Die ersten 200 Zeilen.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Ketidakstabilan atmosfera
berlaku apabila udara yang bersifat berbeza bertembung.
Kita dah lambat.
Mari pergi bersama.
- Tidak. Awak datang lewat sedikit. - Kita dah lewat!
Jadi awak patut terlewat.
KEBERKESANAN MAKLUMAN DAN KES LUAR NEGARA
Helo.
Jadi awak nak saya buat apa?
Tidak. Saya takkan tolong lagi.
Tiada apa saya boleh tolong lagi!
Jangan hubungi saya lagi.
Apabila udara sejuk bertembung dengan udara panas…
Saya tertinggal pemacu.
Oh, ya.
Saya memang nak beri kepada awak.
Terima kasih.
Siapa yang telefon tadi?
Orang yang saya pernah kenal dulu.
…atmosfera jadi tak stabil dan cuaca bahaya akan muncul.
Awak tak nak pergi? Awak cakap dah lambat.
Ya, saya pergi sekarang.
Tunggu saya.
Awak nak ke mana? Mari berbual sebentar.
Nanti sajalah.
Awak memang seorang yang berdendam?
"Berdendam"?
Awak cakap saya berdendam?
Ya. Saya pernah bercinta dengan Lee Si-woo.
Kami berjumpa di Pusat Meteorologi Seoul
dan bercinta beberapa bulan.
Apa? Apa lagi yang awak nak tahu?
Nak saya beritahu semua tentang cinta monyet dan cinta pertama saya?
Kenapa awak tak faham masalah utama?
Awak sangka saya marah sebab bekas kekasih awak?
Jika bukan, kenapa?
Awak cakap tak kenal dia.
Awak cakap tak pernah jumpa dia.
Kenapa awak berbohong?
Saya tak mahu awak tak selesa apabila jumpa dia di pejabat.
Sebab saya benci
jumpa Ha-kyung setiap kali ke Jabatan Meteorologi.
Awak sangka saya okey sebab tak cakap apa-apa?
Dari awal lagi saya kata saya ada tunang.
Awak yang cakap itu dah tak bermakna sebab dah berlalu.
Begitu, ya?
Disebabkan itu kisah lalu,
dia datang dan ganggu majlis perkahwinan kita?
Sudahlah.
Kita berbincang dulu sebelum pergi.
Jika saya tak pergi sekarang, saya akan lewat.
Saya perlu urus masalah yang awak buat semalam.
Tapi…
Awal Jun, cuaca agak panas berbanding hari-hari lain.
Hari ini akan panas kerana suhu meningkat secara tiba-tiba.
Suhu semasa Seoul ialah 23 darjah Celsius.
Suhu di Incheon satu ke dua darjah
lebih rendah daripada semalam,
tapi suhu pada tengah hari naik sehingga 29 darjah Celsius.
Walaupun bulan Jun
ialah permulaan musim panas, cuacanya tetap panas.
Langit akan cerah sepanjang hari.
Cahaya matahari terik akan menerangi langit tak berawan,
jadi berhati-hati dengan sinar UV…
Pegang stereng baik-baik ketika memandu.
Sebelah tangan sudah cukup.
Memandu dengan berhati-hati.
Baiklah.
Masing-masing ada prinsip berbeza.
CHAE YU-JIN
CHAE YU-JIN
Bukan apa.
Saya perlu memandu dengan selamat.
Betul?
Masing-masing ada luka berbeza.
PENTADBIRAN METEOROLOGI KOREA
Turunkan saya di depan.
Kenapa? Kita dah nak sampai.
Mari turun di pejabat saja.
Berhenti saja.
Takut orang lain nampak?
Cakap saja kita jumpa dalam perjalanan.
Nak saya turun di sini?
Seperti udara sejuk yang bertemu udara panas,
kita berdua yang berbeza bertemu.
Baiklah.
- Saya turunkan awak di sana. - Ya.
Saya boleh berjalan di sana…
Apa?
Hei.
Permulaan yang dah ditetapkan.
Jadi sejauh mana kita boleh elak cuaca melampau tak dijangka
yang akan melanda?
EPISOD 5 HUJAN LEBAT TEMPATAN
Biarkan sajalah.
- Kami terserempak dalam perjalanan. - Apa?
Kami berdua terserempak dalam perjalanan. Kebetulan saja.
Yalah.
