Willow - First Season

Willow - First Season

Download Malay Untertitel

Staffel 1

Release Info

Willow S01E02 WEBRip x264-ION10
Willow S01E01 WEBRip x264-ION10
Ein Kommentar von ShasyaLala
Disney Retail.

Tags

webrip
web
x264
BRip
Veröffentlicht am: 2022-11-30
Downloads: 5
Hörgeschädigt: No

Malay Untertitel-Vorschau

Die ersten 200 Zeilen.

Prolog

Pada waktu kesusahan,

seorang bayi dilahirkan.

Elora Danan, ditakdirkan untuk selamatkan dunia kita.

Sentiasa dikejar anasir jahat,

Elora diselamatkan dua orang wira yang tak disangka-sangka.

Seorang petani Nelwyn yang mahu menjadi ahli sihir.

Willow ialah seorang yang tulus dan berani.

Seorang lagi ialah

pencuri yang sangat angkuh, penipu, dan juga penyangak.

Saya mahu mengahwini Madmartigan.

Apa boleh saya cakap?

Darah muda.

Kami bersama-sama tumpaskan ibu saya, Ratu Bavmorda,

dan bebaskan Kerajaan Tir Asleen daripada sumpahan.

Kami fikir perang sudah berakhir.

Tetapi sebaik saja kami pulang,

Willow dapat bayangan.

Satu hari nanti,

anasir purba akan bangkit semula dan membunuh bakal Maharani.

Itu akan mencetuskan zaman kegelapan baru.

Maka Elora pun disembunyikan.

Identitinya dirahsiakan.

Dia sendiri pun tak tahu.

Itu saja cara untuk lindungi dia.

Bab 1 Gales

Saya hampir menang.

Awak tak perlu rasa teruk.

Kemahiran

dan bakat itu penting.

Saya ada kedua-duanya.

Keangkuhan pun awak ada.

Itu pun perlu ada.

Mungkin nanti awak boleh kalahkan saya.

Saya dah boleh kalahkan awak kalau bukan sebab batu itu.

Ini bukan tentang kemahiran, Jade.

Perlu biasakan diri dengan persekitaran.

Selain itu, saya lebih baik daripada awak.

Ya, hebat dalam semua benda, Tuanku.

Satu hari nanti, saya akan buktikan.

Awak masih fikir tentang itu?

Untuk pergi di sebalik Sempadan,

untuk alami pengembaraan luar biasa

macam kita selalu cakap.

Kit, saya jumpa Ballantine tadi...

-Ya? -Tuan Puteri!

Ada pesanan daripada Ratu.

Kita diserang?

Bersiap untuk makan malam.

Rombongan diraja dari Galladoorn akan tiba tak lama lagi.

Pasti abang saya juga dipanggil dan disuruh bersihkan diri.

Ya. Saya rasa Tuan Putera sedang memburu di Hutan Barat.

Memburu? Siapalah dia buru hari ini?

Melampau sangat?

Tak. Itu...

-Awak menggigil. -Yakah?

Ya.

Saya tak tahu. Awak

buat saya rasa lain macam.

Saya tak pernah rasa begini sebelum ini.

Saya pun.

Tak sangka awak rasa begitu dengan saya.

Apa maksud awak? Kenapa tidak?

Saya dengar awak kaki perempuan.

Kalaulah awak dengar apa mereka cakap,

yang saya tahu tak betul.

Tak semuanya tak betul.

Tapi itu dulu.

Saya bukan orang begitu lagi.

Saya cintakan awak.

Tuanku.

Kase. Masamnya muka awak.

Merata tempat saya pergi mencari awak,

seronok luangkan masa saya begini.

Saya buat apa saja untuk kawan.

Raja Hastur dan rombongannya dikatakan telah melepasi Vale.

Mereka sampai Tir Asleen senja nanti.

Bonda awak nak awak nampak elok sikit apabila mereka tiba.

Apa maksud dia "nampak elok sikit"?

Mungkin tak mahu awak nampak kotor dan kusut masai.

Dia memang cerewet.

Biar saya bawa Eclipse ke kandang.

Awak tahu awak kena datang malam ini?

-Tidak. -Ya.

-Benarkah? -Ya.

Awak tahu saya tak suka pakai gaun.

Awak kena pakai juga

kerana saya tak boleh harungi semua ini tanpa awak.

-Apa yang awak nak beritahu saya? -Bila?

Tadi awak cakap awak jumpa Ballantine.

Kita cakap tentang itu nanti.

Itu menyeronokkan.

Ya, jumpa lagi.

Sekali lagi.

Okey, awak kena pergi. Pergi.

Tak nampak apa-apa.

