The Wonderful Story of Henry Sugar

The Wonderful Story of Henry Sugar

Download Malay Untertitel

Release Info

The Wonderful Story of Henry Sugar 2023 1080p WEB h264-ETHEL
Ein Kommentar von ShasyaLala

Tags

web
1080
Veröffentlicht am: 2023-09-27
Downloads: 49
Hörgeschädigt: No

Malay Untertitel-Vorschau

Die ersten 200 Zeilen.

Ya.

Sekarang, kita di dalam pondok tempat saya menulis.

Dah 30 tahun saya tinggal di sini.

Sebelum saya bermula,

saya perlu pastikan saya ada semua barang yang saya perlukan.

Rokok, sudah semestinya, kopi dan coklat.

Saya sentiasa pastikan pensel saya tajam sebelum bermula.

Ada enam pensel. Saya juga bersihkan papan tulis dulu.

Banyak sisa pemadam.

Baru bersih.

Selepas itu, baru saya mula.

Selalunya, perlu buat beberapa pembetulan.

Ya.

Ia…

Henry Sugar berumur 41 tahun, bujang dan kaya.

Dia kaya kerana mendiang ayahnya kaya.

Dia bujang kerana dia kedekut dan tak nak kongsi duit dengan isteri.

Ketinggiannya 188 sentimeter

dan tak sekacak tanggapannya.

Dia sangat menitikberatkan penampilan.

Tukang jahit mahal buat sutnya,

pembuat kemeja buat kemeja dan pembuat but buat kasutnya.

Perias rambut rapikan rambutnya tiap sepuluh hari

dan kukunya dirias pada masa yang sama.

Dia memandu kereta Ferrari

yang sama nilainya dengan sebuah kotej.

Semua kawannya kaya

dan dia tak pernah kerja langsung.

Ramai lelaki sepertinya yang tiada hala tuju di dunia ini.

Mereka bukanlah jahat, tapi mereka bukan baik juga.

Cuma hiasan dalam hidup ini.

Semua orang kaya seperti Henry

ada sifat pelik yang sama. Mereka terdesak nak jadi lebih kaya.

Sepuluh juta tak pernah cukup, malah 20 juta pun.

Mereka dihantui keinginan untuk lebih banyak duit

dan takut tiba-tiba akaun bank mereka kosong.

Mereka guna pelbagai cara untuk tambah kekayaan.

Ada yang main saham, lihat ia turun naik.

Ada beli tanah, seni atau berlian. Ada yang main judi.

Ada yang bertaruh atas apa saja.

Henry Sugar jenis begitu dan dia suka main kotor.

Pada suatu hari,

Henry memandu dari London ke desa untuk jumpa Sir William W.

Rumah dan tamannya mengagumkan.

Namun, setibanya Henry pada Sabtu itu, hujan dah mula turun.

Tuan rumah dan tetamu yang lain menghabiskan masa bermain,

manakala Henry merenung hujan di luar tingkap dengan suram.

Henry keluar dari bilik tamu dan ke ruang depan.

Dia merayap tanpa tujuan. Akhirnya, dia masuk ke perpustakaan.

Ayah Sir William pengumpul buku dan dinding bilik besar itu

sarat dengan buku lama jilid kulit.

Henry tak berminat.

Dia hanya baca genre detektif dan seram, yang tiada di situ.

Dia baru nak pergi,

tapi dia ternampak sesuatu yang agak berbeza.

Amat nipis. Mustahil dia nampak

jika tak terjojol daripada barisan buku lain.

Dia ambil buku itu.

Naskhah itu cuma

buku rampaian yang biasa digunakan murid sekolah.

Kulitnya berwarna biru tua dan kosong.

Pada halaman pertama, ditulis jelas dan kemas dengan dakwat hitam:

LAPORAN IMDAD KHAN

LELAKI YANG MELIHAT TANPA MATA OLEH DR. Z.Z. CHATTERJEE

Aneh. Pelik. Apa ini?

Dia duduk di kerusi dan mula membaca dari awal.

Ini petikan yang dibaca oleh Henry dalam buku rampaian biru itu.

Saya Z.Z. Chatterjee. Ketua bedah di Lords and Ladies Hospital, Calcutta.

Pada pagi 2 Disember 1935,

saya minum teh di bilik rehat.

Ada tiga doktor lain. Dr. Marshall, Dr. Mitra dan Dr. Macfarlane.

Ada orang ketuk pintu.

Saya kata, "Masuk."

Maaf. Boleh saya minta bantuan kalian?

"Ini bilik persendirian."

Ya. Maaf kerana tiba-tiba muncul,

tapi saya nak tunjuk sesuatu yang menarik.

Kami rasa terganggu dan diam saja.

Tuan-tuan, saya lelaki yang boleh melihat tanpa guna mata.

Orangnya kecil, 60-an,

misainya putih dan bulu telinganya hitam dan lebat.

Awak boleh balut kepala saya dengan apa jua cara,

tapi saya tetap boleh baca buku.

Dia nampak serius. Saya mula tertarik.

Silakan masuk.

Okey. Dr. Marshall tunjuk berapa jari?

- Tujuh. - Saya kata, "Lagi."

- Sembilan. - "Lagi."

- Tiga. - Lagi…

- Tiga lagi. - Lagi.

Tiada jari.

Apa helahnya?

Bukan helah. Ini kemahiran saya setelah berlatih bertahun-tahun.