Kebetulan saja.
Jalan di Uijeongbu sesak sebab banjir kilat.
Sungai Jungnang dah melimpah.
Banjir kilat di Sungai Jungnang?
Awak tak tahu tadi hujan lebat di Uijeongbu?
Hujan turun 50 milimeter sejam.
- Hujan? - Hujan?
Okey.
Tapi begini…
Bukankah masih awal untuk hujan lebat setempat berlaku?
Berdasarkan proses pembentukannya, ia memang hujan lebat setempat.
Awan mengambil masa tepat 21 minit
untuk terbentuk dari Uijeongbu dan melintasi Namyangju.
Amaran hujan lebat dikeluarkan pada jam 5:30 pagi.
Jumlah kerpasan terkumpul dianggarkan 70 hingga 80 milimeter.
Di mana kawasan kerpasan terkumpul?
Sekitar jejantas Sungai Jungnang.
Sungai Jungnang? Aduhai.
Amaran keluar dalam masa singkat, jadi tiada apa boleh dibuat.
- Ya. - Oh, ya.
Cik Jin, apa pendapat awak?
Saya rasa pengaliran wap air amat tinggi. Macam mana?
Suhu siang semalam mencecah 30 darjah.
Itu mungkin punca suhu permukaan naik.
Akibatnya, atmosfera menjadi tak stabil.
Punca utama berlakunya ketidakstabilan di Uijeongbu
ialah kerana udara sejuk turun
dari utara pada waktu malam.
Apa?
Apakah sebabnya?
Jika lihat di sini,
perbezaan suhu lapisan atas dan bawah atmosfera Uijeongbu
meningkat hampir 40 darjah Celsius.
Begitu.
- Cik Jin. - Ya.
Sila buat analisis terperinci.
Baiklah.
Awak memang tajam akal. Bagus.
- Baguslah awak ditempatkan di sini. - Terima kasih.
Jadi mari lihat.
Bagaimana awak boleh tahu
gema kerpasan mana akan terbentuk menjadi hujan antara semua itu?
Dalam masa sejam pula.
Sama seperti ketika mereneh air untuk mi segera
dan teka buih dari mana
yang akan timbul dulu.
Apa?
Jangan fikir untuk dapat teka
kalau nak kesihatan mental baik.
SISTEM KAWALAN BERSEPADU
Okey.
Tak perlu takut.
Pihak atasan beri tekanan
agar kita kekal fokus. Itu saja.
Faham?
Tapi buka mata luas-luas dan pantau situasi semasa.
Okey?
Pemantauan semasa, kunci bagi hujan lebat tempatan.
Itu saja.
Okey. Kamu dah berusaha keras.
- Terima kasih. - Terima kasih.
Terima kasih.
- Helo. - Helo.
Maaf. Saya terlambat.
- En. Um. - Ya.
Mari minum bersama.
- Yalah. - Jom.
Ya.
Terima kasih.
Bukankah awak terus balik selepas jumpa saya semalam?
Saya tak mengantuk jadi saya minum segelas lagi.
- Jadi saya bangun lambat. - Tak sangka betul.
Um Dong-han yang hebat
mabuk ketika tempoh pencegahan bencana dan terlewat masuk kerja.
Kenapa begitu?
Langit berubah corak setiap tiga hari,
jadi patutkah saya kekal sama saja?
Sesuatu berlaku di rumah?
Tiada apa-apa.
Awak taasub dengan cuaca.
Awak ke laut selatan, barat, gunung dan pantai.
Awak pergi ke merata tempat.
Pulang ke rumah sekali sekala.
Itu pun awak cuma pulang untuk tidur.
Itu dikira ada di rumah atau tidak?
Apa?
Selama 14 tahun lalu,
begitulah saya dan Bo-mi hidup.
Awak faham, Um Dong-han?
Apa?
Awak nak pergi?
Ya.
Saya akan tinggal di pejabat buat sementara.
Sekarang tempoh pencegahan bencana, jadi saya sibuk.
Awak memang nak buat begini?
Awak dan Bo-mi akan rasa lebih selesa.
Suka hati awaklah.
Jika begini, awak tak patut balik langsung.
En. Um memang suka minum?
Entahlah. Saya tak pernah dengar pula.
Dah agak. Tentu dia susah hati sebab ada masalah peribadi.
No comments yet. Be the first to leave one.