Saya nampak semuanya.

Itu pembantu dapur, bukan?

Yang buat mufin sedap itu?

Hei, saya kebetulan suka mufin dia.

Saya cuma risau apa dia akan letak di dalam mufin lepas

awak patahkan hati dia.

Saya takkan buat begitu.

Tolonglah, awak cepat bosan dan cari...

-Terima kasih. -...orang lain.

Awak cuma konsisten tentang itu.

Tak, dia... Dove...

Ini lain, Dove ada jiwa yang sangat indah,

-luar biasa. -Awak panggil dia Dove?

Dove. Ya. Saya panggil dia begitu. Ia nama yang romantik...

Awak tak tahu namanya?

-Saya tahu. -Yakah?

-Ya. -Apa namanya?

Bonda! Kami dapat mesej bonda. Kami terus bergegas, kami...

Kami nak pergi mandi...

Kenapa kamu nampak kusut masai?

Berlatih. Berlawan tombak.

Apa di leher kamu?

Saya digigit oleh rama-rama api tadi.

Awak pasti ia bukan burung?

Lachlan cakap dia jumpa kamu dan Jade di atas Canyon Maze lagi.

Kamu tahu bonda tak suka kamu main di situ. Bahaya.

Bermain?

Tak macam dia, kami betul-betul berlatih.

Bonda suruh orang sediakan mandian,

dan bonda dah pilih gaun kamu.

Bonda pilihkan baju saya?

Apa, saya budak kecil?

Bonda tak perlu buat,

tapi sebab kamu abaikan tanggungjawab demi hobi kamu, bonda terpaksa buat.

Okey, baik kita pergi.

Kit! Cepat!

Sorsha.

Gales.

Mereka datang.

Cik puan.

Jangan. Ballantine, jangan.

Saya buat semua ini hanya kerana Kit.

Awak dah beritahu dia?

Jade?

Saya akan beritahu.

Ini yang awak sentiasa mahukan,

awak lebih berusaha untuknya berbanding orang lain.

Kalau dia kawan awak, dia mesti gembira.

Dia akan ingat saya abaikan dia saat dia perlukan saya.

Itu hakikatnya.

Terima kasih.

Graydon Hastur,

putera Galladoorn.

Bukankah ada dua putera?

Ya, tapi salah seorang mati jatuh pokok.

Saya perlu kahwini dia.

Sudah berbual?

Ya.

Saya tunduk hormat macam wanita sebenar.

Kemudian dia macam mendengus, dan seret kakinya,

macam...

pemenang.

Awak kata ada pertempuran di barat, berdekatan Sempadan.

Penyangak Bone Reaver.

Awak tak perlu risau tentang itu.

Saya dengar cerita yang sama dari utara.

Penempatan dibakar dan ditinggalkan.

Bagaimana kalau benda lain?

Mengarut. Tiada apa boleh lepasi Sempadan.

Itu dia. Ya, saya buat macam-macam di sini.

Saya masak, mencuci, merawat orang sakit. Saya yang buat wain ini. Silakan.

Orang kata awak pemain pedang yang hebat.

Terbaik di Tir Asleen.

Tak. Saya bukan yang terbaik.

Kedua terbaik.

Ayahanda saya yang hebat.

Dulu dia kesateria Galladoorn.

-Apa? Madmartigan. -Ya.

Kami membesar dengan cerita bagaimana

mereka selamatkan Elora daripada Ratu Bavmorda

dalam Perang Nockmaar, dan jaga dia sebelum dia pergi.

Kamu sepatutnya jaga ketuhar, bukannya duduk tenung orang bangsawan.

Wanita itu cantik?

Yang dengan bibir dan muka itu?

Jangan ketara sangat.

Para bangsawan semua, baginda Ratu!

Dua ratus purnama sejak Kesateria Galladoorn

hapuskan tentera Bavmorda dan bebaskan Tir Asleen daripada sumpahan.

Selama dua ratus purnama,

kita dapat kekalkan ketenteraman awam,

memerintah secara sepakat sementara mengekalkan autonomi kita.

Satu alam, kerajaan berasingan.

Sehingga sekarang.

Esok, Putera Graydon akan mengahwini anakanda beta, Kit.

Kita akan satukan Tir Asleen dan Galladoorn.

Ini memastikan masa depan yang harmoni,

dan menguatkan kita terhadap ancaman yang mendatang.

Bagi kedua mempelai,

semoga mereka memerintah dengan wajar dan adil,

dan lindungi alam kita sehingga

maharani sebenar kita, Elora Danan kembali.

Sehingga hari itu!

Sehingga hari itu!

Bayangan mengembang.

Kommentare

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left