Latihan apa?

Maaf, tapi itu rahsia saya.

Apa kami boleh bantu?

Saya kerja dengan teater bergerak. Baru tiba di sini.

Persembahan pertama, malam ini di Dewan Istana Diraja.

Saya dalam program sebagai

Imdad Khan, Lelaki yang Melihat Tanpa Mata.

Tiap kali kami ke bandar baru,

saya ke hospital terbesar

dan minta doktor balut kepala saya dengan rapi.

Penting doktor yang buat,

jika tak, orang kata saya tipu.

Kemudian, saya keluar dan buat aksi bahaya.

Saya pandang doktor lain.

Mitra dan Macfarlane perlu rawat pesakit. Pergilah.

- Dr. Marshall kata… - Boleh. Kita buat betul-betul.

Kita pastikan dia tak boleh nampak.

Awak baik hati. Sila buat apa saja.

Saya kata, "Sebelum balut,

tepek lubang matanya dengan benda lembut."

- Doh? - Ya. Pergi ke bakeri hospital.

Saya akan tutup kelopak matanya.

Saya bawa Imdad ke bilik pembedahan.

Saya kata, "Baring."

Saya ambil botol kolodion dari almari.

Saya gam kelopak mata awak guna ini.

Bagaimana nak cuci?

Perlahan-lahan dengan alkohol di bawah bulu mata. Ia larut.

Jangan buka mata. Biar ia mengeras.

Dah dua minit.

Saya kata, "Buka mata." Dia tak boleh.

Saya ambil seketul doh dan tepek pada salah satu mata Imdad.

Saya tutup sepenuhnya

dan biar doh meliputi kulit di sekitarnya.

Sama pada mata sebelah lagi.

Saya tekan tepi agar tutup rapat.

Saya tanya, "Tak selesa?"

Taklah. Terima kasih.

Saya suruh Dr. Marshall balutkan.

Tangan saya melekit.

Baiklah. Kita letak ini di sini…

Dia letak kapas tebal pada mata Imdad yang ditutupi doh.

Ia takkan teralih.

Sila duduk.

Dr. Marshall balut kepalanya dengan pembalut 7 cm.

Tolong buat lubang untuk hidung saya.

Dah tentu.

Maaf, ia agak ketat sikit.

Bagaimana?

"Bagus," kata saya.

Macam rupa pesakit bedah otak.

Macam mana?

Rasa amat selesa.

Saya puji awak berdua kerana buat dengan teliti.

Imdad Khan bangun dan terus berjalan ke pintu.

Wah! Awak nampak? Dia terus pegang tombol pintu.

Dr. Marshall dah tak sengih.

Imdad berjalan normal dan agak laju di koridor.

Kami ikut lima meter di belakangnya. Takut juga melihat dia

dengan kepala berbalut tebal, berjalan normal…

Saya jerit, "Nampak!"

"Dia nampak troli itu! Menakjubkan!"

Dr. Marshall tak jawab.

Jelas pada wajahnya dia sangat terkejut.

Imdad turun tangga tanpa masalah.

Tak pegang susur tangga pun.

Ada orang naik tangga. Lihat saja reaksi mereka.

Setibanya di bawah, dia belok dan terus keluar pintu ke jalan.

Kami terus ikut rapat di belakangnya.

Di bawah, 100 budak berkaki ayam menjerit dan menyerbu

pelawat beruban kami.

Dia tegur mereka dengan mengangkat tangan.

Dia terus naik basikal dan kayuh dalam formasi lapan.

Budak berkaki ayam kejar, bersorak dan ketawa.

Dia terus ke jalan raya yang penuh sesak

dengan kereta mengehon yang dipandu laju dari semua arah.

Dia bawa dengan mahir.

Kami perhatikan dia selama seminit.

Dia belok dan tak kelihatan lagi.

- "Saya tak percaya," kata Dr. Marshall. - Saya tak percaya.

Saya kata, "Saya pun."

Saya rasa kita baru saksikan keajaiban.

Selepas itu, saya sibuk dengan pesakit.

Pada malamnya, saya balik rumah untuk salin baju.

Saya mandi air sejuk.

Saya minum wiski soda di beranda dengan hanya bertuala.

Saya tiba di Dewan Istana Diraja pada pukul 6.50.

Persembahan dua jam.

Tak sangka, saya sukakannya. Penjugel, raja ular, pemakan api,

penelan pedang yang masukkan pedang ke dalam tekak dan perut.

Kemudian, diiringi trompet,

kawan kita, Imdad Khan, muncul untuk beraksi.

Penonton dijemput naik untuk pakaikan penutup mata

sebelum dia lempar pisau ke arah budak

dan tembak tin di atas kepalanya.

Akhir sekali, kepalanya yang berbalut dipakaikan tong besi.

Imdad diberi jarum dan benang oleh budak tersebut.

Kanta pembesar diletakkan di depannya,

dan tanpa tersilap,

dia berjaya memasukkan benang ke dalam mata jarum.

Saya tercengang.

Di belakang pentas, Imdad duduk di atas bangku

sambil cuci solekannya.

Tentu awak nak tahu, bukan?

"Ya," jawab saya.

Sekali lagi, saya tertarik dengan bulu telinganya yang hitam lebat.

Saya tak pernah lihat pada orang lain.

More Malay subtitles for The Wonderful Story of Henry Sugar

Kommentare

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left