Business Proposal

Business Proposal (사내맞선)

Download Malay Untertitel

Staffel 1

Release Info

Business Proposal S01E10 KOREAN WEBRip x264-ION10
Ein Kommentar von SapickeD
Official Netflix Subtitle

Tags

webrip
web
x264
BRip
Veröffentlicht am: 2022-03-31
Downloads: 57
Hörgeschädigt: No

Malay Untertitel-Vorschau

Die ersten 200 Zeilen.

SEBUAH SIRI NETFLIX

EPISOD 10

Apa kata kita ambil angin sekejap?

Boleh juga.

Apa kamu buat di situ?

Datuk.

Dah lewat malam. Apa kamu berdua buat di sini?

Sebab…

Kami nak berbincang hal kerja…

Sudah. Kamu diam.

Cik Shin.

Saya nak awak jelaskan.

Apa halnya sampai

seorang presiden bertemu pekerja syarikat

secara peribadi di luar waktu bekerja?

Sebenarnya…

Mencurigakan.

Setiap kali kita bertembung,

awak sentiasa tutup muka dengan rambut macam hantu.

Datuk…

- Maaf. - Aduhai.

Mulalah itu.

Cik Shin!

Pengerusi Kang.

Helo!

Apa ini? Kamu semua nak sambung minum

bersama Pengerusi Kang?

Itulah, bukan?

Apa dia merepek ini?

Kami makan malam bersama En. Kang.

Kamu semua makan malam bersama?

Ya. En. Kang belanja kami makan

sebagai tanda galakan terhadap kerja keras kami.

Tapi Cik Kim tertinggal telefon di sini.

Yakah?

Kamu patut beritahu lebih awal.

Betul.

Cik Penyelidik… Cik Shin, kenapa tak cakap?

Apa?

Betul juga.

Tapi adakah khabar angin itu betul? Betulkah Pengerusi Kang pakai rambut…

Mulut dia ini!

Kami minta diri dulu.

- Okey. - Selamat tinggal.

Selamat malam!

- Telefon bimbit dia! - Apa?

Telefon!

Saya patut pulang.

Betul, dah lewat.

Selamat tinggal.

Okey.

Aneh betul.

Mari kita pulang.

Okey.

Selamat malam.

Sampai bila kamu nak berahsia?

Rahsia?

Pengarah Go dah beritahu datuk. Jangan cuba nafikan.

Kamu ada teman wanita.

Kamu turut minta setiausaha kamu hantar sepasang kasut untuk dia.

Diakah yang kamu bawa ke Sokcho?

Itukah juga sebabnya kamu enggan berjumpa Yu-jeong?

Siapa dia sampai kamu begitu berahsia?

Saya bukan berahsia.

Kamu bimbang datuk akan bantah?

Kamu tak kenal datuk kamu ini?

Datuk terima Geum-hui sebab kamu suka dia.

Kamu dah lupa?

Saya akan kenalkan dia.

Berilah saya sedikit masa.

Selamat malam.

Sung-hoon.

Laporan TFT?

Saya akan tengok.

Siapakah gerangannya?

Tak apalah. Kamu keluarlah. Lagipun, saya tiada duit.

Apa? Ye-jin datang sekali?

Okey. Tunggu sekejap.

Dia nampak sihat saja di majlis kahwin Won-sik bulan lepas.

Biasalah orang tua. Hari ini sihat, esok sakit.

Lagipun, usianya dah lebih 90 tahun, hampir 100 tahun.

Nak ke pengebumian datuk Won-sik?

Ya, kami akan ke Masan

dan pulang esok. Tolong jaga rumah.

- Kedai? - Terpaksalah tutup sehari.

Jangan lupa kunci pintu dan hubungi kami kalau ada apa-apa.

Saya akan uruskan. Jangan risau.

Mak, saya nak duit poket.

Ha-ri, kami pergi dulu.

Ha-ri dah keluar. Mak!

Saya perlukan sesuatu.

Kamu perlukan sesuatu?

Betul!

Kamu nak beli apa?

Kebelakangan ini, kamu asyik berbelanja!

Mak selalu pukul saya!

Itu lebih baik berbanding asyik minta duit saja.

Diamlah! Kakak kamu ke mana sejak awal pagi?

