The Little Rascals Save the Day

The Little Rascals Save the Day

Download Malay Untertitel

Release Info

The Little Rascals Save the Day 2014 BDRip x264-G3LHD
Ein Kommentar von ShasyaLala
Netflix Retail.

Tags

bdrip
bdr
x264
BDR
HD
Veröffentlicht am: 2022-04-30
Downloads: 41
Hörgeschädigt: No

Malay Untertitel-Vorschau

Die ersten 200 Zeilen.

Si puteri beradu, bangunlah dari tidur

Cahaya bintang dan embun sedang menunggumu

Hiruk-pikuk dunia bingit pada waktu siang

Cahaya rembulan mendodoimu tidur

Si puteri beradu, ratu untuk senandungku

Dengarkan irama merduku ini

Lupakan segala…

Alfalfa? Awak tak apa-apa?

Ya, terima kasih, Darla.

Terima kasih atas persembahan untuk Hari Kongsi Bakat hari ini.

Tapi saya belum selesai.

Sudah. Biar saya tunjukkan nyanyian yang sepatutnya.

Baik, Waldo, tapi itu lagu terakhir untuk hari ini.

Selepas itu, kita akan sambung kelas.

Dialah segala yang kita inginkan

Dia yang kita pimpin Dia kita tunjukkan kepada dunia

Tetapi dia sentiasa sedar diri

Dia penuh gaya, penuh indah Dia begitu sempurna

Dia si jelita Wah, dia si jelita

Lihatlah si jelita itu

Si jelita itu milikku

Dia tidak pernah mengganggu

Mulut sentiasa manis ibarat madu Alangkah untungnya diriku

Namun jika dibiarkan sendiri Dia akan tahu menjaga diri

Tidak ada kesetiaan diuji

Apa? Cepat, kita dah dapat isyarat. Mari.

Dia si jelita Wah, dia si jelita

Lihatlah si jelita itu dan…

Terima kasih banyak, Waldo.

- Tapi saya… - Sila duduk. Itu sangat…

Terima kasih. Itu unik.

Sangat unik.

Sekejap, cikgu datang.

Helo.

Ada apa cikgu boleh bantu?

Stymie perlu balik rumah. Ayah kami patah dua kakinya.

Dua kakinya? Aduh.

Mary Ann juga perlu ikut. Mak dia mahu beranak.

Beranak? Sejak bila?

Sejak pagi tadi. Dia baru dapat tahu dan sekarang dia sudah mahu bersalin.

Mak saya kata Spanky dan Alfalfa perlu balik rumah sekarang juga.

Sekarang juga? Kenapa?

Ada hal penting.

Oh, apa hal pentingnya?

Tak tahu. Spanky suruh saya cakap begitu.

Betul, Spank?

Spanky, Alfalfa, Stymie, Mary Ann, mari ke depan sekarang juga.

Habislah mereka.

Kamu tiba-tiba ada hal penting dan mesti balik rumah sekarang juga.

Baiklah, Cikgu Crabtree. Kami amat seronok tahun ini.

Ya, selamat bercuti, Cikgu Crabtree.

Jumpa tahun depan.

Jangan mudah terperdaya.

Hai, Cikgu Crabtree. Ini kek aiskrim yang dipesan.

Ya, bawa masuk ke sini.

Baiklah, murid-murid. Cikgu ada kejutan untuk kamu semua.

Kita takkan ada kelas lagi hari ini.

Tapi kita akan buat jamuan akhir tahun

dengan kek aiskrim yang besar ini.

Cikgu Crabtree, rasanya keluarga kami boleh tunggu kami sekejap.

Ya! Mak saya pernah beranak, jadi dia tentu dah tahu apa mahu dibuat.

Ayah saya takkan ke mana-mana. Dia tak boleh pun.

Kaki dia patah.

Tidak, kamu tak boleh buat keluarga menunggu hanya kerana jamuan ini.

Baliklah dulu, cikgu jumpa kamu musim luruh nanti.

Tak apa, baliklah.

- Jumpa musim luruh nanti. - Dia pernah beranak.

Rugi betul mereka semua. Siapa nak kek?

- Saya! - Saya!

Aduhai, awak tengok kek tadi?

Bukan sekadar kek, tapi kek aiskrim.

Ya. Aiskrim dan kek,

dua makanan terlazat di dunia digabungkan bersama.

Terlalu banyak kalori.

Lagipun kamu semua memang patut kuruskan badan.

Sedap betul kek tadi.

Betul kata awak.

Usah terkenang kisah lampau.

Cuti musim panas sudah bermula.

Tak ada kelas. Tak ada kerja sekolah.

Tak payah bangun awal. Kita bebas.

- Ayuh, jangan bazir masa lagi! - Baik!

Hai!

- Hai, Pops! - Hai.

KEDAI BUNGA DAN LAIN-LAIN

Budak-budak! Jalan pakai mata!

- Maaf. - Maaf, Pegawai Kennedy.

Nanti sekejap. Bukankah kamu patut ada di sekolah?

Kami dapat balik awal sebab berkelakuan baik.

Saya tak percayalah.

Bunga itu untuk siapa? Cikgu Crabtree?

- Ya! - Sepatutnyalah.

Bila awak mahu beranikan diri untuk melamar dia?

