Tunnel (Teoneol / 터널)

Tunnel (Teoneol / 터널) (터널)

Download Malay Untertitel

Release Info

Tunnel 2016 LIMITED BDRip x264-KEBAP
Ein Kommentar von ShasyaLala
Netflix Retail. Telegram: https://t.me/shasyaChannel

Tags

bdrip
bdr
x264
BDR
Veröffentlicht am: 2023-04-17
Downloads: 57
Hörgeschädigt: No

Malay Untertitel-Vorschau

Die ersten 200 Zeilen.

Tak perlu terburu-buru.

Harganya 97,000 won untuk tangki penuh.

- Saya suruh masukkan 30,000 won. - Apa?

Saya cakap tadi, nak 30,000 won saja.

Orang tua itu buat lagi.

Maaf, tuan.

Dia kurang pendengaran.

Kalau nak kerja di sini, awak perlu pakai alat bantu pendengaran!

Biar saya buat.

Saya cakap, saya buat!

Tak apa. Caj saja jumlah keseluruhan.

Sebelum ini, dia tersilap masukkan diesel. Saya rugi lapan juta won!

- Begitu rupanya. - Maaf.

Terima kasih. Selamat sejahtera!

Ambillah air!

Ya, terima kasih.

Kami dah setuju minggu lepas.

Tapi dia asyik berlengah. Rasanya dia buka bidaan di tempat lain.

Terowong di hadapan. Pandu dengan selamat.

Saya akan belikan awak beg tangan selepas perjanjian ini sah.

Lain kali!

Jangan bazir duit untuk itu.

Hadiah Soo-jin? Adakah kita patut beri anak anjing?

Kita tak boleh bela anak anjing di rumah kecil itu. Banyak bulu.

Saya tak tahulah.

Bila awak balik?

Saya perlu singgah di pusat kereta. Hon rosak.

Jadi, bila awak balik?

Lebih kurang 5.59 petang? Saya bawa kek.

- Saya telefon nanti! - Okey.

Helo, tuan! Saya Lee Jung-soo.

Tak apa, saya sedang memandu. Cakaplah.

Saya pesan sepuluh kereta sewa, tapi kami kekurangan wang.

Jadi, saya ambil lapan saja.

Boleh beri tiga tempat duduk kanak-kanak?

Tuan, saya selalu kata yang tiga ialah nombor ajaib.

Saya akan kurangkan harga dan sertakan barang tambahan. Untuk keselamatan budak.

Bagus!

Saya ambil lapan kereta. Kita sain dokumen pada Isnin.

Terima kasih. Saya sedia bantu.

TEROWONG HADO PEMBINAAN KEBANGSAAN YANG SELAMAT

Jadi, berapa jumlahnya?

Saya tak mahir mengira.

Selepas lepasi terowong ini, saya akan hentikan kereta dan maklumkan.

Baik, telefon nanti.

Cakap lagi nanti. Terima kasih.

Apa hal?

Helo!

Bantuan kecemasan.

Helo!

Ini 911, boleh saya bantu?

Ya.

Terowong runtuh. Saya tersekat di bawahnya.

Ini…

Saya tak dengar, tuan. Boleh cakap kuat sikit?

Ya, tuan.

- Helo? - Terowong runtuh!

- Helo? - Terowong runtuh!

Terowong!

Maksud tuan, runtuhan batu di terowong?

Tak, terowong runtuh tadi.

Terowong runtuh?

Ya, datang cepat.

Terowong yang mana?

Helo?

- Helo? - Helo?

Terowong yang mana tuan maksudkan?

Helo? Tuan, helo?

Ini Terowong Hado.

- Terowong Hado? - Ya.

Terowong Hado di Jalan 18?

Ya, betul!

Masih runtuh di sini. Saya terperangkap.

Helo?

Ini meja utama 911.

Tuan maksudkan runtuhan batu menimpa kereta tuan?

Tak, terowong runtuh. Saya dikelilingi batu-batu.

Berapa banyak yang runtuh?

Banyak.

Saya tertimbus.

Boleh awak berhenti bertanya dan datang lekas?

Ya.

Siapa nama tuan?

Lee Jung-soo.

Lee Jung-soo daripada Kia Motors.

Berapa lama lagi?

En. Lee Jung-soo…

Kalau jalan raya tak sesak, lima minit saja.

- Helo, tuan? - Tunggu di tempat selamat.

Helo?

Tempat selamat? Mengarut.

Kalaulah dia pam 30,000 won saja, saya pasti sempat lalu.

Bagaimana keadaannya?

Jawablah.

Keselamatan di Korea punah sekali lagi.

Kali ini, sebuah terowong yang baru dibuka kurang sebulan telah runtuh sepenuhnya.

Seperti yang anda nampak, tanah gunung runtuh,

dengan sebuah menara pemancar dan binaan lain bengkok seperti lidi.

Pintu utara terowong ini musnah dalam runtuhan,

manakala jelaga hitam keluar dari mulut pintu selatan.

Bandar Baharu Hado masih belum dibuka,

maka trafik di terowong agak ringan.

