Star Wars: The Bad Batch - Second Season

Star Wars: The Bad Batch - Second Season

Download Malay Untertitel

Staffel 2

Release Info

Star Wars The Bad Batch S02E10 WEBRip x264-ION10
Ein Kommentar von ShasyaLala
DIsney Retail.

Tags

webrip
web
x264
BRip
Veröffentlicht am: 2023-02-22
Downloads: 9
Hörgeschädigt: No

Malay Untertitel-Vorschau

Die ersten 158 Zeilen.

Rampasan Semula

Saya bosan, panas dan lapar.

Saya dah suruh awak mencatu makanan awak.

Saya lapar.

Kita buang masa saja di sini.

Skiff ini dah rosak teruk.

Ya, tapi selepas kita membaikinya, ia boleh digunakan.

Sel tenaganya ada kuasa yang cukup untuk bawa kita ke pekan

di hujung hemisfera sana.

Kuasa?

Kita terlupa tentang Gonky. Ia masih di dalam Marauder .

Pencuri itu dah matikan transponder Marauder.

Kita tak boleh menjejaki kapal itu.

Maksud saya, kita boleh menjejaki Gonky, bukan kapal itu.

Idea yang bagus.

Cuba jejak kod rujukan binari Gonky.

Baiklah.

Jangan terlalu berharap, budak.

Diamlah. Jangan memekak.

Mokko, ini Benni.

Awak lewat.

Tinjauan saya kali ini lebih lama, tapi awak akan suka benda yang saya jumpa.

Matikan perisai.

Apa?

Adakah ini…

Awak cakap awak nak tunjukkan sesuatu, Benni.

Tak sangka pula ini bendanya.

Saya curi daripada pelombong amatur di lombong lama

di wilayah utara.

Ini bukan kapal pelombong.

Nampak macam diubah suai khas.

Kita boleh dapat masalah.

Awak nak susahkan saya selepas saya layan awak dengan baik?

Tidak, Mokko. Betul.

Saya sangka awak boleh jual kapal ini. Itu saja. Sumpah.

Ya.

Baiklah. Saya percayakan awak.

Namun, saya perlu jual komponen demi komponen untuk selamat.

Saya layak bertanding dalam pusingan pekerja terbaik kali ini, bukan?

Kita tengok saja nanti, Benni.

Namun, syabas.

Sebagai ganjaran, awak boleh simpan droid itu.

Macam mana dengan air?

Saya meninjau di sana selama empat hari.

Betul.

Mokko sentiasa menjaga kebajikan kru dia.

Tanggalkan komponen yang berguna.

Ya!

Terima kasih, Mokko.

Sama-sama.

Saya terima isyarat.

Saya rasa saya dah jumpa Gonky!

Apa?

Awak jumpa Gonky?

Isyaratnya 100 kilometer timur dari sini.

Kalau Gonky masih di planet ini, mungkin Marauder juga di sini.

Cepat baiki skiff ini dan pergi ke sana.

Isyarat Gonky dipancarkan dari sana.

Ada beberapa hidupan berdekatan Gonky,

tapi jumlah hidupan di bawah tanah tak dapat ditentukan.

Tempat ini lebih teruk daripada pelabuhan angkasa yang terbiar itu.

Kita akan berpecah. Kekal berwaspada.

Saya terpaksa tanggalkan dan jual komponen awak.

Sebab awak tak berguna untuk saya.

Apa saya nak buat dengan droid kuasa yang rosak?

Itu droid kuasa rosak kami.

Di mana kapal kami?

Sebenarnya, saya…

Hei, Gonky, awak okey?

Kenapa awak peduli kalau droid itu okey?

Itu cuma bateri lama yang dah usang.

Bagi kami, tidak.

Saya akan tanya sekali lagi.

Di mana kapal kami?

Yang mana satu kapal kamu?

Kapal yang awak curi semalam.

Oh, ya. Kapal itu.

Kapal kamu ada pada Mokko.

Dia beri saya droid itu sebagai hadiah.

Siapa Mokko?

Siapa Mokko?

Dia kawal seluruh pekan ini. Dia bos kami.

- Kapal kamu milik dia sekarang. - Tidak lagi.

Bawa kami ke kapal itu.

Tidak.

Saya tak boleh tolong kamu menentang Mokko.

Dia banyak tolong saya.

Baiklah.

Saya boleh tunjukkan lokasi kapal kamu.

Namun, kalau kamu tertangkap, jangan libatkan saya.

Kesatuan Techno uruskan lombong ini semasa perang,

tapi Mokko ambil alih apabila mereka diusir.

Dia uruskan lombong ini sejak itu.

Jadi, awak pelombong ipsium dan pencuri kapal?

Mokko cakap kemahiran itu berguna.

Mencuri bukan kemahiran.

Ya, kalau kita mahir.

Portal tengah dilindungi pelindung sinar

dan pintu masuk bawah tanah dikawal secara bergilir-gilir.

Kita pernah gempur kubu yang lebih kuat.

Kamu tak boleh menembak dalam lombong ipsium.

Seluruh lombong dan orang di dalamnya akan musnah.

Lebih baik kamu pergi sekarang.

Ada satu pintu masuk tersembunyi.

Di sana.

Ada hac akses bawah di dalam serombong itu.

Kalau pemasaan tepat, kita boleh turun apabila wap tak dilepaskan.

Berapa lama masa yang kita ada?

Enam puluh saat.

Ada banyak masa.

Baguslah kamu semua yakin,

tapi saya tak nak dimasak hidup-hidup.

Semoga berjaya. Saya harap kamu selamat.

Awak boleh pergi selepas kami dapat balik kapal kami.

Aduhai.

Sedia.

Tunggu isyarat saya.

Ini idea yang buruk.

Sekarang.

Awak cakap tiada orang berkawal.

Ya, ketika itu.

Tiga puluh saat.

Dia takkan sempat.

Dengar cakap saya. Lebih baik kamu pergi sebelum terlambat.

Itu bukan cara kami.

Teruklah.

Hunter, bergerak sekarang.

Lima saat.

Selamat.

Kamu memang bukan pelombong ipsium.

Betul.

Awak salah curi kapal.

Cepat.

Teruk betul keadaan lombong ini.

Sebab kualiti ipsium semakin rendah.

Mokko terpaksa potong gaji kami supaya lombong ini boleh beroperasi.

Setidaknya, kami masih ada kerja.

Kapal kamu di ruang garaj atas, bertentangan dengan menara pusat.

Ayuh. Saya tahu jalan pintas.

Jangan buat yang bukan-bukan.

Saya juga tak nak ditangkap.

Itu kapal kamu.

Saya dah kotakan janji saya. Saya pergi dulu.

Nanti dulu.

Pemacu telah dikeluarkan.

Kamu tak tanya tentang keadaan kapal ini. Kenapa pula itu salah saya?

Bertenang. Bukannya susah nak baiki.

Kalau susah, siaplah awak.

Ambil pemacu itu dan baiki cepat.

Macam mana dengan pelindung sinar? Kita masih perlu matikannya.

Ia cuma boleh dimatikan di menara pusat.

- Ayuh. - Tidak.

Awak terlalu menonjol.

Kalau awak tak percayakan saya, dia boleh ikut saya.

Sentiasa perhatikan dia.

Pindahkan data ke dalam peranti ini supaya saya boleh mengakses pelindung dari jauh.

Ayuh.

Awak perlu tukar pakaian.

Kommentare

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left