Aku Tahu Kapan Kamu Mati: Desa Bunuh Diri
Οι πρώτες 200 γραμμές.
Rancangan ini memaparkan adegan-adegan bunuh diri.
Desa Remetuk, 1987.
Belum nak balik lagi?
Belum.
Mak cik pergi dulu.
Hati-hati.
Mak cik!
Mak cik!
Saya tahu bila mereka akan mati.
Kebolehan yang masih menghantui saya setiap hari.
Hidup dah tak sama setiap kali saya melihat kematian.
Satu demi satu,...
...tanpa boleh buat apa-apa untuk mengubah takdir mereka.
Siena!
Saya di sini, Win!
Na, cepat. Kalau tak, terlambat nanti.
Saya tunggu di luar.
Okey.
Satu-satu hal yang boleh saya lakukan adalah...
...cuba hidup seperti biasa.
Atau sekurang-kurangnya saya teruskan hidup...
...sementara menunggu waktu saya akan mati.
Hei, selamat pagi.
Selamat pagi!
Tidur nyenyak semalam?
Nyenyak sangat, sampai Siena terlewat bangun.
Ya?
Awak tak mimpi ngeri lagi?
Begitulah.
Awak nak cerita pada saya? Mungkin selepas kelas nanti?
Naya?
Awak Naya, kan?
Nay.
Saya nak jumpa sekejap. Ada hal saya nak cakap, Nay.
Nay, tolong saya. Laras kata awak boleh bantu.
Nay, awak boleh bantu saya.
Encik, maaf. -Nay, tolong.
Nay. -Maaf.
Tolong saya, Nay. -Maaf.
Pengawal. -Tolong.
Nay.
Terima kasih, Yo.
Lelaki itu sering datang ke kampus akhir-akhir ini.
Saya tak tahu kenapa.
Dia berlegar-legar sekitar sini.
Kakak?
Kakak okey?
Saya okey.
Saya tak kenal orang itu.
Kalau dikaji kata-kata Freud,...
...sebenarnya semua orang ada naluri tentang kematian,...
...atau Thanatos.
Dalam hidup manusia biasa,...
...dorongan untuk menyakiti diri sendiri adalah...
...satu manifestasi dan,...
...naluri Thanatos ini boleh ditindas.
Saya masih boleh melihat kalau seseorang itu akan mati.
Karl Menninger pun cakap hal yang sama.
Saya tak boleh buat apa-apa...
...kerana...
...hidup dan mati seseorang...
...itu telah ditentukan oleh Tuhan.
Datang dari berbagai punca, luaran atau pun dalaman,...
...tapi kalau mati itu telah ditakdirkan,...
...patutkah kita takut?
Saya masih takut.
Setiap kali saya melihat tanda kematian pada seseorang,...
...rasanya seperti satu kenangan yang berlarutan.
Ambil buku ini.
Baca.
Buku ini tentang persepsi kematian.
Awak masih makan pil daripada Dr. Feli?
Dia tak kurangkan dos?
Walaupun selepas makan pil,...
...saya masih dapat mimpi ngeri.
Saya rasa susah nak tidur.
Tak apa.
Siena.
Kita jumpa lagi di sesi yang akan datang, okey.
Apa lagi yang awak nak?
Di mana janji-janji awak, Nay?
Awak kata awak boleh bantu kami.
Awak pentingkan diri sendiri.
Awak fikir awak boleh lari dari kematian.
Awak sebahagian daripada kami.
Na, kenapa lama sangat?
Dah lama saya tunggu awak di sini seorang diri, tahu tak?
Ryo belum keluar daripada kelasnya lagi. Mari.
Mari.
Apa lagi kita nak makan selepas ini, Na?
Saya masih agak lapar, tapi kalau kita makan.....
Rajinnya.
Para pelajar yang berpendidikan.
Kalau semua pelajar begini,...
...negara kita pasti berbeza.
Betul tak, Win?
Yo!
Kalau awak muat naik ke media sosial, saya saman awak.
Siapa yang suka muat naik semua benda?