Saya akan buatlah. Apabila sekolah cuti dan masanya tepat, saya akan bersedia.

Saya dah dapat cincin. Akhirnya saya lunaskan bayaran.

Tengok saja, jangan sentuh. Faham?

Bukankah cincin ini sepatutnya ada batu berlian?

Di situ rupanya. Memang cantik, kalau dapat dilihatlah.

- Semoga berjaya, Pegawai Kennedy. - Terima kasih.

Cuba jangan gagal. Ayuh, semua.

Kita pergi bakeri!

BAKERI NENEK LARSON SEJAK 1931

Hai, nenek.

Hai, budak-budak.

- Hai, nenek. - Hai, nenek.

Hai, semua. Ya.

Bukankah hari ini sepatutnya masih ada sekolah?

Selalunya tak ada apa-apa pun semasa hari terakhir sebelum cuti.

Kecuali kek aiskrim.

- Jadi kamu semua - Ya.

tak mahu kek cawan kayu manis?

- Mahu! - Baiklah.

- Saya, nenek! - Wah.

Saya dapat tangkap!

Terima kasih. Nenek memang terbaik.

- Ya. Terima kasih, nenek! - Ya. Terima kasih, nenek!

Nenek tak lupakan kamu.

Ayuh, kawan-kawan. Ke rumah pokok!

- Ya! - Ya!

Jumpa lagi, nenek.

Masuk dulu, Petey.

Dah sampai akhirnya.

Petey, buat apa yang sepatutnya.

STESEN MINYAK

BAKERI NENEK LARSON SEJAK 1931

Alamak! Jangan!

Budak-budak.

Mereka sudah balik, Cikgu Crabtree?

Sudah, Pegawai Kennedy dan memandangkan mereka dah balik,

kita sudah boleh guna nama masing-masing, Ed.

Baiklah, June.

Apa itu?

Ini sepatutnya jambangan bunga sebelum dikerjakan murid-murid awak.

Terima kasih. Yang penting, ada niat.

Saya ingat mahu ajak awak makan tengah hari

di sebuah tempat istimewa yang saya tahu.

Awak ajak saya janji temu? Sudah tentu saya mahu.

Mi…

Mi…

Mi…

- Sedia, kawan-kawan? - Ya!

- Sedia! - Sudah lama sedia.

Hai, tuan-tuan dan puan-puan.

Malam ini kami akan persembahkan sebuah lagu lama,

"Aku Ada Denganmu, Sayang".

Nama saya Spanky

dan kami adalah Kumpulan International Silver String Submarine.

Kumpulan apa?

Itu nama kumpulan kita? Sejak bila?

Sejak saya baru fikirkannya tadi. Barulah macam kugiran sebenar.

- Okey. - Setuju.

Okey. Saya sukakannya.

Satu, dua, tiga.

- Helo, Pn. Larson. - Hai. Awak awal hari ini.

Ini dia. Saya belanja, seperti biasa.

Apa bunyi itu?

- Kugiran budak-budak. - Suruh mereka teruskan berlatih.

Awak ada surat berdaftar daripada pihak bank.

Tandatangan di sini.

Ini dia.

Terima kasih. Terima kasih!

Sama-sama. Lama-lama mereka akan pandai.

Harap-haraplah.

NOTIS PENTING

Sekejap.

Kenapa berhenti?

Kita baru mahu sampai bahagian terbaik. Nyanyian saya.

Kita sepatutnya main lagu "Aku ada Denganmu, Sayang".

Tapi ini lebih macam "Aku Dah Pening Dulu, Sayang".

Kenapa dengan semua orang?

Kami sedang cuba yang terbaik, Spank.

Ya, betul cakap dia.

Lagu kita kekurangan sesuatu yang menjadikannya istimewa.

Seperti apa?

Penyanyi wanita. Itu akan lebih melengkapkan kita.

Saya tahu gadis yang paling sesuai.

- Biar saya teka. Darla? - Dia lagi.

Awak pandai baca fikiran saya.

Awak pernah dengar dia menyanyi di sekolah. Dia pandai menyanyi.

Perempuan tak dibenarkan masuk kumpulan kita.

Tapi Mary Ann ada dalam kumpulan kita dan dia perempuan.

Maksud saya, perempuan sebenar.

- Saya perempuan sebenar! - Okey, awak memang perempuan sebenar.

Budak-budak?

- Budak-budak. - Ya, nenek?

Boleh tolong jagakan bakeri nenek?

Nenek tiba-tiba ada hal penting dan perlu pergi ke bank.

- Ada apa, nenek? - Tak ada apa-apa pun.

Tolong tengokkan kedai dan nenek akan balik sekejap lagi.

Jangan risau, nenek. Biar saya uruskan semuanya.

- Jangan risau. - Bagus.

Helo?

Ada orang tak?

- Hai! - Ya. Apa kami boleh bantu?

Ada tak orang lain yang lebih dewasa?

Jangan tak tahu.

Kami sebenarnya memang dewasa.

Saya hampir sembilan tahun.

Kalau dicampurkan, semua usia kami berjumlah lebih 45 tahun.

Kalau kita masukkan Petey sekali, sudah jadi 103 tahun anjing.

Kommentare

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left