Die ersten 200 Zeilen.
Selamat datang ke London Heathrow.
Untuk keselamatan anda, jangan tinggalkan barangan peribadi tanpa penjagaan.
Ini kemasukan terakhir untuk penerbangan 822 ke Bandar Kansas.
Kemasukan terakhir untuk penerbangan 822.
MICHELLE LASSO SEMOGA PENERBANGAN SELAMAT! SAYANG AWAK!
Panggilan untuk penumpang Lasso.
Sila ke meja tiket.
Memanggil penumpang Lasso. Sila ke meja tiket.
Kawan, kita perlu masuk. Ayuh.
Ibu kamu hantar mesej.
Ayuh, cepat.
- Henry Lasso. Penumpang Henry Lasso. - Hei, kami di sini.
Maaf tentang itu.
Kami tak fokus.
Dia cuba dapatkan Puteri Peach dalam Super Smash Bros.
Saya faham.
Saya pernah tangguhkan penerbangan ke Sydney
sehingga saya selesai tahap akhir Breath of the Wild.
Rasa seperti ayat menyusahkan untuk dikatakan dalam keadaan sekarang,
tapi, hei, saya hargainya.
Helo, Henry. Gembira bertemu awak lagi. Awak teruja nak pulang?
Kepada semua mainan saya? Ya.
Ke landskap politik negara saya? Tak begitu teruja.
Saya selalu tertidur sambil menonton CNN.
Baiklah. Mari bersedia untuk penerbangan.
iPad dah dipenuhkan dengan banyak filem,
jadi, tak perlu tonton skrin penumpang sebelah kamu, okey?
Kurang filem tentang badut di pembetung, lebih baik, bukan?
Amen, Big Ben.
Sebelum terlupa.
- Ayah, saya buatkan sesuatu. - Apa dia?
Hei.
Trofi Liga Premier kecil? Hebat!
Ayah tak sabar nak minum champagne daripada botol ini.
Ayah cuma perlu tunggu sehingga ayah menang trofi sebenar.
Hei. Kita takkan tahu, bukan?
Maaf, En. Lasso, tapi kami nak cepat.
Sudah tentu. Okey.
Enam minggu berlalu dengan pantas apabila kita berseronok, bukan?
Hei, tolong ayah. Apabila kamu pulang,
boleh peluk ibu dengan kuat untuk ayah dan beritahu dia ayah sayang dia? Boleh?
Tapi, sebelum itu, peluk ayah. Ayuh.
Baiklah.
Okey. Hei. Ayah sayang kamu.
Saya sayang ayah juga.
Ya. Baiklah. Okey. Pergilah.
Ayuh.
Penumpang Pesawat 2492 menuju lapangan terbang JFK, dipersilakan masuk sekarang.
...ke Amsterdam telah ditangguhkan dan kini akan berlepas dari Pintu 17.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan.
- Selamat pagi, Ted. - Hei, doktor.
- Apa khabar? - Ya, tak. Saya okey. Ya.
Bagaimana dengan sesi menghantar?
Untuk saya atau untuk dia?
Sebab saya rasa ia dua jawapan yang berbeza.
Tapi, tak, saya okey, rasanya. Entahlah.
Saya cuma rasa bersalah tentang Henry
yang terbang sendirian sekali lagi.
Saya faham, Ted. Tapi kanak- kanak memang tabah.
Autonomi pada usia Henry adalah baik untuknya.
Tak, saya tahu. Memang betul.
Saya ingat ditinggalkan di sekolah semasa saya sebaya Henry.
Akhirnya saya membantu penjaga kami, En. Maher, bersihkan separuh sekolah
sehinggalah ayah saya ingat untuk datang jemput saya.
Dia beri En. Maher duit sebab jaga saya.
Keesokan harinya, saya datang ke sekolah
dan En. Maher beri saya duit sebagai upah untuk kerja yang saya buat.
Kemudian, saya guna duit itu untuk beli hadiah berterima kasih untuknya,
tapi tak pernah berpeluang beri kepadanya,
sebab dia dilanggar kereta api.
Saya tak jangkakannya.
Ya, En. Maher pun sama.
Bagaimana keadaan di tempat kerja?
Awak rasa teruja tentang musim akan datang?
Ya, sudah tentu.
Rasanya kadangkala saya terfikir apa yang saya masih buat di sini.
Saya tahu sebab saya datang ke sini,
tapi, saya masih tak faham sebab saya masih terus berada di sini.
- Awak tak berputus asa, Ted. - Betul.
Tapi, hei, mungkin berada di sini
lebih kepada melukakan berbanding membantu sekarang.
Seperti yang dikatakan, "Keraguan boleh disingkirkan dengan perbuatan."
- Saya sukakannya. - Saya dah agak.
- Ada beberapa minit saja lagi. - Okey.
Hei, awak masih tak kisah jika saya tanya soalan peribadi?
Buat masa sekarang, tiada masalah. Silakan.
Hei!
Oh Tuhan, saya suka topi itu.
Saya cam awak dari rancangan Leaky Diapers , betul?
- Okey. Awak ada kekasih? - Soalan seterusnya.
Biasanya awak jawab tidak kepada soalan itu.
- Awak bekerja dengan pasukan apa? - Tak boleh beritahu.
- Okey. Sukan apa? - Tak boleh beritahu.
Ada berapa ramai orang Australia dalam pasukan itu?
- Sembilan. - Ragbi. Hebat.
KEMUDAHAN LATIHAN EARL GREYHOUND AFC RICHMOND
Ia seperti bola sepak Amerika dan gusti sumo digabungkan
dengan otot paha lebih besar yang diselaputi lumpur.
