikgu. -Fakhri.

Beritahu kami perkara sebenar yang terjadi pada dia, Fakhri.

Awak ingat kami nak percaya dia jatuh tangga sampai macam itu?

Muka awak itu pula kenapa?

Fakhri!

Beritahu kami sebabnya, Fakhri!

Sudah.

Fakhri, pergi cuci muka kamu. Prakash, kamu ikut dia.

Selepas selesai, saya bawa kamu berdua balik ke dorm.

Awak akan biar mereka tipu kita lagi?

Mereka dah menipu kita selama ini.

Awak ingat mereka akan cakap jujur sekarang?

Kahar.

High Council ini wujud sebab apa, Hakeem?

Sebab.....

...mereka ini.

Untuk kawal perangai syaitan kita.

Saya nampak perangai syaitan saya semalam, Hakeem.

Saya tengok Fakhri,...

...saya terdetik nak bunuh dia.

Namun sekarang saya takut, Hakeem.

Saya takut saya dah bunuh Ayam.

Kahar.

Ayam, Hakeem.

Kalau perangai syaitan saya sendiri saya tak boleh kawal,...

...kenapa saya ingat...

...saya boleh kawal kamu semua?

Helo, ayah?

Tak ada apa-apa. Saya lapang sekarang.

Macam mana boleh jadi begini, En. Sin?

Mereka tak nak beritahu saya. -Tak tahulah...

...badi sekolah tahun ini. -Tuan Yusof,...

...satu-satu perkara yang membezakan tahun ini...

...dengan tahun-tahun sebelum ini adalah...

...tahun ini kita dapat tahu tentang kegiatan mereka.

Kita harus terus bongkarkannya...

...kalau kita tak nak perkara ini berulang lagi.

Saya dah cakap dengan En. Sin, bukan?

Alumni dah beri saya amaran.

Tuan Yusof, tanggungjawab kita terhadap pelajar-pelajar...

...atau alumni?

Kahar!

Awak nampak tak apa awak dah buat pada Ayam?

Saya tanya awak nampak tak?

Hei! Jawablah, syaitan!

Jawab!

Ayam okey tak?

Tak guna! -Hei!

Berkumpul, sekarang!

Rumah Tuah, semua ada di sini?

Sudah, cikgu.

Rumah Kasturi, semua ada di sini?

Rumah Kasturi cukup, cikgu.

Berapa orang? -51.

Kali terakhir saya periksa, ada 52 orang.

Di mana seorang lagi? -Hospital, cikgu.

Kenapa dia di hospital? Apa sebabnya?

Kawan kamu sedang bertarung nyawa di hospital.

Tiada seorang daripada kamu yang muka lebam berdarah...

...tahu sebabnya?

Semua dalam posisi Njet-Steng.

Saya cakap, Njet Steng! -Hei!

Cepat! Kamu semua pekak?

Kamu semua nampak terkejut yang kami tahu bentuk hukuman ini.

Hukuman yang sangat terkenal dalam kalangan kamu.

Jangan buat salah.

Sama ada kamu semua bekerjasama atau tidak,...

...pihak sekolah telah semakin peka...

...terhadap kegiatan waktu malam kamu.

Kami akan bongkarkan segalanya.

Selepas kami dapat tahu segalanya,...

...kamu semua yang tak beri kerjasama...

...akan dianggap bertanggungjawab.

Sudah tiba masanya kita bersihkan KUDRAT!

Hei, Fakhri. Apa jadi dengan Ayam?

Saya tak tahu.

Ayam dalam koma?

Saya tak..... -Saya takut dia lumpuh saja.

Apa jadi kalau Ayam meninggal? Jadi kes polis?

Ayam takkan lapor tentang gaduh kumpulan tingkatan, bukan?

Saya tak boleh bayangkan kalau Ayam mati.

Ayam mati? -Mesti awak tahu, Fakhri.

Jawab sekarang. -Jawablah, Fakhri.

Fakhri, awak tahu, bukan? -Fakhri, jawablah!

Fakhri! -Jawab sajalah, Fakhri!

Fakhri, awak kawan baik Ayam.

Hei!

Saya cakap saya tak tahu, saya tak tahulah!

Kenapa tak tidur lagi? Balik ke dorm kamu!

Mak ada berita sikit.

Mak dan ayah tiri.....

Kami dah buat keputusan...

...untuk bercerai.

Kenapa tiba-tiba? -Nanti mak cerita kepada kamu, ya?

Namun sekarang ini, yang penting,...

...kamu harus ikut mak ke mahkamah sebab...

...mak nak hidupkan balik kes hak penjagaan Fakhri.

Sekejap, mak. Apa semua ini?

Naim, dengar dulu cakap mak. -Tak, mak dengar dulu cakap saya.

Apa yang Fakhri buat untuk mak selama ini?

Siapa yang ada dengan mak? Setia dengan mak?

Jaga hati mak yang rapuh itu?

Bertahun-tahun abang cuba...

...untuk ubah diri abang supaya tak sama dengan ayah.

Sebab saya sendiri pun benci tengok dia!

Jadi, abang cuba untuk jadi macam ayah tiri,...

...lelaki yang mak pilih.

Abang masuk ke sekolah bodoh ini pun...

...kerana abang nak jadi macam ayah tiri!

Sekarang mak cakap...

...mak nak tinggalkan ayah tiri juga?

Abang, ayah tiri.....

Habis itu, sekarang ini...

...saya nak ikut jadi macam siapa supaya mak nampak saya?

Saya ini memang tak pernah cukup untuk mak?

Kenapa, ayah?

Kali ini kita tak payah lari, adik.

Betul cakap adik selama ini.

Mak itu memang tak peduli tentang kita.

Sebab maklah hidup kita jadi macam ini, adik.

Sebab dialah hidup kita hancur.

Dulu kita lari,...

...kali ini kita lawan.

Mia?

Maaf. -Eh, sekejap.

Awak Naim, bukan?

Mia suruh bagi ini kepada awak.

Mia!

Mia!

Abang, jangan!

Ini tempat orang!

Abang.

Ini tempat orang.

Abang?

Abang okey?

Abang?

Abang.

Tadi abang macam susah nak bernafas, kenapa?

Abang. -Tak apa-apa.

Semua itu tak ubah apa-apa pun.

Abang.

Abang!

Nor Naim, tunggu!

Ayah tak fahamlah!

Kenapa abang layan ayah macam ini?

Mak kamu yang minta cerai.

Mak kamu yang pecahkan keluarga kita,...

Kommentare

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left