Satu panggilan kecemasan 911 mengesahkan sekurang-kurangnya seorang terperangkap.

Pemanggilnya seorang penjual kereta berusia 38 tahun dari Bandar Hado.

Kami ulang, pemanggilnya Lee Jung-soo, seorang lelaki berusia 38 tahun.

MANGSA TERTIMBUS DIKENAL PASTI

Dia kini terperangkap di dalam terowong.

Keadaannya sekarang…

KAMI MAHU BANTU HUBUNGI KAMI SEGERA

ADA LAPORAN…

BUKAN AWAK, BUKAN?

Ya, helo?

Helo? Ini En. Lee Jung-soo?

Ya.

Awak ada di dalam terowong, bukan?

- Ya, awak di sini? - Hei, hubungkan kami!

Ini wartawan SNC Jo Yang-chul! Panggilan ini disiarkan secara langsung.

Awak benarkannya, bukan? Siaran ini bantu misi penyelamatan awak.

PANGGILAN EKSKLUSIF DENGAN MANGSA

Memandangkan tahap runtuhan yang berlaku,

mungkin misi penyelamatan akan ambil masa lama.

Awak ada makanan untuk tampung hidup?

Ambil masa lama? Apa maksud awak?

Awak tak dapat maklumat misi penyelamatan awak?

Berapa lama masa yang akan diambil? Mereka tak boleh tiba sekarang?

Nampaknya awak belum dimaklumkan tentang situasi ini.

Keadaan pintu selatan tak terjamin,

tapi runtuhan itu menimbuskan sepenuhnya pintu masuk ke arah Seoul.

En. Lee, apa perasaan awak sekarang?

Mereka buat panggilan dari mana?

Mereka di dalam van di luar.

Hentikan mereka! Bagaimana kalau bateri dia habis?

Awak!

Tamatkan panggilan sekarang!

Awak bahayakan nyawanya!

Kami sedang bersiaran.

Kami akan selesai sekejap lagi.

Bedebah.

Teruskan.

- Kemudian… - Tamatkan panggilan sekarang!

- Apa awak buat? - Tak guna!

Apa awak buat?

Panggilan terputus. Kami akan cuba hubungi semula…

- Tak sangka betul. - Apa masalah awak?

Buat kecoh ketika siaran langsung?

Itu berita malam ini!

Yang mana lebih penting, siaran itu atau nyawanya?

Apa?

Awak tak mampu jawab soalan itu?

Kalau bateri dia habis kerana awak,

atau bersendirian di sana buat dia panik,

dia mungkin alami kenaikan degup jantung, sesak nafas, dan arteri tersumbat!

Kalau dia kena serangan jantung,

awak nak bertanggungjawab?

- Demi En. Lee. - Apa hal?

Ini talian nyawa dia!

Kalau awak telefon dia lagi,

saya akan laporkan awak bawah Undang-Undang Etika Media.

Tolong jangan telefon dia.

Kenapa kereta awak di sini?

Alihkan!

Kenapa kereta ini di sini?

Dilarang masuk! Jangan benarkan kereta masuk!

Kita tak boleh bawa kereta kita masuk. Mereka dah penuhkan.

- Hei! - Ya, tuan.

- Caskan untuk saya. - Ya, tuan.

Bagus. Ilmu itu senjata.

Baru mereka diam, ya?

Etika Media, apa itu?

Saya reka-reka saja.

Tak wujud pun?

Mereka tak bantah, maknanya mereka pun tak tahu.

Berikan panduan operasi.

RUNTUHAN DISEBABKAN ALAM ATAU MANUSIA…

Tiada yang baharu?

Ada satu yang orang Amerika guna, tapi masih sedang diterjemah.

Terjemah ini kepada Inggeris. Hantar semula.

Ketua! Panggilan Lee Jung-soo.

- Turunkan bidai, lekas! - Turunkan yang ini juga!

En. Lee? Saya Ketua Pasukan Petugas Kim Dae-kyung.

- Kenapa tak jawab panggilan? - Apa?

Apa yang berlaku? Awak kata akan selamatkan saya.

Kamu saling bercanggah!

En. Lee, bertenang dan dengar…

Adakah suara saya tenang?

Beritahu saja situasinya. Jujurlah dengan saya, tak guna!

En. Lee, saya tak boleh cakap kalau awak terus begini.

Jadi, dengan siapa saya boleh bercakap? Bedebah!

Biar saya bercakap dengan ketua!

En. Lee, saya ketua.

Awak perlu cakap dengan saya.

Tak guna. Kalau begitu, cakaplah.

En. Lee?

Sebelum saya buka mulut, awak perlu kawal rasa cemas awak.

Saya tak cemas. Cakaplah.

Buat begini, En. Lee.

Tarik nafas dalam-dalam.

Ikut saya, tarik nafas dalam-dalam.

Sudah. Sekarang, cakap.

Bagus. Saya Kim Dae-kyung, ketua operasi penyelamatan.

More Malay subtitles for Tunnel (Teoneol / 터널)

Kommentare

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left