Okey, Ted. Saya perlu letak telefon.
Okey. Kita berbual nanti, doktor.
- Selamat tinggal, Ted. - Selamat tinggal.
Akhirnya, selesai.
Belum, saya masih belum klimaks.
Tak guna!
Semuanya. Mereka semua ramal kita di tempat terakhir musim ini.
Ia memang menjengkelkan, bukan?
Semua akhbar, semua pakar televisyen,
penulis blog sukan pertengahan usia teruk menulisnya di tingkat bawah ibu mereka.
Rebecca, stereotaip itu dah tak tepat.
Contohnya, anak kami Terry, yang berusia sepuluh tahun, mula menulis blog sukan
di dapur kami, yang sekarang dia gelar pejabat rumahnya.
Untuk tujuan cukai.
Baiklah, saya minta maaf sebab buat anggapan umum.
Anak awak ramalkan kita berada di kedudukan ke berapa?
- Hei, semua. - Hei, Ted.
Selamat pagi, Ted.
Tiada sapaan berirama. Ada masalah?
Hebat sebab perasan, Cik Otis.
Ya. Henry dah balik ke Kansas pagi tadi.
- Terima kasih. - Ya.
Baru hantar dia di lapangan terbang tadi.
Sekarang, dia ada dalam pesawat, tiga kilometer di langit.
- Rasanya ia terbang lebih tinggi. - Sudah tentu.
Ya, saya pula di Bumi dan periksa telefon setiap sepuluh minit,
melihat pesawatnya semakin jauh. Ya.
Tapi, hei, saya bukan nak masuk ke sini dan buat kamu rasa teruk.
Apa berita terkini? Beritahu saya.
Nampaknya, semua orang pilih Richmond
untuk berada di tempat ke-20 musim ini.
Melainkan Daily Mirror ,
yang letakkan kita di kedudukan "twentyelf."
Kesalahan ejaan yang comel tapi mengecewakan.
Okey. Beginilah.
Saya ramal semua ramalan mereka takkan jadi kenyataan.
Nampaknya kita berdepan konfrontasi ramalan Mexico.
Atau seperti yang mereka gelar di Mexico, konfrontasi ramalan.
Bahagian paling teruk
mereka pilih Rupert untuk berada di kedudukan empat terbaik.
Rupert akan bermain tahun ini?
Apa? Tidak.
Maksud awak West Ham?
Tepat sekali. Semua orang fikir dia lebih bagus daripada kita.
Mereka. Semua orang fikir mereka lebih bagus daripada kita.
Ya, itulah yang saya cakap. Mereka.
Jadi, apa rancangannya? Bagaimana nak kalahkan dia?
- Mereka. - Betul.
Oh Tuhan.
Ini mungkin masa yang sesuai
untuk kita kemas kini pasukan. Tempatkan pemain lebih hebat dalam pasukan.
Idea yang hebat, Leslie.
Mari dapatkan pendapat tentangnya, okey? Ted?
Saya tahu Roy dan Jurulatih Beard
sedang usahakan taktik baru.
Mereka juga dah semakin serasi.
Rasanya prestasi kita cukup bagus musim ini.
Ted, pasukan ini dengan "cukup bagus" sangat berbeza
daripada awak beritahu saya kita akan menang.
Saya ada cakap begitu?
Ya. Di sana, selepas kekalahan Man City.
Selepas awak campak setengah liter Pellegrino di muka saya.
- Betul. - Sekejap, apa yang berlaku?
Inilah Ted Lasso yang saya nak melatih pasukan saya musim ini.
Orang yang sanggup berjuang.
- Faham? - Ya, puan.
Lihatlah, mulai sekarang,
saya akan guna kaki yang lincah semasa menyerang dan menang.
Melainkan saya takkan mati selepas buat serangan.
Saya rancang untuk guna kaki yang lincah dan menang sepanjang musim.
Bagus. Baiklah, jika kamu boleh beredar
saya ada mesyuarat makan tengah hari penting dengan Cik Keeley Jones
untuk gosip wanita.
Hei, sampaikan salam kami kepadanya dan...
Yo.
Okey.
- Awak cakap "yo"? - Ya. Saya tersasul...
Tak. Saya bukan menilai. Saya sukakannya.
- Cuma nak pastikan apa yang saya dengar. - Okey. Ya.
PERCAYA
Ia tak masuk akal, bukan? Seperti...
Apa? Satu lagi? Di tempat terakhir.
Di tempat terakhir? Siapa yang tulis begitu?
Semua orang.
Glenn Hoddle, Graeme Souness, Jermaine Jenas...
Mungkin mereka nak beri kita motivasi.
Ya. Terima kasih banyak, Dani.
Ada wanita mendekati saya di jalan,
dan suruh saya palsukan kecederaan musim ini
supaya saya tak perlu hadapi kesengsaraan itu.
Awak marah dia?
Tak, dia biarawati.
Sekejap, biarawati?
Pasti mereka ada Sky Sports di biara.
Hei, semua. Hei.
Kita takkan diturunkan sebab kita bersama.
Dengan bersama, kita ada saya.
Secara statistiknya,
kebanyakan pasukan yang dipromosikan ditingkatkan kedudukan tahun berikutnya.
- Ayuh, Jan Maas! - Jan Maas!
- Itu yang berlaku di Pre... - Diamlah, Jan Maas.
Itu Liga Premier. Ia cuma statistik.
No comments yet. Be the first to leave one.