Apa awak buat di luar? Tentu penat.

Saya tak nak bersendirian di dalam.

Jangan risau. Serahkan kepada saya.

Nahaslah!

Di mana? Di mana si bedebah itu?

Di sini.

Tapi ia sangat besar. Saya tak tipu.

Besar ini.

Tapi, itu cuma lipas.

Apa yang begitu menakutkan?

Awak ganggu cuti saya.

Kalau takut sangat, kenapa tak panggil teman lelaki awak?

Saya ada teman lelaki?

Apa? Apa maksud awak?

Apa? En. Kang minta En. Cha gantikan dia untuk hadiri janji temu?

Kang Tae-moo memang teruk, tapi tak seteruk Sung-hoon.

Dia yang salah, tapi dia masih tak hubungi saya.

Mungkin dia rasa bersalah. Janganlah marah. Apa kata…

Sudahlah. Lupakan saja tentang bercinta.

Orang yang tak tegas macam dia hanya akan buat saya tertekan.

Hei.

Hei, awak tak terasa nak makan ladu?

Apa?

- Ladu. - Ladu.

Dah dekat.

Laparnya.

Apa?

- Cha Sung-hoon? - Gunting, batu, kertas!

- Apa mereka… - Gunting, batu, kertas?

Nah.

Nak saya panggil?

Tak perlu. Mereka dah pergi.

Tengok itu.

- Apa kaitannya… - Teksi!

- Naik cepat! - Saya juga?

- Cepat! - Tunggu. Hei.

Encik, tolong ekori kereta biru itu.

- Cepat! - Okey.

Ekori mereka? Janganlah.

- Naik sajalah! - Saya?

Di saat-saat genting hubungan kami,

dia dengan gembiranya ambil angin dengan Kang Tae-moo?

Nahaslah kedua-duanya.

Apa salah En. Kang?

Tentu dia datang untuk hiburkan En. Cha. Macam saya.

Awak dah lupa siapa penyebabnya?

Siapa yang minta Sung-hoon gantikan dia?

Itulah, bukan? Ayuh.

YAYASAN CAHAYA RUMAH ANAK YATIM CAHAYA

Terima kasih.

Mereka ke mana?

Mereka ke sini, bukan?

Ya.

- Ayuh. - Awak nak masuk?

- Cepatlah! - Hei!

Mak cik sihat?

Tentulah.

Lama betul tak jumpa.

- Seronoknya. - Tempat apa ini?

- Yang lain sihat? - Ya.

Young-seo.

Apa awak buat di sini?

En. Cha, begini…

Adakah awak…

Ini teman wanita saya.

Yakah? Gembira dapat berjumpa.

Selamat datang.

Sapalah. Ini ibu saya.

- Helo. - Helo.

Helo.

Jadi, mak cik ada di restoran itu semalam?

Sung-hoon nak mak cik jumpa teman wanita dia.

Maaf. Saya tak tahu mak cik datang…

Minumlah dulu.

Tak tahulah kalau awak suka.

Baiklah. Terima kasih.

Itu ketika Sung-hoon lima tahun.

Hari pertama dia di sini.

Begitu.

Itu ibu bapa Presiden Kang.

Ketika masih hidup, mereka bantu tempat ini buat masa yang lama.

Disebabkan itu,

Sung-hoon mula tinggal bersama kami sejak sekolah menengah.

Patutlah awak dan En. Cha tak seperti bos dan setiausaha yang biasa dilihat.

Yakah?

- Helo. - Hai.

Tae-woo, Ye-ri, Min-gyu. Kamu semua sihat?

- Sihat. - Awak dah tinggi.

Tak cerewet makan?

Tak!

Tapi, apa itu? Komputer riba?

Ya.

Untuk mereka yang akan ke sekolah tinggi.

Hebatnya.

- Seronoknya. - Cemburunya.

Nanti giliran kamu tiba, saya akan belikan.

Tak boleh buka.

Nak tengok?

Sung-hoon banyak bercerita tentang awak.

Saya tak tahu langsung tentang ini.

Dia seorang yang jarang luahkan perasaan dia.

Jadi, mak cik sangat terkejut apabila dia nak perkenalkan awak.

More Malay subtitles for Business Proposal

Kommentare

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left