Itu lain.
Susah betul dia ini.
Awak tak pernah nak kalah. Tak elok perangai begitu.
Itu lain.
Bang, jangan!
Jangan!
Ada apa ini?
Abang, jangan!
Dia buat apa itu?
Saya tak rasa dia akan.....
Kakak, siapa lelaki tadi?
Dia bukan sesiapa.
Kak, saya tak nampak tanda-tanda kematian pada dia.
Kakak betul-betul tak kenal dia?
Kakak.
Saya ceritakan semuanya pada kakak,...
...tapi kakak tak pernah beritahu saya apa-apa pun.
Apa yang kakak sembunyikan? -Tak ada apa-apa.
Tak mungkin kakak tiada kaitan dengan dia.
Kenapa saya tak boleh nampak tanda-tanda kematiannya?
Awak fikir semua ini tentang...
...bila awak boleh melihat kematian seseorang?
Bukan ini yang awak mahu?
Untuk jadi normal, macam saya.
Tak tahu bila seseorang itu akan mati.
Tolong.
Saya nak bersendirian.
Siena? -Puan.
Kakak Naya ada?
Dia cuti. Dia tak beritahu awak?
Dia pergi ke mana?
Dia temankan jenazah semalam balik ke kampung.
Mereka itu sekampung.
Nah, siapkan tugasan ini.
Pulangkan kepada saya nanti.
Walaupun ramai orang yang sayang pada kita,...
...apabila kematian tiba, itu hal kita masing-masing.
Puan tahu kampungnya di mana?
Na, awak yakin nak ke sana?
Desa Remetuk itu jauh, tahu tak?
Kakak Naya kata dia cuma balik kampung saja.
Kita tak perlu susuli dia.
Siena.
Awak tak perlu panik.
Na.
Siena.
Awak tak faham.
Kalau begitu, tolong jelaskan.
Cepat. Jelaskan pada saya.
Saya boleh nampak tanda-tanda kematian,...
...sejak di sekolah menengah lagi.
Saya tahu bila seseorang itu akan mati.
Okey.
Okey.
Na, saya serius.
Saya pun serius, Yo.
Memang ada...
...tanda-tanda kematian pada seseorang?
Apa-apa saja.
Kalau awak tak percaya, saya pun tak kisah,...
...tapi satu hal yang pasti.
Ini bukan satu kebolehan yang menyenangkan.
Saya terseksa, Yo.
Benda yang ada di belakang seseorang yang akan mati itu,...
...saya hampir gila melihat tanda-tanda kematian seseorang,...
...tapi...
...saya tak nampak tanda-tanda kematian pada lelaki semalam,...
...tapi dia tetap mati,...
...dan rasanya macam.....
Kakak Naya.
Ada persamaan antara mereka.
Kakak Naya sentiasa ada di dalam masa-masa gelap saya...
...dan sekarang...
...saya mahu ada untuk dia.
Ya.
Kalau begitu, saya ikut.
Saya tak mahu awak pergi sendiri.
Tunggu.
Kamu berdua nak pergi?
Bagaimana dengan saya?
Tak boleh. Saya pun nak ikut.
Saya cuma boleh hantar kamu semua setakat ini saja.
Maaf, pak cik, mak cik.
Mari makan di sini.
Mari makan di sini. -Jemput duduk, adik-adik.
Kenapa mereka bawa dia balik?
Saya dengar dia mati di Jakarta.
Itu jenazah Seno. Dia seorang guru sekolah rendah...
...tapi mentalnya agak terganggu.
Tak patut betul. Kasihan dia.
Orang-orang di sana sangat zalim.
Itu bukan urusan kita.
Apa yang penting, mereka menghasilkan beras yang lazat.
Hebat sekali.
Nah, cuba rasa.
Nasi ini sangat lembut.
Nasi Remetuk.
Remetuk? -Ya.
Kami bertiga nak ke sana.
Tunggu. Kamu bertiga nak pergi ke Desa Remetuk?
Ya, betul. -Nak buat apa?
No comments yet. Be the first to leave one.